Sabtu, 3 Ogos 2013

PENGHUNI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT PERLU ADA MINDA KELAS PERTAMA



Dalam satu perjumpaan media dengan SUK Kementerian Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib di Hotel Berjaya baru-baru ini, telah merungkai banyak permasalahan perumahan PPR.

PPR atau Projek Perumahan Rakyat merupakan tindakan drastik kerajaan Malaysia mengatasi masalah kekurangan perumahan dan masalah setinggan di Lembah Kelang terutama di Kuala Lumpur.

PPR sentiasa menjadi fokus dan agenda utama dalam politik tempatan dan sering dikaitkan dengan kritikan oleh parti politik pembangkang.

Majlis Tindakan Ekonomi Negara [ MTEN BUKAN ILHAM ANWAR IBRAHIM]. PPR di laksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kerjasama kerajaan tempatan. Kos pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan tetapi tanah disediakan oleh kerajaan negeri.

Sehingga 20 April 2010, sebanyak 21,611 daripada 29,562 unit PPR di bawah DBKL ditawar hendak dijual kepada penghuni sedia ada. Tawaran jualan ini adalah untuk memberi peluang terutama orang Melayu bandar mempunyai hartanah sendiri di dalam bandar.

Seramai 21,611 orang penghuni sedia ada ditawarkan untuk membeli unit PPR yang sedang diduduki. Malangnya hanya 14,450 orang penghuni sahaja yang berminat untuk membeli.

Jawatan kuasa Pemilihan mendapati 10,159 penghuni memenuhi syarat - layak mendapat rumah PPR . 4,013 layak bersyarat kerana tunggakan sewa melebihi tiga bulan. manakala 278 permohonan dalam proses permohonan.

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menjual rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada harga antara RM21,500 dan RM35,000 seunit.

Perdana Menteri berkata penjualan rumah itu akan melibatkan keseluruhan 44,146 unit rumah iaitu 29,562 unit PPR MTEN di 20 kawasan dan 14,584 unit PA DBKL di 17 kawasan.

Harga rumah PPR MTEN akan dijual pada harga RM35,000 seunit manakala harga rumah PA DBKL akan dijual antara RM21,500 dan RM35,000 seunit bergantung pada keluasan dan jumlah bilik, katanya.

"Kerajaan tidak menjual rumah rumah ini pada harga pasaran iaitu antara RM80,000 dan RM85,000 tetapi menjualnya pada harga yang mampu dimiliki oleh rakyat biasa berkenaan.

Beliau berkata keutamaan akan diberikan kepada mereka yang sudah lama menyewa rumah-rumah berkenaan serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan.

Baru -baru ini, DBKL mengambil tindakan mengunci meter air di PPR Muhibbah, Cheras dan di seluruh PPR di Lembah Pantai.

Maka timbullah tohmahan oleh anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang menyifatkan tindakan DBKL berunsur politik kerana mengunci meter air selepas pilihan raya umum ke-13, selain memaksa penduduk di PPR Lembah Pantai membayar sewa tertunggak.

Baru-baru ini juga seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut dengan lehernya hampir putus selepas terperosok di celah lif yang rosak di tingkat 3 Blok 8, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, DBKL juga turut dipersalahkan kerana lambat membaiki lif yang rosak.

Segala permasalahan yang timbul di PPR adalah berpunca daripada sikap penduduk sendiri. mereka gemar merosakkan harta benda awam, pengotor,  bongkak dan mementingkan diri sendiri adalah penyebab kepada segala permasalahan.

Ada yang sanggup membuang sampah sarap dari tingkap, membawa naik motosikal dengan lif, buat kebun pisang, buat reban ayam di tanah-tanah yang pada peringkat awalnya dijadikan landskap taman.

Dalam lif penuh dengan contengan dan perkataan-perkataan lucah dan keji, cctv dirosakkan, malahan punat-punat suis pada lif juga turut dirosakkan dengan menanggalkan skru yang ada.

Ini adalah fenomena biasa yang terdapat di kawasan PPR dan juga rumah-rumah pangsa yang didiami oleh kelas bawahan dan ia tidak berlaku di kawasan perumahan mewah.

Oleh itu wajarlah masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan jenis pangsapuri atau apartmen mempunyai minda kelas pertama. 

Membentuk minda kelas pertama amat lah sukar, sistem pendidikan negara setakat ini masih gagal di peringkat sekolah walaupun pelbagai usaha telah dibuat, ini kerana pendidikan bermula dari rumah, bukan dari sekolah.

Sekarang musim perayaan, sudah tentu satu lagi permasalahan timbul iaitu mercun, bayangkan dalam kawasan PPR yang mempunyai banyak blok bangunan, jika sebutir mercun diletupkan ia akan bergaung dan membingitkan seluruh kawasan perumahan tersebut.

Selain masalah bunyi mercun, penduduk juga teruja untuk berniaga terutama di bulan puasa dan masing-masing pasang payung dan meja di laluan masuk atau di ruang legar untuk menjual kuih muih berbuka puasa. Ini satu lagi masalah bermusim dan akibatnya sampah sarap banyak dibuang ke dalam semak.

Bersambung/.....