Isnin, 26 Ogos 2013

Lagi Syarikat Bas Terpaksa Menghentikan Perniagaannya




Kerana kemajuan dan peningkatan taraf hidup penduduk hari ini dua syarikat lagi akan menghentikan operasinya. Sebelum ini Syarikat Koperasi Northern Malaya dan Syarikat Asmy Norzal telah menghentikan perkhidmatan mereka kerana masalah kekurangan penumpang dan sewa tapak di hentian bas Taiping yang mahal.

Peningkatan kos urusan dan penjagaan bas yang semakin mahal menyebabkan syarikat bas merah dan merah kuning akan menghentikan operasinya.

Ini memberi kesan kepada warga tua dan pelajar sekolah, pun begitu ia memberi peluang kepada teksi dan bas sekolah untuk mengambil alih peranan bas ini.

Pelajar yang terjejas ialah pelajar dari Taman Berkat, Kg Ayer Puteh  Jalan Kuala Kangsar Taiping dan pelajar sekolah agama Ehya El Syarif Semanggol.  Turut menerima kesan ialah pelajar dari SMK Kubu Gajah Selama.