Ahad, 29 Jun 2014

Cerita pendek bulan ini

Kisah pertama- sempadan bocor

Tragedi bot karam dalam tempoh 24 jam di Selangor dan pencolekan di Sabah, menunjukkan sempadan negara belum selamat.  walaupun ia melibatkan pencolekan seorang sahaja penternak ikan dalam sangkar ikan ia memberikan gambaran bahawa sempadan kita di Lahad Datu masih belum selamat dan mudah diceroboh.

Begitu juga halnya kejadian bot karam yang membawa pendatang tanpa izin untuk balik ke kampung halaman sempena menyambut bulan puasa.

Apakah tiada pengawasan sekitar pantai oleh pihak-pihak keselamatan? Atau mereka sengaja tutup sebelah mata dan membiarkan kegiatan membawa keluar masuk PATI berlaku dengan begitu mudah di depan mata mereka.

Apabila berlaku bencana yang meragut nyawa baru lah kita tahu perairan kita tidak selamat dan mudah dimasuki oleh pihak luar.

Kisah kedua -OKU kena kurung

Operasi menangkap pendatang tanpa izin atau pendatang haram baru-baru ini telah berjaya membongkarkan satu kisah sedih seorang anak kurang upaya yang mempunyai masalah otak. Ibu kanak-kanak itu mempunyai keupayaan dalam kewangan dan mampu memelihara anaknya yang cacat otak tetapi tidak berbuat demikian.

Kini ibu kanak-kanak bakal menerima hukuman kerana mengabaikan anaknya yang disahkan oleh pihak hospital bahawa kali terakhir perut kanak-kanak tersebut tidak makan selama 30 hari. Allah maha penyayang lagi pengasih, ia ditemukan oleh pihak berkuasa. kini enjin carian internet Yahoo terhadap Adik Firdaus berada di kedudukan ke 5 paling popular.

Apabila kes adik Firdaus terbongkar pihak pecacai Pas termasuk seorang artis suam-suam kuku telah mengkritik kerajaan kononnya tidak mengambil berat terhadap OKU. Sekali lagi terserlah kedangkalan seorang yang popular dalam satu siri sitcom dan iklan susu.  Pecacai Pas mengutuk kononnya Najib sanggup belanja jutaan ringgit untuk dua ekor panda tetapi mengabaikan nasib orang miskin.

Sekali lagi negara dikejutkan dengan kisah OKU yang sama di negeri kebajikan Pas, seorang wanita berusia 30 tahun turut dikurung dibawah rumah selama 10 tahun oleh abangnya setelah kematian kedua-dua orang tuanya.

Nah! Senyap dan sunyi puak-puak macai Pas dalam Facebook apabila kes berlaku di Tumpat di sebuah negeri berkebajikan kononnya.

Kisah ketiga -Jihad dan syahid di Syria

Ustaz Loffti orang kuat Pas dan beberapa orang lagi rakan beliau telah masuk ke Syria untuk menentang kerajaan Bashar Al Asad yang dilabelkan sebagai orang kuat Syiah.  Hampir 5 tahun perang saudara berlaku di Syria dan Bashar masih kuat dan berjaya mempertahankan kerajaannya.

Barat dan dunia Arab melabelkan Bashar sebagai pengganas no 1 dunia dan akan ditangkap dan bakal dihukum mati oleh mahkamah polis dunia.

Penduduk Syria terdiri daripada 25 peratus berfahaman Syiah dan selebihnya Sunnah. Bayangkan agak mustahil 75 % sunnah gagal mengalahkan 25% Syiah walaupun dengan bantuan dan sokongan pihak luar terutama dari barat.

Bashar sebenarnya adalah berfahaman Sunnah dan Ustaz Lofti sebenarnya telah terpedaya dengan Syiah atau beliau sebenarnya dari golongan Syiah yang sangat-sangat memusuhi Sunnah. Menyedari hakikat itu Pas mengambil keputusan memecat Lofti serta merta daripada ahli Pas.

Kisah keempat - 6 menteri cina

Pelantikan 6 orang cina mewakili Mca dan Gerakan  telah menyebabkan Najib menerima kecaman dari pelbagai pihak. Orang Pas yang memberi undi kepada BN dalam PRU 13 lalu berasa kecewa dengan tindakan Najib. Kata mereka Najib masih mempercayai Mca dan Gerakan walaupun berlaku tsunami cina pada PRU 13 lalu sehingga timbul ayat "Apa lagi cina mahu?"

Paling mereka marah ialah kepada Wee Ka Chiong yang lantang memberi amaran kepada Umno bahawa Mca akan keluar daripada BN jika Umno menyokong hudud.

Seorang rakan memberi pendapat beliau menyatakan bahawa orang cina boleh menukar wakil rakyat mereka sesuka hati mengikut keperluan dan hajat mereka. Mereka lihat mana yang untung mereka akan undi.

Dahulu di Ipoh dan Penang mereka boleh kalahkan calon Karpal di dewan Dun dan memenangkan beliau di dewan rakyat. semuanya dibawah kuasa mereka. Begitu juga di Teluk Intan, setelah 2 penggal Dap dipilih sebagai wakil mereka dan kini giliran BN pula untuk mewakili mereka. begitu juga lah halnya di Sibu.

Calon Dap pernah menewaskan Dr Wong Soon Kai pada tahun 1982 dan BN menang semula pada PRU 1986 namun dalam PRK Sibu 2010 lalu, Dap merampas semula kerusi tersebut. Jelas lah bahawa kaum cina begitu mudah menukar ganti wakil rakya mengikut suasana dan kepentingan semasa.

Di Taiping sejak 2008 Dap menguasai kerusi parlimen dan tidak mustahil PRU 14 akan datang BN pula akan dimenangkan oleh mereka.

Mca pula harus sedar akan kesilapan mereka pada dua  PRU yang lalu kerana mereka sendiri menjadi duri dalam daging dan rela dikalahkan oleh Dap. Mca harus ingat akan kontrak sosial yang di persetujui oleh pemimpin terdahulu dalam menjadikan kaum cina sebagai warga negeri dan syarat untuk negara ini beroleh kemerdekaan. Kerjasama erat antara Umno, Mca dan Mic tidak harus di khianati sampai bila-bila.

Cina komunis yang diketuai oleh Chin Peng amat cemburu dan kecewa dengan  penyatuan cina dan melayu dalam perikatan dan Chin Peng sentiasa berusaha untuk menghasut kaum cina agar membenci Umno dan orang melayu.

Pada tahun 60an dan 70an Chin Peng telah menggunakan siaran radio dari Betong Thailand untuk menyampaikan propaganda mereka. Kini setelah gencatan senjata pada tahun 1986 perjuangan mereka beralih kepada cara lain dan dengan kemajuan ICT pada tahun 90an mereka beralih kepada  media sosial dan sebagainya. Kini dengan bantuan Pas Syiah dan Parti Baling Kerusi mereka yakin  akan dapat menumbangkan kerajaan perikatan yang kini  yang kini dikenali sebagai BN tahun lalu.
Allah menyayangi bumi bertuah ini, walaupun dengan bantuan puak-puak Syiah dan LGBT mereka tetap gagal.