Sabtu, 28 Februari 2015

PENUBUHAN PAS : FAKTA ATAU AUTA?





DARI: JABATAN PENERANGAN PAS PUSAT - DI BAWAH TAJUK:"MENGAPA SAYA DAN ANDA PILIH PAS?"
KENAPA PAS DITUBUHKAN?

Parti Islam Semalaysia atau PAS ditubuhkan secara rasmi pada 21 Zulkaedah 1370 bersamaan dengan 24 November 1951. Penubuhan PAS menempuh satu proses yang panjang sesuai dengan fitrah perjuangan Islam itu sendiri yang terpaksa melalui pelbagai liku-liku dan rintangan. PAS lahir bukan untuk mendapatkan habuan dunia atau kerana kehendak mana-mana individu. la juga bukan lahir kerana kekalahan dalam perebutan beberapa individu dalam perebutan jawatan politik dalam parti. PAS lahir di atas sahutan untuk menyempurnakan arahan Allah SWT tentang perlunya sebuah jemaah yang mempunyai cita-cita untuk menegakkan Islam di atas muka bumi sesuai dengan firmanNya yang bermaksud; "Hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)"(Ali-Imran, 3:104)

SIAPAKAH DI BELAKANG PENUBUHAN PAS?

PAS bukanlah merupakan parti Islam yang pertama ditubuhkan. Tetapi di kalangan para pengkaji dan sarjana, mereka sependapat bahawa PAS merupakan parti Islam yang paling tua dan berpengaruh di negara ini. Sejarah penubuhannya diwarnai dengan pelbagai peristiwa yang menarik. Kontroversi berhubung isu kemerdekaan dan kedudukan orang Melayu telah mendorong persidangan ulama yang ketiga diadakan pada 24 November 1951. Persidangan yang diadakan di bangunan Kelab Melayu Bagan di Butterworth, Privince Wellesley (kini dikenali sebagai Seberang Prai) merupakan lanjutan kepada persidangan ulama kedua yang diadakan di Kuala Lumpur.

DARI MANA PAS MENDAPAT NAMANYA?

Persidangan itu telah dihadiri oleh lebih 200 perwakilan dan pemerhati termasuk 20 orang wanita dari seluruhTanah Melayu dan Singapura.Dalam ucapan dasarnya yang dibacakan oleh Haji Ahmad Maliki, Haji Ahmad Fuad menyatakan betapa sebuah kesatuan ulama atau Parti Islam Tanah Melayu harus ditubuhkan untuk menggabung dan menyatukan ulama serta umat Islam bagi membangunkan agama, ummah dan tanah air. Beberapa nama telah dicadangkan untuk menubuhkan kesatuan Islam ini. Daripada tujuh cadangan yang dikemukakan, akhirnya nama Partai Islam Se-Malaya (PAS) atau Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) telah dipersetujui secara majoriti oleh perwakilan yang hadir dalam persidangan itu.

SIAPA PRESIDEN PAS YANG PERTAMA?

Haji Ahmad Fuad telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama. Beliau merupakan seorang tokoh ulama yang berasal dari Terengganu dan pernah belajar di sekolah agama rakyat Ma'ahad Ehya al-Syarif di Gunung Semanggol. Semasa di sana, Haji Ahmad Fuad Hassan banyak menyumbangkan tulisannya dalam akhbar-akhbar Melayu mengenai kemunduran orang Melayu dan kecetekan pengetahuan agama di kalangan umat Islam. Beliau pernah mencadangkan betapa pentingnya sebuah'kesatuan ulama' atau sebuah 'Parti Islam Tanah Melayu' ditubuhkan bagi menyatukan ulama dan umat Islam untuk membangunkan agama, ummah dan tanah air.

BAGAIMANA PAS BERKEMBANG SEBAGAI ORGANISASI POLITIK?

