Sabtu, 31 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Hapuskan Dap dari muka bumi ini.

Dap sudah lama berhajat untuk membunuh Melayu melalui dasar-dasar yang terkandung dalam perjuangan mereka.

Hapuskan hak keistimewaan orang melayu dan bahasa melayu. Hapuskan dasar Ekonomi baru yang menubuhkan Uitm,  Mara, hapuskan RAMD,

Hapuskan sistem anugerah kepada kontraktor Bumiputera,  hapuskan agama Islam daripada menjadi agama rasmi negara.

Hapuskan biasiswa Jpa,  hapuskan ptptn, hapuskan segala galanya yang melindungi hak keistimewaan orang melayu.

Siapa Dyana Sofya yang berani menentang semua dasar-dasar komunis Dap?

#PRKTelukIntan: Tolak Dap komunis, tolak Pas Sesat dan LGBT pkr

Tolak Dap bererti berjihad mempertahankan agama Islam. Pas parti munafik bukan Islam sedaya upaya cuba menipu rakyat kononnya mereka parti Islam.

Jika Pas parti Islam yang mempertahankan agama dan bangsa, pas tidak akan bekerja sama dengan dap.

Dap berjuang atas dasar dan fahaman socialist democratic yang diasaskan oleh Vladimir Lenin dan Karl Marc.

Tolok Dap dan tolak Pas. Tolak LGBT dalam Pkr.

#PRKTelukIntan: Nga Komeng memalukan diri sendiri



Perbuatan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menendang risalah Barisan Nasional (BN) dalam satu ceramah di sini baru-baru ini, adalah memalukan, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Menteri Besar itu berkata tindakan Nga tidak mencerminkan sikap seorang ahli politik yang berhemah, walaupun memegang jawatan tinggi dalam parti di peringkat negeri.


“Amat malang apabila dibuat (aksi menendang risalah BN), dia terjatuh sendiri dan orang dapat saksikan. Waktu ini, mungkin masing-masing bercakap penuh emosi.

“Tetapi perlakuan dan watak sangat penting kerana ia menggambarkan pemikiran dan peribadi yang sebenar,” katanya selepas menghadiri majlis jamuan rakyat di Masjid Sultan Idris II di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang cedera di buku lali selepas gagal dalam aksi ‘kung fu’ untuk menendang risalah yang mempromosikan calon BN Datuk Mah Siew Keong bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, pada Isnin lepas.

Susulan insiden itu, Nga dilaporkan menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Zambry menegaskan BN tidak sekali-kali mengajar anggota partinya bersikap biadap sehingga hilang pertimbangan seperti itu.

“Saya nak suarakan di sini untuk rakyat fikirkan. Apakah bentuk dan jenis ahli politik seperti ini yang kita perlukan untuk masa depan negara kita,” katanya.

PRK Teluk Intan esok menyaksikan Mah berdepan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

#PRKTelukIntan :Pesanan buat saudaraku yang bakal mengundi di Teluk Intan



Mari kita renung sejenak...
Mari kita beristighfar sesaat...

Renunglah...
kerana apakah kita lahir ke dunia ini dengan nikmatnya agama Islam yang kita warisi...

Bayangkan..,
Betapa perit jerihnya para nenek moyang kita berjuang hingga kita rasakan nikmatnya Islam itu untuk kita beribadah...
Sungguh terasa nikmatnya,...lapang dan selesa...nyaman...tenang...
aman...damai negaraku ini..

Namun....jangan terleka wahai saudaraku..

Nikmat ini mungkin tidak akan lama...

Nikmat ini mungkin akan hilang...lenyap...sedih...resah.

Musuh kita berdiam dalam selimut..
Berselindung di sebalik senyuman yang indah dan menawan..

Senyuman menawan bagi menutupi jahatnya niat mereka...

Ingatlah,..
Melayu dan Islam itu ramai musuhnya...

Berzaman niat terpendam, tidak sesekali pernah padam..!

PRK P076 Teluk Intan adalah medan...

Bakal termakan umpankah kita di pancing wajah yang indah...?

Ingatlah...

Calon Melayu bertuankan Parti Dap yang nyatakan Anti Islam Anti Melayu..

Calon cina berketuakan Parti Melayu yang dipimpin oleh Presidennya Melayu, agamanya Islam..

Pilihlah dengan ikhlas,

Dyana : calon Melayu Islam BERTUANKAN DAP yang ANTI ISLAM..

MAH SIEW KEONG : CALON CINA BERKETUAKAN Presiden Parti Melayu yang sememangnya ISLAM...

Buatlah pilihan bijak..

Mah Siew Keong adalah pilihan kita kini demi anak cucu kita di masa depan...

PASTIKAN BN, INSTITUSI RAJA RAJA MELAYU, ASKAR MELAYU DAN ISLAM KEKAL HINGGA KE AKHIR ZAMAN..

