Rabu, 30 April 2014

BERIKUT ADALAH PAGE2 YANG MEMPROMOSIKAN BANTAH GST / HIMPUNAN 1 MAY





https://www.facebook.com/boikotutusan?fref=ts

https://wcww.facebook.com/ambang13anakMudaBangkit?fref=ts

https://www.facebook.com/KORUPBN?fref=ts

https://www.facebook.com/pages/Anak-Muda-Benci-Umno/342273655077?fref=ts

https://www.facebook.com/groups/245552758909770/?fref=ts

https://www.facebook.com/SAMMKebangsaan?fref=ts

https://www.facebook.com/RevolusiAnakMudaMalaysia?fref=ts

TOLONG buat report!

Pemilihan PKR 2014 dan luahan hati Chegu Bard


Tuesday, April 29, 2014

Siapa punca kekecohan pemilihan ?
1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana - mana organisasi lain yang saya sertai. Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.

2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan perbagai kontroversi manipulasi dan penipuan.

Antaranya yang setakat ini berjaya dirakam ialah
Lihat saja pola kehadiran pengundian Sarawak Sibu 58,Konawit 54, Santubong 23, H.Rejang 42, Mukah 10, K.Samarahan 29, Lawas (tiba-tiba mengundi awal sehari) 195 dan Saratok 516 Sangat pelik.. tetapi bila terbongkar di Batang Sadong bagaimana pengawas tanda kertas sendiri baru tahu bagaimana pengundi datang tak seramai mana tetapi kertas undi bertanda banyak ... Ini mengingatkan bagaimana tahun lepas lebih seribu kertas undi muncul sejauh pendalaman Batu Sapi

Pengawas tanpa segan silu berkempen termasuk membawa kertas 'chai' pro Azmin sehingga ke dalam tempat mengundi dan mengambil dari tangan pengundi kertas chai lain lalu ditukar ke kertas chai pro Azmin.

Malah di Tangkak ketika taklimat Pengawas sukarelawan dari Cabang di Tangkak, Pegawai JPP dari Selangor yang dikenali sebagai Sdr. Lau tanpa segan silu menfitnah calon lawan Azmin Ali dan memuji Azmin Ali. Malah menegaskan semua harus berusaha memenangkan Azmin Ali. Malah punya bukti bukan pengawas biasa tetapi Koordinator (Ketua Pengawas) di peringkat Negeri turut terlibat secara agresif berkempen untuk Azmin Ali.

Kes kekecohan sehingga mengakibatkan insiden pukul berlaku di Petrajaya juga melibatkan penyokong pro Azmin Ali. (belum ada laporan penuh)

Penyalah gunaan pengawas JPP bukan sahaja di hari pengundian sahaja. Ia berlaku seawal pencalonan. Perbagai aduan diketepikan begitu sahaja. Antaranya ialah Pencalonan Wanita Cabang Jasin. Sah sehingga borang pencalonan ditutup dan pengumuman rasmi dibuat tidak ada nama dihantar untuk pencalonan Cabang Jasin tetapi tiba - tiba beberap hari selepas itu makluman bertulis menyatakan Cabang Jasin ada calon Ketua Wanita. (berlaku di banyak tempat lain)
Tempat pengundian juga tidak sesuai tetapi bila bantahan dibuat semua tidak dipeduli. Contohnya di Cabang Miri, bayangkan pengundian dibuat di ruang atas yang sempit di Klinik milik salah seorang calon Ketua Cabang Pro Azmin Ali. (berlaku di banyak tempat lain)
Ada pengawas yang tidak mahu bersengkongkol dengan penipuan. Dia bersikap tegas ...namun dia dihubungi oleh seorang calon jawatan utama parti peringkat pusat dan dimarahi. Tidak cukup dengan itu dia turut dimarahi oleh salah seorang jawatankuasa JPP
Notis pengundian seluruh negara bermula pada Sabudan Ahad lepas tetapi secara tiba - tiba saatakhir JPP kononya memutuskan Lawas mengundi sehari sebelum (Jumaat) dan Azmin dapat jumlah undi besar ... apa muslihatnya ?
selain dinyatakan ada puluhan lagi contoh penipuan berlaku.

3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti.

4. Persoalanya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???

5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.

6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalanya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperolehi keuntungan dengan penipuan itu ? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ?

7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.

8. Dalam keadaan regim sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang dalam usaha akhir memenjarakan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti - henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?

Sekian

che'GuBard
Anggota Biasa PKR

Selasa, 29 April 2014

mahasiswa bertukar jadi zombie?apakah yang di fikir

: http://youtu.be/abXvUswm1YQ

Hakim Silap Atau Perundangan Silap?

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang menjadikan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebagai satu kesalahan, adalah tidak munasabah kerana ia terjumlah kepada larangan efektif terhadap perhimpunan segera dan spontan.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kwai, dalam penghakiman setebal 29 muka surat, berkata hak untuk menganjur perhimpunan aman hanya boleh dihad secara munasabah dan bukan dilarang sebagaimana yang ditakrif dalam Perkara 10(2)(b)

 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata seksyen itu pada masa ini, pada dasarnya melarang perhimpunan spontan serta segera, dan keperluan memberi notis 10 hari menjadikan kebebasan untuk berhimpun secara spontan dan segera satu ilusi.

"Saya berpendapat tidak ada pertalian yang munasabah antara keperluan penganjur memberi notis 10 hari untuk menganjurkan perhimpunan aman dengan keperluan memberi notis 10 hari bagi tujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam, seperti dikehendaki akta berkenaan.

"Keperluan untuk memberi notis 10 hari jauh melebihi kesulitan relatif disebabkan perhimpunan dan oleh itu, perlu dianggap sebagai tidak seimbang," katanya.

Mah berkata sebarang kesalahan lalu lintas atau tergendalanya aktiviti perniagaan yang mengancam keselamatan awam dan ini boleh ditangani sewajarnya oleh polis dan agensi penguatkuasaan di bawah undang-undang sedia ada seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kanun Keseksaan.

Pada Jumaat lepas, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dan Mah, dalam satu keputusan bersejarah memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak berperlembagaan.

Panel itu membenarkan rayuan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bagi membatalkan pertuduhan menganjurkan perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mac tahun lepas terhadapnya.  

Ketiga-tiga hakim menulis penghakiman berasingan yang kemudian diedar kepada media hari ini.

Mah juga berkata seseorang harus berwaspada dengan tujuan sesuatu perhimpunan seperti yang dianjur Nik Nazmi iaitu sebagai satu platform untuk anggota masyarakat berkumpul dan bersuara, iaitu hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Dengan menjadikannya sebagai satu kesalahan dan menghukum penganjur mengikut Seksyen 9(1) dan 9(5) Akta Perhimpunan Aman, ia dengan jelas memperlihat ketakkonsistenan dan ketaksamaan yang diwujudkannya.

"Seksyen ini adalah satu penghinaan terhadap hak perayu (Nik Nazmi) untuk kebebasan berhimpun secara aman dengan menjadikan kegagalan memberi notis yang diperlukan sebagai jenayah kepada Ketua Polis Daerah," katanya.

Sementara itu, Ariff dalam penghakiman setebal 26 muka surat berkata Seksyen 9(5) adalah tidak berperlembagaan kerana sebarang ketidakpatuhan di pihak penganjur tidak sepatutnya dikenakan penalti jenayah.

Beliau berkata peruntukan akta berkenaan tidak mengakibatkan sesuatu perhimpunan itu haram tanpa memberi notis 10 hari atau diadakan dengan notis yang lebih singkat.

"Oleh itu, apa yang pada asasnya halal tidak boleh dianggap tindakan yang menyalahi undang-undang di pihak penganjur hanya disebabkan suatu kegagalan pentadbiran atau peninggalan," katanya.

Dalam penghakiman setebal 42 muka surat, Hamid pula berkata Malaysia sebagai penandatangan Konvensyen Antarabangsa mengenai hak kebebasan berhimpun secara aman, peruntukan untuk menghukum atau tidak menggalakkan perhimpunan aman perlu ditolak. - Bernama

Kalau tak menipu, bukannya PKR

 Tidak ada ada apa-apa yang perlu dihairankan jika dikatakan pemilihan pucuk pimpinan PKR berlaku penyelewengan kerana sejak sekian lama parti tersebut wujud pun, belum pernah ada cerita yang mengaitkan dengan ketelusannya, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling.




