Rabu, 31 Disember 2014

Menara Jam nak runtuh.

Pihak berwajib harus mengambil tindakan segera membaik pulih menara jam yang menjadi icon pelancongan taiping. Clock tower yang menjadi lambang kebanggan taiping berada dalam keadaan yg amat membimbangkan terutama dibahagian atas kayu kayu sekeliling jam sudah reput dan akan tumbang bila bila masa. pihak berwajib seakan lepas tangan terhadap penyelengaraan clock tower taiping. Perkara ini juga telah diajukan kepada exco perlancongan YB Norlee Radzi tetapi sehingga sekarang masih tiada apa apa tindakan diambil. Jangan sampai sudah tidak boleh dibaiki baru kita menyesal kelak. 

Sabtu, 27 Disember 2014

PAS kata bantuan banjir tanggung jawab Kerajaan Persekutuan

Konsep Persekutuan dalan perlembagaan Malaysia menurut fahaman Pakatan Rakyat bermaksud, kerajaan negeri mempunyai kuasa dan tanggungjawab terhad, sekitar 50% sahaja, bakinya dimiliki oleh kerajaan persekutuan.  Suka atau tidak, inilah yang menjadi amalan di negara ini sejak dulu lagi.

Termasuklah dalam pemahaman ini, tanggungjawab menyelamatkan mangsa banjir serta bencana Alam yang lain adalah terletak sepenuhnya di tangan kerajaan Persekutuan.

Bukan kerajaan negeri.

Wang untuk mangsa, bekalan makanan, perubatan dan sebagainya perlulah diuruskan oleh kerajaan Persekutuan, kalau kerajaan negeri menghulurkan bantuan, itu adalah secara sukarela, tidal diwajibkan ke atas mereka.

Kenyataan ini adalah bagi menjawab dakwaan pimpinan Pakatan Rakyat tidak bersungguh-sungguh nak membantu mangsa banjir di beberapa negeri terjejas, termasuk Kelantan yang dipimpin Pakatan Rakyat.

Nak diikutkan, kalau PAS di Kelantan nak lepas tangan sepenuhnya dalam hal banjir ini pun boleh, tapi seperti yang kita tahu PAS di Kelantan masih cuba membantu (walaupun tidak banyak) dengan memberikan sokongan moral kepada semua mangsa yang terlibat.

Difahamkan kerajaan negeri Kelantan sebenarnya mampu menyewa lebih banyak helikopter dan kapal terbang untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir, tapi disebabkan kekangan dalam undang-undang yang  menyebut urusan menyelamatkan mangsa banjir ini adalah kerja kerajaan persekutuan, maka perkara itu tidak dapat dilaksanakan.

Rabu, 24 Disember 2014

BILA GAMBAR BERBICARA

SIAPAKAH YANG HARUS DIPERTANGGUNGJAWABKAN???

Adakah MPT,JKR,POLIS ATAU PENGGUNA JALAN RAYA

Laluan ini baru sahaja dinaik taraf bersama dengan sebuah jambatan yang merentangi sebatang sungai dalam kawasan kamunting.Tempoh naik taraf jalan ini tidak sampai 1 tahun lagi. Inikah yang dikatakan tahap kerja dalampembinaan jalanraya di malaysia.Sebenarnya kontraktor dalam malaysia adalah yang terbaik tetapi apabila ingin dapat untung lebih, jurutera atau juruteknik dapat habuan inilah rupa atau hasil yang diperolehi oleh rakyat dimana pembinaan jalan ini menggunakan duit rakyat dimana integriti dalam proses naik taraf jalan ini. Sudah 1 minggu berlalu tapi masih belum ada pihak yang bertanggungjawab membaiki kerosakan pada jalan ini, adakah pihak berwajib perlu menunggu kecederaan jiwa berlaku dijalan ini baru mahu bertindak.

Selasa, 23 Disember 2014

Selepas ABIM kini Jakim pula buat hal

Kelmarin dalam program pagi TV Al-Hijrah  dua penyampai program pagi telah menyelar tindakan kerajaan Mesir menahan seorang tokoh agama kontroversi yang sering dikaitkan dengan ketua pembangkang negara kita.

Jika pengacara tv tersebut menyelar kerajaan Mesir ia tidak mengejutkan kerana kita tahu dimana pendirian Mereka.

Kini Pengarah Jakim pula bersuara. Adakah beliau juga penyokong kuat Morsi dan Ikhwanul Muslimin atau Brotherhood of Islam?

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menggesa Polis Antarabangsa (Interpol) menarik balik Notis Merah atau waran tangkap terhadap tokoh ulama Islam Mesir, Dr Yusuf al-Qaradawi.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata terdapat pihak tertentu cuba mengenakan tindakan undang-undang terhadap Yusuf tanpa asas dan siasatan yang merupakan satu penganiayaan terhadap ulama.

Jakim tak payah lah nak menyibuk hal ehwal pentadbiran Mesir, banyak tugas dalam negara yang menanti Jakim.

Isnin, 8 Disember 2014

Temu Bual EKSKLUSIF Bersama Ketua Bahagian Reka Bentuk Proton, Azlan Othman

Anwar bercakap apabila hilang kuasa dan pangkat.




