Jumaat, 31 Januari 2014

Awainya depa kempen!

SPR belum bersuara, puak-puak lahanat ni dah masuk masjid berkempen.

Al-Fatihah kepada keluarga Bendahari Umno Taiping

AL-FATIHAH...

Makluman ..Datin Hjh Norihan Isteri kepada YBhg Datuk' Hj Ariffin (Bendahari UMNO Bahagian Taiping)telah kembali ke rahmahtullah sebentar tadi di Tanah suci Mekah.

Salam hormat,
SUB Taiping

Khamis, 30 Januari 2014

Gagal Gugurkan Tan Sri Shafee dari Panel Pendakwaan Punca Anwar Ingin Jadi MB?

 
Tindakan tidak masuk akal PKR untuk mengadakan pilihanraya kecil di Kajang dikatakan sebagai satu strategi terbaik untuk parti.   Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di situ dan seterusnya apabila menang, akan diangkat menjadi Menteri Besar. 
 
Rata-rata orang ramai mengecam tindakan PKR sebagai sesuatu yang membazir wang rakyat dan tidak bertanggungjawab.  Seperti yang diketahui, sesebuah PRK memakan kos jutaan ringgit.  Memandangkan Kajang merupakan kawasan berpenduduk padat maka kosnya tentulah jauh lebih tinggi lagi.  Berdasarkan hakikat ini, mana-mana ADUN tidak seharusnya meletakkan jawatan sesuka hati tanpa sebab musabab yang konkrit. 
 
Apa yang berlaku, membuktikan bahawa PKR langsung tidak mempedulikan rakyat atau wang negara yang dibazirkan, dan sebaliknya bertindak semata-mata atas kepentingan pemimpin dan politik parti. 
 
Kenyataan Azmin Ali bahawa keputusan ini merupakan tindakan taktikal mengesahkan persepsi rakyat bahawa pemimpin PKR hanya mementingkan politik dan diri sendiri.   Azmin, kemudiannya cuba menolak spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tetapi di masa yang sama menyatakan bahawa Selangor memerlukan pemimpin 'nasional' seperti Anwar untuk kukuhkan kedudukan PR. 
 
Bagaimanapun, Azmin tidak pula menjelaskan bagaimana kedudukan Anwar sebagai ADUN dan bukan MB, boleh membantu mengukuhkan PR. 
 
Penjelasan Rafizi pula lebih menarik lagi iaitu kononnya Anwar bertanding di Kajang adalah untuk menghalang Barisan Nasional yang bakal menjadi lebih kuat akibat 'kejatuhan Dato' Seri Najib' nanti. 
 
Menurut Rafizi, Dato' Seri Najib akan dijatuhkan oleh satu gerakan yang didalangi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.  Setelah kejatuhan itu, isu perkauman dan agama akan 'meletup' dan PKR dan PR perlu bersedia untuk menghadapinya.  Untuk itu, Anwar diperlukan di DUN Kajang serta tidak menolak kemungkinan yang Anwar juga akan menerajui Selangor. 
 
Jika teori Azmin mengenai keperluan PRK Kajang mengundang gelak ketawa rakyat, teori Rafizi pula mengundang rasa loya di tekak orang yang mendengarnya. 
 
Kenyataan Rafizi hanya memperlihatkan kepada rakyat akan usaha PR untuk melagakan Tun Mahathir dengan Dato' Seri Najib.  Kenyataan Azmin pula memperlihatkan yang beliau sendiri berada dalam keadaan 'bingung' dengan apa yang berlaku dalam partinya akhir-akhir ini. 
 
Kedua-dua mereka bagaimanapun, cuba sedaya upaya untuk merasionalkan keputusan parti walaupun tahu yang ianya tidak masuk akal sama sekali. 
Namun, rakyat bukan sebodoh yang disangka mereka.  Semua orang tahu bahawa keputusan Anwar untuk melakukan kejutan ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi keputusan rayuan kes liwatnya di mahkamah.  Ini berikutan kegagalan rayuan ke-2 Anwar pada 20 Disember lalu, untuk menggugurkan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes tersebut.  
Rayuan tersebut sepatutnya diperdengarkan pada 28 Januari lepas, tetapi telah ditangguhkan sehingga 11 Februari atas sebab ketidak hadiran peguam Anwar, Tommy Thomas.  Maka, kerana itulah kejutan mengenai Kajang timbul dalam rangka masa yang sama. 
PRK Kajang merupakan strategi yang baik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari kes liwatnya.  Malangnya, ianya hanyalah bersifat sementara sahaja.  Oleh itu, harapan Anwar, sekiranya beliau menang dan menjadi Menteri Besar maka sebarang keputusan mahkamah yang tidak memihak padanya pasti akan mencetuskan isu besar.  Malah, beliau juga akan berpeluang untuk mencipta isu lain di celah-celah kegilaan itu seperti 'menjolok' istana Selangor pula. 
Pendek kata, Anwar kini hanya mengharapkan strategi menimbulkan kekecohan apabila keputusan kes liwatnya semakin hampir dan Selangor merupakan platform yang paling sesuai untuk itu selain memberinya capaian kepada dana yang besar. 
Anwar kini berada dalam 'mode' panik.  Dan Anwar yang kita tahu, akan sanggup berbuat apa saja apabila beliau panik.  Anwar pernah lari ke Kedutaan Turki kerana panik tetapi Anwar tidak boleh lagi lari ke tempat yang sama tanpa mengambil risiko diketawakan oleh pihak Turki. 
Apa yang pasti di sini ialah, Anwar enggan masuk penjara lagi.  Justeru, ada baiknya jika kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan dilakukan oleh Anwar untuk memastikan beliau tidak kembali ke penjara. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANWAR KORBANKAN ANAK MUDA KERANA TAMAK KUASA

Keputusan Anwar Ibrahim memaksa Menteri Besar Selangor mencalonkan dirinya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang adalah satu harakiri politik baginya.

Ini kerana keputusan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi tersebut hanya lapan bulan memenangi dibuat atas kepentingan Anwar bukannya rakyat.

Banyak spekulasi bertiup kencang bahawa ketua pembangkang parlimen itu akan dilantik sebagai menteri besar Selangor baru menggantikan Khalid Ibrahim.

Mungkin Anwar, Azmin dan penyokong-penyokong PKR jahil tentang politik atau kaedah pelantikan seorang menteri besar.

Mereka fikir begitu mudah sekali Khalid diturunkan hanya kerana beliau berlaga angin dengan kroni kesayangan Anwar, Azmin.

Kuasa menyetujui calon dan perlantikan seorang menteri besar terletak sepenuhnya di tangan sultan.

Mungkin Anwar lupa episod calon-calon menteri besar yang ditolak suktan dan raja di Terengganu dan Perlis semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Seorang perdana menteri sekali pun tidak boleh mencampuri apatah lagi mengekang kuasa sultan dalam isu perlantikan menteri besar inikan pula Anwar yang inga dirinya mengatasi sultan dan perlembagaan.

Kedua, Anwar sememangnya tidak layak dipertimbangkan sebagai calon menteri besar yang baru kerana undang-undang tubuh negeri mensyaratkan penjawat mestilah anak jati kelahiran Selangor manakala ahli parlimen Permatang Puah itu anak kelahiran Cherok To'Kun.

Sekutu pakatan pembangkang sudahpun melahirkan rasa tidak puas hati secara tiba-tiba mereka kekurangan satu kerusi DUN di Selangor.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi menyelar tindakan PKR itu sebagai berkepentingan diri, membuang masa dan membazir.

Malah Nasrudin menyindir sinis sambil mengatakan pilihan raya tersebut adalah ciptaan Anwar sendiri dan bukannya bagi kepentingan pembangkang.

Jika pilihan raya kecil diadakan, kemungkinan besar jentera pilihan raya Pas dan Dap tidak akan menunjukkan kesungguhan untuk membantu Anwar melihatkan ia adalah lebih kepada permainan politik beliau.

Sudah tentu apa yang dilakukan Anwar adalah bersifat unilateral dan mengambil keputusan tanpa dahulu berbincang dengan Pas dan Dap di Selangor.

Tindakan Anwar tersebut boleh dianggap sebagai keputusan untuk menyelamatkan karier politiknya yang semakin pudar dan ditolak oleh pakatan pembangkang.

Masih ingatkah kata-kata Karpal Singh bahawa Anwar adalah liabiliti paling besar kepada pembangkang dan beliau seharusnya bertaubat atas segala dosa-dosa seks liwat yang dilakukannya?

Anwar hanya mementingkan diri sendiri kerana beliau telah melanggar piagam PKR dan pembangkang untuk mengangkat suara orang muda di dalam parti.

Apa yang terjadi, beliau sanggup korbankan seorang ahli politik Cina yang muda dan pertama kali menjadi YB demi kerakusan untuk menggaut lebih banyak kuasa.

Di mana letakkannya pendirian PKR yang selama ini mengeksploitasi golongan muda untuk tujuan politik parti itu dan dengan mudah golongan ini diketepikan untuk menjaga kepentingan pemimpin atasan.

Angkatan Muda Keadilan mesti mengkaji semula kedudukan mereka di dalam PKR dan usah biarkan mereka diperkotak-katikkan demi kepentingan seorang individu.

Sanggupkah AMK menelan kepahitan melihat wakil mereka ditolak begitu sahaja untuk kepentingan seorang tua berumur 67 tahun?

Rakyat Selangor juga telah terhina dengan tindakan Anwar tersebut.

Ini kerana sebagai sebuah negeri paling kaya, termaju dengan beratus-ratus institusi pengajian tinggi, akhirnya terpaksa mengambil calon import dari Permatang Pauh untuk bertanding mewakili Kajang.

Bukankah ini satu tindakan yang paling menghinakan walhal di kalangan PKR Selangor terdapat ramai calon yang lebih layak dan lebih bijak daripada Anwar sendiri.

