Khamis, 31 Oktober 2013

Kecoh di Kampung Hakka Mantin Seremban

Cerita 1


Dalam kejadian tengahari tadi , enam orang wakil rakyat DAP ditahan kerana berada dalam rumah kelab alumni SRJKC Chi Chi yang juga terlibat dalam operasi perobohan.

Polis memasuki bangunan tersebut tiga minit selepas memberi amaran dan menahan Loke, MP Rasah Teo Kok Seong, serta tiga lagi ADUN parti tersebut J Arulkumar (Nilai), P Gunasekaran (Senawang), Chew Seh Yong (Bahau), Ng Chin Tsai (Temiang) serta beberapa orang lagi.

Mereka mahu menjadi hero bertindak memaki hamun pihak Polis , apa ingat negara ini tidak ada undang undang ke ? Sumbat saja dia dalam lokap dan jangan tunjuk biadab di Negeri Sembilan , baru beberapa kerat dah nak tunjuk belang. #TokMatMBNSbest
— with Mohd Zairi.

Cerita 2
Seramai enam orang wakil rakyat DAP termasuk MP Seremban Anthony Loke serta para aktivis termasuk setiausaha agung PSM S Arutchelvan ditahan ketika menyekat operasi perobohan di Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan hari ini.
NONEDalam kejadian jam 11.30 pagi, Arutchelvan digari dan ditahan polis selepas bertengkar dengan polis yang mengawal kawasan operasi perobohan tersebut.
Turut ditahan dan dibawak keluar dari kawasan operasi tersebut ialah seorang lagi aktivis PSM.

Orang ramai di kawasan kampung baru Cina itu menjerit terhadap anggota polis ketika mereka ditangkap.

Dalam kejadian seterusnya pada tengahari, enam orang wakil rakyat DAP ditahan kerana berada dalam rumah kelab alumni SRJKC Chi Chi yang juga terlibat dalam operasi perobohan.
NONEPolis memasuki bangunan tersebut tiga minit selepas memberi amaran 
dan menahan Loke, MP Rasah Teo Kok Seong, serta tiga lagi ADUN parti tersebut J Arulkumar (Nilai), P Gunasekaran (Senawang), Chew Seh Yong (Bahau), Ng Chin Tsai (Temiang) serta beberapa orang lagi.
Operasi perobohan bangunan berkenaan seterusnya dimulakan tidak lama kemudian.
Pada 30 September lalu,  pemimpin PSM itu dan 11 yang lain ditahan apabila mereka cuba menghentikan perobohan kampung bersejarah itu,  diekori dengan usaha dibuat untuk mendapatkan semakan kehakiman.
NONESementara itu, pengarah eksekutif Suaram, E Nalini; ketua kampung Hakka, Chong Tza Yew, dan sekurang-kurangnya enam aktivis dan penduduk kampung itu turut ditahan di bangunan lain yang akan dirobohkan.

Mereka berada di pintu masuk bangunan itu apabila anggota polis menyuraikan mereka pada kira-kira jam 1 tengahari, dan kemudian memotong kunci untuk sampai kepada penduduk.

Penduduk keluar dari rumah itu dan kemudian beredar dalam sebuah kereta manakala pekerja mengosongkan perabot dan peralatan di situ.

"Saya bangga dan menghormati DAP dan PSM kerana tampil dan bercakap dengan polis bagi pihak kami. Mereka sanggup datang ke pintu depan saya untuk menunjukkan sokongan tetapi ditangkap," kata Reena Sir Muhammad ketika ditemui kemudiannya. Beliau tinggal di rumah di mana Nalini ditangkap.

Turut tinggal di rumah yang sama adalah Sidek Muhammad Medan Khan, yang mendakwa dilahirkan pada tahun 1951 di kampung tersebut tetapi tiada kerakyatan. Dia juga mengalami masalah mobiliti disebabkan penyakit kongenital dan bergantung kepada tongkat untuk bergerak.

NONE"Selepas semua ini selesai, barulah kita boleh membantunya untuk mendapat kerakyatan," kata anak saudaranya, Mohd Amin Sir Muhammad sebelum perobohan itu.

"Kami tidak bebas. Terdapat gangguan di sana-sini dan dia takut untuk meninggalkan rumahnya. Mengapa? Dia takut rumahnya akan dirobohkan. Di mana dia hendak tinggal?"

Tiada konfrontasi berlaku ketika pihak berkuasa sampai ke bangunan ketiga dan terakhir yang diduduki, yang ditetapkan untuk dirobohkan pada jam 2.10 petang .

Rumah itu didiami keluarga Amarjit Kaur, 49, dan rumah itu, menurutnya, dibina oleh datuknya.

"Saya amat kecewa. Sekurang-kurangnya mereka patut beri kami sedikit masa dan biarlah kami meraya Deepavali (pada hari Sabtu). Ini adalah sambutan Deepavali terakhir kami di sini," katanya ketika ditemui.

Dalam laporan terbaru mereka, PSM berkata sehingga 19 orang telah ditahan, termasuk beberapa orang penduduk kampung.

NONEMengikut peguam yang mewakili pemaju, yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Sharif, sejumlah 22 bangunan dijadualkan dirobohkan hari ini, di mana tiga daripadanya didiami.

Pada jam 3.30 petang ini, sekumpulan aktivis dan penduduk tempatan berkumpul di luar ibupejabat polis Nilai di mana mereka yang ditahan ditempat, bagi membantah perobohan dan tangkapana tersebut.

Isu roboh gerai di Kajang

Kenapa tak semua dirobohkan?

Ceramah PRK Sg Limau malam ini

Ceramah Umum jam 9pm hari ni 31/10 diBilik Gerakan Pemuda Sblh Petrol Pam Buroq Oil. Penceramah: Dato Ahmad Maslan,Lokman Adam,Saiful Ambar dan Khairul Anuar. BB Pin 24D9BCC6
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ritual Padi Hadi Awang Ada Unsur Syirik


TABUK PADI DALAM AIR, APA PUNYA LAWAK LAH PAS SG LIMAU
Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan program 'Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi' yang di hadiri oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan.

Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah. Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut, namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu mempunyai unsur-unsur syirik.

Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan 'ritual' tersebut bukan merupakan amalan sunah. Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah melakukan perkara sepertinya.

"Apa yang dibuat oleh Tuan Guru, Hadi Awang itu dikira perkara yang umum, selama mana tidak ada unsur syirik atau sebagainya.

"Berkaitan doa awal tanam pagi, di dalam as-sunah kalau kita teliti atau dikaji ia tidak boleh dikhususkan. Bimbang ia akan jadi satu amalan tetap, sehingga kalau tak buat ritual tersebut, (dan kebetulan) padi tak bagus atau tak jadi. Ia akan dikategorikan sebagai bidaah.

