Ahad, 6 Oktober 2013

Lain pula yang di *spin* oleh Harakah isu Zahid tiu Meloyakini

Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.

Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Ahmad Zahid warn malaysiakini 041013 Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid dalam satu sidang media semalam sebagai “perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri”.

Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya “memutarbelitkan” cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar .