Ahad, 20 Oktober 2013

Shalimin kekal Ketua Umno Bahagian Taiping


Yang Berbahgia Dato Shalimin Shaffie berjaya mengekalkan jawatan Ketua Bahagian yang dimenanginya dalam pemilihan 2009 yang lalu.

Shalimin mendapat 309 undi dan pencabarnya Dr Said Abu Hassan Said Abu Fasal yang hanya mendapat 19 undi.

Kerusi panas Timbalan Ketua Bahagian dimenangi oleh Saudara Ton Zalani Mat Darus dengan undi sebanyak 194 menewaskan Hj Shariful Juhari Abu Hasan yang mendapat 127 undi.

Sementara itu YB Dato Mohammad Zahir Mohd Khalid Exco Kerajaan Perak berjaya menewaskan dua pencabarnya iaitu Saudara Mohamad Nor Osman yang mendapat 98 undi dan Saiful Hizam Abu Zarim yang mendapat 2 undi sahaja. Undi yang diperolehi oleh Zahir ialah 213.

Keputusan pemilihan MT tidak diumumkan dan diserah kepada Umno Pusat.