"Amalan macam ni, (berkemungkinan) akan disusuli dengan perasaan kalau benda ni tak buat, tidak akan berkat.. sekiranya ia tidak dibuat rumah tidak akan didirikan dengan baik, padi tidak akan tumbuh yang macam ni ada unsur syirik.

"Kerana ada ritual tertentu sehingga masyarakat menjadi percaya dan kaitkan dengan ibadah. Patut dibuat secara umum dan bukannya ada ritual tetap" katanya.

Beliau turut mempertikai sikap pembangkang yang 'double standard' sambil merujuk tindakan mereka yang menghentam hebat program 'ancak' yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suatu ketika dahulu.

"Contohnya masa isu Ancak, pembangkang hentam kaw kaw.. yang ni boleh tapi masa Dr Zambry tak boleh" tegas beliau lagi.

Yang hairannya, tiada seorang pun pemimpin Pas yang dianggap sebagai ulama tampil untuk mempertikaikan tindakan Hadi Awang ini. Sedangkan ketika isu 'ancak' hampir kesemua dari mereka tampil menghentam dan mengkritik kononnya melakukan amalan yang bukan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw.

Kesimpulannya inilah wajah sebenar pembangkang yang penuh dengan sikap hipokrit dan double standard yang perlu didedahkan kepada rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Seriuskah PAS Menentang COMANGO?

 
Harakahdaily semalam melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang menyeru NGO Islam agar membantah tuntutan COMANGO.   Katanya, "Tanpa mengira latarbelakang politik mahupun ideologi, marilah kita memahami dan mendalami keindahan Islam dengan betul."
 
Di akhir kenyataannya, beliau juga mendesak kerajaan Malaysia mengambil serius isu ini dan bekerjasama dengan NGO Islam untuk menghadapi COMANGO. 
 
Menarik sekali kerana Kamaruzaman tidak pula menyebut PAS secara spesifik tetapi hanya membayangkan yang semua yang di pihak Islam perlu terlibat dalam menentang COMANGO. 
 
Antara kandungan kenyataannya, Kamaruzaman sendiri telah menggariskan bahawa antara perkara penting yang perlu dipertahankan ialah perlembagaan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah dan Artikel 152 berkenaan hak Melayu selain pengharaman Syiah serta penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian. 
 
Justeru, kita hairan, apa sudah jadi dengan sikap PAS yang gemar manjadikan Islam itu sebagai milik-persendirian parti mereka?  Apa sudah jadi dengan tuduhan PAS bahawa kerajaan UMNO tidak Islam?   Apa sudah jadi dengan tuduhan bahawa perlembagaan negara adalah perlembagaan kafir?  Kenapakah PAS mengharapkan kerajaan UMNO ke hadapan, dan juga NGO?  Kenapakah PAS malu-malu untuk mengambil kredit secara 'borong' dalam kes ini dengan berdemo besar-besaran? 
 
Jika PAS boleh berdemo untuk kes liwat Anwar, berdemo untuk menentang Lynas, berdemo untuk BERSIH, Himpunan Kebangkitan Rakyat, Blackout, Royalti Minyak dan entah apa-apa demo lagi, sehingga sanggup mengganas dan berguling-guling bergadai nyawa anak isteri dan ibu bapa, maka seharusnya isu tuntutan COMANGO ini mendapat reaksi yang jauh lebih hebat lagi dari semua demo itu. 
 
Bukan kita menyokong demonstrasi, cuma reaksi sebegitu tentu lebih menepati laungan riak dan takbur PAS sebagai 'pejuang Islam' yang tulin. 
 
Sikap yang diambil oleh PAS mengenai tuntutan COMANGO menyamai sikap yang diambil mereka ketika menghadapi isu murtad di Selangor.  Iaitu 'segan' untuk ke hadapan bagi menentang secara lantang. 
 
Mungkin Kamaruzaman terlepas pandang bahawa PAS juga tidak begitu konsisten dalam mempertahankan Kalimah Allah dan PAS pada satu ketika cukup nekad menyokong perjuangan DAP untuk menghapuskan hak-hak Melayu atas alasan 'perkauman'. 
 
Atau mungkin juga Kamaruzaman sebenarnya tidak terlepas pandang tetapi cukup sedar bahawa PAS tidak boleh ke hadapan dalam membela Islam dalam isu ini kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan DAP dan juga para gay, lesbian dan pondan di dalam PKR. 
 
Justeru, tidak hairanlah Kamaruzaman menolak para NGO dan UMNO ke hadapan, sementara PAS hanya menonton di belakang. 
 
Apa yang berlaku membuktikan bahawa perlembagaan Malaysia dan kerajaan Malaysia tidak pernah menolak Islam seperti yang dituduh oleh PAS.  Malah, perlembagaan yang digubal UMNO itulah yang memelihara dan menjulang kedudukan agama Islam sekali gus mempertahankan hak umat Islam di negara ini. 
 
Oleh itu, ada baiknya sebelum Kamaruzaman membuat apa-apa kenyataan mengenai COMANGO, beliau terlebih dahulu mengaku akan hakikat ini dan meminta maaf atas keterlanjuran PAS memusuhi UMNO.  Islam itu bermula dari diri sendiri iaitu dengan berjihad menentang iblis di dalam hati.   Hanya dengan cara itu, kita akan dapat bersatu dan mempunyai kekuatan untuk menentang COMANGO dengan lebih yakin. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 30 Oktober 2013

Ceramah Umum PRK Sg Limau jam 9pm 30/10

PERUBAHAN TEMPAT
Ceramah Umum PRK Sg Limau jam 9pm 30/10 Bilik Gerakan Kg Selengkoh. Penceramah: Lokman Adam, Heikh Hamlan Din dan Ust Jamil Long. BB Pin 24D9BCC6
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 29 Oktober 2013

Ini baru nama Pas Haprak

Masa aku kecik-kecik pernah juga tengok Melayu haprak. Haprak sebab setiap kali ada cina mati, depa ambil upah pakai baju guni dan menangis ikut lori mayat.

Akan tetapi melayu haprak tu dah tobat dan tak buat kerja tu lagi, rupa-rupa zaman sekarang ada lagi berlaku pada orang Pas yang kononnya menegakkan Islam. Ustazah Abby Elite kata "orang Pas masuk syurga, undi Bn dapat dosa, undi Pas dapat pahala."

Ini yang dok usung bendera Dap Sosialis Demokrat ini termasuk dalam golongan apa?

Harap Ustazah Abby dapat bagi jawapan!

BN tabur Janji ? PAS tabur fitnah

Mahfuz ingin jadi juara kaum cina pulak dah

 

Barisan Nasional menerima penolakan masyarakat Cina dalam PRU-13 yang lalu sebagai pengajaran bahawa memberi segala-galanya bukanlah jaminan kepada sokongan. Selain itu, publisiti dan promosi yang berlebih-lebihan juga mampu memakan diri. 