Sebagai sebuah organisasi politik PAS telah menggariskan empat objektif perjuangan yang utama. Pertama, untuk mewujudkan satu ikatan persaudaraan !slam untuk membentuk satu tenaga koiektif bagi menyelenggarakan semua tuntutan agama Islam dan politik demokrasi. Kedua, menumpukan usaha dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran agama seluruh Tanah Melayu. Ketiga, memelihara dan mempertahankan hak, kepentingan, maruah agama dan umat Islam. Keempat, bekerjasama dengan organisasi-organisasi politik lain yang prinsip dan matlamatnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam untuk mencapai demokrasi, keadilan sosial dan kemanusiaan.

BILA CAWANGAN PERTAMA PAS DITUBUHKAN?

Cawangan PAS yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada 9 Mac 1952 diikuti dengan penubuhan cawangan di Perak pada 10 April 1952 sebelum melebarkan sayapnya ke Perlis pada 2 Mei 1952, Selangor pada 13 Julai 1952 dan Kelantan dua bulan kemudiannya. Sehingga Disember 1952, PAS telah berjaya menubuhkan 16 buah cawangannya di Tanah Melayu dan Singapura. Setahun selepas penubuhannya, PAS mengadakan muktamarnya yang pertama di Madrasah Dairatul Maarif, Kepala Batas, Province Wellesley pada 3 dan 4 Januari 1953. Dalam muktamar itu, Haji Ahmad Fuad dilantik semula sebagai Yang Dipertua PAS.

KENAPA AHMAD FUAD LETAK JAWATAN?

Bagaimanapun menjelang bulan September 1953, Haji Ahmad Fuad meletakkan jawatannya dan menyertai Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar. Pada 28 Februari 1954, Dr. Haji Abbas Alias telah dilantik untuk memangku jawatan Yang Dipertua PAS yang dikosongkan oleh Haji Ahmad Fuad. Tugasnya sebagai doktor perubatan dalam perkhidmatan kerajaan tidak membenarkannya bergiat secara aktif dalam PAS dan politik.Namun begitu, di bawah kepimpinannya PAS telah mengalami beberapa perkembangan yang pesat khususnya di Pantai Timur. Program lawatan ke seluruh negeri Kelantan oleh Othman Abdullah selaku Ketua Pemuda PAS dan Mohd.Asri telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga tertubuhnya cawangan parti di Pasir Mas, Kota Bahru dan Pasir Puteh.

APAKAH SUMBANGAN DR. HAJI ABBAS?

Di bawah kepimpinan Dr. Haji Abbas ibu pejabat PAS telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Meskipun Dr. Haji Abbas tidak dapat berkhidmat sepenuh masa dengan parti tetapi di mana sahaja beliau bertugas, di situlah benih-benih PAS tumbuh. Pada Muktamar PAS ketiga yang diadakan di Madrasah al-Tahzib ad-Diniyyah,Titi Serong, Parit Buntar, Perak pada 12 hingga 14 Ogos 1954, Dr. Haji Abbas telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS.

BILAKAH PAS MULA MENYERTAI PILIHANRAYA?

Selang setahun kemudian, kerajaan Bristish telah mengadakan Pilihan Raya Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955. Pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik diluluskan sehari sebelum penamaan calon diadakan. Pada pilihan raya itu, PAS telah meletakkan calon di 11 kawasan daripada 52 kawasan yang dipertandingan. PAS telah menang satu kerusi Parlimen di Kerian, Perak melalui calonnya, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussain dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Perak di Parit Buntar menerusi Ahmad Kamal.

APAKAH CITA-CITA PAS?