Jumaat, 30 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Ahli PAS Nibong Tebal Persoal PAS Bantu DAP

#PRKTelukIntan: Pembohong! Anwar bukan anak orang Melayu

Hukum Produk Cadbury Tercemar DNA Babi ‘Halal Dimakan’ – Fatwa Majlis Kebangsaan

Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu ‘halal dimakan’, demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan ‘Umum al-Balwa’, iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

“Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai ‘Umum al-Balwa’.

“Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

“Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

“Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia,” katanya.

Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

“Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal,” katanya.

Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya,” katanya.

#PRKTelukIntan: Calon BN kalahkan Calon Dap 5 berbalas 0

1. Mah Siew Keong mempunyai empat ijazah dari tiga universiti. Calon DAP ada 1 ijazah. Mah lebih baik daripada segi pendidikan.

 2. Mah pernah menjadi Adun Pasir Bedamar, ahli Parlimen Teluk Intan dua penggal. Calon DAP tiada pengalaman.

 3. Mah pernah menjadi ketua Gerakan Teluk Intan, pimpinan gerakan Perak, setiausaha agung parti, ketua pemuda dan sekarang presiden parti. Calon DAP hanya ahli biasa sahaja.

 4. Di belakang Mah ialah jentera kerajaan yang kuat seperti Perdana Menteri, DS Najib Razak dan Menteri Besar Perak, DS Dr Zambry Abdul Kadir. Di belakang calon DAP hanya Lim Kit Siang.

 5. Mah adalah anak jati Teluk Intan tetapi calon DAP bukan.





#PRKTelukIntan: Tolak hudud tolak Askar Melayu(RAMD)

Calon Dap Prk Teluk Intan,  yang terlajak laris kononnya cantik. Rupa-rupanya Pengkhianat melayu.

Sudahlah lupa asal usul, lupa diri, lupa jasa kerajaan yang membantu dan mengambil berat tentang kebajikan, persekolahan, pengajian di IPTA dan segala yang diterima dalam hidupnya.

Dek kerana terlebih sudu dari sudu, kini calon yang terlebih makan benda haram itu menggemparkan negara kerana akan menghapuskan dan menghancurkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sekiranya Dap berjaya memerintah Malaysia.

Ini janji komunis.  Nak ker?





Khamis, 29 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Pembohong macam tu nak angkat jadi wakil rakyat?

#PRKTelukIntan: Zahid Selar Media Yang Manipulasi Ucapan Dan Kenyataannya





Zahid Selar Media Yang Manipulasi Ucapan Dan Kenyataannya

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan media tertentu yang dengan sengaja memanipulasikan kenyataan serta ucapan yang dibuat oleh beliau.



Zahid menambah, tindakan media berkenaan sekaligus menunjukkan kedangkalan penulisnya yang tidak cerdik dalam mentafsir fakta-fakta yang diberikan.



"Terima kasih kerana mereka memberikan keprihatinan terhadap ucapan saya dan saya tahu mereka berminat dengan saya dengan memutarbelitkan kenyataan yang telah saya keluarkan.



"Saya ucapkan tahniah kerana mereka cukup kreatif di dalam melakukan penyelewengan fakta dan memutarbelitkan apa yang saya perkatakan.



"Saya amat sukacita kerana ianya memperlihatkan kedangkalan penulis berkenaan dan bagaimana mereka tidak cerdik mentafsirkan apa yang saya perkatakan," katanya pada sidang media di Teluk Intan, semalam. 




Menurut Zahid, dengan penyelewengan fakta yang dilakukan media berkenaan, ia sekaligus menunjukkan bahawa dirinya mempunyai kelebihan tertentu.



Jika tidak katanya, segala ucapan serta kenyataan yang dikeluarkan tidak akan dimanipulasikan dengan sengaja.



"Ini telah memberikan kelebihan kepada ucapan saya berbanding dengan ucapan-ucapan yang saya buat pada pilihanraya lain.



"Saya ucapkan tahniah dengan kebolehan mereka yang cukup kreatif di dalam memanipulasikan ucapan dan fakta-fakta saya," katanya lagi.

#PRKTelukIntan: Pendedahan pecah amanah kerajaan DAP Penang

Ustaz Azhar Idrus: Ish! Ish! Ish! Tak patut guna subsidi kerajaan Umno..

Displaying BoxmTrsIEAAsCWW.jpg
Guna Ron 95 Subsidi tu...
Displaying IMG_15321183929439.jpeg

SEMBAH TAKZIAH RAKYAT NEGERI PERAK

Rabu, 28 Mei 2014

CALON MELAYU TOKEY CINA

#PRKTelukIntan: Kerana mu Dap, aku tolak agenda Melayu.


Isu ibu dan anak calon DAP di Teluk Intan sungguh melucukan. Apabila anak telah berbohong kepada khalayak, ibu mendiamkan diri seolah-olah apa yang dicakapkan oleh anak adalah betul belaka.