 

Dengan menolak BN bermakna masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat. 

 

Namun, apa yang ingin dibincangkan di sini ialah, menyokong Pakatan Rakyat, tidak bermakna masyarakat Cina turut menyokong PAS.  Hakikatnya, PAS juga ditolak mentah-mentah oleh masyarakat Cina.  Ini terbukti apabila PAS hanya mendapat undi dari kaum Cina di kawasan di mana DAP dan PKR tidak bertanding sahaja. 

 

Akibatnya, PAS mendapat jumlah kerusi tercorot berbanding sekutu-sekutunya.   

 

Jelas, undi yang diberi oleh masyarakat Cina kepada PAS bukanlah ikhlas, tetapi sekadar memenuhi keperluan bagi menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui Melayu UMNO.  Yang memberi kerusi kepada PAS hanyalah orang-orang Melayu. 

 

Justeru, dari konteks sokongan masyarakat Cina, PAS dan UMNO adalah senasib dalam PRU yang lalu.  Tetapi, dari konteks sokongan Melayu, UMNO telah menandingi PAS kerana berjaya menambahkan bilangan kerusi sementara PAS pula kehilangan beberapa kerusi lagi.  Ini bermakna sekiranya PR menang, PAS tidak akan mempunyai suara yang lantang dalam kerajaan. 

 

Bagaimanapun, PAS masih tidak belajar apa yang UMNO telah pelajari iaitu berpada-pada dalam menarik sokongan pengundi dan jangan sampai digadai segalanya semata-mata demi kerusi.   Oleh itu, PAS masih lagi tersorong-sorong pipi cuba memancing hati masyarakat Cina sehingga sanggup menggadai agama. 

 

Terbaru, PAS cuba membela masyarakat Cina dengan menghentam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri.   Untuk itu, Mahfudz Omar menuduh PM dan BN berdendam dengan masyarakat Cina sehingga membelakangkan kaum itu dalam agihan peruntukan.  BN dikatakan memberi peruntukan yang lebih kepada kaum India atas dasar ‘terima kasih’ iaitu satu tindakan yang sengaja menyindir masyarakat Cina. 

 

Mahfudz merujuk kepada peruntukan sejumlah RM100 juta bagi tujuan pendidikan kaum India di dalam Bajet 2014.  Selain itu terdapat juga dana sejumlah RM50 juta bagi program pembangunan usahawan India. 

 

Keputusan kerajaan ini dilihat sebagai langkah yang wajar dan tepat dalam usaha untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia.  Seperti yang kita sedia maklum, selain bumiputera, kaum India juga masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina. 

 

Perlu diingatkan bahawa kewujudan kumpulan samseng India yang ramai sebenarnya berkait rapat dengan kedudukan ekonomi mereka.  Oleh itu keputusan kerajaan untuk membantu masyarakat India adalah keputusan yang bijak dan bakal membawa kebaikan untuk semua kaum juga. 

 

Masyarakat Cina sebaliknya tidak memerlukan bantuan dari segi ekonomi kerana mereka telah pun mendominasi aktiviti ekonomi dalam negara.  Sikap mereka yang angkuh dan sering mendabik dada sebagai pembayar cukai tertinggi, dengan sendirinya menafikan segala bantuan kepada mereka.   

 

Hakikatnya, tindakan kerajaan tidak menggariskan bantuan ekonomi kepada masyarakat Cina dalam Bajet 2014 adalah tindakan yang tepat, logik serta praktikal.  Sekiranya masyarakat Cina atau Mahfudz ingin melihatnya sebagai sindiran, maka terpulanglah kepada mereka. 

 

Apa yang menarik  ialah Mahfudz  cuba menjadi juara kaum Cina di kala DAP giat menindas Melayu yang menjadi ahli parti itu.  Mungkin Mahfudz menyangka dengan cara ini maka masyarakat Cina akan mengundi PAS dalam PRU-14. 

 

Bukankah lebih baik Mahfudz bangun membela Melayu di dalam DAP dan juga di Pulau Pinang daripada bertindak membela masyarakat Cina dalam soal Bajet negara? 

 

Tidakkah Mahfudz mendengar luahan hati Melayu di dalam DAP seperti Zulkifli Mohd Noor? Atau bekas Melayu DAP seperti Tunku Aziz?  Atau Melayu-melayu rakyat marhaen yang dirampas gerai dan tanah mereka oleh DAP?  Atau yang rumah mereka dilanda banjir tetapi langsung tiada bantuan dari DAP? 

 

Siapakah di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat yang akan membela mereka ini?   Jika Mahfudz dan PAS turut memperjuangkan Cina, siapa yang akan memperjuangkan Melayu? 

 

Nampaknya, tidak lain tidak bukan, hanya UMNO sahajalah harapan Melayu - dahulu, kini dan selamanya. 

PRK SG LIMAU: JOM TERJAH VIDEO INI

1. Fathul Bari : Banteras Syiah, Jangan Guna Hudud Sebagai Modal Kempen
http://m.youtube.com/watch?v=nsT0Dn0ij4w
2. PRK Sungai Limau : Masalah Titi Usang Belengu Penduduk Kampung
http://m.youtube.com/watch?v=wnVsPACV8ZQ
3 PRK Sungai Limau : PAS Dakwa Gambar Diubah Tanpa Pengetahuan
http://m.youtube.com/watch?v=JNw081M7QBU
4 PRK Sungai Limau : Mahfuz Enggan Ulas Isu Doa Bapa Jamil Khir
http://m.youtube.com/watch?v=VB-ODKTG_sA
5 PRK Sungai Limau : 30 Tahun Tanah Perkuburan Tidak Berpagar
http://m.youtube.com/watch?v=InBdMF7Warg

GST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK Sg Limau Isu Azizan

https://www.youtube.com/watch?v=QqHUySl9kWc&feature=youtube_gdata_player

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 28 Oktober 2013

Kempen Syiah Di PRK Sg Limau

"Ya Ali, menangkanlah jemaah kami," 

Ini bermakna calon Pas Sg Limau adalah Syiah, apakah ini benar? Hanya Azam dan Mahfuz mampu memberikan jawapan.

Lagi kejayaan Mukhriz di KUIN

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir telah berjaya menjadikan Kolej Universiti Insanniah (Kuin) lebih baik dengan mengembalikan hak dan kebajikan kakitangan yang diabaikan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Pas sebelum ini.

Penolong Pegawai Tadbir Kanan Kuin, Asri Abdul berkata, Mukhriz dalam kunjungan mengejutnya pada majlis perjumpaan bulanan kakitangan Kuin pada 8 Jun lalu mengumumkan langkah konstruktif termasuk menjadikan kolej universiti itu sebagai sebuah badan berkanun negeri, iaitu antara enam langkah bagi menambah baik Kuin.