PAS ditubuhkan untuk melaksanakan tuntutan menegakkan amar makruf dan nahyu munkar. Cita-cita ini tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik atau pemerintahan. Dengan mempunyai kuasa politik dan melalui kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan serta menguatkuasakan undang-undang Allah. Hal ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahyu munkar dengan sempurna ketika memegang kuasa di Madinah. Langkah ini wajib diikuti dengan ijmak para sahabat dan ulama yang muktabar. Sebagai sebuah harakah Islamiah, tidak memadai bagi PAS bergantung kepada ceramah dan kuliah semata-mata untuk melaksanakan tuntutan tersebut. la memerlukan kuasa bagi memastikan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

BENARKAH PAS MENCAMPUR-ADUKKAN POLITIK DAN AGAMA?

Adalah menjadi satu kewajiban kepada umat Islam berusaha untuk menegakkan masyarakat Islam yang tunduk kepada undang-undang Allah. Bertitik tolak daripada itu, PAS berusaha meneruskan perjuangan nabi untuk menyebarkan risalah dakwah dengan mengajak dan menyedarkan umat manusia tentang kedudukannya sebagai makhluk Allah serta tanggungjawabnya kepada khaliq. Seruan Pas itu adalah merentasi sempadan keturunan, agama dan batasan geografi sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat. Islam adalah ‘Ad deen’ dan agama yang bersifat sejagat. Jadi, Islam harus diperjuangkan secara menyeluruh dan tidak seharus berlakunya pemisahan di antara agama dan politik.

APAKAH DASAR PERJUANGAN PAS?

Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap merangkumi semua perkara sama ada yang berkaitan dengan ibadah, politik, ekonomi, pendidikan, sosial, akhlak dan sebagainya. PAS memperjuangkan din wa daulah iaitu agama dan negara. PAS menerima konsep Islam secara keseluruhan sebagai satu cara hidup yang syumul bukannya secara tempelan dengan beriman separuh dan menolak yang sebahagian lagi. PAS menerima Islam secara keseluruhannya dan tidak dalam perkara yang berkaitan dengan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata tetapi merangkumi penolakan terhadap judi, zina, rasuah dan sebarang bentuk kemungkaran yang lain.

APAKAH SUMBER RUJUKAN PAS?

Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadis. Risalah Islam yang dibawakan oleh PAS bukan merupakan rekaan para pemimpinnya tetapi adalah berlandaskan kepada apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan doktrin dan ideologi ciptaan manusia. la bersumberkan kepada wahyu Ilahi. Jadi, PAS berjuang dan bertindak berdasarkan kepada apa yang dibenarkan dan terkandung di dalam Islam.

APAKAH MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAS?

Sejak ditubuhkan PAS telah berusaha untuk memartabatkan Is¬lam. PAS sebagai sebuah parti politik dan dakwah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk melihat kemurnian Islam dapat direalisasikan, keadilan Islam dapat dihayati dan kecantikan Islam dapat dipraktikkan di dalam kehidupan umat manusia. Cita-cita dan perjuangan PAS ialah untuk menzahirkan Islam agar ia tidak berada di dalam lipatan sejarah dan kitab feqah atau hanya menjadi perbincangan yang bersifat akademik sahaja.

APAKAH PERKARA INI TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PAS?

Dalam Perlembagaan PAS telah dinyatakan secara jelas mengenai perkara ini. PAS mempunyai tujuan untuk memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-¬hukumnya menuju keredaan Allah. Selain itu, PAS juga ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan kesucian Islam, kemerdekaan dan kedaulatan negara.Tujuan ini telah menjadi asas kepada perjuangan PAS daripada dahulu sehingga kini biarpun kepimpinannya telah bertukar ganti manakala cabaran dan situasi juga sering kali berubah.

SELUAS MANAKAH DIMENSI PERJUANGAN PAS?

PAS merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dimensi perjuangan yang Iuas. Perjuangannya tidak terbatas di dalam politik dan hal-ehwal yang berkaitan dengan sistem kenegaraan tetapi juga di dalam bidang dakwah, kemasyarakatan, kebajikan serta segala aspek kehidupan manusia. Penglibatan dan sumbangan di dalam bidang-bidang yang disebutkan itu merupakan suatu realiti yang tidak dinafikan oleh sesiapa pun.Sejarah tidak pernah membohongi kita tetapi kita yang sering membohongi sejarah.

