Sabtu, 30 November 2013

Apabila kenaikan gaji melampau MB dan Exco Selangor

Kerajaan Selangor menjadi sasaran kritikan hebat media apabila gaji menteri besar, speaker, timbalan speaker dan Exco dinaikan pada tahap yang cukup tinggi dan mengalahkan gaji perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Selepas menerima kecaman yang hebat, media pembangkang rupa-rupanya sudah menyediakan jawapan balas. Jawapan mereka ialah kenaikan gaji ketua menteri dan seluruh kabinet di Sarawak. Ia sebagai alasan menghalalkan kenaikan untuk pegawai eksekutif kerajaan negeri di Selangor.

Oleh itu, ramai pengamal media mula menyalahkan kerajaan Sarawak yang menjadi punca atau petunjuk kepada kenaikan gaji melampau di Selangor.

Okaylah mari lihat ini perbezaan Selangor dengan Sarawak.

Selangor ialah sebuah negeri bersultan di dalam semenanjung dengan keluasan 8 ribu kilometer persegi atau 2.4 % daripada keluasan Malaysia manakala Sarawak keluasannya ialah 124 ribu kilometer persegi atau 38% keluasan dan merupakan negeri terbesar dalam Malaysia.  Dari segi saiz negeri pun Selangor sudah kalah.

Dari sudut perkapita KDNK dan perolehan ekonomi,  Selangor lebih kehadapan berbanding Sarawak. ianya kerana Selangor terlebih dahulu maju dalam pembangunan industri, itupun adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional bukannya kerajaan yang ada sekarang.

Satu perkara yang harus diingat ialah Sarawak mempunyai barisan kabinet sendiri tidak seperti Selangor yang hanya ada exco sahaja.

Apa perlu difahami ialah Sarawak mempunyai hak eksklusif dalam pentadbiran negeri, ia termaktub dalam 20 perkara syarat dalam penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia.

Jadi memandangkan dari segi keluasan dan kos pengangkutan dalam negeri Sarawak maka Selangor tidak boleh membandingkan gaji eksekutif mereka dengan Sarawak.

Hari ini media pembangkang tak habis-habis merujuk kepada gaji kerajaan Sarawak bagi menghalalkan kenaikan di Selangor

Perkara lain yang menjadi mainan pembangkang ialah isu Ustaz Kazim. Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan 9 nama baru yang dilantik sebagai MT lantikan dalam Umno dan salah satu nama ialah Ustaz Kazim Elias dari Batu Kurau Perak atau (Tukurooomali). Pelbagai tuduhan dan cemuhan dilemparkan terutama oleh media Pas terhadap pelantikan beliau.

Apakah bodoh media Pas yang dengki khianat dengan pelantikan Kazim? Pas ada ramai ustaz seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Hazlin Bollywood dan ramai lagi, kenapa Pas tidak melantik mereka sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pas atau lantik ke Majlis Syura atau Ulamak Pas?

Ini lah perangai buruk Pas yang tak boleh lihat orang lain buat kerja betul.