Anwar Ibrahim berkata, pangkat dan gelaran bukan sesuatu yang penting kepadanya.

Anwar berkata, Tuhan tidak kisah mengenai kuasa atau kedudukan seseorang.

"Tuhan tidak melihat kepada kuasa. Dia tidak melihat kepada jawatan kita pegang tetapi amalan baik yang kita buat atas nama-Nya," katanya semasa berucap di hadapan sekumpulan penganut Katolik di Church of The Holy Family kelmarin di Kajang.

Menurut laporan, Anwar turut memberikan contoh iaitu individu paling berkuasa di zaman Mesir purba, Firaun dibenci Tuhan walaupun memiliki kuasa, jawatan dan kekayaan.

Khamis lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran 'Datuk Seri' yang diberi kepada Anwar pada 1992 kerana mempersoalkan integriti sultan dan institusi diraja semasa krisis kerusi Menteri Besar Selangor.


NOTA LUTUT,

Anwar bercakap macam taik, busuk dan membusukkan. Anwar adalah manusia paling berkuasa dalam era beliau menjadi menteri kewangan dan Timbalan Perdana Menteri  sekitar tahun 1986 sehingga 1998.  

Allah juga membenci manusia munafik bernama Anwar sebab itulah Allah menghumban beliau ke dalam penjara untuk 15 tahun. 

Anwar yang menolak hukum dan ketentuan Allah menuduh bahawa Tun Mahathir sengaja mengkhianati beliau dengan konspirasi yang direkayasa oleh musuhnya. 

Jika gelaran dan pangkat tidak penting, sila lah serahkan semua pingat kebesaran yang diterimanya dari lebih 9 negeri yang memberikan gelaran Dato Seri. 

Jika pangkat dan gelaran tidak penting sila letak jawatan sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang. 

Jika kuasa tidak penting,  sila berundur dari politik sepertimana yang sering dimomokkan dahulu kononnya akan bersara dan akan menjadi pensyarah di American university.  

Sekian!  

Gambar Anwar Ibrahim yang paling menarik hari ini.





Jumaat, 5 Disember 2014

Majlis Peguam Guna Cara Kuno Untuk Pilih Ahli Jawatankuasa



Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang, Jefree Zain Affendi berkata, sistem yang digunakan untuk pemilihan ahli jawatankuasa majlis peguam baru-baru ini adalah cara kuno yang membuka ruang yang luas untuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Menurut beliau, sistem pemilihan majlis peguam amat diragui dan tidak menepati ciri-ciri ketelusan dan membuka ruang yang luas kepada sebarang kemungkinan penyelewengan untuk berlaku.

“Kertas undi dihantar melalui pos kepada semua ahli-ahli Majlis peguam. Cara begini adalah cara kuno dan membuka ruang yang luas kepada penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa dengan sistem dan proses pemilihan sebegini.

“Malah ramai juga ahli majlis peguam yang langsung tidak ambil peduli dengan kertas balot yang dihantar kepada mereka,” tegas beliau kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas berhubung pemilihan majlis peguam baru-baru ini.

Tambah beliau lagi yang juga seorang peguam, dalam proses pengiraan undi pula, calon-calon hanya ditempatkan dalam satu bilik di mana mereka hanya boleh menyaksikan pengiraan undi hanya melalui kamera litar.

“Mengapa calon-calon yang bertanding tidak boleh menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri pengiraan undi tersebut. Mengapa perlu melalui kamera litar? Sekiranya calon duduk melihat pengiraan undi tersebut saya rasa tidak akan mendatangkan sebarang masalah, sepertimana yang dilakukan oleh SPR.

“Sudah tentu cara ini akan menimbulkan syak wasangka kerana calon-calon tidak dapat menyasikan dengan mata kepala mereka sendiri apa yang berlaku di dalam bilik pengiraan undi itu,” jelas beliau.

Selain itu, Jefree turut mempertikaikan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Peguam di mana sesiapa yang ingin menyaksikan proses pengiraan undi itu perlu menandatangani satu akujanji untuk tidak merekodkan apa-apa perkara berhubung pengiraan undi tersebut.

“Perkara ini tidak termaktub dalam Legal Profesion Act 1976, namun mengapa ia dijadikan satu syarat oleh majlis peguam?

“Apakah yang terlalu sangat dibimbangkan oleh majlis peguam sehinggakan calon tidak dibenarkan untuk melihat sendiri pengiraan undi, dan sekiranya mahu maka satu akujanji perlu ditandatangani?,” soalnya.

Sehubungan itu kata beliau lagi, majlis peguam patut merasa malu apabila mereka selama ini begitu lantang mengkritik dan mempertikai sistem pemilihan SPR di mana jelas hari ini bahawa sistem SPR itu adalah lebih telus dan lebih adil berbanding sistem pemilihan yang dilakukan oleh majlis peguam itu sendiri.

“Bagi saya, sistem dan proses pemilihan majlis peguam itu membuka ruang syak wasangka dan mereka sendiri sebenarnya tidak telus dalam hal ini. Selepas ini saya rasa majlis peguam tidak perlulah sibuk-sibuk mendesak dan mengkritik SPR kerana mereka sendiri sebenarnya tidak layak untuk mengkritik SPR,” ujarnya.-MediaUMNO