BENARKAH PERJUANGAN PAS TERBATAS KEPADA ORANG ISLAM SAHAJA?

Asas perjuangan PAS ialah Islam. Oleh itu, Pas membuka pintu perjuangannya kepada semua orang Islam tanpa membataskannya kepada sesuatu kelompok kaum sebagaimana yang disyaratkan oleh sesetengah parti politik.Walaupun PAS adalah didokong oleh orang¬orang Islam tetapi dimentii perjuangannya merangkumi juga mereka yang bukan beragama IsIam.PAS meletakkan Islam pada kedudukan yang paling tinggi sekali dengan mengenepikan perjuangan yang bersifatkan perkauman. PAS mendokong prinsip-prinsip keadilan Islam dengan memastikan hak semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam mendapat pembelaan yang sewajarnya.

BOLEHKAH PAS BEKERJASAMA DENGAN PARTI POLITIK DAN NGO?

PAS merupakan sebuah parti politik yang bersikap terbuka dan berpandangan jauh. PAS bukan merupakan sebuah parti yang mengamalkan dasar perjuangan yang sempit apatah lagi bersifat perkauman. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mana ia tidak bercanggah dengan nilai sejagat dan perjuangan Is¬lam. Sejak ditubuhkan, PAS telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada yang berupa parti politik, gerakan Islam atau pun pertubuhan bukan kerajaan. PAS pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 sebelum mengambil keputusan untuk keluar daripada komponen itu pada tahun 1978.

APAKAH BENTUK PAKATAN LAIN YANG PERNAH DISERTAI PAS?

Kepimpinan PAS pernah mengadakan kerjasama dengan beberapa buah organisasi politik membentuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dan mengadakan persefahaman dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Parti Demokratik Sosialis, Parti Nasionalis Malaysia (NASMA) dan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1986. Kerjasama itu kemudiannya diteruskan di bawah kepimpinan Allaryarham Datuk Haji Fadzil selepas mengambil-alih jawatan Presiden PAS daripada Tuan Haji Yusuf Rawa. Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) telah dibentuk pada tahun 1989 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1990.

APAKAH HASIL DARIPADA KERJASAMA ITU?

Pakatan APU telah menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan. lni membolehkan PAS kembali berkuasa serta mendominasi politik Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990. Pada Pilihan Raya Umum 1999, PAS telah bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), DAP dan PRM dalam Barisan Alternatif (BA). Kerjasama dan pakatan itu telah menamatkan penantian PAS selama 40 tahun untuk memerintah Terengganu. Malahan kerjasama itu juga telah menyaksikan pertambahan bilangan kerusi dan undi popularyang diperolehi oleh PAS di seluruh negara.

APAKAH YANG DIKATAKAN KEPIMPINAN ULAMA?

Kepimpinan ulama sebenarnya sudah bermula sejak awal PAS ditubuhkan. Cumanya istilah kepimpinan ulama hanya digunakan secara meluas pada tahun 1980an apabila berlakunya perubahan tampuk kepimpinan parti kepada golongan pemimpin yang berpendidikan agama. Kalau dahulu ulama sering dilabelkan sebagai tuan guru atau golongan ustaz yang mengajar di pondok, madrasah dan surau. Namun PAS telah mengangkat kedudukan ulama dan membuktikan betapa ulama juga mampu untuk mentadbir dan memerintah negera. Di bawah kepimpinan golongan ulama yang kini diterajui oleh Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, PAS telah muncul sebagai parti kedua terbesar di negara ini selepas UMNO dengan keahlian yang hampir mencecah satu juta orang. Malahan PAS juga menjadi satu-satunya parti di negara ini yang menjadikan Islam sebagai asas perlembagaan, dasar dan matlamat perjuangannya.