Katanya, sewajarnya rakyat mengambil iktibar dengan pelbagai perkara yang membabitkan PKR termasuklah dalam melaksanakan pemilhan mereka kerana tentunya ia akan menjadi kayu ukur untuk memilih pemimpin negara kelak.

“Apa lagi yang boleh kita harapkan kepada parti PKR jika pemilihan dalam pucuk pimpinan mereka pun diperkatakan sedangkan selama ini rakyat telah sedia maklum dengan pelbagai perkara yang banyak tidak beres membabitkan mereka sendiri,” katanya kepada UMNO-Online.

Jawatankuasa Pemilihan PKR yang dipengerusikan Datuk Johari Abdul telah menetapkan 25 April hingga 11 Mei depan sebagai tarikh pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti itu dengan minggu pertama diadakan pada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Namun demikian, dilaporkan terdapat serbuan di sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak yang telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu apabila ada individu dipercayai telah memangkah kertas-kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak terbabit.

Terdapat juga laporan yang mengatakan ada pemimpin parti yang didakwa menghalang ahli PKR daripada mengundi dalam pemilihan di cabang Kuantan.

“Inilah PKR, dari sejak penubuhannya hinggalah ke hari ini ada-ada sahaja perkara yang menunjukkan ketidaktelusan mereka. Tidak apa perkara yang berlangsung lancar, baik dari segi organisasinya, pengurusannya, pentadbiran dari akar umbi hinggalah ke peringkat pusat dan macam-macam lagi.

“Jika mahu dinilai, apa yang ada dalam PKR itu sendiri telah menunjukkan bagaimana corak organisasi dan perntadbirannya misalnya berlaku persaingan dikalangan anggota keluarga, pertandingan laki bini, pertelagahan antara pemimpin tertentu selain pelbagai masalah dalaman yang gagal memberikan jawapan positif.”

Justeru katanya, jika hal-hal dalaman parti sedemikian pun gagal ditangani maka bagaimana mungkin untuk PKR mampu menjadi parti politik yang baik dan menerajui pentadbiran negara.

“Kepincangan dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR ini pun bukan kali pertama berlaku malah setiap kali adanya pemilihan PKR maka macam-macam cerita yang berlegar dan kesemuanya membabitkan hal-hal negatif.”

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan presiden tetapi kemudiannya menarik diri dan jawatan Presiden menang tanpa bertanding yang mana mengulangi pemilihan 2007 apabila Anwar bertanding bersama Wan Azizah dan Rahman Othman untuk jawatan Presiden tetapi kemudiannya Anwar menarik diri yang diikuti oleh Rahman dengan memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Wan Azizah.

Dalam pemilihan terbabit juga berlaku pengiraan kertas undi yang meragukan lantaran jumlah kertas undi yang melebihi jumlah perwakilan namun kemudiannya didiamkan.

Untuk pemilihan 2014, pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR berlangsung sengit apabila keputusan pengundian di Kelantan dikatakan menyebelahi penyandangnya, Mohamed Azmin Ali yang mendahului dua calon lain iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Pengundian pemilihan pucuk pimpinan PKR akan berlangsung di Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei dan seterusnya melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei.

Keputusan undian akan diketahui selewat-lewatnya jam 5 petang sebaik proses pengundian tamat manakala barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei.

Ahad, 27 April 2014

Anwar dan Mat Sabu sekali lagi buat kerja haram

Majlis memperingati kematian ahli politik pembangkang sekali lagi mengundang persoalan dalam hukum Islam.

Dahulu setiap kali diadakan majlis memperingati kematian pejuang tanah air, akan diadakan satu istiadat ketenteraan dengan menjemput pembesar negara hadir untuk majlis meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara.


Perbuatan tersebut telah mendapat teguran daripada jabatan agama dan mufti serta majlis fatwa negara menyatakan perbuatan tersebut adalah haram. Justeru, kabinet dan kementerian pertahanan dengan segera menghentikan majlis tersebut.

Antara mereka yang lantang mengkritik perbuatan tersebut ialah pemimpin parti Pas dan juga bekan mufti Perlis.

Kini sejarah berulang lagi, harap pihak Pas tidak pula mendiamkan diri apabila timbalan presiden parti mereka menghadiri majlis tersebut dan kelmarin, majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa pemimpin parti masonic negara dan beberapa orang peguam kontroversi yang terlibat dalam kes menyokong tuntutan murtad Lina Joy.

Harap Harun Din orang kuat pemimpin pembangkang yang juga kroni pemimpin masonic dapat membuat kritikan dan teguran terhadap pemimpin parti mereka.

Media Pas dan Pkr mungkin akan spin cerita sebaliknya bagi menyokong perbuatan pemimpin mereka. Sebelum ini heboh isu tunduk memberi penghormatan kepada mayat kafir harbi dan pemimpin parti tersebut dibelasah kaw-kaw dalam media maya sehingga pemimpin parti masonic tersebut terpaksa memutar belit dan memalsukan hadith nabis untuk menegakkan benang yang sudah terendam air. Pun begitu pihak maca-macai Pas telah mengalih isu dan menyatakan Najib juga tunduk bila berdepan dan bersalaman dengan permaisuri queen dari london.

Puak-puak macai pas dan pkr sentiasa ligat mencari alasan bagi bahan untuk spin dan memutar-belit hal yang sebenarnya. Teringat juga pada 2008 apabila Harakah mengajak penyokong dan ahli Pas turun ke Kamunting untuk perarakan VIGIL dan menyeru umat Pas agar membawa lilin. Sampai sekarang MAZA dan Harun Din jadi setan bisu, tak berani tegur.

Jom tengok gambar-gambar ini yang diambil dari blog minaq jinggo










Jumaat, 25 April 2014

Kabinet Tok Najib di rombak??macam mana nasib 3 MB.....

Tiada Kenaikan Harga Yang Tinggi, Malah Ada Penurunan – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata pemeriksaan harga barangan keperluan pengguna di 9,500 premis perniagaan di seluruh negara pada Januari hingga Mac tahun ini mendapati tidak berlaku kenaikan harga yang tinggi malah terdapat juga penurunan.

Timbalan Perdana Menteri berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menjalankan kutipan harga seperti barangan basah, barang runcit/ kering, barang berbungkus/tin/pek, makanan bayi, rempah ratus dan siap masak bagi memastikan kedudukan sebenar harga barangan itu.

Kenyataan akhbar berhubung hasil analisis perbandingan harga itu dikeluarkan selepas Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat selama dua jam di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Beliau memberikan contoh tinjauan harga itu seperti telur ayam gred B (10 biji) yang kekal pada harga RM3.70 di Semenanjung, Sabah (RM3.90) dan Labuan (RM4.30) dalam tempoh Jan-Mac manakala harga di Sarawak turun dari RM3.60 (Jan) kepada RM3.30 (Mac).

 Harga ayam bersih standard di Semenanjung naik 10 sen daripada RM7.60 bagi sekilogram (Jan) kepada RM7.70 (Mac) manakala harga yang mengalami penurunan ialah di Sarawak dari RM9.10 (Jan) kepada RM8.70 (Mac), Sabah dari RM10.70 (Jan) kepada RM9.80 (Mac) dan Labuan dari RM10.60 (Jan) kepada RM10.52 (Mac), katanya.

Harga ikan kembung hitam turun di Semenanjung, Sarawak dan Labuan manakala berlaku kenaikan kecil. Di Semenanjung harga ikan itu turun kepada RM8.60 sekilogram (Jan) kepada RM8.10 (Mac), Sarawak turun daripada RM8.00 (Jan) kepada RM7.50 (Mac), Labuan RM12.00 (Jan) kepada RM10.00 (Mac) manakala di Sabah dari RM6.70 (Jan) kepada RM7.40 (Mac).

Muhyiddin berkata kerajaan melalui KPDNKK menjalankan pemeriksaan dan pemantauan yang rapi dan menyeluruh ke atas semua barangan dalam Ops Harga 2014 bagi menangani pihak-pihak yang menaikkan harga barang secara tidak munasabah.