Langkah-langkah lain yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah tersebut ialah kenaikan gaji 13 peratus, kenaikan elaun COLA, kenaikan satu tangga gaji, pemberian bonus, mengguna pakai semua pekeliling yang diumumkan Kerajaan dan menjadikan Kuin sebagai badan Berkanun Negeri.

Asri berkata, enam langkah untuk menambah baik Kuin itu merupakan antara perkara-perkara yang dituntut oleh Skuad Bersih Kuin dan Mukhriz telah menunaikan janjinya untuk membantu kakitangan Kuin yang selama ini tertindas.

"Hak-hak kami yang terabai sebelum ini pada zaman pemerintahan Pas telah dikembalikan oleh Mukhriz dan Kuin kini berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding dahulu.

"Soal gaji kakitangan juga dah diselesaikan, anak-anak syarikat yang membebankan kewangan Kuin juga dah tak ada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Asri yang juga wakil Gerakan Bersih Kuin, keputusan Mukhriz untuk memindahkan Kuliyyah Muamalat yang mempunyai 1,200 pelajar dari kampus tetap Kuin di Kuala Ketil ke kampus Kuin Mergong juga merupakan satu keputusan yang wajar memandangkan kos operasi di kampus tetap di Kuala Ketil memakan belanja yang tinggi.

"Selepas Mukhriz mengambil alih Kedah,beliau arahkan untuk kaji balik kos pengajian di kampus tetap Kuala Ketil dan kos operasi di sana tinggi sebab itu beliau arahkan Kuliyyah Muamalat dipindahkan semula di Kampus Kuin Mergong.

"Sekarang ini hanya ada beberapa kuliyyah sahaja yang beroperasi di kampus tetap Kuin di Kuala Ketil," ujarnya.

Katanya, perpindahan Kuliyyah Muamalat dari kampus tetap di Kuala Ketil juga dipersetujui olehkakitangan dan pelajar Kuin malah Mukhriz membuat keputusan untuk memindahkan operasi Kuliyyah Muamalat setelah berdiskusi dengan kakitangan serta pelajar.

"Rata-rata kakitangan Kuin tinggal di Alor Setar dan jarak untuk ke Kuala Ketil jauh dan menyukarkan kakitangan dan kami semua sambut baik bila Mukhriz buat keputusan untuk pindahkan operasi Kuliyyah Muamalat di Mergong," jelasnya.

Asri berkata, kampus tetap di Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta itu juga tidak mempunyai asrama untuk menampung 6,000 pelajar serta masjid dan ini menyukarkan pelajar serta kakitangan.

"Bagaimana sebuah kampus hendak dikatakan sebagai kampus tetap sedangkan asrama dan masjid tidak ada seperti dalam pelan asal, macam mana kakitangan dan pelajar hendak buat aktiviti. Segala keputusan yang dibuat Mukriz untuk Kuin adalah tepat," katanya. - UTUSAN

Ceramah Umum Hari ke6 PRK Sg Limau

Ceramah Umum Hari ke6 PRK Sg Limau jam 9mlm ni 28/10 diNo 6 Tmn Mahsuri, PDM Kabu 10. Penceramah : Lokman Adam, Dato Fatimah dan Long Kechik. BB Pin : 24D9BCC6.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Abby Elite tunjuk kebodohan sendiri

Jentera pilihanraya Pas Sg Limau mengaku gambar palsu

Pas Kedah hari ini mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.

"Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan Pas langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada," kata Pengarah Operasi Pas bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media di sini.

Beliau mengulas penyebaran risalah kempen yang memaparkan gambar calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'Photoshop' bagi menampal wajah Mohd. Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.

Beliau juga mengaku lazimnya sebelum bahan kempen dicetak, pereka grafik akan menyerahkan contoh profil kepada mereka untuk diedit dan ditambah baik sebelum diserah semula bagi tujuan pencetakan.

Katanya, Pas Kedah akan menarik balik risalah berkenaan dan mengeluarkan profil baharu dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan kempen Pas, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, berkata:

"Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita."

Sinar Harian dalam laporan muka depannya hari ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi pada PRK DUN Sungai Limau.

Laporan itu juga menyatakan Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar berkenaan memihak kepada mana-mana parti politik.

Sementara itu, Ketua Biro Edisi Utara Sinar Harian, Mohd. Idros Mohd. Ali yang merupakan seorang daripada dua pemberita kanan di dalam gambar tersebut berkata, adalah penting bagi akhbar berkenaan menjaga kredibilitinya sebagai media yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Kita nak mengekalkan kredibiliti akhbar yang sentiasa dijaga sebelum ini.

Gambar ini seolah-olah memberi satu gambaran bahawa kita menyebelahi satu pihak sahaja," katanya kepada Bernama.

Katanya, Sinar Harianmenyerahkan kepada pembaca untuk menilai kenyataan yang dibuat oleh Pas hari ini.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd. Azam dan calon Barisan Nasional, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. - BERNAMA

Boleh adakan ibadat qurban dalam kawasan sekolah

Susulan daripada kekeliruan isu sembelih lembu di kawasan sekolah, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Kementerian Pelajaran membenarkan ibadah korban dijalankan dalam kawasan sekolah selagi tidak melibatkan sensitiviti kaum lain.

Menurutnya, penyembelihan lembu boleh dijalankan jika ia melibatkan sekolah yang mempunyai majoriti pelajar dan guru beragama Islam.
 
"Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan menghalang upacara korban di sekolah-sekolah.
 
"Tapi setiap program perlu mengambil kira sensitiviti kaum lain di sekolah tersebut dan dilaksanakan dengan sifat saling hormat-menghormati," demikian menurut beliau melalui laman Facebooknya.
 
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan , P Kamalanathan  menyatakan larangan itu sebagai respon kepada aduan seorang pengadu berbangsa India yang mempersoalkan kewajaran ibadah korban diadakan dalam kawasan sekolah di Puchong Jaya, yang mempunyai pelajar bukan Islam.
 
Kamalanathan selain itu berkata, larangan tersebut tidak dinyatakan di dalam pekeliling, tetapi hanya dalam bentuk nasihat kepada pihak sekolah "dari semasa ke semasa", di samping Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan menasihati sekolah untuk bekerjasama dengan surau berhampiran apabila pihak sekolah memaklumkan mengenai aktiviti berkenaan.
 
"Sebenarnya benda itu (sembelihan korban) tidak boleh. (Perkara) itu dah kementerian siasat. Biasanya tidak boleh, tetapi masalah yang berlaku apabila PPD tidak dimaklumkan.
 
"Kalau dimaklumkan di pejabat PPD, biasanya, mereka akan menasihatkan pihak sekolah bekerjasama dengan surau-surau berhampiran. Itu yang digalakkan," katanya.
 

