Jumaat, 11 Oktober 2013

TPPA : Jangan jadi bangang macam pembangkang

Malam tadi bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur, Pkr telah menganjurkan satu rapat umum atau ceramah yang dinamakan 'Pentas Perdana Selamatkan Negara Tolak TPPA.
Ramai lah pemimpin Pkr yang datang dan hampir tiada langsung pemimpin Dap dan Pas. Jumlah khalayak yang hadir pun boleh bilang dengan jari. Tak puas dengan kegagalan malam tadi, sekali lagi Chegu Bard mengerahkan suku-suku yang masih setia dengan mereka iaitu Mahasewel supaya membuat demo di hadapan masjid As-Syakirin KLCC bagi membantah TPPA. Lihat sendiri gambar di bawah berapa kerat yang buat demo, lebih ramai orang awam sebagai pemerhati, kejadian kemalangan maut depan SS Trader Hotel di Kamunting malam tadi lebih ramai dari demo ini.
Inilah yang dikatakan bodoh tak bertempat, kerajaan terutamanya Najib sudah menyatakan pendirian beliau bahawa negara akan menolak cadangan blok barat itu sekiranya ia merugikan rakyat kita.
Tindakan terdesak pembangkang ingin menyelamat kan negara apa hal?  Sepatutnya mereka buat satu memorandum dan serahkan kepada pihak barat terutama Amerika bahawa Anwar Ibrahim menolak cadangan mereka mengajak Malaysia menyertai kumpulan tersebut. Agak-agaknya berani kah Anwar membantah dan menolak cadangan blok barat tersebut?
Paling menjijikkan apabila mereka menggunakan banner yang terpampang gambar Tun Mahathir akan bersama mereka di pentas perdana malam tadi.  Maka yang hadir tentulah kecewa kerana ketiadaan Tun malam tadi. Nampaknya Chegu Bard semakin gila issin.