Inilah yang dinamakan tamak kuasa yang tidak ada hadnya.

Sudah menjadi ahli parlimen, kemudian dilantik ketua pembangkang, lepas itu memegang jawatan penasihat ekonomi pula dan kini kemaruk hendak menjadi ADUN pula.

Anwar sebenarnya individu yang amat kecewa kerana kempunankan jawatan perdana menteri yang tidak kesampaian.

Begitulah nasib seorang yang terlalu 'frust' seolah-olah hilang arah dan panduan dalam 'political widerness' yang diciptanya sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Siapa Ketua Pembangkang di Parlimen Jika Anwar MB Selangor?

 
Pakatan Rakyat sebelum ini melantik Datin Seri Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen 'sementara' menunggu Anwar Ibrahim layak bertanding.  Perkara ini dipersetujui secara nyata oleh kesemua pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP. 
 
Strategi ini telah berjaya dan Anwar kini menjadi Ketua Pembangkang Malaysia iaitu lawan yang 'setara' bagi jawatan Perdana Menteri. 
 
Bagaimanapun, pengumuman perletakan jawatan ADUN Kajang secara tiba-tiba dan tanpa sebab pada Isnin lalu telah mengubah segala-galanya.  Tindakan tersebut memaksa PRK diadakan dalam masa terdekat. 
 
Apa yang mengejutkan ialah, Anwar dikatakan bakal bertanding di situ bagi memberi laluan kepada beliau untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor yang kini sedang panas akibat pertelagahan antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali.  Sekiranya ini benar, ia mungkin bermakna yang Anwar akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang. 
 
Walaupun ia dikira tindakan 'turun pangkat' bagi Anwar, namun pada hakikatnya, jawatan Menteri Besar Selangor adalah lebih 'berkuasa' lagi dari jawatan Ketua Pembangkang berdasarkan kedudukan Selangor sebagai negeri paling kaya di Malaysia.  Adalah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang berkuasa di Selangor akan sekali gus mempunyai akses kepada jumlah wang yang banyak dan mampu memberi tekanan hebat kepada kerajaan pusat. 
 
Antara teori lain untuk menjelaskan keputusan Anwar bertanding di PRK Kajang ialah bahawa sekiranya Anwar menang, maka cadangan melantik Anwar sebagai Menteri Besar bakal meletakkan pihak istana dalam keadaan yang sukar.  Dari situ, PR dikhuatiri akan mengambil kesempatan mencipta isu yang lebih besar terhadap Institusi Raja-raja. 
 
Teori-teori ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan sehingga keputusan PRK diumumkan. 
 
Antara persoalan lain dalam memperkatakan PRK Kajang ini ialah, jika Anwar melepaskan jawatan Ketua Pembangkang, siapakah yang akan menggantikannya?
 
Calon yang dikatakan 'logik' adalah Lim Kit Siang, Hadi Awang dan juga Azmin Ali.   Malangnya, mengikut pandangan umum, tiada seorang pun dari mereka ini dilihat mampu mewakili keseluruhan Pakatan Rakyat, jauh sekali keseluruhan rakyat. 
 
Lim Kit Siang yang terkenal dengan sifat rasis lagi angkuh hanya mampu mewakili kaum Cina.  Ucapan-ucapan beliau yang konon mengajak kepada perpaduan dan di waktu yang sama menuduh UMNO rasis adalah tidak konsisten dengan tindakan partinya yang secara terang-terangan menindas orang-orang Melayu dan India.  Pendirian DAP yang pro-Kristian juga tidak memberi apa-apa kelebihan kepada Kit Siang. 
 
Kesungguhan Kit Siang membangkitkan isu 13 Mei akhir-akhir ini juga telah meningkatkan rasa curiga rakyat terhadapnya.  Ini, ditambah lagi dengan hakikat beliau adalah pencetus kepada peristiwa berdarah itu.  Atas dasar ini, Kit Siang tidak mungkin boleh dipertimbangkan bagi jawatan Ketua Pembangkang.   
 
Di masa yang sama, kita juga tidak mampu membayangkan Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang.  Hadi Awang tidak berkarisma serta terlalu lemah sehingga tidak mampu mempertahankan pendirian PAS yang sering bertentangan dengan sekutu-sekutunya.  Kita juga difahamkan bahawa Hadi tidak mampu menerajui mesyuarat dalaman PAS sekali pun, dan hanya mengharapkan Setiausaha Agung menjalankan tugas bagi pihaknya.
 
Orang-orang PAS sendiri khuatir sekiranya Hadi Awang menjadi Ketua Pembangkang, maka beliau hanya akan bersuara mengikut rentak Kit Siang yang lebih agresif dan dominan.  Justeru, walaupun PAS ingin melantik Ketua Pembangkang dari parti itu, tetapi Hadi Awang bukanlah calon yang terbaik. Tanpa kepercayaan dari ahli parti sendiri, terbuktilah bahawa Hadi tidak layak untuk memimpin apatah lagi menjadi Ketua Pembangkang Malaysia. 
 
Azmin Ali pula mempunyai terlalu banyak skandal.  Beliau yang terkenal sebagai suami dayus hanya akan menyambung gambaran kotor yang terpahat di dahi Ketua Pembangkang terdahulu.  Secara dasarnya, Azmin mungkin boleh bergerak sebagai bayang-bayang Anwar, namun, ini juga akan bermakna beliau tidak akan mampu menjadi Ketua Pembangkang yang berkesan. 
 
Walaupun Azmin membawa pendekatan terbuka dan liberal, tetapi itu tidak bermakna DAP menyokongnya seratus peratus.  Apa yang kita tahu, Azmin sering dicurigai oleh DAP atas dasar beliau seorang Melayu dan merupakan anak didik manusia yang sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa. 
 
Kesimpulannya, ketiga-tiga calon yang disebut sebagai bakal Ketua Pembangkang yang baru ini tidak dapat mewakili ketiga-tiga parti dalam PR.  Masing-masing membawa haluan dan agenda masing-masing dan berkemungkinan besar tidak mampu menghadapi dilemma antara pendirian parti sendiri dengan pendirian Pakatan Rakyat.  Kesemuanya tidak mungkin akan mendapat penghormatan yang sewajarnya dari rakan sekutu masing-masing walaupun berjawatan Ketua Pembangkang. 
 
Hakikatnya, biarpun Anwar juga tidak dihormati oleh parti-parti sekutu, tetapi Anwar tetap merupakan tali pengikat ketiga-tiga parti. Tanpa Anwar sebagai Ketua Pembangkang, pakatan rakyat akan mendapati amat sukar untuk bersatu. 
 
Berdasarkan hakikat ini, kita semakin meragui niat sebenar PKR untuk mengadakan PRK Kajang dan apakah benar Anwar akan bertanding.   Mungkinkah Anwar akan melakukan kejutan di saat-saat akhir? 
 
Apapun, yang pasti, politik Anwar adalah politik pentingkan diri dan apa saja keputusannya nanti adalah untuk dirinya - bukan untuk rakyat, bukan untuk parti dan tentu sekali bukan untuk negara ini.   Anwar adalah seorang yang gila kuasa.  Beliau sanggup memegang seberapa banyak jawatan yang boleh kerana beliau tahu bahawa beliau tidak perlu bekerja.  Permatang Pauh, Kajang, Selangor, PKR, PR dan Malaysia – kalau boleh semua ingin diterajuinya.  Bukannya susah, hanya perlu menabur janji sahaja….
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 29 Januari 2014

AZMIN GUNA ISU MORAL JATUHKAN NURUL

Pergolakan di dalam PKR menjelang pemilihan beberapa bulan lagi bakal menyaksikan paling sengit dalam sejarah parti itu.

Kumpulan Azmin Ali yang marah kepada Khalid Ibrahim kerana memecat bos mereka dari PKNS akan menggunakan kesempatan itu untuk memastikan grup yang bersekutu dengan menteri besar itu akan ditamatkan riwayat politik mereka.

Tekanan ke atas untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dari kalangan pemimpin pusat PKR semakin kiat kedengaran.

Semua ini didalangi oleh Azmin yang sekian lama sudah menyimpan dendam terhadap Khalid yang menjadi batu penghalang kepada agenda politik beliau di Selangor.

Apatah lagi kmungkinan besar penaung Khalid, Dr Wan Azizah Ismail tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden pada pemilihan parti akan datang bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim.

Tanpa perlindungan politik dari presiden parti, Khalid akan mudah terdedah dengan serangan dalaman yang lebih hebat bagi memaksa beliau mengundur.

Azmin pandai menggunakan isu pemecatannya sebagai anggota lembaga pengarah PKNS sebagai batu api untuk meniup api kemarahan penyokongnya.

Mungkin buat pada masa ini kelebihan adalah pada kumpulan Azmin menerajui gerakan menumbangkan Khalid.

Bagaimanapun Khalid juga tidak boleh dipandang kecil kemampuannya untuk mengharungi duri ranjau politik PKR sejak menjadi menteri besar pada 2008.

Berbagai usaha sebelum ini dilakukan untuk melemahkan kedudukan beliau namun Khalid mampu bertahan kerana populariti di kalangan rakyat walaupun dibenci oleh sesetengah pemimpin PKR Selangor khususnya tim Azmin.

Jika Khalid mendedahkan sebab musabab sebenar Azmin digugurkan dari PKNS ini akan menjadi liabiliti besar bagi timbalan presiden parti itu.

Ini kerana jika pemecatan beliau bersabit dengan elemen rasuah atau penyalahgunaan kuasa, ini akan menyulitkan usaha Azmin untuk meraih sokongan padu dari ahli parti.

PKR selama ini melaung-laungkan slogan rakyat, keadilan dan ketelusan bagi mendapat sokongan politik untuk berkuasa.

