Rabu, 20 November 2013

Hizbut Tahrir Malaysia satu pertubuhan baru yang perlu perhatian ramai

Beberapa minggu lepas selepas solat Jumaat, seorang remaja melayu telah mengedarkan risalah kepada jemaah, boleh dikatakan agak menarik juga risalah tersebut apabila dilihat tajuk- tajuk kecil dalam 2 halaman edarannya.

Hari ini TM cuba belek-belek sekali lagi dan membuka laman web http://www.mykhilafah.com dan cuba merayau-rayau melihat keseluruhan kandungan laman tersebut.

Agak menarik juga dan faham apa yang cuba disampaikan oleh pertubuhan ini. Cumanya kumpulan ini perlu mendapat berita 1st hand untuk kisah politik di Syria, Mesir dan beberapa negara Islam lain. Lebih baik jika mereka meletakkan wakil mereka di negara yang bergolak agar berita yang diterima tepat dan tidak memihak kepada sebelah pihak sahaja.

Dalam forum yang disampaikan oleh seorang ustazah juga agak menarik yang berjudul wanita di Malaysia yang berkerjaya.  Lihat dan nilai sendiri.

Tak ada komen lain, TM akan terus mengikuti perkembangan kumpulan ini.

https://www.facebook.com/pages/Hizb-Ut-Tahrir/354618431306065