Akan tetapi apabila pembohongan anak berjaya di bongkarkan oleh media, ibu ambil keputusan untuk keluar dari pertubuhan.

Nak keluar tak ada masalah,  masa awal penubuhan pun bukan ada orang jemput atau hantar sirih pinang. Mak dan anak sendiri yang terhegeh-hegeh yang nak menonjolkan diri dalam Perkasa.  Jelas menunjukkan bahawa ibu dan anak adalah golongan orang yang suka mencari glamour dan ini menonjolkan muka pada khalayak.

Soal Perkasa dah selesai,  bila lagi nak keluar Umno? Tak sabar nak tengok Yammy isu borang keahlian Dap.





Kriteria Pengerusi Mesyuarat Yang Baik


Selasa, 27 Mei 2014

Seorang rakyat Perak dari Taiping buat laporan polis mengenai penyebaran maklumat palsu tentang kemangkatan sultan



Semenjak beberapa hari yang lalu berita palsu tentang kemangkatan sultan telah tersebar dengan galak dalam media sosial dan mesej dalama smartphone..

Pemilik akaun ini tidak selesa dengan berita palsu dan bertindak membuat laporan polis sebentar tadi di IPD Taiping.

Awas ! Jangan sebarkan berita yang tak tentu hujung pangkal.

#PRKTelukIntan : Dato Mah akan atasi masalah banjir yang tergendala sejak Dap berkuasa

Pengalaman Datuk Mah Siew Keong melihat kesengsaraan penduduk Pasir Bedamar berdepan bencana banjir kilat, terutama pada satu upacara kematian, membuatkan beliau bertekad mengatasi masalah itu.

“Saya masih ingat ketika saya menjadi anggota Parlimen Teluk Intan, banjir besar melanda kawasan pekan. Saya ke Pasir Bedamar. Ada upacara pengebumian dan oleh kerana paras air begitu tinggi iaitu mencecah pinggang, amat sukar bagi mereka untuk mengusung keranda.

“Saya menyaksikan perkara itu dan ketika itu saya berjanji kepada diri saya sendiri untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan masalah banjir selesai. Ia bukan sekadar janji sebaliknya perkara yang sudah saya lakukan dan bangga melakukannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan manifesto Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan di sini hari ini.

Mah, calon BN untuk PRK itu, berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Beliau berkata Teluk Intan pada satu masa dahulu dikenali sebagai ‘bandar terapung’ berikutan sering dilanda banjir kilat.

Selepas pelaksanaan fasa pertama dan kedua program tebatan banjir membabitkan kos sebanyak RM30 juta semasa Mah menjadi Anggota Parlimen Teluk Intan pada 1999 hingga 2008, masalah itu dapat diatasi.

Mah berkata projek tebatan banjir yang dicadang itu mempunyai lima fasa membabitkan kos kira-kira RM100 juta namun hanya dua dapat dilaksana berikutan kekalahannya pada pilihan raya umum 2008.

Kedua-dua fasa projek itu yang sudah dilaksana membantu mengurangkan masalah banjir kilat di Teluk Intan sebanyak 80 hingga 90 peratus.

“Saya bangga dengannya. Saya rasa penduduk Teluk Intan menghargai apa yang telah saya lakukan,” katanya.

Mah berkata projek itu harus diteruskan memandangkan benteng lama perlu diperbaiki bagi mengelak kejadian banjir berulang kerana Teluk Intan terletak antara muara Sungai Perak di utara dan muara Sungai Bernam di selatan, serta Selat Melaka di sebelah barat.

Teluk Intan merupakan pekan terakhir di persisiran Sungai Perak sebelum ke Selat Melaka.

Fong Kam Chuen, 69, yang tinggal di Jalan Pasar, Kampung Pasir Bedamar amat mengingati jasa Mah dalam mengatasi masalah banjir kilat di kawasan itu.

Beliau berkata dahulu kampung itu sering dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat dan projek pembinaan benteng sepanjang Sungai Perak oleh kerajaan pusat banyak membantu mengurangkan masalah berkenaan.

“Kawasan kampung ini dikelilingi Sungai Perak, jadi setiap kali hujan, ia senang dimasuki air dan menyebabkan banjir kilat kerana kawasan tersebut rendah,” katanya kepada Bernama.

Fong berkata pada 1950-an, kawasan itu adalah tempat menanam limau namun oleh kerana sering dilanda banjir sehingga menjejaskan tanaman berkenaan selain banjir besar pada 1986, ada penduduk terpaksa berpindah.

“Jika tidak ada bantuan dan inisiatif oleh Mah sebagai wakil rakyat yang menggesa kerajaan pusat menjalankan projek tambakan, kami tidak tahulah nasib kami macam mana,” katanya.

