Selasa, 14 Oktober 2014

Majlis Korban Masjid Kg Expo Lagha

Ini lah lembu yang di sembelih di bahagian dapur rumah kosong di rumah Mohd Azam





Rumah di belakang ialah rumah Penghulu Azam ( Homestay Azama)






Baru-baru ini Taipingmali telah menulis isu khutbah solat sunat aidil adha di Masjid Kg Expo dan mengundang kemarahan Pengerusi Masjid iaitu Mohammad Azam.

Taipingmali mengkritik khatib jemputan secara kecemasan oleh AJK Masjid dan perubahan mengenai iman dan khatib telah diumumkan oleh Tuan Iman Wahid. 

Pengumuman Iman Wahid menunjukkan beliau jelas menggambarkan rasa kurang senang dengan perubahan yang dibuat pada saat-saat akhir. Dari cara beliau bercakap telah menunjukkan beliau terpaksa menerima arahan.

Zakaria Ahmad bukan dari Kg Expo, beliau juga pernah menggemparkan negara kerana berdoa untuk Lim Guan Eng dalam satu solat Jumaat di Pulau Pinang.

Ekoran itu Mohammad Azam membalas kritikan Taipingmali dengan membuat sidang media bersama akhbar yang sentiasa bersinar-sinar memihak kepada pembangkang.

Pak Ngah mantan Adun Beruas pernah melahirkan kekecewaan dengan akhbar ini kerana lebih mengejar wakil rakyat Dap daripada wakil rakyat BN. 

Dalam akhbar yang bersinar-sinar itu, pengarang tidak menyebut nama blog Taiping mali dan jelas wartawan yang bersinar-sinar tersebut tidak meneliti tulisan dalam blog. Ia jelas menonjolkan kesilapan fakta, iaitu nama wakil rakyat Dap yang rajin turun ke Masjid Kg Expo dan menaja majlis berkhatan beramai-ramai pada setiap hujung tahun sejak 2008. Wartawan menyebut nama Ngeh Ko Ham pada hal dalam blog tertulis Nga Kor Ming.

Selepas Taipingmali menyalin semula keratan akhbar tersebut, Mohd Azam mantan penghulu telah melatah buat kali ke tiga. Beliau telah menggunakan mimbar masjid pada Jumaat lepas untuk menghentam Taipingmali sebelum khutbah.

Beliau tidak mengaitkan isu khutbah dan kesilapan anaknya mengimamkan solat sunat tetapi menghentam Taipingmali mengenai isu lembu korban.

Katanya Umno Kampung Expo telah menceroboh rumah beliau dan menyembelih lembu serta melapah daging dan mengotorkan kawasan belakang rumah beliau. Tambahnya bukan sahaja tidak memberikan sebahagian panggu ke atas nama beliau malah sedikit pun daging lembu tersebut tidak diberikan kepadanya. 

Ratusan makmum yang datang awal ke masjid dapat mendengar kata-kata lagha Mohd Azam.

Untuk makluman penduduk Kg Expo dan jemaah luar yang bersolat di masjid tersebut pada 10 Oktober lalu izinkan Taipingmali menjelaskan keadaan sebenar.

Pada hari Khamis Dato Shalimin Ketua Umno Taiping telah menyumbang  77 ekor lembu kepada surau dan masjid seluruh parlimen Taiping dan kepada badan-badan kerajaan seperti tentera, polis dan penjara.

AJK  Masjid Kg Expo seperti tahun-tahun lalu tidak pernah hadir dalam majlis penyerahan tersebut walaupun jemputan rasmi dikeluarkan.

Oleh itu Ketua Kampung JKKK Kg Expo  telah menerima akad untuk diserahkan lembu tersebut kepada pihak masjid, tetapi setelah lori membawa lembu dan apabila hendak diturunkan di dalam kawasan masjid, pihak masjid enggan menerimanya, maka lembu tersebut diletakkan dirumah penghulu Azam. Sepatutnya Penghulu Azam menolak terus lembu tersebut tetapi yang peliknya kenapa beliau menyimpan lembu tersebut di belakang dapur rumah kosong di sebelah rumahnya?

Apa muslihat beliau yang sebenarnya?

Pada hari Sabtu Ketua Kampung telah mendapat maklumat bahawa lembu tersebut berada di rumah Pengerusi Masjid Mohd Azam. 

