Jumaat, 10 April 2015

Jalan Stesen Taiping kembali meriah seperti tahun 70an









Taiping merupakan salah sebuah bandar lama yang tertua di Malaysia. Ia dibuka dengan rasminya oleh British pada tahun 1874, nama asal Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong atau lubang yang mengandungi banyak bijih.

British telah membangun kan Taiping secara terancang dan penuh tipu muslihat. Long Jaafar dan Ngah Ibrahim merupakan orang yang menjumpai bijih dan telah menjadi kaya-raya tetapi akhirnya jadi orang terbuang dan yang berkuasa ialah British dan sekutu Ngee Hin dan Hai San.

Jalan Stesen merupakan jalan yang terdapat bangunan lama seperti Pejabat Tanah, Hospital Taiping, Sekolah King Edward menengah dan rendah,  Sekolah King George menengah dan rendah,  Rumah Rehat Taiping dan yang utama ialah Stesen Keretapi yang pertama yang menghubungi Bandar Taiping dan Port Weld. Tujuan jalan keretapi ini ialah untuk mengangkut bijih timah dari Klian Pauh untuk dibawa balik ke England.

Tahun 60an, 70an dan awal 80an. Sepanjang Jalan Stesen ini meriah dengan gerai makanan dan buah-buahan. Pelanggannya ialah pelawat yang berkunjung ke  hospital,  penumpang kereta api ke Kuala Lumpur dan ke Butterworth.  Keretapi sangat popular ketika itu. Keretapi  ke Kuala Lumpur ialah 11 .00 pagi dan 11.00 malam, ke utara pula pada awal malam dan awal pagi.

Tahun 80an Majlis Perbandaran Taiping telah mengadakan operasi pembersihan dan semua warung dan gerai sepanjang jalan itu diharamkan beroperasi.  Majlis Perbandaran berjaya melakukannya.

Setiap kali musim durian, Jalan Stesen kembali menjadi tumpuan peniaga durian terutama dari Batu Kurau dan Bukit Gantang.

Pagi tadi semasa ke Hospital Taiping terpandang kiri dan kanan jalan, terdapat beberapa buah gerai kembali beroperasi tetapi tidak secara kekal. Paling hebat ialah gerai menjual buah-buahan. Tak tahu lah sejak bila gerai tersebut beroperasi di situ tetapi cara dan kesan-kesannya agak sudah lama, mungkin sewaktu sambutan Tahun Baru Cina.

Bila dilihat lori milik peniaga tersebut ternyata ia bukan orang tempatan tetapi dari Selangor dan Lori tersebut didaftarkan di Kelantan.  Hebat betul, mungkin mereka mendapat kelulusan sementara daripada Majlis Perbandaran Taiping.  begitu juga gerai-gerai yang lain.

Kemungkinan besar dalam tempoh sebulan dua lagi gerai-gerai ini semakin bertambah. Tahniah MPT.

Apa pun dengan kewujudan peniaga gerai ini,  diharapkan  akan dapat memeriahkan lagi bandar di masa akan datang, Taiping kini semakin sunyi sebelah malam. Manakala bandar satelit Kamunting menjadi lebih meriah dan hidup. Banyak gerai dan warung hidup dan kebanyakannya di kuasai oleh orang luar seperti Indonesia dan Thailand bertumpu di Kamunting.

Cuma kita berhati-hati dengan peniaga ini kerana mereka gemar menggunakan bahan-bahan terlarang dalam masakan mereka seperti ubat batuk dan jamu air mancur.  tambahan lagi ialah kebersihan gerai yang boleh dipertikaikan. Mereka juga tidak mendapat suntikan typhoid dari pihak berkuasa.

Pernah satu hari apabila Jabatan Imegresen membuat rondaan, pekerja-pekerja gerai ini lintang pukang lari kerana takut dicekup oleh penguat kuasa.

Untuk makluman juga. kita biasa melihat van Toyota Hiace yang sentiasa memecut laju di lebuh raya PLUS  dengan nombor pendaftaran Thailand. Menurut maklumat yang diperolehi. van tersebut bukan lagi membawa pelancong dari Thailand ke Kuala Lumpur atau  Singapore tetapi mengangkut pekerja-pekerja gerai ini untuk balik memperbaharui Pas Lawatan Terhad yang tamat setiap 3 bulan.

Sekian....