Beliau amat berharap Mah dipilih semula sebagai wakil rakyat Teluk Intan bagi membolehkan projek tebatan banjir diteruskan demi pembangunan kawasan parlimen itu.

Lee Meng Chan, 85, pula berkata Mah turut membawa pembangunan ke kawasan itu yang sebelum ini tiada bekalan air dan elektrik.

“Mah juga seorang yang peka dan prihatin dengan masalah banjir di kampong kita,” katanya.

Isnin, 26 Mei 2014

Penyamun bakar kereta

Setelah berita rompakan dan rempuh anggota polis sehingga maut disebarkan melalui media sosial,  perompak bertindak memusnahkan kenderaan yang mereka gunakan dalam kegiatan jenayah. Kereta tersebut ditemui sedang terbakar di Kedah.

Anggota polis maut dirempuh kereta penjenayah




Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut, manakala seorang lagi rakannya cedera parah selepas dirempuh kenderaan yang dinaiki oleh sekumpulan penjenayah di Batu 10 menghala ke Alor Pongsu, Kerian di sini kira-kira pukul 1 tengahari tadi.

Mangsa, Mohd. Azuan Abdullah, 25, yang berasal dari Kulai, Johor maut di tempat kejadian selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Toyota Wish berwarna silver dengan nombor pendaftaran WRV 5308.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa dirempuh oleh sebuah daripada dua kenderaan yang dinaiki kumpulan penjenayah terbabit selepas merompak sebuah van yang membawa muatan rokok.

#PRKTelukIntan : Dyana malukan pemimpin Pas

Tiada ulasan, lihat sendiri

Gstring

Spenda stopa

Ambik hang! Siap dah 

#PRKTelukIntan: Kenyataan Khalid Samad yang memutar belit isu aurat dan bertudung

Isu pemakaian calon Dap Teluk Intan hangat diperkatakan sejak awal lagi.

Dyana 27 tahun dari Kpg Tawas Ipoh, anak kepada ahli Umno dijadikan ikon politik orang muda oleh Lim mm Kit Siang.

Dyana dan ibunya adalah orang kuat Perkasa sewaktu penubuhan pada peringkat awal.

Dyna Sofya tampil dengan imej wanita modern yang tidak bertudung dan mendedahkankan aurat. Lebih berat lagi ialah Dyna menolak hukum hudud dan berjanji sekiranya dipilih menjadi ahli parlimen beliau akan menolak usul perlaksanaan hudud di Kelantan.

Pas melalui Mat Sabu telah membuat ketetapan, parti Pas tetap akan menyokong dan menyeru ahli ahli Pas Teluk Intan agar  mengundi calon tersebut dengan alasan soal hudud adalah soal peribadi calon tersebut. Bezanya Dyana adalah Dap bukan Umno, oleh itu atas dasar setiakawan pakatan pembangkang soal hukum Allah jadi perkara kedua. Perkara utama ialah menumbangkan BN dahulu.

Begitu lah sikap Pas yang hebat, dengan begitu mudah meletakkan hukum Allah di tempat kedua.

Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam lagi hebat. Kenyataan beliau juga dengan penuh kebijaksaannya sekali lagi memutar belitkan tentang istilah aurat dan mendedahkan aurat adalah dua perkara yang berbeza.

Katanya menutup aurat adalah wajib tetapi Dyana tak memakai tudung sahaja tetapi pakaiannya tidak terdedah. Jadi nampaknya pakaian hanya pada kain dan baju sahaja, tidak termasuk tutup kepala.  Ayat memang nampak simple tetapi maksudnya tetap tidak berubah. Hebat lah kamu Khalid,  dari dahulu sampai sekarang sifat munafik terserlah.


#PRKTelukIntan: Ceramah politik malam ini.

CERAMAH PRK TELUK INTAN jam 9 mlm ini 26/5 di Perkarangan Pejabat Tok Sidang KPDM Cangkat Jong.
Penceramah :
1.YB Dato Ahmad Maslan,
2.Dato' Fuad Hasan dan
3. Sdr Lokman Adam

2)Esok 27 Mei 2014 (3pm)

YB Menteri Pendidikan II, Dato' Sri Idris Jusoh akan ke SMK Seri Perak;

Interaksi santai bersama warga pendidik dan ibu bapa.

Mohon war-warkan.
Harap maklum dan Terima kasih

Malaysia menang Piala Thomas jika ikut formula Anwar Ibrahim

Kelmarin selepas berhempas pulas selama hampir 7 jam, pasukan badminton piala Thomas kecundang juga pada saat akhir kepada pasukan Jepun dengan kemenangan 3-2 .

Pun begitu jika diikutkan formula Anwar dan sekutu nya iaitu Pas dan Dap, pasukan Malaysia yang diistyharkan sebagai penenang.

Tak percaya, lihat carta ini!


#PRKTelukIntan: Pengundi India memberi sokongan kepada BN

“Ini kali jangan bagi saya kalah,” itulah harapan dan permintaan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong kepada masyarakat India yang dianggap mampu menentukan kemenangannya.


