Jumaat, 11 April 2014

Unsur Syiah Dalam Buku Latihan Sekolah Agama Selangor

Tahniah kepada JAIS kerana bertindak segera atas pendedahan rakyat yang sedar bahawa ada unsur Syiah telah mula meresap masuk ke dalam urusan persekolahan sekolah agama rakyat di Selangor.

Tindakan menyuntik fahaman syiah sememangnya dibuat secara halus dan terancang, sebagaimana juga buku zikir al-Mat'thurat ciptaan Hassan al-Bana pegangan pengikut Ikhwanul Muslimin dan Pas di Malaysia.Kitab Mat'thurat diterbitkan oleh Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd yang berpangkalan di Gombak Selangor.

Selangor memang terkenal dengan tempat pembenihan dan pengembangan pelbagai ajaran sesat dan kebanyakan bertumpu di kawasan Gombak.

Diharapkan Pihak JAIS tidak hanya melepaskan tanggungjawab setakat menarik balik buku-buku agama terutamanya yang bertentangan dengan mazhab Sunnah. Pemantauan hendaklah dibuat sepanjang masa, jangan lah bila ada teguran dari masyarakat barulah hendak mengambil tindakan.KDN juga perlu peka dengan perkara seperti berikut terutama risalah dan kitab yang bersangkutan dengan agama Islam.