 “Sehingga 20 April tahun ini, sebanyak 437,992 pemeriksaan premis telah dilakukan dan 2,925 tindakan undang-undang telah diambil ke atas peniaga dan melibatkan rampasan bernilai RM521,453.87 dan kompaun sebanyak RM147,550,” katanya. 

Bagi mengatasi isu ketidakstabilan harga yang berpunca daripada factor pengeluaran dan bekalan, Muhyiddin berkata peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan diperkasa dalam meningkatkan bekalan dan mengukuhkan ekonomi.

Muhyiddin berkata kerajaan melalui FAMA dan NEKMAT telah membelanjakan RM14.2 juta untuk menyediakan stok simpanan barangan komoditi bagi memastikan bekalan produk agromakanan berterusan.

Sehingga 15 April, FAMA dan NEKMAT telah menyediakan stok simpanan bagi komoditi tomato, kubis bulat, kelapa, kentang, bawang besar, bawang merah, bawang merah kecil, lobak merah, ikan dan ayam bagi memastikan produk agromakanan segar, berkualiti dan cukup.

Pada Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta untuk FAMA dan NEKMAT melaksanakan stok penimbal bagi mengatasi masalah kekurangan barang. Muhyiddin berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) melalui FAMA sedang menambah bilangan pasar tani borong dan pasar tani kekal di seluruh negara sebagai ruang pasaran tambahan bagi produk agromakanan pada harga yang lebih rendah.

Beliau juga berkata Program Jimat Belanja Dapur di pasar tani turut menyediakan dan menawarkan 32 jenis komoditi barangan terpilih pada “MoA sedang menambah beberapa Pusat Pengumpulan Peladang bagi memastikan hasil-hasil pertanian dari ladang terus dibawa ke pusat pengumpulan dengan perkhidmatan pengangkutan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan.

Ini dapat mengurangkan penglibatan orang tengah,” katanya. Muhyiddin berkata kerajaan juga memberi fokus kepada pemerkasaan kepenggunaan ke arah mengubah gaya hidup pengguna kepada amalan berbelanja secara bijak Dalam hal ini, beliau berkata kempen melibatkan 20 badan bukan kerajaan (NGO) pengguna yang terdiri daripada badan bebas dan berkecuali akan menjalankan program di peringkat kebangsaan, negeri serta daerah.

 “Penyaluran maklumat telah dilaksanakan melalui program ceramah, street team, media cetak mahupun media elektronik yang mensasarkan kumpulan wanita, belia dan pelajar sekolah,” katanya.

 Turut hadir dalam mesyuarat itu termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, beberapa menteri kabinet seperti Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Rabu, 23 April 2014

Razman Zakaria

http://taipingmali.blogspot.com/2013/03/kenali-calon-parlimen-pas-lenggong.htmlhttp://taipingmali.blogspot.com/2013/04/razman-zakaria-oh-razman-zakaria.html

Ketua Pemuda Pas Isytihar Harta : Toyota Alphard dah lulus isytihar harta?

MP PAS TEMERLOH PAHANG SEMAKIN HEBAT

Tak percaya?


Hadis, Peliwat dan Meliwat

Rentetan isu tunduk untuk menghormati mayat kafir harbi, seorang ahli politik telah dikecam hebat dari pelbagai pihak. Perkara itu telah berlaku bukan sekali tetapi sudah dua kali.

Oleh yang demikian dalam satu ceramah, beliau cuba mempertahankan tindakannya seolah-olah beliau tidak bersalah. Lebih mendukacitakan apabila secara sedar dan sengaja telah memutar belitkan hadis (hadith) untuk menyelamatkan lehernya. Ternyata tindakan beliau menggunakan hadis telah mendedahkan siapa peliwat sebenarnya.

Sejak 1998 lagi apabila beliau melakukan kesalahan, beliau tidak pernah mahu mengakui akan kesilapannya dan tidak pernah memohon maaf.

Jadi dengan isu terbaru in, jelas menunjukkan sikap bongkak beliau seolah-olah tidak pernah buat salah dan tidak pernah melakukan kesilapan. Sebaliknya menuduh pihak UMNO dan BN sengaja mencari kesalahan dan membesarkan isu. 

"Pemimpin parti itu juga menuduh BN ketandusan isu, sedangkan sekutunya iaitu Pas tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan. BN dikatakan sengaja menimbulkan fitnah terhadap pemimpin parti tersebut."

Lihat dan nilai lah sendiri sikap bongkaknya yang sentiasa betul dan tidak buat salah. Jadi dalam kes liwat dan seks songsang tindakan beliau adalah sama. menafikan dan menuduh pihak BN memfitnah beliau. Lihat dalam kes liwat baru-baru ini, pembelaannya hanyalah berbentuk penafian semata-mata tanpa sebarang alasan yang kukuh dengan membawa saksi untuk menyokong hujahnya.

So......nak percaya lagi?




Selasa, 22 April 2014

Hadis pun kena putaq oleh Anwar

Hadith Palsu: Anwar Ibrahim Sedang Menempah Neraka: http://youtu.be/EeeVoD5P9aQ

PKR Kesal Dan Akui Felda Tidak Pernah Jual Minyak Mentah Kepada Israel

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan rasa kesal dan mengakui serta menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel, sebaliknya urusniaga penghantaran minyak mentah tersebut .



Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Felda berkata, ini berikutan penghakiman persetujuan antara plaintif Felda dan defendan iaitu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, yang membawa persetujuan yang mana terma-termanya membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.

“PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa  Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

“Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu  Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.

“PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu,” jelas beliau kepada UMNO-Online ketika di temui di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, penghakiman persetujuan ini juga telah direkodkan tanpa apa-apa pengecualian terhadap liabiliti atau kebertanggungjawaban oleh PKR dalam mengeluarkan kenyataan sepertimana yang dikeluarkan di dalam akhbar milik PKR, Suara Keadilan.

Tambahnya, ini adalah selaras sepertimana penjelasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan yang ketika itu merupakan Menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda, di mana Felda menghantar minyak mentah untuk kegunaan masyarakat di Palestin dan bukannya Israel sepertimana yang dituduh oleh Suara Keadilan.

“Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa  segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang,” tegasnya.

Sementara itu menurut  beliau, berhubung saman malu Felda terhadap enam defendan lagi iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan oleh Felda.

“Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu Felda terhadap keenam-enam defendan tersebut.

“Bagimanapun setakat ini Pas dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut,” akhiri beliau.

Hadith Pun Anwar Nak Kelentong




Kemenangan calon calon PKR sudah diketahui lebih awal.



Presiden Parti - Wan Azizah
Timbalan Presiden - Saifuddin Nasution
Naib Presiden - Nurul Izzah
Naib Presiden - Rafizi Ramli
Naib Presiden - ?
Ketua Wanita PKR - Rodziah Ismail
Ketua AMK - Nik Nazmi

Rata rata mengetahui bahawa Anwar Ibrahim akan merengkok selama 5 tahun di dalam penjara kerana kesalahan Meliwat. Justeru itu jawatan presiden PKR sekali lagi perlu digalas oleh isterinya iaitu Wan Azizah. Namun percaturan kali ini nampaknya lebih menarik apabila Saifuddin Nasution bakal menang kerusi Timbalan Presiden PKR. Saifuddin Nasution dijangka menewaskan Azmin Ali dengan bantuan Khalid Ibrahim yang mana undi Azmin Ali akan susut dan memberikan kelebihan besar buat Saifuddin Nasution yang terang terangan berkempen dan mendapat restu dari Anwar Ibrahim.

Percaturan yang dilakukan Anwar Ibrahim ini adalah kerana mahu menfaatkan kelebihan Saifuddin Nasution yang kita tahu mempunyai hubungan yang amat baik dengan sekutu berpengaruh dari dalam UMNO. Malah Johari Abdul yang merupakan pengerusi Lembaga Disiplin parti PKR juga merupakan sekutu rapat kepada Saifuddin Nasution. Jadi tidak hairanlah kita bila Johari Abdul mengeluarkan kenyataan Azmin Ali dan Saifuddin Nasution bakal berdepan dengan tindakan tatatertib yang mana kita sudah tahu bahawa hanya Azmin Ali seorang sahaja yang akan dikenakan tindakan Tatatertib manakala Saifuddin akan bebas.