Mah yang juga Presiden Gerakan, sibuk berkempen siang dan malam bagi merampas semula kerusi itu berkata, beliau tidak pernah melupakan kepentingan masyarakat India walaupun hilang kerusi berkenaan kepada calon DAP M. Manogaran pada 2008 dan Seah Leong Peng, pada 2013.


“Pemimpin DAP kata mereka hero. Hero apa… menang pun lari. Saya kalah pun di sini juga. Saya cuba buat yang terbaik untuk anda semua,” katanya sambil menyifatkan sokongan dan sambutan pengundi India semakin menggalakkan ketika menghadiri ceramah di Batu 6, Taman Desa Aman, di sini malam tadi.

Pengundi India berjumlah 11,468 atau 19 peratus daripada 60,349 pengundi dikatakan memainkan peranan penting menentukan kemenangan calon yang bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan.

Pengundian awal PRK Teluk Intan ialah pada 27 Mei dan hari pengundian 31 Mei.

Menurut Mah, setiap kali pilihan raya diadakan, DAP mengambil keputusan untuk meletakkan calon baharu setelah menyedari pengundi kecewa tidak mendapat perkhidmatan yang diharapkan.

“Mereka kata isu nasional lebih penting, tetapi tidak dapat selesaikan masalah penduduk di sini. Selesaikan masalah penduduk sebelum cakap pasal isu nasional.

“Sekarang pula mereka kata muda lawan tua. Saya belum tua, belum bersara, baru 57. Bukan itu sahaja mereka memburuk-burukkan saya dalam Internet dan ruang siber. Buat ‘photoshop’ yang bukan-bukan, lepas itu menghantar sms palsu,” katanya.

Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak matang, Mah juga meminta kedua-dua pihak agar menghentikan kempen kotor yang tidak mendatangkan kebaikkan kepada pengundi Teluk Intan.

Semalam, DAP membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar seorang wanita berbikini yang didakwa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang disebarkan di sekitar kawasan Changkat Jong.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mah dengan calon DAP Dyana yang diadakan berikutan wakil rakyatnya dari DAP Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.

Ahad, 25 Mei 2014

#PRKTelukIntan : P.076 - Sah calon DAP berbohong mengenai ibu





Lokasi : Bilek gerakan DAP, Pekan Baru Teluk Intan, Perak


Acara : Sidang media harian


Tarikh : 21/5/2014




Ikuti penafian oleh calon DAP mengenai pembabitan ibu beliau dalam Pribumi Perkasa yang menjadi seteru DAP dari segi ideologi dan dasar perjuangan. Mengapa harus beliau
menipu ? Bukan kah lebih baik beliau akui sahaja pembabitan dalam Perkasa bersama ibu beliau yang berlaku enam tahun yang lalu dengan alasan ketika itu beliau masih menuntut dan belum membuat pilihan wadah perjuangan politik .. Mengapa beliau memilih untuk berbohong ?


Lupakah beliau bahawa beliau bertanding untuk menjadi wakil rakyat bukan nya bertanding untuk menjadi juara lagu atau artis popular. Saya yang telah mengikuti kempen calon Melayu DAP ini dari hari penamaan calon, berasa amat malu dan tertipu dengan penipuan bersahaja yang beliau lakukan.. Telah ditakdirkan saya juga yang telah merakam gambar di majlis Perkasa pada 21/10/2008 itu.





Saya telah menghubungi Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan dan beliau telah mengesahkan bahawa ibu calon DAP adalah Ketua Wanita Perkasa yang pertama dan telah merujuk saya kepada liputan yang telah saya buat di SINI


Beliau telah mengirimkan e-mail yang isi kandungan nya seperti berikut :


Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 21 Oktober 2008

PERKASA adalah sebuah pertu buhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama nya Fasal 152 dan Fasal 153.
Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA ada lah bermatlamat;
Memperkasakan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.
Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.
Memperkasakan kaum Pribumi.
Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia.
Mempertahankan kedaulatan negara.


AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA

Presiden : Dato’ Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad

AhliJawatankuasa
Dato’ Zakaria Salleh
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd. Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
HajahYam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon Daud Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan Ahmad Talib
Kpt. Don Abdullah
HanishaIzaireen
Megat Zulkarnain Omar Din
Jismi Azahar iJohari







Check-mate.PuanYammi bersama anaknya Dyana melayani hadirin yang ingin menjadi ahli Perkasa sebelum majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Perkasa pada 21hb.Okt 2008 kira-kira sebulan Perkasa disahkan penubuhannya oleh ROS iaitu 12hb. Sept 2008.
Yammy adalah antara pimpinan terawal penubuhan Perkasa. Beliau dalam Barisan Pimpinan Penaja Perkasa sehingga sebelum AGM Pertama Mac 2010, beliau meletakan jawatan sebagai Ketua Wiranita Perkasa Pertama. Tiada rekod beliau menarik diri dari menjadi ahli Perkasa.