Jika ia tidak mengambil tindakan sekiranya benar Azmin terbabit dalam sebarang penyelewengan dalam PKNS, sudah tentu maruah dan integriti PKR akan terjejas teruk.

Seperkara lagi yang igauan kepada Dr Wan Azizah sebelum beliau mengundur diri ialah perkembangan terbaru berhubung perkahwinan anaknya, Nurul Izzah yang baru-baru ini membuat permohonan fasakh terhadap suaminya.

Nurul sebagai naib presiden dilihat sebagai pemimpin muda yang mempunyai harapan cerah untuk menerajui parti suatu hari kelak.

Walaupun perceraian cuba ditutup sebagai masalah peribadi tetapi sebagai seorang ahli parlimen wanita dan juga pemimpin hirarki ketiga dalam parti.

Ini menyulitkan posisi Nurul terutamanya di kalangan ahli parti Melayu dan juga pengundi Melayu yang sensitif mengenai perkara sedemikian.

Bukan sahaja penting mempunyai moral yang tinggi tetapi juga perlu dilihat menjunjung nilai-nilai akhlak yang murni juga.

Masalah perceraian Nurul bukan berpunca tidak lagi sehaluan dengan suami tetapi alasan yang diberi di dalam permohonan fasakh ialah kehadiran pihak ketiga di dalam kehidupannya.

Ini tidak boleh diterima sama sekali kerana sebagai wanita Islam yang memakai tudung dan mempunyai suami dan dua orang anak, Nurul dilihat sebagai mempunyai satu model dan contoh keluarga bahagia.

Apabila Nurul sendiri mengaku bahawa beliau telah bermain kau tiga di belakang suaminya, bukan sahaja tindakan itu terlarang dari segi syariat agama, tetapi imej dan integriti beliau sebagai pemimpin muslimah juga turut hancur dan ranap.

Bak kata pepatah Inggeris, 'one man's loss is another man's gain'.

Inilah yang sedang dilakukan oleh kumpulan Azmin yang tidak menyenangi Nurul kerana beliau dan Khalid adalah kumpulan yang bersekutu dengan Dr Wan Azizah.

Perceraian Nurul dengan suaminya akan dijadikan isu untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan akan datang.

Samada ini akan berjaya atau tidak bergantung kepada ahli-ahli akar umbi PKR.

Sekiranya mereka termakan dengan propaganda Azmin, kedudukan Nurul sebagai naib presiden akan terjejas.

Tetapi jika Nurul mendapat simpati dari perwakilan yang mengundi kelak, posisi beliau di dalam PKR adalah agak terjamin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 28 Januari 2014

PEMUDA PAS MALAYSIA TUNTUT PENJELASAN



Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor. Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR. 
 
Saudara Mohd Sany Bin Hamzan

Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia

28 Januari 2014

PEMUDA PAS MALAYSIA TUNTUT PENJELASAN



Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor. Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR. 
 
Saudara Mohd Sany Bin Hamzan

Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia

28 Januari 2014

Drama terbaru bang Nod

Tak dapat jadi perdana menteri, jadi menteri besauuu pun ok lah

Isnin, 27 Januari 2014

Isu Pemecatan Khalid Ibrahim: Konspirasi Menjatuhkan Kak Wan?  

Perpecahan di dalam PKR di antara 'kem Azmin' dan 'kem Wan Azizah' bukanlah satu rahsia lagi.  Seluruh rakyat tahu bahawa Azmin dan Kak Wan tidak mampu bertentang mata berikutan hubungan akrab Azmin dengan Anwar dan juga hubungan sulit isteri Azmin, Shamsidar dengan Anwar.  Sesungguhnya, hubungan kedua-dua keluarga ini amatlah 'kompleks' sehingga ke tahap tidak masuk akal untuk digambarkan.  Sekali gus, menjadikannya sukar untuk dipercayai. 
 
Bagaimanapun, hubungan yang tidak masuk akal ini adalah fakta dan buktinya sehingga kini sama ada Azmin, Anwar, Kak Wan atau Shamsidar sendiri sentiasa mengelak untuk menyentuh secara terperinci berkenaan hubungan keluarga mereka.  Malah, Anwar juga enggan menyaman sesiapa yang memperkatakan soal hubungannya dengan Shamsidar walaupun pemimpin PKR itu cukup terkenal dengan saman-menyaman sehingga bertanyakan soalan juga boleh disamannya. 
 
Seperti mana-mana politikus lain, kedua-dua Azmin dan Kak Wan juga mempunyai pengikut setia masing-masing dan turut bersaing bukan sahaja untuk mengambil hati Anwar, tetapi juga untuk berkuasa.  Setakat ini, kem Kak Wan dilihat berjaya mengatasi Azmin apabila Khalid Ibrahim dari kem Kak Wan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. 
 
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna Azmin tersisih terus.  Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR terus menjadi orang yang paling dipercayai Anwar. 
 
Pun begitu, sifat tamak para pemimpin PKR ini tidak mampu membuatkan mereka berpuas hati dengan jawatan yang disandang.   Cubaan menyingkirkan masing-masing terus berjalan dan semakin hebat sejak akhir-akhir ini.  Di samping itu juga, kedua-dua pihak cuba mengukuhkan kedudukan masing-masing dengan cara tersendiri. 
 
Bertitik tolak dari itu, Khalid Ibrahim melancarkan strategi mengukuhkan kedudukan dengan menaikkan elaun exco bagi menjamin sokongan mereka terhadapnya.  Azmin pantas mengkritik tindakan Khalid itu dan disokong oleh Anwar Ibrahim.  Kritikan kedua pemimpin tertinggi PKR ini menjadikan kerusi Khalid Ibrahim semakin panas. 
 
Tidak cukup dengan itu, pada 8 Januari lalu, Khalid Ibrahim kemudian melancarkan satu lagi serangan terhadap Azmin dengan memecat beliau dari Lembaga Pengarah PKNS.  Beliau bagaimanapun menafikan mengarahkan pemecatan tersebut dan kemudian memberi masa dua minggu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi untuk membuat siasatan terhadap Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif perbadanan itu, Norita Mohd Sidek berkenaan penamatan kontrak Azmin. 
 
Berikutan itu, Malaysian Insider melaporkan yang Anwar secara terbuka di dalam Mesyuarat PKR menyatakannya bahawa beliau tidak lagi dapat menyokong Khalid Ibrahim.  Anwar dikatakan merungut kerana Khalid langsung tidak berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti dalam membuat keputusan mengenai Selangor.  Sebelum ini juga Anwar telah mengkritik Khalid mengenai kegagalannya membelanjakan peruntukan RM2.8 billion untuk pembangunan di Selangor. 
 
Melalui mesyuarat yang sama, beberapa pemimpin PKR lain juga mula mendesak agar Khalid Ibrahim disingkirkan. 
Bagi menambah kekusutan, akhbar Sin Chew Daily pula menyiarkan berita bahawa Khalid Ibrahim telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan diganti dengan Azmin Ali.  Khalid dikatakan berang dengan laporan tidak benar itu dan menuntut agar akhbar tersebut membuat penjelasan mengenainya. 
 
Walaupun Khalid mendapat sokongan padu dari Presiden Parti, tetapi Azmin mendapt sokongan padu dari Ketua Umum.  Justeru, secara tidak langsung, ramai yang melihat perbalahan antara Azmin-Khalid adalah sebenarnya adalah pertembungan antara pengaruh Wan Azizah-Anwar.  Jika ini benar, maka tentu sekali kem Kak Wan tidak punya harapan. 
 
Walaubagaimanapun, politik itu tidak mempunyai peraturan.  Rakan boleh menjadi musuh dan musuh boleh menjadi sahabat dalam sekelip mata.  Apa yang kita mungkin terlepas pandang ialah kemungkinan semua ini hanyalah lakonan semata-mata. 
 
Khabar menyatakan bahawa Azmin dan Khalid kini mengatur strategi bersama untuk menyingkirkan Wan Azizah.   Dengan kedudukan Anwar yang semakin tidak relevan dan Kak Wan pula bagaikan tidak wujud lagi, maka teori konspirasi ini tidaklah mengejutkan. 
 
Sekiranya Wan Azizah disingkirkan, maka Azmin boleh saja mengambil tempat beliau sekali gus meletakkan Azmin selangkah lebih dekat dengan jawatan Anwar sendiri. 
 
Mungkin teori ini agak 'keterlaluan' dan tidak masuk akal.  Namun, jangan lupa bahawa apa sahaja tentang Anwar, Azmin, Azizah dan kuncu-kuncu mereka adalah tidak tertakluk kepada logik akal.  Mereka mampu hidup secara songsang, tunggang terbalik dan tungging ke belakang, dan mereka mampu berbuat apa saja demi kuasa. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 26 Januari 2014

Aduss duuu dududu! Tak dapat guna balik raya lah

TERKINI Lebuhraya Rakyat:
Dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan disaman RM230 juta 26/01/2014 7:14pm

Alahai!

KOTA BHARU - Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai. Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah. DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan. Syarikat itu menuntut RM225 juta merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan. DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telah pun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan. - Bernama Visit website

Semakin berani mencari ......

DYMM YDP Agong telah bertitah bahawa kalimah Allah untuk Islam sahaja, ini khusus untuk kita di Malaysia, kalau di Indonesia atau lain-lain negara nak guna kalimah yang sama, itu hak negara tersebut. Kita di Malaysia kena hormat  bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Agong adalah ketua agama, bangsa Melayu majoriti adalah Islam bersama kaum lain yang menganut agama Islam, jadi kepada pemimpin agama kristien kenalah hormati orang Melayu dan agama Islam.

Persetujuaan jus soli yang dipersetujui oleh tok nenek kaum lain untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu hendaklah dilihat semula, jangan jadi biadab, kalau tak tahu kena lah belajar.

Khamis, 23 Januari 2014

Kenapa Erdogan Tidak Jumpa Anwar Ketika di Malaysia?