KENAPA HARUS SOKONG PAS?

Sementelahan itu, PAS tidak sekadar melibatkan diri dalam hal¬hal yang berkaitan dengan politik dan dakwah tetapi turut menawarkan khidmatnya kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk aktiviti sosial dan kebajikan. PAS sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat bukan Islam bagi memenuhi tuntuhan dakwah serta kegiatan politiknya. Dengan melibatkan diri dalam PAS,seseorang bukan sahaja dapat melibatkan diri dan memberikan sumbangan perjuangan Islam tetapi turut serta dalam pelbagai kegiatan dan program kemasyarakatan yang diadakan. Bagi yang meminati bidang dakwah, mereka boleh menjadikan PAS sebagai wadah perjuangannya. Ini kerana PAS menyediakan gelanggang pergerakan dakwah yang lebih luas sejajar tanpa melakukan pemisahan pada agama dan politik serta persoalan yang melibatkan dunia dan akhirat. Kedua-dua aspek itu diperjuangkan secara bersepadu sesuai dengan kedudukan Islam sebagai ad deen yang lengkap lagi syumul.

APAKAH ASAS PAS MELIBATKAN DIRI DALAM POLITIK PILIHANRAYA?

Penglibatan PAS dalam proses pilihanraya adalah bagi memenuhi tuntutan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.Selain itu, penyertaan PAS di dalam pilihanraya ialah bertujuan untuk menawarkan alternatif dan memberikan kefahaman kepada rakyat negara ini terhadap dasar-dasar perjuangan Islam yang dibawanya. Kehadiran PAS tidak sekadar untuk merancakkan suasana pilihanraya tetapi dengan harapan untuk mencapai kemenangan bagi membuka laluan kepada perlaksanaan pemerintahan Islam. Dengan kata lain, PAS tidak pernah menjadikan kuasa dan jawatan sebagai matlamat perjuangannya tetapi hanya sebagai wasilah serta alat untuk membolehkan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dapat dilaksanakan dalam masyarakat kita. PAS yakin bahawa sistem Islam dapat diterima oleh semua pihak sekira dasar-dasar yang dibawanya difahami dan dihayati dengan fikiran terbuka tanpa melibatkan kepentingan serta permainan emosi yang melampau.

APA ERTINYA MENYERTAI PAS?

PAS merupakan di antara parti yang paling lama bertapak di Ma¬laysia. Sepanjang penubuhannya selama lebih separuh abad, PAS telah berdepan pelbagai krisis dan cabaran di dalam perjuangan. Permasalahan dan liku-liku yang berduri yang dihadapinya adalah satu proses biasa dan merupakan suatu tribulasi di dalam perjuangan Islam. Di sebalik setiap krisis dan perpecahan mengandungi hikmah yang tersembunyi. Krisis yang melanda PAS tidak pernah melemahkan parti dan perjuangannya. Sebaliknya ia menjadikan kedudukan PAS bertambah kuat dan mantap dengan pertambahan bilangan keahlian yang sekarang sudah melebihi 800 ribu orang. Kebanyakan yang menyertai PAS adalah kerana mereka mencintai dan meminati perjuangan Islam serta yakin dengan dasar-dasar yang dibawakan oleh parti. Mereka menyertai PAS sebagai pernyataan sokongan dan mahu bersama-sama memberikan sumbangan mengiku kadar kemampuan untuk memenangkan Islam.

KENAPA ADA AHLI PAS KELUAR PARTI?