Minaq jinggo  

#DSIS: KERAJAAN BN MEMBELA NASIB PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN

 RM 120 JUTA DANA PINJAMAN DISEDIAKAN UNTUK PETANI http://m.youtube.com/watch?v=_h0hbFn0JQE


ANTARA KEMUDAHAN UNTUK PETANI http://m.youtube.com/watch?v=gVWWqa9KQNY

FAMA SEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK PETANI http://m.youtube.com/watch?v=LznX7VaySS8


LAFAZ IKRAR JIHAD MEMERANGI ORANG TENGAH http://m.youtube.com/watch?v=TeHNx3_H_qs


RM60 BERBILION RINGGIT DICURAHKAN KEPADA PETANI PENTERNAK DAN NELAYAN
http://m.youtube.com/watch?v=UIqaXslVlxs

#PRKTelukIntan: Pengundi luar perlu fikir masa depan penduduk setempat



Pengundi dari luar Teluk Intan perlu memikirkan kesan dan kepentingan masa depan penduduk setempat apabila mereka memutuskan wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, 31 Me ini.

Penasihat Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata kira-kira 5,000 daripada 60,349 pengundi Teluk Intan yang tinggal di luar perlu ‘lebih belas kasihan’ dalam mengambil kira masalah yang dihadapi oleh penduduk tetap di sini.

“Ada daripada pengundi luar jarang balik ke kampung dan tidak memahami isu yang dihadapi oleh penduduk Teluk Intan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata malah mereka tidak boleh berpegang kepada konsep ‘ubah’ yang dipromosikan oleh parti pembangkang kerana ini bukan pilihan raya umum yang boleh memberi kesan kepada tampuk pentadbiran negara.

Ini hanya pilihan raya kecil yang tidak akan mengubah kerajaan tetapi mampu mengubah masa depan penduduk Teluk Intan, katanya.

Chang berkata pengundi Teluk perlu mengambil iktibar daripada wakil rakyat DAP dari luar kawasan iaitu M. Kulasegaran yang menang pilihan raya kecil kerusi itu pada 1997 dan M.Manogaran dari Kuala Lumpur, pada pilihan raya umum 2008, yang jarang kelihatan di Teluk Intan selepas memenangi kerusi itu.

“Jangan berikan pengalaman sedemikian berulang kembali,” katanya.

Beliau berkata calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong iaitu Presiden Gerakan tidak akan mengabaikan kawasan itu kerana keluarga, rakan dan rumahnya adalah di sini.

Ditanya sama ada insiden sekumpulan kecil ahli Pemuda UMNO menyerbu masuk sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Rabu lepas, akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya kecil Teluk Intan, beliau berkata:

“Kami mengambil berat tetapi pengundi Teluk Intan adalah berbeza kerana mereka lebih mementingkan tokoh yang bertanding dan masa depan Teluk Intan dan bukan isu-isu seperti itu.”

Insiden di DUN Pulau Pinang tercetus selpas ADUN Seri Delima dari DAP, R.S.N Rayer didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin UMNO ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Selasa lepas.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mah dan calon DAP Dyna Sofya Mohd Daud.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP, pada 1 Mei lepas.

#PRKTelukintan : PENDEDAHAN MELAYU DAP BEKAS SETIAUSAHA LIM GUAN ENG



(PART1) http://www.youtube.com/watch?v=v-cBNb-k5xo

(PART2) http://www.youtube.com/watch?v=XgKqQnPM9_0

(PART3) http://www.youtube.com/watch?v=o_-Aah5vk6Y

(PART4) http://www.youtube.com/watch?v=UO3DaM39Hmo

(PART5) http://www.youtube.com/watch?v=Ids0K8iC_3o

Sabtu, 24 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Kerana Bn bertanding, Pkr yang tumbang



Anwar Ibrahim marah sakan lah kepada Pkr Perak kerana gagal mempertahankan cabang mereka di Changkat Jong. Petang tadi satu cabang Pkr mengistyharkan pembubaran parti itu dan menyertai BN. Tahniah.

#DSIS: Jihad memerangi orang tengah :sub sayur dan buah buahan di RTC Gopeng



Tahun lalu TM pernah mendedahkan isu nelayan Pantai Merdeka ditindas oleh orang tengah. Isunya ialah mereka membeli ikan dengan harga yang sangat murah Rm 1.50 sekilo dan menjual semula kepada peniaga di pasar dengan harga RM5.00. Nelayan yang berusaha dan berhempas pulas di tengah laut tetapi orang tengah yang untung berlipat kali ganda.

Menyedari akan hal ini, kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani YB Dato Seri Ismail Yaakob telah menjadikan tahun 2014 sebagai tahun memerangi orang tengah yang sering menekan dan menindas orang bawah seperti petani, penternak dan nelayan.