 
Pada10 Januari lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, telah mengadakan lawatan dua hari ke negara ini dalam rangka lawatannya ke negara-negara Asia.  Dalam lawatan tersebut, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib, dan sempat menunaikan solat Jumaat bersama.
 
Kunjungan tersebut secara kebetulannya bersamaan dengan ulangtahun hubungan Malaysia-Turki yang ke-50.   Antara jadual lawatannya, Erdogan telah menerima anugerah doktor kehormat dari UIA dan juga menyampaikan ceramah bertajuk 'Transforming Asia Pacific and Turkey' dalam siri ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Transformasi.  Dalam ceramahnya, Erdogan sempat memuji Dato' Seri Najib dan menyatakan keyakinannya yang Malaysia akan berjaya mencapai wawasan 2020 dan akan terus maju ke hadapan. 
 
Beliau kemudiannya dijemput makan malam di Seri Perdana bersama Perdana Menteri dan isteri. 
 
Di Malaysia, nama Erdogan cukup sinonim dengan Anwar Ibrahim.   Betapa 'kuatnya' hubungan kedua-dua pemimpin ini sehinggakan orang Anwar di dalam PAS, digelar kumpulan Erdogan. 
 
Hubungan Anwar dengan Erdogan boleh dikatakan melepasi tahap hubungan biasa antara dua pemimpin dari dua negara.  Mereka dikatakan sahabat yang akrab yang berkongsi pemikiran yang sama.
 
Bagi mengukuhkan pandangan ini, pada 5 Februari 2012, Terence Netto menulis di Malaysiakini dan disiarkan semula di blog Anwar Ibrahim sendiri, bahawa kedua-dua Anwar dan Erdogan mempunyai ideologi yang sama dan akan cuba untuk berjumpa sekerap yang boleh apabila saja berpeluang. 
 
Menurutnya, apabila Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat pada 9 Januari 2012, Anwar terus 'terbang' ke Istanbul melalui Bombay dan bertemu Erdogan sebanyak dua kali dalam masa empat minggu.  Menurut Netto lagi, Anwar dan Wan Azizah dikatakan telah bertemu Erdogan di Istana Dolmabache dan secara langsung mendesak pemimpin Turki itu untuk terus menyokong 'Arab Spring'.  
 
Dalam lawatan yang sama juga, Anwar dijemput memberikan ucapan bertajuk 'Democracy and Islam' di mana Anwar memuji kepimpinan Erdogan sebagai ke hadapan dari segi demokrasi berbanding negara Islam lain. 
 
Tidak lama dahulu, sebuah media antarabangsa, Radiance Viewsweekly telah menyiarkan pendapat seorang pembaca dari luar negara yang menggambarkan Anwar dan Erdogan sebagai 'pemimpin demokrasi baru' yang mempunyai visi dan tanggungjawab serta komited dalam memperjuangkan kebebasan beragama dan pluralisasi politik dan sosial. 
 
Jelas, hubungan rapat Anwar dan Erdogan telah menjadi pengetahuan umum di seluruh dunia.  Kedua-duanya saling puji memuji dan sanjung menyanjung. 
 
Oleh itu, amatlah mengejutkan sekali apabila Perdana Menteri Turki itu berlepas pulang ke Ankara pada 12 Januari dari Kuala Lumpur tanpa bertemu dengan Anwar Ibrahim.  Jika mereka sering mencari masa untuk bertemu ketika Anwar di Turki, kenapa mereka tidak turut mencari masa untuk bertemu bila Erdogan berada di sini? 
 
Khabar menyatakan bahawa persahabatan Anwar dengan Erdogan sudah tidak lagi seperti dahulu.   Adalah dikatakan juga bahawa Erdogan mula merasa sangsi dengan kejujuran dan agenda Anwar yang sebenar.  Malah, Erdogan mungkin merasa sedikit 'bimbang' dengan pemimpin pembangkang Malaysia itu. 
 
Kebimbangan Erdogan boleh jadi berasaskan laporan-laporan antarabangsa dan risikannya sendiri.   Namun, kita mengesyaki bahawa sebagai sahabat yang selalu menghabiskan masa bersama, tidak mustahil kebimbangan Erdgoan terhadap Anwar itu adalah berasaskan sesuatu yang lebih lagi.
 
Rekod Anwar selama ini menunjukkan trend yang sama di mana rakan-rakan rapatnya akan mula menjauhkan diri setelah beberapa lama.  Ada yang mengambil masa yang pendek dan ada yang mengambil masa yang cukup lama untuk meninggalkan Anwar, tetapi apa yang pasti, mereka tetap akan meninggalkannya. 
 
Mereka yang terus setia dan bersama Anwar selamanya hanyalah keluarganya sendiri selain mereka-mereka yang berada di luar lingkungan sahabat rapatnya serta penyokong-penyokongnya yang hanya mengenalinya dari jauh. 
 
Justeru, kita tidak hairan sekiranya Erdogan juga mula menjauhkan diri dari Anwar.  
 
Kini terbukti sudah bahawa Anwar tidak lagi relevan di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Dengan perkembangan terbaru di mana Jepun juga telah tidak menerima kunjungan Anwar ke negara itu atas alasan teknikal, maka terbuktilsh bahawa Anwar bukanlah manusia hebat yang mampu mengatasi undang-undang setiap masa.  
 
Nampaknya, sudah sampai masanya Anwar perlu memikirkan secara serius tentang janjinya untuk bersara selepas PRU-13. 
 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Laungan 13 Mei:  DAP Terjerat Dalam Provokasi Sendiri

 
Penulis ingin menarik perhatian pembaca terhadap surat terbuka Lim Kit Siang kepada Dato' Seri Najib dan Menteri Kabinet sepertimana yang dipaparkan dalam blognya hari ini.  Menurut beliau, ini adalah surat terbuka yang ke-dua untuk pihak yang sama, dalam masa lebih kurang dua minggu. 
 
Surat ini diberi tajuk "Apakah Pemimpin BN Bersedia untuk Bekerjasama dengan Pemimpin PR bagi Memastikan Rusuhan 13 Mei Tidak Berulang di Malaysia?" 
 
Sebenarnya, surat ini merupakan antara salah satu dari beberapa artikel di blog Lim Kit Siang yang membawa topik 13 Mei.   
 
Walaupun kebanyakan artikel berkenaan 13 Mei di blog Kit Siang panjang-panjang belaka dan mempunyai tajuk yang panjang juga, namun, kesemuanya boleh disimpulkan dalam tajuk salah satunya sahaja, iaitu 'Tutup Mulut Mereka yang Mengancam 13 Mei" tulisan Khee Thuan Chye. 
 
Nampaknya, Kit Siang ingin mengarahkan kerajaan agar menutup mulut orang-orang Melayu yang mengingatkannya tentang kemungkinan berulangnya tragedi rusuhan kaum itu. 
 
Tajuk tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahawa Kit Siang amat terkesan dengan laungan 13 Mei oleh orang-orang Melayu dalam demonstrasi bantahan penghinaan ADUN PKR terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.   
 
Bertitik tolak dari kejadian itu, Kit Siang dilihat semakin galak bercakap mengenai patriotisme dan juga keamanan.  Kit Siang sedaya upaya cuba menggambarkan pihaknya, iaitu DAP atau kaum Cina, sebagai patriotik manakala orang-orang Melayu yang melaungkan ancaman berulangnya 13 Mei sebagai pengkhianat. 
 
Kit Siang berhujah bahawa perbuatan menyuap kangkung ke dalam mulut patung Dato' Seri Najib bukan satu perbuatan rasis dan tidak perlu disambut dengan ancaman 13 Mei.  Justeru, melalui surat terbuka itu, Kit Siang secara terbuka mengajak BN bekerjasama dengannya untuk memastikan 13 Mei tidak berulang. 
 
Manusia yang bijak pasti akan dapat belajar dari kesilapan terdahulu.  Dan ternyatalah sudah bahawa Kit Siang bukanlah manusia yang bijak. 
 
Seharusnya Kit Siang sudah belajar dari sejarah yang beliau terlibat sendiri bahawa orang Melayu itu sabar dan pemurah, sanggup berkongsi apa saja dengan bangsa lain asalkan dapat memastikan keamanan.  Namun, sabar orang Melayu itu ada hadnya. 
 
Malangnya, walaupun sudah tua dan sudah melalui berbagai peristiwa, Kit Siang tidak mampu belajar apa-apa. 
 
Untuk pengetahuan Kit Siang Laungan 13 Mei oleh orang-orang Melayu dalam demonstrasi tersebut bukanlah berpunca dari isu kangkung semata-mata, tetapi ia adalah cetusan dari perbuatan Namewee, Alvivi, Paderi Lawrence Andrew, Peguam Edmund Bon, COMANGO, Nga Kor Ming dan berpuluh atau beratus lagi 'tentera Red Bean Army' yang saban hari kerjanya mengutuk dan menghina agama Islam, orang Melayu, pemimpin Melayu dan Raja-raja.  
 
Laungan 13 Mei dari orang-orang Melayu juga merupakan ledakan dari isu membuang tulisan jawi dari papan tanda, rampasan tanah dan tapak perniagaan orang-orang Melayu, penutupan Giat MARA, desakan untuk membuka UiTM pada semua bangsa dan juga penentangan terhadap Hak Bumiputera. 
 
Hakikatnya, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib merupakan yang paling 'longgar' sekali dalam memperkatakan perihal hak orang Melayu.  Seperti yang diketahui umum, pada hari ini, jawatan-jawatan tinggi di syarikat berkaitan kerajaan telah pun 'ditembusi' oleh bukan Melayu sedangkan jawatan-jawatan tinggi di syarikat swasta masih terus 'dibekukan' kepada orang Melayu. 
 
