Rabu, 25 Disember 2013

Kenderaan 4x4 Pembuli jalan raya

Di Sabah dan Sarawak, kenderaan pacuan 4 roda dikenali sebagai pembuli jalan raya dan ada juga yang menggelarkan sebagai killer truck.

Ini kerana terdapat banyak kes kemalangan maut yang melibatkan kenderaan pacuan 4 roda dengan pengguna kenderaan kecil seperti kereta penumpang dan motosikal.

Kebanyakan pemandu 4x4 memandu laju, cuai, tidak mengikut peraturan jalan raya, memandu sambil berbual menggunakan telefon dan memandu di bawah pengaruh arak.

Oleh kerana jalan-jalan di Sabah dan Sarawak hanya dua lorong, maka kebanyakan pemandu 4x4 akan memandu laju dan memotong kenderaan lain sesuka hati terutama lori, van,  bas dan kereta kecil yang dianggap tidak laju dan mengganggu perjalanan 4x4. TM sendiri pernah berdepan dengan pemandu 4x4 samseng ini 2 minggu lalu dalam perjalanan menurun bukit dari Kundasang ke Kota Kinabalu, mujurlah van Nissan yang kami naiki dapat membrek dan berhenti bagi mengelakkan 4x4 yang betul-betul berada 50 meter di hadapan kami.

Seperkara lagi ialah sikap sombong, bongkak dan tidak berhati perut pemandu 4x4 adalah punca utama kemalangan melibatkan 4x4. Mereka dikenali sebagai "Apek Bayat" atau samseng jalanan, dahulu mereka gemar kereta Toyota Celica tetapi kini menjadi trend baru memiliki 4x4 dan kini Toyota Hilux adalah pilihan mereka.

Kelmarin di Kunak 4x4 bunuh orang lagi,

"Dua beranak maut selepas motosikal mereka dinaiki bersama-sama seorang lagi anggota keluarga bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 9, Jalan Kunak-Lahad Datu di sini. Kemalangan pada kira-kira 5.40 petang itu meragut nyawa seorang wanita"