Ahad, 18 Ogos 2013

Kampung Jelai Batu Kurau muncul sebagai Johan Desa Cemerlang dan Desa Sejahtera Perak 2013








Bertempat di Padang Awam Kampung Jelai, Batu Kurau pagi ini, telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang dan Desa Sejahtera peringkat negeri Perak 2013. 

Kampung Jelai dalam DUN Batu Kurau telah dinobatkan sebagai Johan ADC/ADS menewaskan beberapa kampung yang lain dalam Negeri Perak dan dengan itu Kampung Jelai juga akan dicalonkan untuk ADC/ADS peringkat kebangsaan. 

Wakil YAB Menteri Besar Perak, Dato Shaarani Mohamad telah menyempurnakan penyampaian anugerah dan menyampaikan ucaptama. 

Tahniah kepada penduduk Kampung Jelai. Semoga kampung yang lain di Batu Kurau mempunyai cita-cita untuk naik ke atas pentas menerima ADC/ADS pada suatu masa akan datang.

Ini juga bermakna Kampung Jelai berjaya menewaskan Kampung Sempeneh buat kali pertama