"Masa depan bersama" yang dibawa oleh team Anwar Ibrahim ini akan tercapai dengan sokongan dari dalam rumah UMNO. Anwar Ibrahim tidak mahu Azmin Ali untuk menerajui PKR kerana beliau tahu Azmin Ali tidak akan membiarkan Legasi keluarga Anwar Ibrahim terus berada di dalam PKR terutama Nurul Izzah. Malah Azmin Ali pasti akan membiarkan Tubuh batang Anwar Ibrahim merengkok di dalam penjara. Saiffudin Nasution harapan besar buat Anwar Ibrahim dan apa yang pasti semua ini telah pun dibincangkan dan diatur lebih awal tanpa kita sedari bahawa komplot untuk memastikan Kem Anwar Ibrahim terus subur.

Sebab itu kita dapat lihat Saifuddin Nasution bergerak dalam kempennya bersama sama dengan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan sokongan dari akar umbi PKR juga memperlihatkan matlamat PKR adalah untuk terus membela Anwar Ibrahim menidakkan kenyataan awal Azmin Ali sebelum ini yang menyatakan PKR bukan parti milik Anwar Ibrahim.

Tidak hairanlah pada MAC lalu Saifuddin Nasuttion dan Johari Abdul berkunjung ke rumah sahabat baik mereka yang merupakan pemimpin UMNO yang cukup berpengaruh. Perancangan sudah diatur demi memastikan Anwar Ibrahim terus bebas dan mencapai cita citanya mahu UMNO digulingkan.

Fahami slogan "Masa Depan Bersama"

SAHAM AIR RAKYAT SELANGOR?

Rancangan pemberian saham air kepada rakyat yang diumumkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Mei 2013 akan diteruskan selepas penstrukturan semula industri air selesai sepenuhnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasrat itu diyakini akan dapat dipenuhi kerajaan negeri, namun tiada sebarang jangka masa ditetapkan untuk pelaksanakannya.

“Sudah dapat baru kita umumkan kerana Kerajaan Negeri sudah berjanji pada Mei tahun lalu iaitu selepas selesai penstrukturan air, kamu akan kenalkan saham air kepada rakyat.

“Tetapi tiada tempoh masa ditetapkan kerana kerajaan negeri perlu pastikan penstrukturan air ini selesai terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Melayu Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan perjanjian untuk menyusun semula industri air di Selangor adalah terikat dan tidak boleh dibatalkan kerana kedua-dua kerajaan pusat dan negeri komited untuk melaksanakannya.

Katanya perjanjian itu dengan jelas menyatakan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri dengan Selangor mesti melaksanakan apa yang dijanjikan dalam memorandum persefahaman (MoU) untuk meluluskan projek loji rawatan air Langat 2.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan persekutuan memberi Kerajaan Selangor kuasa untuk mengambil alih pengurusan merawat dan membekalkan air kepada lebih tujuh juta penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya.

“Kerajaan Negeri mewakili rakyat Selangor dan keputusan ini dilakukan untuk ‘value for money’.

“Kita ingn memastikan loji rawatan air itu dibina dengan sebaiknya kerana kita memerlukan itu tetapi ia perlu dilakukan dengan pemahaman bahawa kita mendapat harga, teknologi dan cara terbaik,” katanya lagi.

Ahad, 20 April 2014

Larian 'Hapuskan Rasuah, Jangan Beri Jangan Terima'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai kira-kira 3,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam larian tiga kilometer di sini bagi menunjukkan komitmen untuk menjadikan negara bebas rasuah.

Larian yang bermula dan berakhir di Padang Merbok hari ini itu dinamakan Larian 'Hapuskan Rasuah, Jangan Beri Jangan Terima' anjuran Parti Gerakan.

Najib yang diiringi Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Ketua Wanita Gerakan yang juga pengerusi penganjur larian, Datuk Tan Lian Hoe,

Larian tersebut mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menamatkan larian itu. Menurut Tan, larian tersebut akan diadakan seluruh negara dan dijangka akan berakhir pada 2 September 2014.


Karpal Singh dalam kenangan

Sebagai ahli politik, peguam dan ketua keluarga, beliau telah mencorakkan satu bentuk politik tanah air. Paling menarik ialah apabila beliau menggemparkan dewan rakyat dengan menuduh Anwar Ibrahim sebagai pengamal seks songsang dan mencabar supaya Anwar meletakkan jawatan. Ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri yang amat disayangi oleh Tun Mahathir ketika itu.

Karpal juga sekali lagi mengejut negara dengan meminta Anwar supaya bertaubat kerana membawa banyak masalah kepada negara.

Karpal terkenal dengan amaran keras terhadap Pas agar tidak mengadakan hudud dan jika mahu melaksanakan hudud, Pas hendaklah melangkah mayat Karpal terlebih dahulu.

Maksud Karpal ialah, Pas mestilah berlawan dan membunuh Karpal. Barulah layak untuk Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu.

Ternyata Pas tidak berani dan gentar terhadap Karpal. Sehingga akhir hayat Karpal, Pas tidak berani, malah ada pemimpin Pas berani berkata bahawa di dada Karpal ada bulan.

Kini Pas mungkin sudah boleh melaksanakan enakmen hudud di negeri Kelantan dengan meminda undang-undang yang ada. Dr Aziz Bari mengakui bahawa Kelantan boleh melaksanakan hudud tanpa mendapat persetujuan dewan rakyat. Cuma pindaan undang-undang perlu dibuat sedikit demi sedikit.

Ternyata Pas lebih takut kepada Karpal, Anwar dan LKS daripada takut kepada Allah. Hudud hanya mainan Pas apabila tiba musim pilihan raya sahaja. Selepas menang, pemimpin Pas sendiri berkata hudud belum sesuai dilaksanakan. Hadi Awang dan Dr Azizan telah membuktikan bahawa hudud bukan keperluan , Nizar Jamaluddin juga pernah mendedahkan bahawa Pas tidak pernah berhasrat untuk menubuhkan negara Islam.

Berbalik kepada Karpal, jasa yang besar yang dilakukan beliau ialah menggagalkan hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Kini Anwar semakin hampir dengan hukuman, peguam profesional yang tahu akan kegiatan seks songsang Anwar sudah tiada. Siapa yang akan membantu beliau lagi? Mungkin anak Karpal akan mengambil tempat. Akan tetapi masa sudah suntuk, Anwar disahkan oleh hakim yang mensabitkan hukuman 5 tahun penjara kerana beliau hanya buat pembelaan penafian bukan pembelaan beralasan.

Jenaka yang biasa kita dengar ialah jangan bohong kepada doktor nanti dia bagi ubat yang salah, kedua jangan bohong kepada peguam, kalau salah kata salah, senang peguam nak pusing cakap. Ketiga .........dah .......lupa.......LOL.

Sabtu, 19 April 2014

Pahlawan Lahad Datu menjadi Raja Sehari dengan jururawatnya


Akhirnya DJ Mansor tewas juga

Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Media Selangorku, Mansor Abu Bakar kembali ke rahmatullah pada jam 10.30 pagi tadi selepas mengalami komplikasi kesihatan demam denggi, jantung, darah tinggi dan paru-paru.

Memetik laporan Media Selangorku, kematian Allahyarham Mansor disahkan oleh Ketua Jurukamera Selangor Kini, Hanafi Mohamed selepas dihubungi sendiri anak sulung Allahyarham Mansor pagi tadi.

Pengurusan jenazah dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Delek.

Terdahulu, Mansor ditahan di hospital sejak minggu lalu kerana mengalami masalah kesihatan sebelum tidak sedarkan diri dan bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.

Mansor lebih dikenali sebagai DJ Mansor merupakan antara individu awal yang bertugas bersama Media Selangorku yang ketika itu baru ditubuhkan pada 2009 dan dikenali sebagai TV Selangor.

Selain mengendalikan rancangan Apa Khabar Selangor (kini dikenali sebagai Salam Selangor), DJ Mansor pernah menjadi penyampai stesen Radio Web Selangor (RWS) selain menjadi tenaga pengajar kepada bakat baru yang ingin menceburi bidang pengacaraan.

Al fatihah

KJ vs ZUL KULIM

Wah! Makin panas dan berbisa. Zul menyindir Mendiang Karpal, KJ pun menengking Zul Kulim macam Koboi. Cuma tengking KJ  "SHUT UP" hanya dalam alam maya twitter sahaja.