Syiah mula dedahkan identiti di PRK Sungai Limau

"Tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata"  Abaq Ang

Terdesak. Tanda Pas akan kalah di Sg Limau


PENEMUAN risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang telah diubah suai dianggap sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi.



Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.


FAKTA

Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.



AUTA

Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.

Pas Kedah semakin suram dan bakal bungkus


Pas sebuah parti politik suku yang bertakiyah kononnya sebuah parti yang pertahankan Islam.  Pada hakikat sebenar Pas bukanlah sebuah parti yang mendokong Islam sebaliknya penuh kesesatan ( khawarij).

Pas yang bermula di Perak dan semakin kuat di Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah. Apa pun akhir-akhir ini rakyat mula sedar bahawa Pas hanya sebuah parti politik biasa yang ingin berkuasa. Pas ialah parti politik yang mempunyai cita-cita yang sama seperti Dap dan Pkr yang meletakkan kepentingan assobiyah di hadapan dan agama di belakang.

Buktinya dalam isu khalimah Allah yang dituntut oleh Kristian dan agama-agama lain di Malaysia. Pas sebagai sebuah parti boleh bersetuju dengan tuntutan sekutu mereka terutama Dap yang lebih kepada sekularisme.

Kini Pas bukan lagi Pas di Zaman Fadzir Noor, Pas sekarang Pas Anwarinas. Pas assobiyah, kawarij dan penuh pembohongan.

Kini rakyat Kedah sudah mula menolak Pas dan buktinya ialah angka-angka berikut;

Keputusan PRU dan jumlah kerusi Pas di Kedah sejak 1990

1990 = 01 kerusi
1995 = 0 2 kerusi
1999 = 12 kerusi
2004 = 04 kerusi
2008 = 16 kerusi
2013 = 09 kerusi

1995 Pas mula menguasai kerusi Sg Limau dan tidak mustahil kerusi ini akan kembali kepada BN minggu depan.

1999 kerusi Pas bertambah kerana krisis pemecatan Anwar Ibrahim dan menubuhkan parti baru iaitu Parti Keadilan Rakyat pimpinan Wan Azizah.

2008 adalah pencapaian terbaik Pas di Kedah kerana tsunami yang berjaya dimainkan oleh Dap dan Pkr, ia juga menyebabkan BN  hilang 5 negeri.

Ingatlah wahai pengundi Dun Sungai Limau, Isnin depan 4 November ialah tarikh keramat untuk memperbetulkan persepsi baru dalam kawasan anda. selepas 20 tahun di bawah Pas kini masa untuk bertukar.

Ahad, 27 Oktober 2013

PRK N20 Sg Limau :Ceramah Umum Hari Ke5

Ceramah Umum Hari Ke5 jam 9mlm ni 27/10 diPkrg rum Hj Jamaluddin Husin,Sg Lantang, Ulu Sedaka. Penceramah: Lokman Adam,Dato Rahman Ibrahim dan Riyana Abd Aziz
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Haji Baharom Terkilan Ziarah Jadi Kempen Politik

Walaupun Dr Sohaimi juga menziarahi Haji Baharom, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir. Calon BN ini dilihat tidaklah mensensasikan lawatan berkenaan sebagai salah satu cara berkempen untuk PRK N20. PAS sebelum ini dibidas oleh Mukhriz kerana menjadikan lawatan berkenaan sebagai satu cara berkempen. Ternyata, Haji Baharom tidak menyangka dan terkilan dengan berita sebegitu yang mendatangkan kesan buruk kepada anak beliau dengan lontaran persepsi negatif dari masyarakat hanya kerana mereka berbeza fahaman politik.

PRK Sg Limau, Awai awai lagi Pas dah langgaq arahan SPR, dok usung speaker





Pas dah habis modal di Sg Limau

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK Sungai Limau - Pengundi wajar bagi kemenangan kepada BN...

Pas bertanding demi politik, BN bertarung demi rakyat ( Utusan)

SEMEMANGNYA dari segi demokrasi, tidak ada apa salahnya untuk Pas bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil pada 4 November ini, tambahan pula kerusi itu kononnya adalah kubu kuat mereka.

Tetapi biarlah hasrat untuk bertanding tersebut dibuat atas niat untuk membela nasib rakyat dan membawa kesejahteraan kepada mereka. Bagaimanapun masuk hari kelima kempen pilihan raya kecil itu ternyata Pas hanya bertanding semata-mata untuk tujuan politik.

Pas memahami mereka bukan lagi sebuah parti yang menerajui kerajaan negeri Kedah dan mereka juga mengerti bahawa tidak banyak yang boleh mereka lakukan bagi membela nasib penduduk Sungai Limau.

Malah mereka juga mengetahui tidak lagi mempunyai pemimpin sehebat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang mempunyai kekuatan tersendiri menarik orang ramai menyokong Pas dan sudah pasti pemimpin-pemimpin Pas Kedah juga mengetahui siapa yang menyebabkan Allahyarham hanya mampu bertahan sepenggal sahaja sebagai Menteri Besar.

Namun Pas tetap mahu menguasai kerusi DUN Sungai Limau. Mereka akan melaksanakan 'politik air liur' dengan membuat janji yang mereka sendiri amat memahami tidak mampu ditunaikan dan mengamalkan 'politik tin kosong' dengan menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah merekalah yang terbaik di muka bumi Allah ini.

BN pula masuk ke gelanggang di DUN Sungai Limau bukan semata-mata untuk memperkukuhkan kuasa, BN tidak berada dalam kedudukan amat memerlukan kerusi tersebut untuk terus memerintah tetapi niat BN di bawah kepimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir hanya satu iaitu merangkul penduduk Sungai Limau untuk sama-sama menikmati kesejahteraan melalui arus pembangunan yang akan dilaksanakan.

Bagi BN, sudah sampai masanya nasib penduduk Sungai Limau dibela secara ikhlas tanpa mengira fahaman politik yang mereka pegang. BN boleh sahaja membiarkan DUN Sungai Limau di bawah Pas dan BN juga sudah boleh merelakan sahaja penduduk kawasan itu terus terpedaya dengan mainan politik Pas.

Tetapi BN adalah parti yang bertanggungjawab dan mahu melaksanakan amanah bagi membela nasib rakyat sebab itulah BN bersedia bertarung di DUN Sungai Limau. BN tidak boleh membiarkan penduduk Sungai Limau hanya sekadar pemerhati arus pembangunan yang melanda kawasan lain. Apatah lagi majoriti penduduk kawasan itu adalah orang Melayu dan beragama Islam.

BN mahu memastikan kelompok itu dibela dan mendapat manfaat sama ada demi pembangunan fizikal mahupun spiritual. Sebab itulah BN tidak boleh membenarkan penduduk Sungai Limau terus terpedaya dengan mainan politik Pas.

