Khamis, 9 Oktober 2014

AJK Masjid Kg Expo tak perlu melatah



Terima kasih kepada Pengerusi Masjid Ahmad Azam kerana respon penulisan saya berkenaan khutbah Solat Sunat Aidul Adha yang lepas.


Terima kasih kepada pihak akhbar yang memberikan ruang untuk di high light kan.

Saya tak ada nak komen apa dan berharap pejabat agama buka mata.

Pernah satu ketika semasa masjid masjid lain memberi khutbah dan menyentuh insiden kemalangan udara dan isu serangan di Sabah, khatib juga menyeleweng khutbah dengan tokok tambah sendiri.

Selalunya jika khatib membaca teks khutbah yang dikarang oleh Majlis Islam Perak, maka ada paparan teks pada skrin lcd. Akan tetapi jika khutbah lain dari yang lain, maka tidak ada paparan lcd.

Pernah satu ketika sewaktu khutbah yang sepatutnya menyentuh isu kemalangan udara, khatib ber khutbah panjang lebar dgn tokok tambah dan lari dari tajuk asal dan mengheret khutbah hingga solat seledai pada jam 2.20pm.

Kena fikirlah pekerja yang diberikan pelepasan untuk solat Jumaat perlu segera balik awal. Ini sengaja melewat-lewatkan khutbah sehingga menyusahkan makmum.