Jumaat, 30 Ogos 2013

MUSLIHAT TERAKHIR ANWAR UNTUK BEBAS DARI KES LIWAT

Apakah muslihat Anwar?

Adakah kerana gentar dengan kes liwat yang akan masuk fasa akhir,  kita semua maklum rayuan peguam Saiful telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan pada 17 dan 18 September 2013. Anwar mungkin sudah terasa bahawa beliau bakal merengkok dalam penjara buat kali kedua. Jadi untuk membolehkan beliau bebas, Anwar mengharapkan Najib menerima beliau ke dalam kerajaan dan sekaligus menggugurkan kes liwat.


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 berkata, pembangkang bersedia menerima keputusan pilihan raya umum ke 13 (PRU13), dan ini sekali gus memberikan isyarat kesediaannya untuk memulakan rundingan perpaduan dengan kerajaan.
Anwar turut menggesa pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan masalah negara.
“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.
Beliau berkata, antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.
Katanya, perbincangan juga harus menyentuh aspek urus tadbir kerajaan bagi membasmi rasuah dan keadilan dalam pemberian tender.
“Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi.
“Kami mahu perubahan yang adil bagi memastikan negara mengamalkan prinsip demokrasi. Ini kerana pendedahan Fitch Ratings baru-baru ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kira-kira RM20 billion setahun dapat dijimatkan jika urus tadbir ekonomi negara dilakukan dengan cara yang baik.
“Bagi mencapai hasrat itu, maka penting kerajaan BN mengurangkan defisit fiskal serta menangani rasuah serta telus dalam pemberian tender,” katanya.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus diberi kebebasan sepenuhnya bagi menyiasat pembabitan rasuah tokoh besar di samping pihak polis digesa untuk menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.
Anwar berkata, kerajaan harus segera menghentikan kegiatan menghasut rakyat menggunakan media arus perdana serta tidak menggunakan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai alat bagi menyampaikan propaganda kerajaan.
“Dalam usia kemerdekaan negara mencecah 56 tahun, negara masih berdepan dengan isu polarisasi kaum dan menghadapi bibit perpecahan dalam agama. Masyarakat sepatutnya dididik untuk menjadi lebih matang bukan didedahkan dengan agenda politik sedemikian.
“Kita harus bertanya adakah hari ini Perlembagaan Persekutuan subur diamalkan dalam negara atau sudah ada pencabulan terhadap kanun negara itu,” katanya yang menyifatkan pemimpin BN masih enggan belajar dari sejarah negara yang lalu.
Perdana menteri sebelum ini berkata, PR perlu bersedia menerima keputusan PRU13 sebelum perbincangan dimulakan. - 30 Ogos, 2013.

Akhir kata, jangan lah percaya dengan pujuk rayu setan ini, beliau wajar dihumban jauh daripada mengganggu gugat negara.