Namun dalam mana-mana perjuangan, sering kali wujud beberapa kelompok dan kalangan yang menyertai parti dengan sebab dan niat yang tertentu. Apabila hasrat mereka tidak tercapai, mereka bertindak keluar daripada parti dan menyertai parti lain atau menubuhkan partinya sendiri. Terdapat juga di kalangan mereka yang sudah lama menyertai PAS tetapi meninggalkan parti bila timbul perasaan tidak puas hati. Mereka tidak sahaja meninggalkan parti tetapi bertindak memburuk-burukkan parti yang pernah didokonginya selama berpuluh-puluh tahun. Tindakan golongan berkenaan menunjukkan mereka tidak ada keikhlasan di dalam perjuangan Islam yang menuntut pengorbanan, kesabaran dan kebijaksanaan di dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang. Meninggalkan parti kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan yang sedia ada bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan masalah dan halangan yang lain yang akan menggagalkan perjuangan Islam. Perjuangan perlu diteruskan selama parti tidak terkeluar daripada landasan Islam.

BAGAIMANA PAS MENTARBIAH AHLINYA?

Terdapat juga di kalangan yang menyertai PAS dengan semangat perjuangan Islam yang berkobar-kobar. Mereka begitu fanatik dengan perjuangan dan ada kalanya keterlaluan di dalam tindak ¬tanduk. Namun selang beberapa ketika, semangat mereka menjadi luntur dan kendur begitu sahaja. Semasa mula-mula menyertai PAS mereka begitu aktif tetapi kemudiannya menjadi pasif. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk menjayakan sesuatu perjuangan. la harus dilandasi oleh ilmu pengetahuan dan pemahaman terhadap sejarah serta dasar perjuangan parti. Sebab itu, PAS sentiasa menekankan tentang kepentingan tarbiah dan majlis ilmu sama ada yang berbentuk ceramah, kuliah, forum, diskusi, dialog, seminar, konvensyen dan sebagainya.

BENARKAH PROGRAM PAS HANYA BERCERAMAH SAHAJA?

Ceramah hanya merupakan salah satu program penerangan yang diadakan oleh PAS. la menjadi alat dan wasilah untuk menyampaikan dasar dan sikap perjuangan parti kepada ahli-ahlinya dan masyarakat umum.PAS juga mengadakan berbagai-bagai majlis ilmu bertujuan untuk memberikan kesedaran, kefahaman, keinsafan dan pengetahuan berhubung dengan pelbagai perkara dan isu yang berlaku dalam kehidupan manusia. Majlis ilmu yang diadakan oleh PAS sentiasa menyeru manusia kembali ke jalan Allah di samping mendedahkan berbagai-bagai kepincangan, penyelewengan, kemungkaran, kemaksiatan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu supaya mereka tidak terlibat di dalam perkara¬-perkara yang disebutkan itu. Sebagai alternatifnya, PAS telah mengemukakan jalan penyelesaian mengikut acuan Islam bagi mengatasi segala masalah yang diutarakan itu. Keikhlasan PAS di dalam membangunkan Islam telah terbukti nyata. PAS harus disokong dan didukung bersama-sama oleh semua ahlinya.

KENAPA PAS MENGANJURKAN DERMA JIHAD DALAM CERAMAHNYA?

Dalam setiap ceramah yang diadakan, PAS mengalu-alukan sumbangan dan derma daripada orang ramai. Sebagai sebuah organisasi politik, PAS memerlukan sumber kewangan bagi menggerakkan aktivitinya dan membiayai perjuangan Islamnya. Sumbangan itu penting bagi menggerakkan markas-markas PAS yang terdapat di seluruh negara. Perlu diingatkan bahawa PAS mempunyai markas di peringkat negeri, kawasan dan kadang-kala juga cawangan. Markas itu selain berperanan sebagai pejabat pentadbiran parti, ia juga berfungsi untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk usrah, ceramah dan sebagainya. Sumbangan itu juga digunakan untuk menampung kos operasi markas dan membayar gaji kepada kaki tangan yang menguruskan pejabat.

DI MANA LAGI WANG KUTIPAN ITU DISALURKAN?