Dalam pada itu pula, hak kaum Cina untuk meneruskan Sekolah Vernakular dan mencetak akhbar berbahasa Cina tidak pernah disekat.  Malah, kaum Cina juga mempunyai stesen radio dan TV yang menggunakan bahasa ibunda mereka.  Semua keistimewaan minoriti Cina ini tidak pernah disekat walaupun ia menghalang perpaduan masyarakat dan tidak menepati aspirasi negara. 
 
Pun begitu, kerajaan pimpinan UMNO terus dicabar, diherdik dan dihina semahu-mahunya oleh DAP sebagai rasis. 
 
Oleh itu, Kit Siang seharusnya sedar bahawa DAPlah sebenarnya yang sedang mengulangi sejarah 13 Mei. 
 
Dalam kejadian 13 Mei, DAP telah mencabar, mengherdik dan menghina orang-orang Melayu kerana ketinggalan dari segi ekonomi.  Cina DAP mendabik dada sebagai bangsa yang lebih hebat dan mencemuh orang Melayu pula bangsa yang rendah dan hina. 
 
Perkara yang sama sedang berlaku hari ini di mana orang-orang Cina secara terbuka mendabik dada sebagai pembayar cukai tertinggi dan memperlekeh orang-orang Melayu.  Kononnya, orang-orang Cinalah yang memajukan ekonomi negara dan orang-orang Melayu langsung tidak berguna. 
 
Tanpa disedari, kenyataan orang-orang Cina ini dengan sendirinya membuktikan bahawa yang rasis itu bukan orang Melayu, tetapi Cina. 
 
Logiknya, orang-orang Cina tidak mungkin akan dapat menguasai ekonomi negara ini jika orang Melayu itu rasis.  Oleh kerana orang Melayu tidak rasis dan sanggup membeli dan membuka peluang kepada peniaga Cinalah, maka orang-orang Cina boleh menjadi kaya. 
 
Hanya akhir-akhir ini sahaja, kempen memboikot barangan peniaga Cina berbangkit.  Semuanya bertitik tolak dari keangkuhan orang-orang Cina, sama seperti yang dipamerkan ketika 13 Mei. 
 
Berdasarkan fakta di atas, Kit Siang sepatutnya menyuarakan kebimbangan mengenai 13 Mei kepada dirinya sendiri, bukan kerajaan dan bukan orang-orang Melayu.  Setelah begitu lantang menghasut dan menghina segala-galanya tentang Melayu dan Islam maka Kit Siang seharusnya sudah dapat mengagak apa akan terjadi. 
 
Kesimpulannya di sini ialah, kangkung bukanlah punca masalah, tetapi Kit Sianglah masalahnya. 

 
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan yang Kit Siang bukannya tidak tahu bahawa beliau sedang mengulangi sejarah 13 Mei.  Tidak mustahil beliau cukup sedar apa yang sedang dilakukannya dan memang sengaja ingin membawa kita ke arah itu. 
 
Kalau ini benar, apakah reaksi kita? 
 
Apa yang boleh kita katakan pada Kit Siang ialah, jika beliau sebagai mewakili peniaga Cina ingin menjual, kita sebagai pengguna Melayu sentiasa sanggup membeli. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nurul Izzah! Apa benar lu mau cerai?

Haha, apa kah puncanya? Sudah bosan dengan isu jam Omega? Sudah bosan dengan skandel dengan pensyarah?

Apa pun, kita tunggu saja cerita dari mahkamah syariah!

BY D.KANYAKUMARI AND L. SUGANYA

PETALING JAYA: The cyberspace is abuzz with talk that PKR vice president Nurul Izzah Anwar is divorcing her husband.

Nurul Izzah is said to have sought the divorce under Fasakh (to annul the marriage) in late December through a petition at a Syariah Court.

Her husband, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, who is believed to have received the petition on Jan 16, has sought a two-week postponement of the matter for him to prepare his case.

Both Nurul Izzah and Raja Ahamd Shahrir Iskandar were not available for comment on the alleged divorce action.

When The Star Online contacted her at 11.40am Thursday, Nurul Izzah's phone rang twice and the line was cut after which the phone was switched off.

Nurul Izzah, 33, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, were married on May 9, 2003.

The marriage ceremony was held at the residence of Nurul Izzah's father Datuk Seri Anwar Ibrahim at Bukit Bandaraya.

The couple has a seven-year-old girl and four-year-old boy.

Sumber : http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/01/23/Nurul-Izzah-Divorce/
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Setinggi Tahniah untuk Tian Chua

TM mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada MP Batu YB Tian Chua, Naib Presiden Parti Ketidakadilan Rakyat kerana berjaya menempah untuk menginap di Hotel Sungai Buloh dengan bayaran tunai RM 1000 untuk tempoh sebulan.

Tahniah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 22 Januari 2014

Isu Bakar Dan Pijak Bendera Jepun, Sam Kena Bedal Pengikut Sendiri  

Panik dengan tindakan para pengikutnya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin segera mengeluarkan kenyataan bagi menyalahkan pihak media kononnya insiden pijak dan bakar bendar Jepun semalam, bukan dilakukan oleh pihaknya.

 

Menurutnya kehadiran AMK semalam hanya untuk menghantar memorandum bantahan kepada pihak kedutaan Jepun sekali gus meminta penjelasan berhubung keputusan jabatan imigresen negara itu yang menghalau Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pulang.

 

Pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Narita sebelum ini telah meminta Anwar agar membatalkan hasrat untuk memasuki negara Jepun sekali gus mengarahkannya untuk segera meninggalkan negara itu dengan mengambil penerbangan pertama atau 'dipaksa' untuk dihantar balik.

 

Mungkin kerana ini membodek Anwar, ahli parlimen Bukit Katil itu telah menganjurkan satu demonstrasi jalanan yang dihadiri tidak kurang dari 15 orang. Namun disebabkan demonstrasi yang diadakan itu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, mereka mula bertindak di luar batasan dengan memijak dan membakar bendera negara Jepun sebagai tanda protes.

 

Malangnya tindakan itu akhirnya telah memakan diri, apabila media Jepun memberikan laporan yang meluas sekali gus boleh merosakkan hubungan dua hala antara negara.

 

Ini kerana tindakan tersebut jelas membuktikan tahap kebodohan Shamsul yang cuba menyalahkan kerajaan Jepun yang kononnya telah tunduk atas desakan kerajaan Malaysia untuk memalukan Anwar yang disifatkan sebagai setaraf dengan Perdana Menteri.

 

Sebagai tindak balas, jurucakap kedutaan Jepun di Malaysia Tomoko Nagai telah mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan perkara yang sebenar. Menurutnya kegagalan Anwar untuk memasuki negara matahari itu berpunca dari kesilapannya sendiri kerana tidak mengemukakan permohonan visa.

 

Ini kerana, Anwar masih perlu memohon visa kerana rekod jenayahnya yang lalu walaupun kerajaan Jepun sebelum ini telah memberi kelonggaran kepada rakyat negara ini supaya tidak lagi menggunakan visa untuk memasuki negara tersebut.

 

Tomoko turut menjelaskan, pelepasan yang diberikan kepada Anwar sebelum ini untuk memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 adalah melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.

 

"Sesiapa yang pernah dipenjarakan sebelum ini sama ada di Jepun atau negara lain selama setahun atau lebih akan dinafikan memasuki Jepun.

 

Berbalik kepada isu pijak dan bendera, tindakan Shamsul yang juga dikenali sebagai Sam Ketot itu jelas membuktikan bahawa dia telah bertindak secara melulu dan membabi buta.

 

Paling menarik, apabila ramai di kalangan penyokong dan ahli pembangkang yang turut mengecam tindakan bodoh Shamsul itu. Berikut adalah antara kritikan yang diterimanya.

 

Gin Marvel · GM "AMAT TAK BERSETUJU" cara AMK memijak & bakar poster mirip bendera Jepun. Ini memalukan PKR & PR secara khususnya. Hantar Memorandum Bantahan, YA GM setuju, tapi jika ini caranya, ia adalah amat memalukan & tak seharusnya terjadi. Shamsul Iskandar Mohd Akin, sila kembangkan OTAK anda dari badan anda... Again, kejadian ini amat mendukacitakan....

 

Mohd Halim A Rahim · Tindakan AMK ini merupakan ketandusan idea Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Sebagai Ahli Parlimen dan Peguam beliau sepatutnya membawa 'isu' ini ke Parlimen. Kunjungilah Kedutaan Jepun dengan berhemah dan budi bahasa menyatakan ingin tahu butir terperinci mengapa Anwar dilarang menjejaki bumi Jepun walhal sebelum ini tiada sebarang larangan.


Tiba-tiba pula kempen jangan beli barangan Jepun. Sungguh tidak wajar dan mengarut sama sekali. Mungkin, tindakan begini menjadi tindakan berani kali terakhir Mohd Shamsul sebelum meninggalkan gelanggang kepemimpinan AMK.

 

Mohd Rejab Ahmad · Kerja bodoh. Nak hantar memo,hantarlah.Ini sampai pijak-pijak pula bendera negara orang lain, apa ke jadahnya. Cuba check balik, budak-budak upahan mana yang dibawa oleh AMK ini. Kalau budak budak hidu gum pun tak akan berkelakuan macam ini.

 

Mohd Rejab Ahmad · Hehehe, aku amat yakin esok AMK akan kata, itu bukan orang kami

 

Mikami Angelo Krakov · Ini bukanlah cara yang sepatutnya untuk meluahkan ketidak puashati terhadap tindakan kerajaan Jepun menidakkan Anwar memasuki negara berkenaan. Janganlah gara2 negara maju, matang dan terbuka seperti Korea Selatan pun memboikot tak puas hati dengan Jepun dengan main pijak2 dan bakar karikatur pemimpin mereka, kita di sini pun merasakan itulah tindakan terbaik. Sebab last2 yang rugi adalah kita dalam keluarga PR juga.. start malam ini sehinggalah bila2 pun, isu inilah yang akan dimomokan dalam TV3 suku, BernamaBUK, & Utusex..

