Isnin, 7 Oktober 2013

YB Dato Zahir Khalid Adun Kamunting dicabar oleh tukang kebun

Saudara Saiful Adli Mohd Arshad telah memberi  komen mengenai calon yang bertanding untuk kerusi Naib Ketua Bahagian Taiping dengan kata-kata " yb exco dicabar tukang kebun ajer, tak yah kempen pun menang.

Jawapan Zahir Khalid mudah saja   cuba baca di atas.

Sebenarnya dalam politik kita tidak boleh merendah-rendah seseorang seperti tukang kebun, penjaga gate keretapi atau apa jua pekerjaan mereka. Masih ingat Allahyarham Dato Zakaria dari Kelang, seorang penjaga gate keretapi kemudian menjadi Adun?

Kepimpinan seseorang dirujuk kepada cara dia berkomunikasi, cara dia berfikir dan pelbagai aspek lain. Calon yang bertanding Naib tu mungkin tak berpeluang ke universiti atau kolej dan rezekinya hanya setakat tukang kebun sahaja tetapi anak-anak dia mungkin hebat-hebat.

Apa pun Zahir nampak cool dalam menghadapi persaingannya kali ini, tak nampak gelabah atau gundah gulana.

Jika diizinkan oleh yang maha kuasa maka dia akan berada di posisi sekarang, tetapi paling syok tengok pencabar kerusi ketua bahagian. bersungguh-sungguh dan begitu yakin untuk menewaskan ketua bahagian. Cuma nasihat dari TM ialah kalau menang jangan hilang begitu sahaja seperti waktu beliau jadi ketua pemuda dahulu.

Setelah berbelas tahun menghilangkan diri di Kuala Lumpur,  tiba-tiba muncul kembali mengulangi sejarah 1993. kempen manager yang bawa dia dahulu semasa bertanding Ketua Pemuda pun dah serik dan tak mahu lagi menyokong beliau. Kini kempen manager beliau ialah seorang veteran iaitu En Mohd Desa dari Batu 4 Kamunting.

Kempen manager pencabar Ketua Bahagian telah menawarkan TM sebagai AJK lantikan jika beliau menang menewaskan Dato Shalimin...Wah! Boleh beli kereta Audi  TT lah bila TM jadi AJK Bahagian nanti.