Dalam perbualan petang itu Azam menyebut bahawa masjid tak dapat terima lembu tersebut kerana pihak masjid sudah ada 10 ekor lembu untuk dikorbankan pada hari Ahad 5 Oktober 2014. Antara alasan lain ialah beliau menyebut lembu ini kurus dan 10 ekor lembu yang ada di dalam kawasan masjid semua nya besar dan gemuk-gemuk. Secara tak langsung beliau memperlekehkan lembu yang disumbangkan  oleh Dato Shalimin kepada Masjid Kg Expo. 

Oleh itu Ketua Kampung bersama Ketua Umno Kg Expo telah berbincang dengan Pak Anjang untuk menambah seekor lagi lembu menjadikan jumlah 4 ekor untuk disembelih pada hari tersebut di Surau Jalam Kolam 8, Kg Expo.

Oleh kerana jelas Pengerusi Masjid Penghulu Azam menolak lembu tersebut maka, seramai 15 orang tenaga kerja serta tukang sembelih telah ke rumah Azam untuk menyembelihkan di sana juga. Lembu tersebut bukan lah lembu cucuk hidang, dan sukar untuk mengangkut ke Jalan Kolam 8, jadi keputusan yang diambil ia mesti disembelih disitu dan potongan di bawa ke Dewan Kolam 8 menggunakan kereta dan motosikal.

Tukang pakar lapah telah menjalankan tugas dengan cukup sempurna, daging sembelihan sedikit pun terkena tanah mahupun rumput. Selesai melapah bahagian dalaman dan kulit di tanam di situ juga dan semua tenaga kerja membersihkan kawasan seperti sedia kala. cumanya rumpun serai habis rosak kerana lembu yang tidak biasa dengan tali sering melompat dan cuba melepas diri dari awal lagi.

Satu lagi kami agak terkejut melihat lembu itu minum air dari dalam mangkuk tandas orang sakit, bekas atau ketur itu ialah plastik berwarna biru yang boleh dibeli di farmasi untuk orang sakit.

Lembu tersebut telah diberikan panggu kepada seramai 7 orang dan tidak memasukkan nama Mohd Azam,  oleh kerana daging tersebut dipotong dan ditimbang di Dewan Kolam 8 maka tidak sedikit pun diberikan kepada Azam.

Malah,  Azam hanya keluar dari rumah dengan membawa smart phone merakam gambar dari jauh sahaja. selepas merakam gambar dari jauh beliau terus masuk ke dalam rumah dan tidak memperdulikan tenaga kerja yang sedang melapah daging lembu tersebut.

Jadi mengapa beliau mempersoal pula di dalam masjid, bahawa nama beliau tidak dimasukkan sebahagian daripada 7 individu , kenapa pula teringin nak makan daging tersebut, pada hal sehari sebelum itu beliau menghina lembu tersebut kononnya kurus. 

Apa kes nak mempertikai gemuk atau kurus lembu korban? Mana hadis nya yang melarang penyembelihan lembu kurus untuk ibadat korban? Apa kah Azam tidak mengetahui syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam ibadat korban?

Okay selesai bab itu. 

Majlis Korban 10 ekor lembu lebih lagha.......

Lebih kurang jam 10.00 pagi suasana hiruk pikuk di masjid itu mengalahkan  Funfare. Riuh rendah satu kampung dengan celoteh DJ yang tidak henti-henti sehingga waktu zohor. Pok pek pok pek. Menurut seorang penduduk suara DJ tersebut ialah suara Cikgu Meor. Suara jurucakap dan pembesar dibuka sekuat-kuatnya sehingga seluruh taman dan kampung mendengar suara nya

Beberapa orang penduduk menyifatkan majlis korban 10 ekor lembu tersebut sudah jadi macam pesta dan lagha..

Cukup setakat tu dan diletakkan link cerita korban dua tahun lalu di mana  AJK Masjid masjid bernama Pak Mat Kastam ďan Mohd Azam membuat laporan polis kononnya Umno mencuri lembu di masjid tersebut dan link mengesahkan YB Zahir dan Shalimin menyerahkan lembu kedua pada hari berikutnya selepas mereka menuduh Umno curi lembu.

2 tahun lepas (2012)  selepas pihak Shalimin dan Zahir menyerahkan lembu kedua dan selesai salam dan akad, ada suara sumbang yang menyuruh ahli mereka membasuh tangan kerana telah bersalam dengan orang Umno. Tetapi mereka lupa bahawa masjid yang mereka solat tunggang terbalik tu juga dari kerajaan BN semasa Pak Lah menjadi PM.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan