Isnin, 5 Ogos 2013

ISA perlu kajian mendalam?

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.

Katanya cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.

TM menyokong cadangan mewujudkan semula ISA tanpa perlu membuat kajian yang mendalam, sebab ianya sudah lama diguna pakai, segala garis panduan, fasa-fasa sudah ada. Apa yang perlu ialah, buka balik buku akta tersebut dan laksanakan sahaja.

Tak perlu dibahaskan di dalam kabinet sebab sewaktu memansuhkan dahulu pun tak perlu kelulusan dewan rakyat pun.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.