Isnin, 21 Oktober 2013

Telur Surendran Hilang Apabila Diminta Tandatangani Surat Pelepasan Tanggungan

 

Umum mengetahui pakatan pembangkang sering kali menjadikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai 'kambing hitam' bagi menghentam kerajaan. Mereka mendakwa kononnya PDRM telah dijadikan alat oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional bagi menyekat dan menghalang aktiviti yang dilakukan oleh pakatan pembangkang.

 

Namun sejak akhir-akhirnya ini, serangan yang ditujukan kepada PDRM dilihat semakin melampaui batas. Mereka dengan sewenang-wenangnya menuduh pihak polis trigger happy dalam melakukan tugas. Ia ekoran dari beberapa kejadian tembak-menembak antara pihak polis dan penjenayah.

 

Naib Presiden PKR, N, Surendran sebelum ini mendakwa polis dengan sengaja melepaskan tembakan bagi membunuh (shoot-to-kill) para penjenayah ketika menjalankan operasi. Surendran turut mendakwa polis gagal mematuhi dan mengikutiProsedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

 

Dia juga mempertikaikan tindakan polis menangkap dan menembak penjenayah berbangsa India sebagai profail berdasarkan kaum (racial profiling) sangat berbahaya. Dalam kenyataannya kepada portal pro pembangkang, kata Surendran, hampir 70 peratus penjenayah yang ditangkap dan terbabit dalam kejadian tembakan adalah dari kaum India.

 

Ekoran dari kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 11 Oktober telah mempelawa Surendran yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Serai untuk turut serta dalam operasi membanteras penjenayah bersenjata yang bakal diadakan nanti.

 

Pelawaan itu bertujuan untuk membolehkan Surendran melihat sendiri cara dan pendekatan yang diambil oleh pihak polis ketika berdepan dengan saat getir yang boleh meragut nyawa pada bila-bila masa.

 

Walaupun Surendran telah pun menyatakan kesudian untuk turut serta dalam operasi yang bakal diadakan, namun sehingga kini dia masih gagal untuk menandatangani suratperjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis.

 

Surat perjanjian indemniti itu, bertujuan untuk membebaskan polis daripada memikul sebarang tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam erti kata lain, dia tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia, pihak polis, Ketua Polis Negara, atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu.

 

Paling menarik, apabila meneliti kandungan surat perjanjian indemniti itu penasihat undang-undangnya R. Sivarasa telah menasihatinya agar membatalkan hasratnya untuk menyertai operasi berbahaya itu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

 

Persoalannya bukankah mereka sebelum ini mendakwa, polis DENGAN SENGAJA ingin melepaskan tembakan untuk bunuh dan tidak mengikuti prosedur? Sedangkan penjenayah-penjenayah yang ingin ditangkap itu LANGSUNG tidak berbahaya. Jadi apa perlu untuk Surendran takut menurunkan tandatangan tersebut.

 

Tambahan pula masakan, penjenayah berbahaya dari keturunan India sanggup menembak Surendran yang ingin memperjuangkan hak dan kebebasan mereka.

 

Surat perjanjian indemniti itu secara dasarnya bertujuan untuk mengelakkan pihak polis terbeban dengan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan nyawa Surendran. Ini kerana ketika operasi dilakukan, selain menangkap penjenayah, sudah tentu anggota dan pegawai yang menyertai operasi perlu menjaga keselamatan dan nyawa mereka sendiri.

 

Kesimpulannya, Surendran perlu berhenti dari bermain politik murahan atau mencari isu yang mempunyai political mileage. Sekiranya dia inginkan kepastian berhubung SOP yang dijalankan oleh polis sila sahut cabaran tersebut. Kegagalan dia menyahut cabaran tersebut bakal membuktikan mereka di kalangan pembangkang hanya berani untuk bercakap namun takut berdepan dengan realiti.

 

Atau dalam bahasa kasar, mereka sebenarnya 'tak ada telor'.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.