Kok yer pun tak payah lah cakap kasar dengan orang yang lebih tua darinya.

Zul dah 52 usianya dan Kj belum pun 40, berbahasa lah sikit, kan bahasa mencerminkan bangsa, mencerminkan keperibadian seseorangm mencerminkan budaya dan ketamadunan sesuatu kaum, so apa salahnya kalau sama-sama berkias-kiasan, kan cantik.

Bagaimanapun kiasan Zul pada Kj cukup sinis dan mengguris perasaan.

Zul membahasakan Kj sebagai menantu Pak Lah, politik kepala lutut dan jangan jadi Anwar kedua.

Paling menarik ialah "jangan jadi Anwar kedua" hanya Zul sahaja yang masak dengan Anwar dan tahu rahsia Pak Lah dan Kj.

Sewaktu Pak Lah jadi PM, perkara yang pokok dilakukannya ialah membebaskan Anwar dan menggugurkan tuduhan terhadap Anwar, Kj pula memainkan peranan yang agak besar juga kerana sanggup hantar passport kepada pak mentua tak jadi iaitu Anwar Ibrahim. Kawan-kawan KJ di London dulu tahu alkisahnya.

Hari ini ramai pemerhati politik nampak KJ mampu menjadi Anwar kedua tetapi dalam senario berbeza.  Ciri-cirinya semakin terselak dan terungkap.

Sekian, teruskan berkias-kiasan...ramai dok perati.....

ADUN DAP HINA MAHKAMAH

Cilakak



ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dalam perbahasan menjunjung titah Sultan Selangor mengkritik ketelusan sistem kehakiman negara terutamanya apabila melibatkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa ada campur tangan pihak lain.

Kes Liwat : Anwar hanya sembang kosong dalam mahkamah




Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa keterangan pembelaan dari kandang tertuduh yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, merupakan penafian semata-mata.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi menyatakan, pembelaan yang boleh dipercayai adalah bersandarkan kepada keterangan yang menjawab segala bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tanpa boleh dipertikai.

Bagaimanapun, ujar mereka, mahkamah berpendapat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak langsung menafikan berada di tempat kejadian pada hari dan waktu seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.

Panel itu juga menyatakan, Anwar tidak menafikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium itu pada waktu kejadian, selain tidak mempertikaikan keterangan bahawa dia dilihat memasuki lif ke tingkat lima dan kemudian meninggalkan bangunan tersebut.

Mereka berpendirian, Anwar malah tidak menafikan telah mengarahkan Ketua Staf di ibu pejabat PKR, Ibrahim Yaacob agar menyediakan sampul surat untuk diserahkan kepada beliau dan saksi itu kemudian mengarahkan mangsa ke kondominium berkenaan.

Ujar panel itu, Anwar selaku responden juga tidak mempertikaikan bahawa mangsa yang ketika itu pembantu peribadinya telah membawa sampul berkenaan dan menyerahkan kepadanya dalam pertemuan di kondominium itu.

Sehubungan itu, panel tersebut menyatakan, panel berkenaan berpuas hati bahawa keterangan pembelaan dari kandang tertuduh yang dikemukakan oleh Anwar hanya penafian semata-mata kerana ia tidak menyangkal pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Selain itu, mahkamah berpendapat, hakim bicara sewajarnya terfikir mengapa Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa mengangkat sumpah dan adakah beliau berbuat demikian kerana enggan disoal balas.

Mahkamah berpendapat, pembelaan dari kandang tertuduh meskipun masih merupakan keterangan, ia tidak layak untuk disamakan dengan keterangan bersumpah dari kandang saksi.

'Responden tiada apa untuk ditakuti jika ditanya soalan-soalan yang tidak adil kerana beliau akan dilindungi oleh mahkamah dan para peguamnya,' ujar panel itu dalam penghakiman setebal 85 muka surat yang dikeluarkan hari ini.

Panel hakim itu menyatakan demikian ketika menggariskan alasan-alasan berhubung keputusan panel tiga hakim yang turut dianggotai oleh Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh pada 7 Mac lalu yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, enam tahun lalu.

NOTA LUTUT

Pembelaan Penafian dan Pembelaan beralasan

Pembelaan yang dibuat oleh Anwar hanya semata-mata menafikan sahaja tuduhan tetapi tidak memberi tahu alasan dan sebab mengapa dia menafikan.

Contohnya seperti Anwar menafikan yang dia tidak berada di kondo dan dia ketika itu berada ditempat lain bersama sipolan-sipolan tetapi Anwar tidak pun membawa si polan si polan ke mahkamah untuk memberi keterangan. Ini bermakna pembelaan penafian semata-mata.

Jika Anwar berjaya membawa saksi dan memberi keterangan baru lah dikategorikan sebagai pembelaan beralasan, Anwar hanya berhujah kosong tanpa saksi dan tanpa bukti.

Dalam ceramah boleh lah Anwar kelentong rakyat. begitu juga Saifuddin Nassaion....kelentong macam-macam tetapi dalam mahkamah tak berani bawa bukti tetapi menyalahkan pihak mahkamah konon tak panggil saksi...sepatutnya Anwar bawa sahaja semasa membuat pembelaan..

AHLI PAS YANG SENGKEK DAN TIDAK ISLAMIK



TUMPAT, 16 April – Seorang penghulu dan seorang penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu di sini telah mengambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 sebanyak dua kali, tetapi memulangkannya setelah digertak dengan laporan polis.

Pentadbir Mukim DUN Wakaf Bharu, Rosli Abdul Ghani, berkata berdasarkan maklumat sebuah bank penghulu berusia 52 tahun yang juga bilal sebuah masjid dan penyokong PAS berusia 41 tahun itu telah menunaikan baucar bernilai RM650 masing-masing yang diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 1 April lepas.

“Bagaimanapun mereka hadir sekali lagi pada majlis penyerahan BR1M 3.0 yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Pengkalan Kubor pada 14 April lalu, apabila wang BR1M sebanyak RM650 diberikan secara tunai kepada setiap penerima,” kata Rosli kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya melalui pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan telah memaklumkan kepada semua penerima yang layak, bahawa mereka yang telah menerima BR1M 3.0 tidak harus mengambilnya untuk kali kedua.

“Sebelum kami beri surat untuk penerima menghadiri majlis berkenaan, kami telah beritahu sekiranya sudah terima wang BR1M 3.0 jangan pergi ambil kali kedua.

“(Bagaimanapun) pada 15 April, pihak bank telah menghubungi saya memaklumkan terdapat dua penerima yang mengambil wang pada majlis 14 April telah pun menerima wang di sebuah bank lain sebelum ini,” kata Rosli.

Beliau mendesak kedua-dua mereka agar mengembalikan wang itu dan sekiranya mereka enggan, beliau akan membuat laporan polis.

“Pada pagi ini penghulu dan penyokong Pas itu telah memulangkan semula wang BR1M berkenaan kepada pihak bank,” katanya.

Rosli menasihati semua penerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan itu agar mengambilnya secara jujur kerana BR1M diperuntukkan kerajaan bagi meringankan beban hidup golongan berpendapatan rendah.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lalu, isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima bantuan BR1M sebanyak RM650 sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

Jumaat, 18 April 2014

PAS SELANGOR SOKONG COMANGO






Satu Perundingan Meja Bulat yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Muslim UPRo telah diadakan pada 29 Oktober yang lalu di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak. Antara yang hadir di dalam perbincangan tersebut adalah PEMBELA, MUAFAKAT, IKPIM, PKPIM, IKATAN, HUNAFA, ACCIN, MAIWP DAN JAWI.

Perundingan Meja Bulat ini membincangkan tentang tuntutan COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) untuk dibentangkan di dalam UPR (Semakan Berkala Sejagat) pada 24 Oktober di Geneva.

Di dalam majlis tersebut, Saudara Azril Mohd Amin, Naib Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang merangkap Ketua Delegasi MuslimUPRo ke Geneva telah menyampaikan taklimat tentang latar belakang UPR dan tuntutan-tuntutan yang dicanang oleh COMANGO.

