Ahad, 24 November 2013

Perwakilan Pas Johor bangap!

Dalam membahaskan usul kelmarin seorang wakil dari Johor mahukan Pakatan Rakyat mempunyai seorang ketua yang boleh dilantik menjadi perdana menteri jika pakatan menang dalam PRU 14.

Jelaslah bahawa perwakilan Johor itu mahukan Pas menjadi pengerusi yang  membolehkan Pas dilantik menjadi PM. Nampak jelas bahawa Pas tidak menyukai Anwar Ibrahim yang dilihat lebih dominan dan lebih menonjol untuk dijadikan sebagai PM. Pas juga sudah nampak bahawa gabungan mereka menguntungkan sekutu mereka terutama Dap.

Inilah nasib malang Pas yang perasan gagah dan ingin menguasai kerajaan pusat tetapi hakikatnya mereka adalah sebuah parti yang lemah.

Pas juga mungkin sedar bahawa mereka hanya minum air kencing Pkr dan Dap sahaja apabila Anwar membuat MOU untuk menyerahkan kuasa kepada Dap dan bukan kepada Pas.

Pas tak perlu resah dan gusar dengan siapa yang akan jadi PM kerana Pas tidak akan mendapat hak mereka selagi Anwar dan LGE masih bernyawa.

Sejak PRU 1991 Pas bersekutu dengan Dap dan S46 dengan harapan untuk mempergunakan Dap bagi menguasai politik tanah air dan harapan mereka ketika itu Dap mesti ikut arahan Pas. Ternyata ianya salah dan tidak tepat kerana apa yang berlaku ialah Pas yang tunduk kepada segala arahan Dap.

Oleh sebab itulah pakatan rakyat yang sebelum ini dikenali sebagai barisan alternatif gagal bersatu dibawah satu bendera seperti mana yang terdapat dalam BN.

Ia umpama tidur sekelambu tetapi mimpi lain-lain. Sampai bila pun mereka tidak akan mempercayai antara satu sama lain.