Rabu, 7 Ogos 2013

Pemilihan UMNO: 88 Dalil Kenapa Khairul @AzwanBro Tidak Layak Menjadi NKPUM


Posted by RR at 2:46 AM by 1 peluru




Asalnya gua buat satu poster untuk memperkenalkan calon yang akan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (NKPUM) dalam bentuk seakan-akan neutral. Tapi sesiapa yang faham tentang visualisasi dalam propaganda akan terdetik di kepala kenapa gua susun kesemua calon sebegitu.


Kenapa Khairul Azwan Harun (Ketua Pemuda Perak) gua selitkan di tengah-tengah, pada bahagian paling depan?? Nak jadi politician, belajarlah tentang propaganda sedikit supaya tidak nampak diri terlalu bangang!


Bersama UMB, gua telah mengajar ratusan jentera siber BN tentang teknik propaganda, termasuk arts of cyberwar. Gua cuba gunakan kelebihan itu untuk membantu sesiapa yang tahu menghargai.


Awalnya gua anggap satu penghargaan bila turut dipanggil oleh Khairul Azwan untuk membantu kempennya bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO menggantikan tempat Datuk Razali Ibrahim dalam Pemilihan UMNO 28 September nanti.


[Gua percaya ada juga calon2 lain memanggil penggiat2 media lain untuk membincangkan tentang strategi kempen mereka. So not a big deal about that!]


Seterusnya gua bersama beberapa orang rakan membuat semua analisis mengenai kelemahan yang harus dia perbaiki dan kekuatan yang harus ditonjolkan ke tahap maksimum. Disusuli beberapa kali perjumpaan yang tidak pernah berbalas harga minyak keretapun. Khairul Azwan kedekut - ITU FAKTA!!


Dari analisis awal, apapun cara yang dilakukan Khairul Azwan takkan punya sebarang potensi untuk memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda, lantaran di Perak sendiri dia tidak mendapat sokongan solid. Populariti di peringkat nasional juga seperti hutan dara yang tidak pernah tercuit langsung.


Tapi iltizam awal gua siapapun yang akan gua bantu akan gua usahakan untuk menang, all out tanpa sebarang kompromi.


Tapi apa balasan yang diterima, Khairul Azwan menolak bulat-bulat semua usaha yang dilakukan tanpa sebarang perbincangan. Gua sendiri tidak pasti silapnya darikaedah engagement atau sememangnya Khairul Azwan seorang yang tidak tahu mengenang budi.


Ada orang yang anggap wang adalah segala-galanya, ada juga yang mahukan aprisiasi (penghargaan) supaya wang diterima dengan bermaruah. Ini bukan soal wang walaupun Khairul Azwan golongan silverspoon yang boleh menyuap ringgit ke ratusan mulut - selamba rock!!


Gua boleh terima tawaran Khairul Azwan walaupun tawaran itu cuma diterima selepas menerima tekanan beberapa orang rakan. Tapi gua tak mahu gadaikan prinsip untuk menerima sebarang tawaran dari seseorang yang tidak pernah terfikir untuk belajar menghargai usaha orang lain yang telah membantunya selama ini SECARA PERCUMA.


Ini mungkin amaran untuk calon2 lain juga yang ingin menjadi politician... BELAJARLAH UNTUK MENGHARGAI, WANG BUKAN SEGALA-GALANYA. Jadi gua umumkan di sini akan membantu semua calon2 lain yang akan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (NKPUM) sepenuh obsessi dengan segala kepakaran yang gua ada... #AsalkanBukanAzwanbro.


Mana 88 dalilnya?? Gua punya 88 analisis tentang kelemahannya... Jadi tunggu bila pencalonan rasmi diumumkan 7 September nanti!! Astalavista-bebeh!!