Ahad, 25 Ogos 2013

KETUA UMNO BAHAGIAN MUAR UMUM UNDUR DIRI

Ketua Umno bahagian Muar Datuk Mohd Ismail Mohd Shah mengumumkan pengunduran diri dari pimpinan bahagian bagi memberi peluang kepada pelapis muda memimpin bahagian itu. Mengumumkan perkara itu di hadapan kira-kira 5,000 orang yang menghadiri

majlis rumah terbuka Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Seri Menanti, di sini, malam tadi, Mohd Ismail mencadangkan Razali sebagai penggantinya.

Menurut Mohd Ismail, beliau bersedia untuk memberikan pandangan membina dalam membantu Razali yang dianggap sebagai adiknya sendiri sekiranya Anggota

Parlimen Muar itu diberi peluang memimpin bahagian berkenaan kelak. Mohd Ismail, 55, yang memimpin bahagian berkenaan bermula daripada Ketua

Pemuda Umno sejak 23 tahun lepas berkata beliau mahu semua anggota Umno di bahagian tersebut menyokong penuh Razali pada pemilihan parti itu November depan.

Sementara itu, Razali yang terkejut dengan pengumuman tersebut dalam ucapannya menyifatkan Mohd Ismail sebagai seorang lagi pemimpin Johor yang sanggup melepaskan jawatan ketika berada di puncak.

"Beliau mengikut jejak langkah pemimpin sebelum ini termasuk Allahyarham Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam yang meletak jawatan ketika berada di puncak," katanya. Razali berkata beliau sedia bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.