Sabtu, 30 November 2013

Perompak lunyai di jalan raya

2 perompak berbangsa Melayu telah menerima balasan Allah sebaik sahaja berjaya merompak wang tunai dan melarikan sebuah kereta jenis Saga BLM di Kg Temin Sungai Siput Perak pada tengah hari Khamis lalu.

3 perompak yang memandu sebuah Proton Wira telah menghimpit Saga dan menghalau pegawai Tekun/ LAIM keluar dengan mengugut pegawai tersebut dengan parang.

Setelah memecut kereta Saga perompak telah bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan menyebabkan seorang perompak cedera parah dan mati ditempat kejadian dan seorang lagi mati di Hospital Sg Siput, manakala seorang lagi menghilangkan diri dengan Proton Wira. Kejadian berlaku betul bersebelahan kubur.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.