COMANGO (Coalition of Malaysian NGO) merupakan pertubuhan-pertubuhan yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang Hak Asasi Manusia ini terdiri daripada 54 NGO yang tidak sah seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), SIS Forum (Sister in Islam) dan Merdeka Seksualiti.

“Malaysia seharusnya berhati-hati dengan tuntutan golongan yang memperjuangkan hak asasi ini. Dari segi sejarahnya, hak asasi ini muncul daripada negara-negara barat yang mengalami trauma contohnya kesan Perang Dunia Pertama. Latar belakang Hak Asasi Manusia (HAM) ini bersifat sekular dan menonjolkan sifat hipokrasi negara barat”, ujar Azril.

Antara tuntutan yang disenaraikan oleh COMANGO ini adalah penghapusan Undang-undang Jenayah Syariah, hak murtad kepada orang Islam, dan kebenaran mengamalkan seks songsang LGBT.

“Kerajaan tidak seharusnya tunduk dengan tuntutan COMANGO yang berdiri atas entiti Hak Asasi Manusia ini. Ini kerana tuntutan-tuntutan ini jelas bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan kedaulatan negara,” kata beliau.

Satu resolusi telah dipersetujui dalam perundingan ini dan akan dibentangkan dalam Wacana Pemantapan Akidah : Mendepani Ancaman Liberalisme dan Syiah pada 2 Oktober 2013 di Dewan Muktamar, Pusat Islam. Resolusi akan dibawa sebagai memorandum kepada kerajaan.

Maklumat terperinci boleh rujuk di https://www.facebook.com/muslimupro?fref=ts

Khamis, 17 April 2014

Cerita HOT dari FELDA

Fakta:

1. Dana kebajikan Felda untuk peneroka dan penerokawati adalah 10K bagi setiap orang yang mengalamai penakit kritikal.
2. Gugusan Felda Segamat ada 4 parilimen . A)Pemanis B) segamat, C)Tenang D) sekijang.
3. 70 peratus pengundi dari Felda gugusan Segamat
4. Anak-anak Felda kebanyakan berhijrah ke KL dan JB yang bnyka bawak balik ideologi PR.
5. sebarang perbuatan menganiaya Peneroka bakal membawa padah kepada BN pada PRU14.
6. Felda Medoi. - Peneroka telah mendapat geran sendiri sebab dah abis bayar.

- Ayah aku bedah jantung di IJN , kos 70 K dah sattel dengan GL Tentera dari adik aku, lepas operate dia kna tahan ICU selama seminggu dan kelaur lepas 2 minggu , tapi di amsukan balik ke ICU IJN sbb jangkitan kuman,

Kami pergi ke pejabat Felda Medoi segamat mohon bantuan ni , tapi Pegawai Felda tu kata , " Kalau x antar hasil ke Felda x payah mintak..!!,

hasil maklumat aku dapat keluarga aku bukan 1 yang kena semua yang mintak kena mcm ni..!!!!

Pengurus dan Pengurusan Felda memang PR ke apa..? atau memng arahan Penagarah Felda atau menteri Felda mmcm ni..?

persolanya . adakah ini masa yang sesuai di tanya solan macam tu ? dan kalau kami warga Felda yang berhak dapat DANA itu di nafikan hak.. maka jelas BN tak mampu jaga kepentingan peneroka lagi , ini memberi isyarakt kepada semua anak-anak peneroka ., benarlah BN menindas rakyat sebagaimana yang di dogma oleh PR selama ini..!!

Hati gua panas...!! Cina nak apa dapat , Melayu BN/ UMNO layan mcm ANJING KURAP..!!!!!

R.I.P KARPAL SINGH

Mampuih dah , liat juga nyawa dia, sebelum ni dah banyak kali masuk hospital tetapi kali ini baru betul-betul mati. Ada dua tiga ekor lagi yang sedang tunggu giliran, termasuk yang jatuh dalam bilik air Isnin lepas.

Harap Hadi Awang dan Nik Aziz segera membuat kunjungan hormat dan menunaikan janji lama Karpal supaya langkah mayatnya dahulu sebelum melaksanakan hudud.

Sesungguhnya janji Allah itu tepat.



Rabu, 16 April 2014

Mampu kah Pas mendapat undi untuk meluluskan Hudud di Kelantan?

Melayu (38)

PKR 2013

1. Johari Abdul Ghani (Sungai Petani)

2. Azman Ismail (Kuala Kedah)

3. Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak)

4. Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat)

5. Fauzi Abdul Rahman (Indera Mahkota)

6. Fuziah Salleh (Kuantan)

7. Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang)

8. Azmin Ali (Gombak)

9. Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)

10. Anwar Ibrahim (Permatang Pauh)

11. Zuraida Kamaruddin (Ampang)

12. Mansor Othman (Nibong Tebal)

13. Rafizi Ramli (Pandan)

14. Shamsul Iskandar Akin (Bukit Katil)

15. Mohd Idris Jusi (Batu Pahat)

16. Mohamad Imran Abd Hamid (Lumut)

PAS 2013

1. Abdul Hadi Awang (Marang)

2. Izani Husin (Pengkalan Chepa)

3. Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)

4. Kamarudin Jaffar (Tumpat)

5. Khalid Samad (Shah Alam)

6. Mahfuz Omar (Pokok Sena)

7. Dr Hatta Ramli (Kuala Krai)

8. Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh)

9. Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)

10. Ahmad Marzuk Shaary (Bachok)

11. Idris Ahmad (Bukit Gantang)

12. Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian)

13. Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)

14. Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang)

15. Takiyuddin Hassan (Kota Bharu)

16. Mohamed Hanipa Maidin (Sepang)

17. Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz (Pasir Mas)

18.Mohd Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus)

19. Raja Kamarul Bahrin Shah (Kuala Terengganu)

20. Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun)

21. Nasrudin Hassan (Temerloh)

DAP 2013

1. Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub)

2. Zairil Khir Johari (Bukit Bendera)

Jawapan mengenai gambar kotor

Gambar tersebut dirakam selepas beberapa jam kejadian berlaku. Kisahnya ialah berpunca daripada sikap pekerja sebuah syarikat pemungut sampah.

Setiap kali bila tiba giliran mengutip sampah, seawal jam 6.00 hingga 7.00 pagi, seorang pekerja akan mengusung troli ke setiap rumah untuk memungut bahan buangan. Maka disitulah segala jenis sampah akan dihimpunkan.

Dalam jam 9.00 atau 10.00 pagi tibalah lori pemampat ke kawasan tersebut dan bermulalah proses memilih dan mengasingkan sampah.

Bahan seperti kotak, plastik, kaca, logam dan lain-lain bahan yang boleh dikitar semula akan diasingkan dan diisikan ke dalam karung guni, karung guni yang sarat dengan bahan kitar semua akan disangkut disekeliling lori pemampat.

Selepas proses selesai, mereka akan bergerak ke lokasi lain dan akan mengulangi kerja atau tugasan yang sama.

Tidak hairanlah tempat sedemikian rupa menjadi kotor dan busuk serta terdapat air lecit yang ditinggalkan selepas kerja memampatkan sampah selesai.

Budaya kerja sebegini sudah lama diamalkan oleh pekerja syarikat kontrak ataupun kakitangan Pbt sendiri.

Lori kebanyakannya baru tetapi berbau busuk dan hanyir. Ini kerana lori tersebut tidak pernah dibasuh oleh mereka. Selepas selesai tugas menghantar sampah ke tempat pelupusan, ,mereka terpaksa mencari pembeli barangan lusuh. Selesai menjual mereka akan balik ke stesen logistik dan terus balik rumah. Esok ulang lagi....kata nak basuh lori, maaf sajalah..

Lokasi dirahsiakan tetapi ia di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Taiping Perak.

Motif utama ialah membela peliwat, bukan GST




Analisis Awal 1 Mei : Bantah GST Sampai Tumbang

Sumber analisis berdasarkan kepada kempen melalui Facebook dan Blog.

Tarikh : 1Mei 2014
Masa : 1400hrs
Lokasi : KLCC

Pendahuluan:
Kumpulan demonstrasi ini dijangka akan mula berkumpul sebaik selepas menunaikan solat zohor di masjid as syakirin KLCC. Difahamkan kumpulan akan berkumpul di hadapan bangunan KLCC sebelum memulakan perarakan menuju ke Dataran Merdeka. Kumpulan ini akan diketuai oleh Mohamad Sabu - Timbalan PAS Pusat.