Kutipan daripada derma jihad itu turut digunakan untuk membantu umat Islam di Palestin, Bosnia, Rohingya dan terbaru kerajaan Hamas yang sedang ditekan oleh pihak barat serta para sekutunya. Sebahagian daripada kutipan tabung dan derma diqunakan untuk tujuan kebajikan bagi membantu umat Islam yang hidup dalam kemiskinan dan ditimpa oleh musibah seperti mana yang berlaku kepada penduduk Acheh dan Kashmir baru-baru ini. Bantuan yang disalurkan oleh PAS adalah tidak mengenal batasan sempadan dan keturunan tetapi dilakukan atas dasar tuntutan ajaran Islam dan nilai kemanusiaan.

APAKAH PAS TERLIBAT DALAM KERJA-KERJA AMAL DAN KEBAJIKAN?

Walaupun PAS dikenali sebagai sebuah parti politik tetapi pada hakikatnya PAS juga merupakan sebuah gerakan dakwah yang turut melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Penglibatan PAS dalam kerja-kerja amal dan kebajikan dapat dilihat dalam pelbagai program yang dilaksanakan seperti sukaneka, khidmat perubatan, kaunseling, ziarah, gotong-royong, membantu mangsa kebakaran dan banjir, membela golongan setinggan, memperjuangkan nasib para tahanan ISA dan keluarganya, menjadi juru bicara kepada golongan tertindas dan banyak lagi. PAS turut bersikap prihatin di dalam hal-hal yang berkaitan keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang melanda golongan remaja. Berbagai-bagai seminar telah diadakan bertujuan untuk membincangkan dan mengemukakan penyelesaian terhadap masalah kemerosotan akhlak yang dihadapi golongan yang terbabit.Wakil rakyat PAS juga acap kali membangkitkan isu-isu yang berkaitan di dalam Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN). Semua itu dilakukan atas dasar tanggungjawab sosial sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang mendukung nilai-nilai luhur dalam kehidupan lain.

APAKAH KEGIATAN PAS DALAM BIDANG PENDIDIKAN?

PAS tidak pernah mengabaikan aspek pendidikan di dalam perjuangannya. Pendidikan bukan sahaja penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu tetapi pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan negara. Hubungan di antara sekolah agama rakyat (SAR) dan PAS amat sinonim sekali. Selain terlibat secara langsung dalam penubuhan SAR, PAS juga menubuhkan pelbagai institusi pendidikan di peringkat pra sekolah sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT). PAS mempunyai 7, 000 pusat pendidikan pra sekolah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam atau singkatannya, PASTI di seluruh negara. Di Kedah khasnya, PAS mendukung penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SERIDU),Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SEMIDU) dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Di Kelantan pula di mana parti PAS memerintah, sekolah agama telah dimartabatkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK). Sekolah-sekolah agama seumpama ini juga terdapat di negeri -negeri lain.

BAGAIMANA PULA DENGAN SUMBANGAN PAS DIPERINGKAT ANTARABANGSA?

Penglibatan PAS di dalam memperjuangkan isu-isu di peringkat global telah mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada pelbagai pihak. PAS secara konsisten telah memperjuangkan isu yang menyentuh nasib dan kepentingan umat Islam khususnya di Palestin. Hubungan PAS dengan pelbagai pertubuhan Islam dan gerakan dakwah di negara-negara telah terjalin dengan baik. Sebagai buktinya, PAS sering kali dijemput hadir dan mengambil bahagian di dalam perhimpunan, persidangan dan pertemuan yang diadakan oleh kerajaan dan pertubuhan Islam diTimurTengah, Afrika, Amerika Syarikat, Australia (AS) dan Eropah. PAS sendiri pernah menganjurkan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 9 September 1988 di Masjid Rusila, Marang, Terengganu. ljtimak itu telah berjaya menghimpunkan puluhan pemimpin gerakan Islam dari pelbagai negara. PAS juga pernah menghantar dua wakilnya untuk misi damai ke negara yang berkrisis di negara Arab. Undangan itu dibuat oleh Majlis Gerakan Islam Sedunia dan pemilihan PAS dilakukan atas kedudukannya sebagai jemaah yang mewakili umat Islam di Malay¬sia dan rantau Asia Tenggara.