 

Apain Soriun · Yang ini saya amat tak setuju kerana perilaku seperti ini tiada bezanya dengan puak-puak UMNO dan PERKASA. Gunalah saluran yang betul dan siasat dulu apa puncanya DSAI dihalang masuk ke Jepun. Apa pun hal ini kena siasat betul-betul kerana mungkin ada pihak lain yang ambil kesempatan untuk memburuk burukkan parti lawan.

 

Kesimpulannya Sam Ketot akhirnya sedar tindakannya untuk membodek Anwar akhirnya telah memakan diri sendiri. Sudahlah kehadiran peserta amat memalukan, kini dia turut menerima kecaman dan kritikan dari penyokong sendiri.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa lah punya cokia Pemuda Umno Pahang

Sehari dua lepas timbul pula isu 11 Ketua Pemuda Bahagian di Pahang menolak perlantikan KPN yang baru.

Aperr kee heee demeer ni?

Dahulu semasa pemilihan 2009 Perak pernah mengalami kes yang sama, di mana lebih 16 bahagian jika tak silap telah menolakYB Maslin. Sham Razman dan akibat itu Azwan Bro diangkat oleh KJ sebagai KPN Umno negeri.

Kini penyakit berpindah ke Pahang. Apa kerana KPN kelihatan tak cukup tebal poketnya ?

Budaya subsidi harus diketepikan, kalau nak jadi Ketua Pemuda poket mesti berisi jangan lah nak harap KPN hulur duit untuk menjalankan aktiviti, dia pun nak jaga bahagian dia, KPN hanya satu amanah dan tanggung jawab dalam kepimpinan negeri bukan jengkaut atau bank!

Atau protes ini kerana ada udang di sebalik batu, orang yang berhasrat untuk jadi KPN tetapi orang lain yang terpilih menyebabkan berlaku satu anjakan yang kurang matang.

Ingatlah sapa-sapa pun boleh jadi KPN tetapi yang penting hidupkan pemuda cawangan yang semakin pupus.

Pupus bukan kerana tidak ada anak muda tetapi tiada pendekatan untuk menarik mereka ke dalam parti. Banyak cawangan yang awal 2009 aktif tetapi bila sampai pemilihan 2013 hanya separuh saja yang masih bernyawa. Yang lain, tak cukup korum, tak ada pemuda, bertukar bendera dan sebagainya. Ini yang harus di fokus oleh pemuda negeri, bukan berebut untuk jawatan sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dilema guru PBS dan SPPBS


PBS atau lebih dikenali dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu pentaksiran yang menyeluruh dan holistik. Ini kerana ia memberi penekanan dari aspek JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ia juga mentaksir dan menilai bidang akademik dan bukan akademik. Ini berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan.

PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep “assessment for learning” dan “assessment of learning” manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian murid di akhir pembelajaran.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan dilaksanakan secara terancang mengikut prosedur yang telah digariskan oleh lembaga peperiksaan manakala pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PBS ini mempunyai beberapa tujuan yang baik iaitu untuk menilai potensi pelajar, memantau pertumbuhan dan meningkatkan potensi murid, dan membuat laporan bermakna tentang pembelajaran individu.

Konsep PBS ini bukanlah sesuatu bentuk pembaharuan dalam sistem pendidikan di negara kita kerana pentaksirannya adalah seakan-akan sama dengan apa yang telah dilaksanakan oleh para guru di sekolah selama ini iaitu dengan memberikan kerja rumah, kuiz, soal-jawab, projek dan lain-lain.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau lebih dikenali dengan SPPBS.

Pun begitu, SPPBS ini sudah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini bukan sahaja dalam kalangan guru dan pendidik malahan juga masyarakat di Malaysia. Sudah tentu rungutan sebegini akan membingitkan telinga pihak-pihak yang tidak memahami betapa kesusahan sebenar yang dialami para pendidik masa kini.

Kalau kita fikir sejenak, biasanya para guru cukup gembira dengan pelbagai percutian am di negara kita. Ini kerana mereka mempunyai masa untuk merehatkan mental dan fizikal dan meluangkan banyak masa bersama keluarga dan anak-anak. Akan tetapi, kali ini suasana tersebut menjadi suram kerana ramai dalam kalangan mereka yang tertekan dengan sistem baru yang digunakan oleh kementerian iaitu SPPBS ini.

Benar, sistem ini diperkenalkan oleh kementerian setelah beberapa kali perbincangan diadakan.

Benar, sistem ini dilaksanakan setelah mengkaji dan mengambil kira kebaikannya kepada guru, murid dan sistem pendidikan negara.

Benar, sistem ini mempunyai objektif yang baik dalam mentransformasi sistem pendidikan di negara kita bagi menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

Tetapi, apakah pihak kementerian telah mengambil kira bahawa sistem ini benar-benar diterima oleh para guru? Persoalan sebegini seharusnya diteliti dan dikaji terlebih dahulu sebelum diputuskan.

Saya merasakan majoriti daripada guru-guru di Malaysia sangat tidak bersetuju dengan sistem yang diperkenalkan sekarang sehingga wujudnya pelbagai rungutan dan kritikan di media sosial seperti page di facebook “kami mahu SPPBS dimansuhkan”.

Malah ada juga sesetengah pihak yang ingin mengadakan perhimpunan aman dalam waktu yang terdekat ini bagi membantah sistem ini daripada terus diguna pakai.

Apakah kurangnya dengan sistem ini? Apakah yang menyebabkan para guru sangat tidak bersetuju dengan sistem ini? Di manakah lemahnya? Lemahnya sudah pasti bukan pada tujuannya yang baik tetapi pada penggunaan sitem memasukkan datanya. Sistem pengkalan data PBS lemah menyebabkan guru perlu memasukkan data pada waktu malam.

Akibatnya, pada waktu pagi guru mengatuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah. Manakala murid pula tidak mendapat pembelajaran yang sempurna dan sepatutnya. Ini kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian, bukan pada tugasnya yang sebenar.

Bukan itu sahaja, guru juga perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah ribuan dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan ratusan band dan data ke dalam sistem secara online.

Bayangkan bagaimana jika internet sukar didapati di kawasan pendalaman dan kampung-kampung?

Bayangkan bagaimana ratusan ribu guru ingin memasukkan data dalam satu server yang sama?

Bayangkan bagaimana susah dan tertekannya guru jika internet bermasalah?

Bayangkan bagaimanakah perasan para guru jika data yang telah dimasukkan tiba-tiba hilang?

Maka, banyak persoalan yang akan timbul dan berlegar di ruang minda para guru.

Siapakah yang membangunkan sistem ini? bagaimana mungkin kerajaan boleh melaksanakan sistem ini dikala sistem ini masih belum mesra pengguna? Bilakah mutu sistem ini akan dipertingkatkan?

Dan pelbagai persoalan lagi. Ini yang menimbulkan kemarahan para guru dan melahirkan rasa kekecewaan dan ketidakpuasan hati kepada pihak kementerian.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sistem ini telah berjaya di Negara lain tetapi apa yang dikatakan oleh ramai guru bahawa sistem ini tidak mesra pengguna kerana sistemnya selalu ''hanged'' sehingga menyebabkan guru tertekan dan terkejar-kejar. Ada guru yang terpaksa bangun pada jam 3 pagi semata-mata untuk memasukkan data.

Sistem Pengurusan PBS mungkin sesuai di negara lain, tetapi belum tentu sesuai di negara kita.

Jadi, saya berharap agar isu sebegini harus ditangani dengan segera oleh pihak yang terlibat. Jika kerajaan mahu meneruskan juga penggunaan sistem ini, maka kerajaan seharusnya membaiki dan meningkatkan mutu sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dan terbeban kerana mereka juga insan seperti kita.

Tugas mendidik adalah satu tugas yang mulia. Jasa dan pengorbanan seseorang guru itu sukar untuk dibalas walau dengan segunung intan.

Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru jangan bebankan para guru dengan tugas-tugas yang tidak sepatutnya.

MOHD SOLIHIN CHE ROZALI
PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Sinar Harian

Selasa, 21 Januari 2014

Kena Pecat Dari PKNS, Azmin Mula Serang Khalid Gagap

 

Polemik perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim seperti tiada penghujungnya. Terbaru Khalid memaklumkan isu pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal sehingga siasatan lanjutan mengenai diselesaikan.

 

Khalid melalui kenyataan medianya petang semalam seperti cuba untuk 'lepas tangan' apabila mengatakan pemecatan Azmin pada 8 Januari lalu telah dilakukan tanpa pengetahuannya.

 

Bagi menguatkan lagi dakwaan tersebut, Khalid turut memaklumkan Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif PKNS Norita Mohd Sidek telah dipindahkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,  Datuk Mohamed Khusrin Munawi dengan serta-merta.

 

Tindakan itu diambil kononnya untuk membolehkan siasatan dijalankan sekali gus mengelakkan wujud sebarang campur tangan yang mungkin boleh mengganggu siasatan.

 

Paling menarik, Azmin sebelum ini ketika menjawab tweet yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya menyifatkan Khalid sebagai 'Mr U-Turn'.

 

"Hanya Mr. U Turn boleh kata begitu" jelas Azmin ketika menjawab persoalan berhubung pemecatannya sebagai ahli lembaga pengarah.

 

Malah apabila ada salah seorang pengikutnya mengatakan "hanya di Selangor, Pengurus Besar boleh pecat ahli lembaga pengarah" dia yang juga merupakan Pengerusi PKR Selangor dengan segera menjawab "Mr U-turn". Ia sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa pemecatan dari PKNS adalah merupakan sandiwara Khalid.