Penyertaan :
Setakat 15 APR 2014, seramai lebih kurang 1,000 orang telah memberi pengesahan penyertaan mereka didalam demonstrasi tersebut. Pengesahan ini dilakukan melalui Facebook 1Mei Bantah GST Sampai Tumbang.

Penyertaan NGO :
(a) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
(b) Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
(c) GAMIS
(d) DEMA
(e) PMIUM
(F) Kumpulan Rejemen Anarki

Penyertaan Politik :
(a) PAS
(b) PSM
(c) PKR
(d) DAP

Penubuhan NGO Ad-Hoc :
(a) Gerakan Anak Muda BANTAH GST (BANTAH) - Student
(b) Gerakan Bantah GST -
 Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Individu Dijangka Hadir :
(a) Che Gu Bard
(b) Mohamad Faizal Ab Rahman - Ketua Sekretariat GST SAMM Kebangsaan
(c) Mohamad Bukhari Sofian - Naib Presiden 2 GAMIS / Pengerusi SMM
(d) Safwan Anang
(e) Abd Malik Ab Razak - Presiden GAMIS / Pengerusi BANTAH
(f) Edy SAMM
(g) Muhammad Najib - MPN GAMIS
(h) Arulchelvam - PSM
(i) Rafizi Ramli - Pengarah Strategi PKR
(j) Dr Hatta Ramli
(k) Kamarulzaman Mohamad
(L) Ust Zaharudin Mohamad - Ketua Lajnah Penerangan DPPM / Pengerusi Gerakan Bantah GST
(M) Ahmad Syukri Ab Razab - SUARAM
(N) AZAN SAFAR - Pengerusi TURUN
(O) Abd Muqit
(P) Yazid Kamarul Zaman - Pengerusi KECAM

Pengangkutan :
Dijangka sebahagian peserta demonstrasi akan menggunakan pengangkutan awam seperti BAS dan LRT Putra utk menuju ke KLCC.

Pakaian :
Hitam - Turun/antifa/anarki
Hijau - Lynas/green peace
Kuning - Bersih
Merah - sosialis/kesatuan sekerja

Just utk makluman kita....
jawatan kuasa penaja hari 1 mei telah bermesyuaratdi ibu pejabat pas jalan raja laut mesyurat

MH 370 belum jawab kata Anwar...Jam Omega dari 2008 pun belum jawab!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan masih belum menjawab beberapa persoalan utama mengenai kehilangan MH370 yang sudah masuk hari ke-39.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberikan maklumat dan jawapan mengenai radar yang tidak dapat mengesan pertukaran laluan pesawat MH370 dan juga isi kargo yang dibawa oleh pesawat tersebut.

"Perdana Menteri Malaysia harus tampil ke hadapan untuk menjawab persoalan-persoalan ini, jangan sembunyikan apa-apa maklumat mengenai MH370.

"Kita ingin tahu sama ada radar yang mengawasi ruang udara negara ini tidak berfungsi atau kerajaan sebenarnya sedang menyorokkan maklumat mengenai kehilangan MH370," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, kesahihan maklumat yang diterima dari pihak kerajaan berkenaan isi kargo yang dibawa oleh MH370 pada 8 Mac lalu agak meragukan.

"Berdasarkan maklumat yang diberikan, pesawat MH370 telah membawa 4 tan buah manggis sebagai muatan kargo, namun setelah disiasat kami tidak tahu dari mana datangnya buah manggis itu kerana ianya di luar musim bagi tumbuhan tersebut untuk berbuah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya lebih telus dalam menyalurkan maklumat dengan tepat dan betul kepada semua pihak termasuk keluarga penumpang MH370.

Visit website

Kenapa kotor?

Di sebuah taman permahan, ceritanya.....

Laksana Hudud… Jangan Lagi Ada Mainan Drama Politik

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah menganggap dolak-dalik antara kepimpinan dalam pakatan pembangkang berkaitan isu hudud adalah satu lagi mainan drama dalam politik mereka memandangkan sebelum ini pun sudah banyak sandiwara yang berlangsung antara Pas, PKR dan DAP sendiri.

Katanya, walaupun dalam Pas itu sendiri memang wujud mereka yang benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud dalam pentadbiran namun ada juga sebahagian di kalangan pemimpin tertinggi parti itu sendiri yang bermain tarik tali.



“Politik Pas mempunyai dua kelompok iaitu antara mereka yang benar-benar berpegang kepada pelaksanaan sebuah negara Islam dengan kelompok kedua yang lebih bertuankan parti sekutu mereka iaitu PKR dan DAP sendiri,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan perancangan Kerajaan Pas Kelantan yang akan tetap membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang.

Baru-baru ini DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.

“Soal ketidaksepakatan ini bukan perkara baru dalam pembangkang kerana sememangnya antara Pas, DAP dan PKR pun mempunyai idealogi yang berbeza, masing-masing mempunyai matlamat yang berlainan namun demi kuasa politik mereka membentuk satu kesatuan.”

Tegas beliau, biarpun kepimpinan Pas di Kelantan berpendirian untuk melaksanakan hudud namun perlu difahami bahawa Pas adalah parti politik dan bukannya membawa pengertian menyokong Pas adalah menyokong Islam apatah lagi apabila Pas memutuskan untuk bersekongkol dengan DAP  yang terang-terangan menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Persoalannya mampukah Pas terus teguh pada pendirian mereka untuk melaksanakan hudud sedangkan dalam buku jingga, manifesto pakatan pembangkang malah dalam muktamar parti terbabit pun mereka langsung tidak menyebut berkaitan hudud terbabit?

“Jika atas kertas yang menjadi pegangan pakatan pembangkang pun Pas gagal untuk letakkan hudud sebagai keutamaan dalam perbincangan apa lagi untuk dilaksanakan. Buku jingga yang dianggap pelan tindakan pentadbiran mereka pun amat ketara bahawa hudud ditenggelamkan secara langsung.”

Ujarnya, dalam pakatan pembangkang sendiri dapat dilihat bahawa Pas bukanlah parti dominan yang berani untuk menyatakan pendiriannya malah dalam banyak insiden Pas terpaksa bersikap alah dengan sekutu Dap dan PKR sendiri.

“Apa-apa sahaja perancangan yang dibuat pun, pada akhirnya Pas terpaksa mendengar telunjuk DAP dan Ketua Umum PKR iaitu Anwar Ibrahim.”

Dalam hal ini beliau menyorot insiden bagaimana Dewan Pemuda Pas mendesak Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memohon maaf ekoran kenyataannya meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas, dibatalkan dan sekiranya gagal tindakan susulan akan dibuat namun sehingga ke hari ini hal tersebut didiamkan begitu sahaja.

Dalam perkembangan yang lain pula, bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin telah menang saman fitnah bernilai RM2 juta yang difailkan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Jika benar mereka satu pakatan bagaimana mungkin semua perkara tersebut boleh berlaku?” soalnya.

Bidas beliau lagi, begitu juga dalam soal hudud yang ternyata bahawa Pas menjadikannya sebagai bahan populariti untuk mainkan sentimen rakyat dalam berpolitik dan dalam masa yang sama, Pas sendiri dipermainkan oleh sekutunya.

“Kalau dilihat, soal hudud ini biasanya timbul ikut keadaan misalnya apabila menjelang pilihan raya yang mana Pas akan jadikan modal dalam kempen dan meraih sokongan pengundi Melayu, lantas hari ini apabila Pas semakin tenggelam lantaran populariti PKR dan DAP yang lebih menonjol maka ia kembali diperkatakan.”

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat keseluruhan terutamanya orang Melayu agar tidak terlalu taksub dan mudah terpedaya dengan tindakan segelintir pihak yang menjadikan agama sebagai satu permainan politik sebaliknya meminta semua bersatu padu dalam berdepan dengan apa-apa sahaja halangan demi agama Islam yang menjadi agama kebangsaan.