Kementerian beliau juga telah merangka program untuk membantu mereka dari segi pemasaran yang dilihat mempunyai banyak kelemahan dan mereka banyak telah bergantung hidup dengan orang tengah.

Pihak orang tengah memang bijak menipu mereka. Pada mula nya mereka diberi in modal, wang, dahulukan wang jika perlu, tetapi pada akhirnya nya petani,m penternak dan nelayan dipaksa menjual hasil mereka dengan harga ditetapkan oleh hm orang tengah sesuka hati.

Masalah inilah yang menyebabkan nelayan, petani dan penternak tidak maju dan hidup dalam kemiskinan.

Dengan adanya pelan strategi pemasaran yang baru oleh kementerian dan usaha memperbanyakkan produk untuk pasaran antara bangsa diharap jihad ini akan berjaya.

Hari ini Dato Seri Ismail Sabri berada di RTC Gopeng Perak untuk melancarkan kempen Jihad Memerangi Orang Tengah untuk sub sayur sayuran dan buah buahan.

Harap dengan strategy pemasaran yang baru ini akan menjadikan anak anak muda berminat dalam bidang ini sebagai kerjaya mereka yang memberikan mereka pendapatan tinggi.

Rejimen Askar Melayu Diraja Taiping Perak



Taiping Perak boleh lah dikategorikan sebagai bandar tentera. Banyak kem dan banyak rejimen nya. Bermula dari padang esplanade sampai lah ke stesen keretapi baru Kamunting banyak kem tentera, tak termampu nak senaraikan nama kem.

Kehidupan tentera hari ini tak macam mereka yang berkhidmat 30 atau 40 tahun dahulu. Dahulu selepas kerja mereka naik bas sahaja ke sana ke mari, kini semua dah berkereta sekurang kurangnya Proton saga version baru dengan corak hiasan luaran yang mudah kita kenali bahawa pemilik kereta  tersebut adalah tentera.

Cuma yang kurang menyenangkan ialah sikap sebahagian tentera dari dahulu sehingga sekarang

Jika dahulu ramai tentera hidup berhutang dengan ceti along sehingga kad Atm pun dipegang oleh along peminjam wang, sampai kini pun tak berubah.  Ada yang sanggup masuk kedai peminjam wang berlesen dengan berpakaian celoreng tentera. Minggu lepas Tm tengok sendiri beberapa anggota tentera memasuki premis tersebut yang hanya beberapa pintu sahaja dari Maybank kamunting.

Mereka juga gemar melepak di warung lama lama dengan berbaju celoreng jelas terpampang di dada kiri RAMDR. Tak salah kalau nak singgah minum atau makan tetapi jangan lah lepak lama lama dan leka melayan smartphone.

Harap pihak pemerintah rejimen askar melayu Diraja Taiping dapat atasi masalah anak buah mereka.

#PRKTelukIntan : Pas umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Sejak dari awal lagi parti Pas terlebih sudu daripada gula dalam kempen politik di Teluk Intan seolah olah Pas yang bertanding.  Pas anggota parti dan anak bini untuk berkampung dan membantu calon DAP.

Hairan nya, dalam Prk sebelum sebelum ini yan ditandingi Pas, tak nampak pula batang hidung orang Dap turut berkempen untuk pihak Pas.

Nik Aziz pun sudah mengeluarkan kenyataan yang dia juga menyokong calon Dap walaupun calon Dap itu Islam dan menolak hudud. Kata Nik Aziz Pas menyokong kerana Dap sekutu Pas.

Teringat lah kisah lama Pas yang mengkafirkan Tunku Abdul Rahman perdana menteri Malaysia yang pertama dulu. Apa kata Pas?  Kata mereka Tunku kafir, Umno kafir kerana bersahabat dengan Mca dan Mic yang kafir.

Hahaha!  Sekarang Pas sokong Dap tak kafir kah?





#PRKTelukIntan: Apakah Pas Pengamal Politik 3/4?


Nak hudud cari UMNO, nak kerusi cari DAP? Nak Islam cari UMNO, nak politik cari DAP!

Adakah PAS menjadi pengamal POLSAS – politik suku agama suku?

Saya melihat PRK Bkt Gelugor & PRK Teluk Intan sebagai bukti amalan POLSAS ini.

Dalam keadaan PAS sibuk mendesak Ahli Parlimen UMNO menyokong usul hudud PAS Kelantan; tetapi diwaktu yang sama mereka menyokong dan mengundi calon-calon DAP bagi PRK Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menentang hudud PAS!

Malahan PAS cukup kuat mengutuk dan mengecam mana-mana wanita Melayu Islam yang tidak bertudung, tetapi mereka menyokong dan mengundi calon DAP PRK Teluk Intan yang bukan sahaja tidak bertudung malah menentang hudud PAS!