Pas berhujah, pertama, menyatakan penambahan kerusi BN di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran parti itu, sebaliknya kemenangan BN akan menyebabkan parti tersebut menjadi angkuh, kedua, mereka mahu mengekalkan kerusi tersebut kerana ingin menjadi pemantau kepada kerajaan demi kebaikan rakyat.

Motif

Ketiga, jika Sungai Limau berada di tangan pembangkang, BN sebagai kerajaan akan berusaha merampasnya untuk Pilihan Raya Umum Ke-14, maka rakyat akan mendapat pelbagai nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat. Keempat, kemenangan Pas akan menghantar mesej kepada kerajaan BN di pusat supaya jangan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang kononnya bagi mereka merugikan rakyat dan kelima, UMNO sudah diberi sebuah negeri, maka wajar sangatlah Sungai Limau (cuma sebuah DUN) diberi kepada Pas.

Kesemua alasan ini membuktikan, Pas tidak mempunyai apa-apa agenda yang bertujuan mensejahterakan rakyat sebaliknya ia bermotif politik semata-mata. Memang benar, keputusan di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran kerajaan negeri tetapi apakah ini bermaksud Pas mahu membiarkan sahaja penduduk Sungai Limau berada dalam kedudukan sekarang yang dilihat ketinggalan dari segi arus pembangunan?

Apakah Islam mengajar umatnya berada dalam keadaan sebegitu? Benarkah Pas boleh menjadi pemantau kepada kerajaan negeri sedangkan apa yang kita saksikan selama ini bukan sahaja di Kedah malah di seluruh negara, Pas dan pembangkang sentiasa sahaja mencari alasan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. Biarpun apa yang dilakukan oleh BN demi kebaikan rakyat, Pas dan pakatan pembangkang akan memutarbelitkan usaha itu demi meraih sokongan politik.

Sekarang ini pun dalam kempen pilihan raya di Sungai Limau, pelbagai tuduhan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri tanpa mengkaji apakah dakwaan mereka benar atau tidak, adakah ini pemantau yang dikehendaki dalam Islam?

Alasan jika Sungai Limau terus berada dalam Pas ia akan membolehkan rakyat menikmati pembangunan kerana BN akan berusaha merampasnya dalam pilihan raya umum akan datang adalah hujah paling dangkal. Ini membuktikan Pas tidak berupaya melakukan apa-apa sebaliknya mengiktiraf keupayaan BN untuk melaksanakan pembangunan tetapi akhirnya Pas akan mengamalkan sikap 'lembu punya susu sapi dapat nama' dengan mendabik dada apa yang BN lakukan adalah hasil tekanan dan desakan mereka.

Apabila Pas menyatakan mahu menjadikan kemenangan di Sungai Limau sebagai mesej rakyat kepada kerajaan BN di pusat, ia sekali gus menunjukkan parti itu terus dengan pendekatan politik ketinggalan zaman dan hakikatnya tidak mempunyai apa-apa agenda untuk membela nasib penduduk Sungai Limau. Sebaliknya mereka mahu 'memperalatkan' pengundi Sungai Limau demi kepentingan politik pakatan pembangkang.

Hujah biarlah Pas terus menguasai kerusi DUN Sungai Limau memandangkan UMNO sudah menjadi kerajaan negeri menunjukkan Pas hanya mahukan kerusi itu semata-mata kerana politik tidak lebih daripada itu.


Demikianlah sikap Pas, mereka mahu mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau atas tujuan politik dan bukan untuk membela nasib rakyat di situ. Atas sebab itulah pengundi-pengundi Sungai Limau harus memahami mainan politik Pas ini.

Tidak salah untuk mereka terus memberi sokongan kepada gerakan politik Pas tetapi dalam soal pilihan raya bagi menentukan pemilihan seorang wakil rakyat bukan soal politik semata-mata yang harus diberi pertimbangan. Sebaliknya banyak sudut lain harus dipertimbangkan khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan dalam hidup.

BN yang dipimpin oleh Mukhriz dengan ikhlas hadir menawarkan khidmat demi mengubah nasib rakyat Sungai Limau, oleh itu BN mengharapkan keikhlasan itu akan diterima dan disambut oleh penduduk kawasan berkenaan melalui tagline 'Berani Berhijrah'.

Dalam Islam Allah sudah mengingatkan dalam surah Ar-Ra'd bahawa, Dia tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka

Oleh itu penduduk Sungai Limau khususnya mereka yang masih berhasrat untuk mengekalkan Pas di kawasan itu ketepikanlah ketaksuban, hapuskanlah kebencian sebaliknya berfikiran terbukalah untuk menerima tawaran BN bagi mengubah nasib mereka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bapa Jamil Khir Tak Yakin, Pas Menang di Sungai Limau

 

Rata-rata pengundi di Sungai Limau baru-baru ini dikejutkan dengan laporanharakahdaily yang mengatakan kononnya bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong calon Pas dalam pilihan raya kecil kali ini.

 

Tidak cukup dengan laporan tersebut, jentera Pas juga seakan terdesak apabila turut mengedarkan risalah dan gambar lawatan rombongan calon parti itu ke rumah Baharom Ramli bagi meyakinkan pengundi.

 

Namun bak kata pepatah, 'bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru'. Pembohongan mereka akhirnya terbongkar, apabila Baharom Ramli yang juga dikenali sebagai Pak Ngah menafikan laporan tersebut. Malah beliau turut melahirkan rasa kesal atas fitnah tersebut yang jelas cuba menarik sokongan pengundi dengan cara yang kotor.

 

"Anak saya lebih utama. Kita mesti utamakan anak kita dahulu (merujuk kepada cara kempen yang cuba menggunakan beliau untuk memburukkan Jamil Khir)" katanya ketika ditemui oleh pihak media.

 

Pak Ngah juga mengatakan, beliau amat tidak bersetuju nama beliau digunakan untuk kempen pilihan raya ini. Ketika diminta mengulas mengenai peluang Pas dalam PRK ini, beliau mengatakan ia agak sukar.

 

Datuk Mukhriz Mahathir kesal dengan tindakan PAS yang cuba meraih simpati apabila mempolitikkan kunjungan mereka ke rumah bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diserang penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu.

 

Menteri Besar Kedah itu berkata, tindakan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat bersama Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar menziarahi Baharom Ramli, 77, di kediamannya di Kampung Ulu Sedaka menimbulkan tanda tanya khususnya mengenai keikhlasan dan motif disebalik tindakan tersebut.

 

"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya mengenai niat calon PAS apabila beliau menziarahi bapa kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ambil gambar dan terus muat naik (di internet)," katanya

 

Umum mengetahui jentera Pas sedang berdepan dengan masalah perpecahan dalaman dan berkemungkinan akan kalah di kubu kuat mereka ini. Malah melalui ceramah-ceramah yang diadakan sepanjang masa berkempen ini juga jelas menyaksikan parti itu gagal menarik sokongan masyarakat setempat.