Sabtu, 12 April 2014

SST Hanya Naik Sekali Sejak 1972, GST Tidak Mungkin Naik Mendadak

 Kementerian Kewangan menjangka kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak mungkin meningkat mendadak berdasarkan trend cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang hanya naik sekali sejak dilaksanakan pada 1972.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata sebarang kenaikan GST pada masa akan datang juga perlu terlebih dahulu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

Beliau berkata statistik daripada 160 negara yang ketika ini melaksanakan GST, kebanyakannya menaikkan pada cukai tersebut selepas berpuluh-puluh tahun.

“Negara lain nak sampai 20 peratus GST mengambil masa berpuluh tahun, Negara kita untuk SST hanya naik sekali, jadi GST pula akan naik begitu sahaja.

“Malah, rakyat membayar cukai SST sejak tahun 1972 tanpa sedar, dan kini kita mahu menyedarkan rakyat bahawa GST lebih baik,” katanya semasa menyampaikan taklimat GST pada pertemuan bersama anggota UMNO bahagian Kemaman, Terengganu di sini, hari ini.

Mengakui akan berlaku kenaikan harga barang apabila GST dilaksanakan pada April 2015 dengan kadar enam peratus, namun Ahmad Maslan berkata harga barang tersebut akan mula menurun selepas beberapa tahun dan kekal rendah untuk tempoh yang lama.

Ini kerana katanya, berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) dari banyak negara, antaranya Kanada dan Australia, yang menunjukkan pada permulaan menghadapi kenaikan harga barang pada tahun pelaksanaan GST, tetapi mula menurun selepas itu.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata model GST yang dilaksanakan Malaysia berbeza dengan Singapura atau negara lain kerana mengambil kira kebajikan rakyat dan kepentingan ekonomi negara.

“Contohnya, peniaga di bawah ‘Threshold’ RM500,000 tidak perlu berdaftar untuk GST, selain pengecualian untuk jual beli rumah dan aktiviti pelancongan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sudah mula menghantar pegawai ke luar negara untuk mengkaji mengenai GST sejak 1983, malah cukai itu juga pernah dicadangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dalam kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata seramai empat anggota UMNO akan dipilih daripada setiap 165 Parlimen di semenanjung bagi membantu memberi penerangan mengenai GST kepada rakyat.

Katanya kumpulan penceramah GST berkenaan akan diberi latihan khusus selama tiga hari di sebuah pusat latihan UMNO di Janda Baik, Pahang pada bulan ini.

Jumaat, 11 April 2014

KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI ISU PEMEGANG PASPORT BRITISH OVERSEAS CITIZENS (BOC)



Menteri Dalam Negeri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan sidang media sebentar tadi jam 3.30 petang Jumaat 11.4.2014 isu Pemegang Pasport British Overseas Citizens.

Kenyataan Media DS Ahmad Zahid Hamidi boleh dilayari di www.zahidhamidi.com

Jasa baik Tan Sri/ Puan Sri, Dato/Datin, Tuan Puan membaca dan menyampaikannya kepada pihak lain didahului jutaan terima kasih.1. Menteri Dalam Negeri Y.B. Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi mengeluarkan kenyataan berikutan dakwaan oleh beberapa pihak mengenai perkara di atas. Dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar.



2. Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC melainkan berdasarkan jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Tanjung, Y.B. Ng Wei Aik bertarikh 3 April 2014 yang telah disalah ertikan.  Sehingga 11 April 2014, hanya tiga (3) orang pemegang pasport BOC telah diterima pulang oleh Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini dikeluarkan dengan kemudahan Pas Residen dan bukan taraf kewarganegaraan. Jumlah yang didakwa seramai 1000 orang seperti dilaporkan dalam media adalah tidak benar. Kerajaan Malaysia akan memberikan kemudahan Imigresen kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sama ada rakyat Malaysia atau warga asing sejajar dengan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.



3. Perlu ditegaskan bahawa pengeluaran Pas Residen kepada pemegang passport BOC sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan. Berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia. Tempoh yang ditetapkan ini adalah intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada Negara ini dan tidak sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan seperti yang dilakukan sebelum ini.





4. Pemegang pasport BOC merupakan warganegara Malaysia yang telah memilih untuk melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi membolehkan mereka memohon dan dipertimbangkan sebagai warganegara United Kingdom. Kebanyakan daripada mereka sehingga kini menetap di United Kingdom dan masih menunggu keputusan dari pihak Kerajaan United Kingdom bagi permohonan mendapatkan taraf kewarganegaraan United Kingdom.



5. Pada 4 Julai 2002, Kerajaan United Kingdom telah meminda British Nationality Act 1981 (BNA 1981). Berdasarkan kepada pindaan tersebut, seseorang pemegang pasport BOC dari Malaysia hanya boleh dipertimbangkan untuk diberikan taraf kewarganegaraan United Kingdom sekiranya mereka tersebut bukanlah lagi seorang warganegara Malaysia dan telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia pada atau sebelum 4 Julai 2002.



6. Berikutan pindaan tersebut, Kerajaan United Kingdom tidak lagi mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan United Kingdom oleh pemegang pasport BOC dari Malaysia yang telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia selepas 4 Julai 2002. Dengan demikian, pemegang pasport BOC berkenaan tidak mempunyai pilihan selain dari pulang secara sukarela ke Malaysia atau bakal berdepan dengan tindakan ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa Kerajaan United Kingdom.



7. Kerajaan United Kingdom telah mengemukakan usul pada April 2011 untuk menghantar pulang pemegang passport BOC ke Malaysia. Setelah dikaji dan diadakan beberapa perbincangan di antara kedua-dua negara, Kerajaan Malaysia memberikan cadangan balas sepeti berikut:



a. Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik kepada mereka namun, sebagai alternatif hanya akan mengeluarkan Pas Residen. Ini membolehkan pemegang pasport BOC berada di Malaysia secara sah selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada iaitu Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.



Di bawah peruntukan ini, mana-mana bekas warganegara yang ingin berada di dalam negara boleh memohon Pas Residen sebagai kebenaran untuk tinggal di Malaysia dalam tempoh yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia. Kemudahan Pas Residen bagaimanapun tidak memberikan sebarang taraf kepada pemegang pasport BOC. Sekiranya pemegang pasport BOC yang kembali ke Malaysia dan memegang Pas Residen ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses yang sama perti mana warga asing lain iaitu mengemukakan permohonan Permit Masuk, seterusnya permohonan taraf Pemastautin Tetap dan taraf Kewarganegaraan.



b. Pas Residen ini perlu dipohon semasa berada di United Kingdom melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Mereka hanya boleh berlepas ke Malaysia setelah permohonan mereka diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Semua pemegang passport BOC yang diluluskan dengan Pas Residen disyaratkan menaiki penerbangan terus ke Malaysia.



c. Pas Residen akan ditampal di dalam pasport BOC mereka sebaik tiba di pintu masuk dan sebelum mereka melangkah keluar dari terminal. Satu kaunter khas disediakan di KLIA bagi memudahkan mereka melapor diri. Penyediaan kaunter khas ini juga memudahkan pihak JIM mengesan pemegang pasport BOC dan mengelakkan mereka masuk ke dalam negara tanpa pas yang sah. Ini adalah penting bagi memastikan pemegang pasport BOC tidak melanggar undang-undang imigresen dan menghadapi risiko ditahan kerana tidak memiliki suatu pas yang sah. Kaunter khas ini hanya dibuka pada hari ketibaan pemegang pasport BOC dan pihak Imigresen tidak pernah menyediakan laluan khas untuk mereka.



d. Seorang pegawai imigresen akan bertugas di KLIA ketika tarikh ketibaan pemegang BOC. Pegawai ini akan memastikan pemegang pasport BOC yang tiba dikeluarkan dengan Pas Residen dan diberikan taklimat mengenai peraturan yang ditetapkan kepada pemegang Pas Residen; dan



e. Atase Imigresen di United Kingdom, serta  pegawai-pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri hendaklah memberikan khidmat nasihat sebelum dan selepas kepulangan pemegang pasport BOC sekiranya terdapat persoalan yang diajukan kepada mereka.





8. Secara keseluruhannya Kementerian Dalam Negeri tidak pernah menerima semula kerakyatan pemegang passport BOC sebegitu mudah seperti yang disebarkan di media. Malah Kementerian Dalam Negeri akan bertindak tegas dan mengikut prosedur-prosedur yang digariskan kerajaan Malaysia.



YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi