Rabu, 16 April 2014

Jawapan mengenai gambar kotor

Gambar tersebut dirakam selepas beberapa jam kejadian berlaku. Kisahnya ialah berpunca daripada sikap pekerja sebuah syarikat pemungut sampah.

Setiap kali bila tiba giliran mengutip sampah, seawal jam 6.00 hingga 7.00 pagi, seorang pekerja akan mengusung troli ke setiap rumah untuk memungut bahan buangan. Maka disitulah segala jenis sampah akan dihimpunkan.

Dalam jam 9.00 atau 10.00 pagi tibalah lori pemampat ke kawasan tersebut dan bermulalah proses memilih dan mengasingkan sampah.

Bahan seperti kotak, plastik, kaca, logam dan lain-lain bahan yang boleh dikitar semula akan diasingkan dan diisikan ke dalam karung guni, karung guni yang sarat dengan bahan kitar semua akan disangkut disekeliling lori pemampat.

Selepas proses selesai, mereka akan bergerak ke lokasi lain dan akan mengulangi kerja atau tugasan yang sama.

Tidak hairanlah tempat sedemikian rupa menjadi kotor dan busuk serta terdapat air lecit yang ditinggalkan selepas kerja memampatkan sampah selesai.

Budaya kerja sebegini sudah lama diamalkan oleh pekerja syarikat kontrak ataupun kakitangan Pbt sendiri.

Lori kebanyakannya baru tetapi berbau busuk dan hanyir. Ini kerana lori tersebut tidak pernah dibasuh oleh mereka. Selepas selesai tugas menghantar sampah ke tempat pelupusan, ,mereka terpaksa mencari pembeli barangan lusuh. Selesai menjual mereka akan balik ke stesen logistik dan terus balik rumah. Esok ulang lagi....kata nak basuh lori, maaf sajalah..

Lokasi dirahsiakan tetapi ia di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Taiping Perak.