 

Walaupun mereka mengadakan ceramah hampir setiap malam, namun hanya sekitar 5 – 20 orang sahaja yang hadir untuk mendengar bebelan pimpinan parti itu menabur fitnah memburukkan calon Umno dan kerajaan. Hinggakan ada di kalangan penduduk setempat yang mempersoalkan, keikhlasan Pas dalam membela masyarakat di Sungai Limau.

 

"Kami langsung tidak mengetahui, apakah misi dan visi calon Pas sekiranya diberi mandat untuk mewakili masyarakat di sini. Setiap kali ceramah, mereka hanya memburukkan calon dan kerajaan BN.

 

"Patutnya, mereka menjelaskan isu-isu yang akan dijadikan keutamaan sekiranya menang" jelas salah seorang pengundi yang ditemui di Kampung Titi batu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jom terjah ke Sg Limau

Senarai video interview masyarakat sg.limau
1. Lima Tahun PAS Teraju Sg Limau, Masyarakat Miskin Dipinggir
http://www.youtube.com/watch?v=RW28zzn4U9I
2. Warga OKU Sungai Limau Minta Perhatian Wakil Rakyat
http://www.youtube.com/watch?v=fW2YhFY9-Ko
3. PRK Sungai Limau : Petani Pasrah Janji Tidak Ditunai
http://www.youtube.com/watch?v=4gadGMWPROY
4. PRK Sungai Limau: Penduduk Kecewa Bantuan Kerajaan Tidak Sampai
http://www.youtube.com/watch?v=RW28zzn4U9I
5. PRK Sungai Limau: Bantuan Dinafikan Kerana Bukan Kroni
http://m.youtube.com/watch?v=DIq5Oau47YI

Sabtu, 26 Oktober 2013

Calon Pas Sepupu Phahrolrazi, Penyokong Pas Mula Beralih Arah

Di sebalik keghairahan jentera Pas ‘menjual nama’ Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai modal utama kempen mereka. Para pengundi di Sungai Limau dikejutkan dengan pendedahan mengenai hubungan keluarga yang terjalin di antara calon parti itu Mohd Azam Abdul Samat dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Ini kerana rata-rata masyarakat Kedah khususnya di Sungai Limau mengetahui akan‘perang’ yang pernah berlaku antara Phahrolrazi dengan Azizan sebelum ini. Malah menurut sumber parti itu sendiri, Allahwarham Azizan pernah berulang kali melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan Phahrolrazi yang sering menyerangnya dengan pelbagai tohmahan dan cacian.

Tambah memeranjatkan Phahrolrazi yang juga merupakan bekas Exco kerajaan negeri, sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bersedia untuk menggantikan Azizan sebagai Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya mempertahankan kemenangan dalam pilihanraya umum yang lalu.

Keretakan antara Azizan dan Phahrolrazi bukanlah satu perkara baharu, ia dikatakan bermula sejak Pas mula menjadi kerajaan negeri selepas kemenangan dalam pilihan raya umum 2008. Rentetan daripada itu, Phahrolrazi pernah menolak lantikan semula jawatan Exco pada Mac dua tahun lalu. Sehinggakan memaksa Pas Pusat untuk campur tangan dengan mengemukakan beberapa langkah-langkah penyelesaian yang hakikatnya langsung tidak membawa apa-apa erti.

Antara tuntutan Phahrolrazi ialah agar diberi tanggungjawab sebagai pengarah jentera pilihan raya Pas namun ditemplak oleh allahyarham Azizan yang menegaskan, beliau akan bertindak sebagai pengarah pilihan raya parti itu.

Malah ramai yang mengatakan antara punca kegagalan Pas mempertahankan negeri yang terkenal dengan gelaran ‘jelapang padi’ itu disebabkan isu ‘tak sebulu’ dan perpecahan dalaman yang melanda parti itu.

Ini kerana, ekoran pergesaran antara mereka, telah menyebabkan ramai penyokong parti itu yang nekad untuk keluar daripada Pas, sehinggakan ada dikalangan mereka bertindak menutup bilik gerakan pada PRU-12.

Atas alasan itu, ramai berpendapat, Azizan tidak pernah memaafkan ‘dosa’ Phahrolrazi yang sentiasa menjadi ‘duri dalam daging’ sehingga ke akhir hayatnya. Disebabkan itu juga, ramai di kalangan penduduk kampung di kawasan Sungai Limau, yang rata-rata mempunyai pertalian saudara dengan Azizan tidak pernah menerima Phahrolrazi sebagai pemimpin mereka walaupun setelah ‘pemergian’ tokoh itu baru-baru ini.

Mereka bukan sahaja tidak dapat menerima Phahrolrazi, malah mendengar namanya sahaja boleh menimbulkan rasa benci. Malah tindakan jentera Pas yang menjual nama Ustaz Azizan sepanjang kempen PRK ini juga turut dikecam, kerana merasakan parti yang selama ini sering berbangga dengan pelbagai slogan Islam itu hanya pandaibersandiwara.

Patutlah ketika dimaklumkan mengenai hubungan keluarga (sepupu) antara calon Pas dengan Phahrolrazi, ramai dikalangan mereka yang mula menjauhkan diri. Malah menurut salah seorang penduduk yang ditemui di Kampung Sedaka mengatakan, disebabkan hubungan tersebut bakal menyebabkan calon Pas itu kalah teruk.


MAHFUZ TERDESAK SEHINGGA CUBA MENGHERET BAPA JAMIR KHIR KE KEMPEN PRK N20

Menjelang PRK Sungai Limau, PAS dilihat cuba memanipulasi keadaan dengan mengheret bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Dalam tempoh berkempen, PAS yang membuat ziarah rumah ke rumah tidak melepaskan peluang untuk menziarahi bapa kepada menteri ini yang dikatakan penyokong kuat PAS.

Melalui video yang disiarkan oleh TV PAS, Datuk Mahfuz Omar ada mengatakan bahawa bapa ahli politik itu mendoakan kemenangan calon PAS di PRK Sungai Limau. Namun, kata-kata Mahfuz itu tidak disokong dengan bukti yang kukuh, sekadar menyiarkan video leteran panjang Mahfuz memuji-muji kebaikan bapa Datk Seri Jamil Khir.

Malangnya, tidak pula dijelaskan butiran doa yang dibacakan En. Baharom itu, hanya sekadar video yang dilapikkan dengan suara Mahfuz.

Video yang berdurasi 2:50 itu memaparkan aktiviti kempen PAS yang turut membawa calon mereka menziarahi penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Persoalannya, kalau benar En. Baharom berdoa untuk kemenangan PAS, kenapa tidak diperjelaskan suara beliau di dalam video tersebut. Kenapa perlu digantikan dengan suara Mahfuz yang membuat ulasan panjang berkenaan kempen ziarah itu?