 

Tidak cukup dengan itu, Azmin turut dilihat menyerang Khalid dengan melabelkan nya sebagai 'orang tua'dan bekas Setiausaha Politknya, Faekah Husin sebagai 'anak dara tua'.

 

"Tapi ada orang tua yang suka andartu" sindirnya pula.

 

Kesimpulannya, Azmin jelas tidak berpuas hati dengan keputusan 'suara-suara ghaib' untuk menyingkirkannya dari PKNS.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ingkar Titah Yang Dipertuan Agong Adalah Sikap Penderhaka

 

'Ibarat Cacing Naik Ke Mata'. Mungkin itu antara perumpamaan yang sesuai diberikan kepada tindakan dan kenyataan berbaur perkauman yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak kerana ingin mengeruhkan keharmonian dan perpaduan yang wujud di negara ini.

 

Hari demi hari, pasti ada sahaja laporan mengenai isu yang menyentuh sensitiviti kaum yang mana sekiranya tidak dibendung atau langkah pencegahan dilakukan dikhuatiri bakal mewujudkan suasana tegang antara kaum.

 

Terbaru kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam, Edmund Bon yang mengatakan orang bukan Melayu tidak perlu patuh dengan titah Yang Dipertuan Agong kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka.

 

"Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam," katanya.

 

Tidak cukup dengan itu, portal pro pembangkang turut melaporkan kenyataan seorang yang kononnya pakar perlembagaan yang mengatakan Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

 

Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.

 

"Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam," kata Paulsen.

 

"Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam."

 

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam titah baginda sempena istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang kebesaran pada Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 di Istana Anak Bukit sebelum ini menegaskan, kalimah Allah adalah merupakan hak eksklusif umat Islam dan penggunaannya dilarang dalam kalangan penganut agama lain.

 

Seri Paduka Baginda turut menitahkan, ketetapan tersebut sudah jelas dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 dan ia perlu dihormati.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengulas mengenainya berkata titah tersebut perlu dipatuhi oleh rakyat bagi menjamin keharmonian serta sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sudah berulang kali dijelaskan bahawa kalimah Allah dan takrifan 'God' atau tuhan bagi Kristian adalah berbeza. Paling ketara adalah konsep ketauhidan dan keesaan tuhan yang kita baca dalam surah al-Ikhlas iaitu pengakuan kita terhadap tuhan yang satu.

 

"Kalau sudah ada konsep 'God' yang bersifat triniti, maka sudah tentu akan berlaku kecelaruan. Pada saya semua kita sudah faham tetap masih ada segelintir yang ekstrem menyebabkan kelompok masyarakat jadi keliru," katanya.

 

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad ketika mengulas mnegenainya berkata, setiap rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan agama mesti menjunjung titah Seri Paduka.

 

Mana-mana pihak yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain boleh dianggap sebagai penderhaka. Menurut beliau, sesiapa sahaja yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong tidak layak untuk menjadi warganegara Malaysia.

 

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hassan berkata, tindakan tegas hendaklah diambil ke atas mana-mana pihak yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

 

Jika masih tidak mahu tunduk dan meminta maaf, mereka boleh dianggap sebagai ingkar serta derhaka," jelasnya.

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula ketika diminta mengulas mengenainya enggan memberikan sebarang komen.

 

"Saya tak naklah bagi komen apa-apa, takut nanti disalah tafsir. Biarlah mereka yang dalam bidang guaman dan undang-undang yang berikan pendapat. Walaupun saya ada maklumat mengenainya" katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar wajar disoal siasat kenapa beliau dihalang memasuki Jepun

Foreign Affairs Minister Datuk Seri Anifah Aman denied Anwar’s allegation that Wisma Putra had a hand in barring him entry into Japan. He clarified that under Japan’s Immigration Control and Refugee Recognition Act, the Japanese government had the right to deny entry to any person who had been previously convicted or imprisoned in either Japan or any other country.

What lurks behind this seemingly innocent denial of entry that compelled Anwar to create such an outcry over this ban? Simple. Anwar failed to tell us that his host, Yohei Sasakawa, is the son of Sasakawa Ryoichi – the creator of the gambling industry that we know today. Imprisoned as a Class A war criminal after World War II, Sasakawa is viewed with hostility by intellectuals internationally. Most importantly, Sasakawa is the founder of the Yakuza in Japan.

The Yakuza or gokudo is the world’s largest criminal organization and represent transnational organized crime syndicates in Japan. As depicted in movies, the Yakuza are notorious for their strict codes of conduct and very organized nature. Hence, the Japanese media carry stories about Yakuza who operate internationally with an estimated 103,000 members.

Dari artikel raja petra...org yg invite anwar masuk ke Japan tu anak kepada Sasakawa Ryoichi...FOUNDER OF THE YAKUZA in JAPAN
Ori article dari Huan Cheng Guan

AMK bantah terhadap kerajaan Jepun

Pkr begitu panas telinga apabila boss mereka tidak dibenarkan masuk ke sana, ia menyebabkan beberapa ekor penyokong dan ahli parti telah membuat bermacam-macam reaksi terhadap larangan itu.

Antara larangan tersebut ialah memboikot produk atau barangan dari negara mata hari terbit. Membuat batahan di kedutaan .jepun di Kuala Lumpur tetapi jangan lah sampai berguling-guling untuk jatuhkan kerajaan Jepun.

Tangkap saja lah Edmund Bon tu, tunggu apa lagi KDN

Seorang peguam, Edmund Bon, semalam, telah membuat kenyataan di portal Malaysian Insider bahawa bukan Islam tidak perlu patuh kepada Yang di-Pertuan Agong.   Alasan beliau, titah Yang di-Pertuan Agong mengenai kalimah 'Allah' merupakan hak ekslusif umat Islam, adalah sebuah fatwa, yang mana hanya terpakai ke atas orang-orang Islam serta tidak melibatkan bukan Islam.
Kita ingin membantah hujah Edmund Bon yang amat dangkal lagi tidak berpijak di bumi nyata.
Yang di-Pertuan Agong sebenarnya telah bertitah atas kapasiti baginda sebagai Ketua Negara dan bukannya Ketua Agama Islam semata-mata.  Sebuah fatwa perlu melalui Majlis Fatwa dan ianya haruslah berkaitan amal ibadah atau hal-ehwal perundangan syariah yang melibatkan umat Islam. 
Berdasarkan hakikat ini, maka titah Yang di-Pertuan Agong tersebut ternyata bukanlah berkenaan hal ehwal ibadah umat Islam semata-mata tetapi berkenaan sekalian rakyat serta bersandarkan undang-undang dan juga keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan negara.
Justeru, adalah salah menyatakan bahawa titah baginda adalah fatwa.  Sebaliknya, ia adalah perintah kepada seluruh rakyat jelata agar akur dengan undang-undang negeri yang menetapkan bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah.
Tindakan Edmund Bon mempertikai dan merendah-rendahkan titah murni Yang di-Pertuan Agong adalah jelas berupa hasutan di mana beliau dilihat sengaja membangkitkan rasa tidak hormat kepada Institusi diRaja negara ini.
Edmund Bon cuba meletakkan garis pemisah antara orang-orang Melayu dengan bukan Melayu dengan menggambarkan seolah-olah bukan Melayu tidak perlu hormat kepada Sultan dan Raja-raja mahupun Yang di-Pertuan Agong.  Dalam kata lain, Edmund Bon memberitahu warga bukan Melayu bahawa mereka tidak terikat dengan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan yang digunapakai di negara ini.
Sekiranya Edmund Bon merupakan seorang warga Thailand yang menghina Raja mereka, tentu sekali beliau akan dikenakan hukuman berat.  Namun, di Malaysia nampaknya undang-undang kita begitu longgar kerana sehingga kini Edmund masih bebas berkeliaran menghasut rakyat jelata agar tidak menghormati Sultan.
Tindakan Edmund Bon bukan sahaja derhaka, tetapi juga merbahaya selain melanggar undang-undang di bawah Akta Hasutan.
Selama ini, warganegara Malaysia dari kalangan bukan Melayu sering menepis tuduhan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak setia pada negara ini. 
Namun, apa yang dilakukan oleh Edmund Bon memberikan asas dan alasan kukuh kepada orang-orang Melayu untuk terus mempertikai kesetiaan kaum bukan Melayu terhadap negara.  Terserlah kini bahawa sememangnya ramai di kalangan kaum bukan Melayu yang enggan menerima dan menghayati aspirasi negara serta sentiasa menentang sistem dan perlembagaannya.  
Bagi mereka ini, apa yang tertulis dalam Rukunegara iaitu 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' langsung tidak bermakna apa-apa.  Malah, tidak mustahil mereka langsung tidak tahu apa itu Rukunegara.   Ini dengan sendirinya menunjukkan betapa lemahnya struktur  negara ini.  
Rakyat yang tidak berpegang kepada Rukunegara tidak layak mengaku sebagai warganegara.  Seharusnya Edmund Bon dan sesiapa sahaja yang setuju dengan beliau, dilucutkan saja kewarganegaraan.  Sudah sampai masanya orang seperti Edmund Bon dikenakan tindakan.
Malaysia tidak memerlukan rakyat yang derhaka dan tidak setia.  Negara ini pastinya sukar untuk dimajukan selagi penghasut dan penderhaka ini wujud dan bebas menentang dan mempertikai undang-undang dan titah baginda Sultan.
Rakyat Malaysia perlu dididik agar kembali kepada Rukunegara sebelum kita mampu bangun menjadi negara dunia pertama sepertimana yang dicita-citakan.   Rakyat perlu disatukan di bawah payung dan aspirasi yang sama, dengan semangat patriotisme yang jitu sebelum kita mampu mengorak langkah pasti ke destinasi yang diinginkan.  
Jika tidak, percayalah bahawa Malaysia tidak akan ke mana-mana dan hampir pasti akan hancur jua.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












Isnin, 20 Januari 2014

Tak Perlu Kahwin Dengan Orang Australia

Pemimpin Pas mempersoalkan kepakaran dan latar belakang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengetuai lawatan kerja melibatkan kajian kesan perubahan cuaca dan alam sekitar ke Antartika bermula 18 Januari lalu hingga 2 Februari ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, perkara itu menjadi tanda tanya memandangkan ia dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang sepatutnya diketuai menteri atau pakar berkaitan.