Sebab itu saya rasa iblis sendiri pun akan menangis melihat politiking hipokrit dan melampau PAS ini! Sebab jahat-jahat iblis pun dia berterus terang dengan pendirian dia depan Allah menolak Nabi Adam a.s, sedangkan PAS mempertopengkan agama Allah untuk kepentingan politik kepartian mereka!

Baru-baru ini saya berkesempatan berjumpa seorang pemimpin kanan PAS yang juga seorang yang dikenali sebagai Ustaz. Malahan kekadang dia dikenali dan dipanggil sebagai ulamak walaupun bagi saya beliau hanya seorang penggemar nasi lemak.

Saya bertanya kepada Ustaz ini satu soalan;

“Enta desak Ahli Parlimen UMNO sokong hudud PAS, tetapi enta sokong calon DAP bagi Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menolak dan menentang hudud PAS! Bukankah ini paradoks politik dan sifat hipokrit yang sangat serius”.

Jawab Ustaz ini, “hudud soal agama sheikh, PRK soal politik. Enta kena bezakan antara perlaksanaan hudud dan pilihanraya”.

Saya menjawab dengan bertanya balik, “bukankah itu bermakna enta memisahkan antara agama dan politik. Hudud agama, pilihanraya politik. Ini bermakna amalan politik suku agama suku? Bukankah atas tuduhan politik suku agama suku inilah PAS mengkafirkan UMNO?”.

Pada pandangan saya, inilah sikap politik hipokrit PAS yang Allah dedahkan melalui PRK Bkt Gelugor dan PRK Teluk Intan.

Pada pandangan saya, inilah sikap politik hipokrit PAS yang Allah dedahkan melalui PRK Bkt Gelugor dan PRK Teluk Intan.
Kalau benar perjuangan PAS berdasarkan Al-Quran & Sunnah sebagaimana yang selalu dimomokkan kepada orang Melayu, sudah tentu mereka akan menentang calon DAP bagi PRK Bkt Gelugor dan Teluk Intan.

Tetapi yang pelik calon ahli PAS sendiri bagi PRK Bkt Gelugor Haji Mohamed Nabi Bux yang jelas perjuangan dia mahu membantu PAS melaksanakan hudud, bukan sahaja tidak disokong dan dibantu oleh PAS, malahan beliau dimaki dan dicaci nista.

Sampai ke peringkat PAS tidak mahu mengaku beliau sebagai ahli walaupun ada sijil keahlian yang ditandatangani sendiri oleh Almarhum Ust Fadil Nor, mantan Presiden PAS!

Sebaliknya PAS bermati-matian membantu dan menyokong Ramkarpal Singh yang terang-terang menyatakan jika dia menang menjadi Ahli Parlimen, dia tetap dengan pendirian mendiang bapanya sendiri Karpal Singh akan menentang RUU hudud PAS jika dibentangkan didalam Parlimen nanti!!!

Malah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang turut hadir menyambut Ramkarpal Singh dalam perarakan pada hari penamaan calon!

Didalam PRK Teluk Intan, secara jelas lagi sarih calon DAP yang tidak bertudung ini menegaskan bahawa jika dia menjadi Ahli Parlimen, dia sama sekali tidak akan menyokong usul RUU Hudud PAS Kelantan, malah akan menentangnya.



Sekali lagi PAS mengambil sikap menyokong dan membantu calon DAP ini untuk memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan. Malah pimpinan PAS turut sama berarak meraikan calon tidak bertudung penentang hudud ini pada hari penamaan calon!

Dan bila ditanya kepada kepimpinan PAS kenapa sokong calon DAP yang terang-terang menentang hudud, pasti mereka akan menjawab membantu DAP adalah strategi politik tahalluf siasi, melaksanakan hudud adalah kewajipan syariah.

Bantu DAP siasah, buat hudud syariah!

Bukankah itu namanya politik suku agama suku?

Adakah PAS sudah lupa Amanat Hadi yang dibuat di Kg Banggol Pradong, Kuala Terenganu pada tahun 1981? Adakah PAS lupa bahawa, “PAS menentang UMNO kerana mengamalkan politik suku agama suku”.

Atau adakah PAS sudah sampai ke peringkat politik tiga suku?

Kepada ahli-ahli PAS yang saya percaya cukup ikhlas mahukan Islam, sedar dan insaflah kalian semua daripada kesesatan politik yang sedang dibawa oleh kepimpinan kalian, terutama daripada kalangan parasit yang sudah meresap menguasai PAS yang berpendirian mempertuhankan kerusi dan demokrasi!

Bangkitlah melakukan jihad mengembalikan PAS kepada perjuangan menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah dan melaksanakan syariat Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, semoga kita semua diberi kekuatan dan sifat istiqomah dalam perjuangan in insya-Allah, ameen!

Aamantu billah summastaqeem – intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum!

Wallahua’lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com)