Rabu, 16 Oktober 2013

146 500 ahli Umno yang layak mengundi perlu dihormati

Sistem pemilihan secara terbuka merupakan satu transformasi yang dilakukan oleh Najib dan usul untuk sistem pemilihan kali ini diserahkan kepada setiap bahagian untuk dibahaskan dan ianya diterima baik oleh setiap bahagian pada satu persidangan khas 2009 atau 2010 yang lalu. Kini ia diuji keberkesanan buat pertama kalinya.
Ini siapa punya kerja, bila nak bagi hak kepada akar umbi membuat pilihan?
Dunia ICT membolehkan setiap ahli Umno tanpa mengira batasan usia dapat mengikuti perkembangan politik di hujung jari.

Oleh itu wajarlah setiap ahli Umno yang menjadi perwakilan cawangan Sabtu ini diberi kebebasan untuk membuat pilihan.

Jangan ada pihak-pihak yang cuba mengedarkan senarai kononnya ini kehendak Umno negeri atau ini kehendak Putrajaya. Jika ada sesiapa yang cuba mengedarkan senarai calon elok lah buat laporan terus kepada Dato Seri Tajol Rosli Ghazali.

Jangan jadikan Umno berada di takok lama. Faham kan? tak payah nak ulas panjang-panjang. Salute kepada Umno Bahagian Taiping yang memberi kebebasan kepada akar umbi membuat pilihan. Tahniah Dato Shalimin Ketua Umno Bahagian Taiping yang mempertahankan jawatannya untuk kali kedua.

Shalimin ini TM kenal dia dah lama iaitu semasa dalam perancangan untuk membina sebuah rumah awal 90an dahulu,  TM minta ayah Shalimin En Ahmad Shaffie untuk melukis dan menjadi arkitek untuk rumah TM. Pada ketika itu Shalimin sering berada di pejabat ayahnya dan beliau begitu aktif dalam urusan jual beli saham dan boleh dikatakan orang yang terawal menggunakan komputer riba dan mempunyai capaian internet.

Kemudian Shalimin bertugas sebagai pengurus di Bukit Jana Golf Resort yang kini dikenali sebagai Taiping Resort. Kemudian beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Peringkat awal beliau diminta untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian tetapi ditolak dengan baik, akhirnya 2009 beliau sedia memikul tanggung jawab untuk bertanding kerusi Ketua Bahagian dan berjaya menewaskan Dato Abdul Malik Hanafiah. Beliau (Shalimin) bukan beria-ria untuk jadi Ketua Bahagian tetapi atas permintaan dan desakan akar umbi yang mahu Dato Malik direhatkan. Timbalan Ketua Umno ketika itu ialah Cikgu Anjang dan beliau tidak berani mencabar Ketua Bahagian dan menyebabkan seorang yang berani diminta masuk gelanggang dan beliau ialah Shalimin.

Sepenggal mentadbir Umno Taiping sememangnya cukup mencabar. Pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi oleh beliau dengan tenang. Beliau yakin tranformasi Umno Taiping pasti akan tiba bila sampai waktunya.

Kini, belum pun apa-apa sudah ada yang mencabar dengan alasan demokrasi. Yang peliknya calon yang mencabar beliau berkata beliau bertanding bukan untuk menang.

Tahniah kepada Dato Shalimin kerana berjaya membina sebuah bangunan Umno bersebelahan Pejabat Daerah Taiping.
Shalimin
Sejak zaman Dato Khalid Nasir, zaman allahyarham Cikgu Zulkifli membawa kepada zaman Dato Malik bangunan Umno gagal direalisasikan, kini Shalimin berjaya melakukannya. Nak apa lagi?