Menurutnya, jika benar Ahmad prihatin terhadap alam sekitar, tindakan yang perlu diambil adalah melihat kampung sendiri di Kemaman terlebih dahulu dan prihatin terhadap isu alam sekitar di Terengganu termasuk Tasik Kenyir.

“Projek yang diilhamkan sendiri oleh Menteri Besar di Kenyir iaitu projek Kompleks Bebas Cukai bernilai beratus juta tetapi dilakukan dengan cara tidak betul sehingga menjejaskan alam sekitar kawasan hutan semula jadi Kenyir.

“Saya tengok sendiri tahun lepas. Untuk projek di kawasan eko-tourism sebegini sepatutnya pokok diselamatkan dan dikekalkan dan bangunan hanya dibina di celah pokok hijau. Ini adalah prinsip utama garis panduan projek di kawasan hutan eko-tourism,” katanya kepada pemberita di Pejabat Parlimen Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Jelasnya, banyak isu alam sekitar di peringkat tempatan khususnya di negeri ini yang perlu ditangani tetapi tidak diambil perhatian termasuk penambakan muka kuala yang tiada kajian secara menyeluruh.

Begitu juga katanya, dengan pencemaran alam di Kemaman di bawah projek Tioxide, Perwaja Steel dan syarikat besi dari China yang mungkin akan menyebabkan kandungan kimia racun lebih tinggi apabila proses bijih besi Bukit Besi ini dibakar di Kemaman.

“Australia dan Brazil yang beratus kali lebih besar dari Malaysia tidak membenarkan pembakaran besi dengan sulfur yang tinggi dilakukan di negara mereka tetapi dieksport dan dibakar di China kerana itulah pencemaran alam negara China amat buruk.

“Kalau prihatin pencemaran alam, Menteri Besar tidak patut menerima projek yang ditolak negara lain. Beliau kerap ke China dan sedia maklum pencemaran yang teruk di sana, belajarlah dari contoh ini, tidak perlu ke Antartika untuk kaji alam sekitar atau pemanasan global. Tengok kampung dahulu,” katanya.

Ahmad mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja tersebut yang merupakan program inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bertujuan membuka laluan bagi kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan kendalian bersama dengan Instituto Antartico Chileno (Inach), Chile.

Ia juga akan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menyumbang dari segi penyelidikan berkaitan perubahan cuaca dunia yang semakin tidak menentu.

NOTA LUTUT,

Lantak lah orang nak buat apa pun demi kebaikan rakyat dan negeri. Takkan nak bawa Raja Kamarul, nanti bawa balik bini baru dari Antartika.

Dulu dah riuh seantero dunia kerana bawa lari dua anak guna jalan laut dari Australia.

Kontroversi Hijab

Berikut adalah lembaga pengarah syarikat kontroversi halau penyanyi berhijab.

Chairman dari Navy dan mantan Panglima Angkatan Tentera M'sia (PAT). Dia juga Chairman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Chairman Persatuan Golf Amatur Malaysia (PGAM). Orangnya dikatakan baik sangat.

Sekarang ini ramai sudah pun tahu tentang seorang penyanyi berbangsa Melayu yang tidak dibenar menyanyi di atas pentas atas atas sebab dia bertudung.

Insiden ini berlaku di Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014, sebuah syarikat pemaju hartanah di Sri Hartamas.

Marina (nama penyanyi) telah membuat laporan Polis tentang insiden ini.

Untuk difikir :
(i) Apakah tindakan Pengerusi CASTMET, Tan Sri Mohd Anuar Mohd Nor terhadap Pengarah Kewangannya (berbangsa Cina) yg mengarah Marina turun dari pentas

(ii)  Sampai bila orang Melayu Islam mahu dihina sedemikian rupa ?

(iii) Apakah tindakan yg patut diambil oleh pihak yg berwajib dlm kes2 seperti ini, juga seperti kes seorang guru di sebuah SRJK(C) di Johor ?

(iv) Tidakkah perbuatan biadap seperti ini, juga seperti penghinaan terhadap PM di  Bt Mertajam , mengundang desakan untuk membawa balik ISA atau sekurang2nya penguatkuasaan undang2 yg lebih tegas ?

(v) Tahap kesabaran orang Melayu jangan dipandang remeh ; demo besar-besaran di depan pejabat YB Pembangkang siang tadi adalah satu contoh hilang kesabaran orang2 Melayu.

Soal sensitiviti dan perasaan sesuatu kaum jangan sesekali dipandang enteng. Buruk padahnya !

Isu tudung lagi

KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. 

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

 “Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi. 

Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.

 “Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.” 

Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”. 

“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut. 

Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung.

Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jaharudin ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti. 

Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim. 

“Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut.

Ahad, 19 Januari 2014

Antara STAR Kulaijaya, Nan Ya dan Pristina

Apabila pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada 12 Ogos 2010 ketika mengulas masalah disiplin pelajar - seluruh media alternatif dan penyokong totok mereka akan menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Dipindahkan ke sekolah tidak mencukupi, beliau seharusnya dipecat dan dijadikan contoh teladan.

Apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristina pada bulan Julai 2013 makan di tandas semasa bulan ramadhan, sekali lagi seluruh media alternatif dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB Pengetua digodam. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, apabila Ahli Jemaah SJKC Nan Ya di Johor pada minggu lepas memaksa seorang guru muallaf berbangsa Cina untuk membuka tudungnya atau akan diambil tindakan keras, semua pihak tersebut diam seribu bahasa. Malah, setelah guru tersebut melaporkan pada polis, guru tersebut pula yang dipindahkan sedangkan Ahli Jemaah bebas dan tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin.

Apabila ada pihak mahu membangkitkan isu tudung ini dan menuntut keadilan, dikatakan pula kita masyarakat majmuk, jangan digembar-gemburkan isu ini. Apabila kita mahu menjaga izzah dan maruah wanita muslimah tersebut, dikatakan pula kita siasat dulu, mungkin ada Ahli Jemaah SJKC Cina itu tidak faham agama Islam. Apabila ada pihak mahu tindakan tegas harus diambil terhadap ahli jemaah sekolah, dikatakan pula isu ini perkara kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yg lebih meruncing.

Ya Allah, mengapakah begitu selektif sekali golongan ini? Di manakah sebenarnya sensitiviti umat ini? Di manakah sebenarnya maruah dan ghairah umat ini untuk mempertahankan kemuliaan agama tercinta ini? Sudah begitu buta politikkah kita sehingga isu umat Islam tiada langsung di dalam agenda kecuali apabila menguntungkan tujuan politik untuk menjatuhkan parti lawan?
Sudah lupakah peristiwa di pasar emas Bani Qainuqa? Sudah lupakah kisah Khalifah Abu Ishaq Al-Mu'tasim?

Wahai umat Islam, sedarlah akan kemuliaan agama yang tercinta ini. Takutilah ancaman Allah dan janganlah kita termasuk dalam golongan yang dimaksudkan Allah untuk digantikan seperti dalam Firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.” Al-Maidah:54

Kepada Allah kita berserah.

Wallahua'lam.

Megat A Rithauddeen
Aktivis ISMA

Sabtu, 18 Januari 2014

Gampang aja......

Jeff Oi pernah menghina Melayu, akhirnya mohon maaf, itu pun kerana dikritik oleh Kapal Sink. Beberapa hari lalu Adun Pkr-Dap Macang Bubuk juga menghina Melayu dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika PM Najib dan esok atau lusa dia pasti akan mohon maaf.

Ia berlainan dengan kisah seorang guru Islam di Kota Tinggi yang diarahkan membuka hijab jika ingin menjadi guru di sekolah cina tersebut. Ini isu agama, bukan isu politik..

Apabila isu buka tudung ini timbul, sepatutnya Pas terlebih dahulu ke hadapan dalam membela guru tersebut kerana Pas menyatakan mereka adalah parti Islam yang mempertahankan syiar Islam. tetapi dalam isu tudung ini di mana peranan Pas?

Terima kasih kepada Umno Johor yang dapat tampil mempertahankan guru tersebut sehingga pihak yang mendesak terpaksa memohon maaf, ikhlas atau tidak tak ada hal tetapi Umno membuktikan Umno tidak menjual agama seperti yang dilakukan oleh Pas.

Okay, Guru Besar sudah memaafkan anak buahnya tetapi dari sudut kementeriaan, apakah mereka akan lepas dan bebas begitu sahaja.

Ala hai Johor, ancaman pembangkang semakin ganas dan brutel

Jumaat, 17 Januari 2014

Jom support PM

Sejak akhir-akhir ini perdana menteri kita YAB Dato Seri Najib Razak telah diserang bertali arus oleh puak-puak pembangkang seperti Dap, Pkr dan parti Islee Pas.

Namun PM. Menunjukkan sikap pemimpin sejati dan tidak melatah dengan penghinaan malah beliau mencontohi sifat-sifat Rasulullah yang sedikit pun tidak marah kepada mereka yang mencela dan memaki hamun beliau.

Oleh yang demikian esok jom kita turun ramai-ramai secara aman menunjukkan sokongan kita kepada PM yang dihina sebegitu rupa oleh puak-puak pembangkang.

Tak payah bakar patung mereka, tak payah nak sumbat kangkung dalam mulut mereka, biarlah kita berhimpun secara aman. Cukup setakat bersuara menunjukkan rasa marah kita tetapi biarkan berhemah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.