Ini lagi satu permainan PAS yang cuba menggunakan perang psikologi kepada pengundi di Sungai Limau. Dengan menggunakan modal bapa menteri, mereka cuba memancing undi.

Ini jelas menunjukkan PAS kekeringan modal untuk berkempen sehingga mengheret mereka yang tidak mempunyai kepentingan bagi melancarkan kempen mereka.

Namun, sejauh mana perkara ini boleh membantu mereka mempertahankan kerusi kawasan itu. Adalah lebih baik jika PAS lebih bersikap jujur dan telus.

Jika benar bapa Datuk Seri Jamil Khir berdoa kepada kemenangan PAS, siarkan secara penuh. Tidak salah, malah boleh juga seluruh rakyat mengaminkan doa tersebut, itu pun jika benar isi kandungan doa itu seperti yang dikatakan Mahfuz melalui video tersebut.

Kepada jentera PAS, sudah-sudahlah menggunakan taktik kempen sebegini, sudahlah digunakan nama arwah ustaz Azizan walaupun sebelum ini kerap dikecam, sekarang pula menggunakan bapa orang untuk meraih undi.

Nampak sangat terdesak......

Ceramah Umum Hari Ke4 jam 9mlm ni 26/10

Ceramah Umum Hari Ke4 jam 9mlm ni 26/10 diMarkas PDM Matang Buluh, Pkrg Rumah Cikgu Zainol. Penceramah: Lokman Adam,Dato Mustapa Taib,Noran Zaini,Puzin Hamid.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tokong Haji Latuk....




KRUBONG - Kewujudan sebuah tokong di kawasan perindustrian Krubong di sini yang menggunakan nama orang Islam menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan masyarakat Islam di situ.

Menurut mereka, tokong itu wujud sejak kira-kira 30 tahun lalu, namun hanya menyedari ia menggunakan nama “Datuk Haji Jawi Shamsuddin” sejak dua minggu lalu.

Seorang penduduk, Sham Kamat, 47, berkata, dia tidak berniat untuk mencampuri aktiviti keagamaan kaum lain namun, tindakan pihak terbabit menggunakan nama orang Islam memang tidak boleh diterima.

Menurutnya, perkara itu perlu disiasat pihak berkuasa termasuk untuk mengetahui sebab mengapa mereka menggunakan nama orang Islam di tokong berkenaan.

“Kita tidak mahu mengganggu urusan atau aktiviti keagamaan kaum lain tetapi tindakan mereka menggunakan nama ini boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Memanglah hari ini kerajaan melaungkan slogan 1Malaysia tetapi janganlah sampai isu keagamaan pun hendak 'di 1Malaysiakan',” katanya, semalam.

Sham berkata, tokong berkenaan juga terletak hanya kira-kira 10 meter dari surau tempat pekerja kilang terbabit menunaikan solat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jaim), Rahimin Bani ketika dihubungi berkata, penggunaan nama yang berkaitan Islam atau orang Islam seperti Datuk Haji Jawi Shamsuddin tidak sepatutnya dilakukan oleh bukan Islam apatah lagi ia diletakkan di tokong.

“Perkara ini boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan masyarakat Islam. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat menguat kuasakan garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam,” katanya.

Beliau turut mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan Islam terus dimartabatkan di arus perdana seiring dengan peruntukan perlembagaan negara.

“Tindakan undang-undang juga akan dikuat kuasakan kepada pihak yang sengaja menimbulkan kegusaran dan isu sensitif umat Islam,” katanya.


Nota kaki

Dahulu di Taiping pun pernah wujud tokong seperti ini. iaitu di Hj Kampung atau Kampung Haji Taiping. Kini dikenali sebagai Kampung Jambu. 

Perlukah RM 40 juta untuk perosak alam. Di CH?

CAMERON HIGHLANDS, 23 Okt -  Sebanyak RM40 juta diperlukan untuk membaik pulih kawasan sekitar Sungai Bertam, Ringlet di sini dan membina penempatan baharu bagi penduduk kawasan itu yang terlibat dalam banjir kilat awal hari Rabu.

Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel berkata beliau akan segera membuat permohonan peruntukan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sekiranya peruntukan diluluskan dengan segera, Sungai Bertam akan dibaik pulih dan penduduk yang tinggal di tepi sungai perlu dipindahkan ke rumah baharu di Tanah Rata atau di kawasan lain," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian, Rabu.

Beliau berkata penduduk di kawasan perumahan setinggan yang tinggal di tepi sungai itu telah menetap lebih 30 tahun dan penempatan baharu perlu disediakan kepada mereka.

Arus deras dan banjir kilat pada pukul 1 pagi ini, memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Kejadian akibat air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet itu turut menyebabkan tiga terbunuh – dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung.

Seorang wanita Indonesia pula masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki tempatan cedera.

Mengenai bantuan kepada mangsa banjir kilat yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet, beliau berkata bantuan seperti makanan, baju dan keperluan lain akan segera disalurkan kepada mereka.

Seramai 54 mangsa melibatkan 12 keluarga di pindahkan ke pusat pemindahan banjir itu.

Sikit nota:

Selepas ini lebih banyak penerokaan haram akan berlaku dan lebih ramai pendatang akan membina rumaah kongsi di gigi air dan penanam sayur dengan sesuka hati akan memanipulasikan harga sayur kononnya BN, barang naik.

SPRM juga sesekali kena buat pemeriksaan penggunaan elektrik yang berlebihan dan pastikan tidak ada penyalahgunaan dalam penggunaan meter tarif.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

"Tokong Rumah" di Taman Permai Jaya Selama Perak. Apa cerita Majlis Daerah Selama ?

Majlis Daerah Selama sememangnya agak mengecewakan penduduk, banyak kes yang mengundang rugutan penduduk.

Dahulu masalah penternakan ayam di Kubu Gajah tak selesai, masalah menurunkan bendera BN semasa perasmian RTC.

Yang Bn tak boleh, bendera Dap dan Pas boleh…

http://taipingmali.blogspot.com/2012/09/ladang-ternakan-ayam-di-kubu-gajah.html

http://taipingmali.blogspot.com/2012/09/penduduk-kubu-gajah-bantah-penternakan.html

http://taipingmali.blogspot.com/2012/09/pemandangan-dari-luar-ladang-ayam-di.html

Perempuan Melayu Yang Tak Tahu Malu

sudah seminggu video ini berlegar di facebook dan youtube...bila lah si bodoh ini nak mengosongkan rumah yang bukan miliknya. dahlah sombong.....malu lah jadi rakyat Malaysia...harap berambus lah cepat dari rumah tersebut

Petani Pasrah: Depa janji macam-macam, Abaq Ang