APAKAH LANDASAN TERBAIK UNTUK MENYERTAI PAS?

Penyertaan dalam PAS harus dibuat dengan kesedaran dan komitmen untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Jika tidak, penyertaan mereka di dalam PAS mungkin tidak dapat bertahan kerana dalam perjuangan Islam terdapat banyak ujian dan dugaan yang perlu dihadapinya sama ada dalam bentuk tekanan ekonomi, politik atau penahanan tanpa bicara. Mereka yang menyertai PAS kerana pemimpin tertentu, mengikut arus gelombang dan tiupan angin perubahan pasti akan kecewa apabila perjuangan yang disertai tidak membuahkan hasil seperti mana yang diharapkannya. Begitu juga dengan mereka yang menyertai PAS kerana jawatan, kedudukan atau kerana mahu menonjolkan diri akhirnya akan bertindak meninggalkan parti setelah segala usahanya tidak mendatangkan kejayaan. Mereka yang menyertai PAS kerana ajakan kawan dan mengikut orang lain juga lambat-laun akan mengambil tindakan yang serupa.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENYERTAI PAS?

PAS adalah parti siasah dan gerakan dakwah yang mempunyai perlembagaan. Mereka yang menyertai PAS harus mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Di dalam parti, ahli-¬ahli mempunyai saluran untuk menyuarakan pandangan dan memberikan pendapat malahan melahirkan kritikan. Semua itu harus dibuat secara syura dan musyawarah yang menjadi pegangan parti PAS. Justeru itu, semua ahli PAS harus memiliki fikrah perjuangan yang sama dan berkongsi matlamat perjuangan Islam yang satu. Mencampur-baurkan perjuangan Islam dengan kepentingan peribadi dan duniawi akhirnya akan menyebabkan seseorang terlontar jauh daripada landasan yang digariskan oleh al-Quran dan as-sunnah.

APAKAH TUNTUTAN DAN KOMITMEN SEBAGAI AHLI PAS?

Penyertaan dalam PAS menuntut seseorang memberikan seluruh komitmen, tenaga dan jiwa raganya untuk menjayakan perjuangan Islam. Orang yang berjuang harus mempunyai nawaitu yang betul, keikhlasan dan kesungguhan untuk berkhidmat untuk agama dan ummah. Semua itu harus dilakukan dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah. Setiap sumbangann yang diberikan kepada perjuangan Islam mempunyai nilaian dan pahala. Kalau ia dilakukan dengan niat yang betul maka ia akan menjadi satu ibadah. Kalau ia dilakukan dengan nawaitu yang songsang, yang bakal menantinya ialah padah dan musibah.Setiap muslim wajib menyertai perjuangan Islam dan dalam konteks negara kita, parti yang mempunyai perlembagaan Islam ialah PAS. Jadi, tidak ada sebab kenapa orang Islam menolak daripada menyertai PAS. Mereka harus bersama-sama dengan PAS dan mengajak saudara selslam mereka untuk turut serta untuk sama-sama melaksanakan Islam secara syumul dalam seluruh ruang kehidupan tanpa sebarang pengecualian.

KESIMPULAN

Setiap umat Islam harus mempunyai cita-cita walaupun sedikit untuk menegakkan Islam. Mereka juga mempunyai kewajipan untuk menyampaikan Islam meskipun dengan sepatah perkataan. Kalau mereka tidak mampu sampaikan melalui tangan atau perbuatan, mereka boleh melakukannya melalui perkataan atau lisan. Jikalau masih tidak mampu maka mereka sekurang-kurangnya perlu mendoakan di dalam hati. Berdasarkan kepada cita-cita tersebut, PAS ditubuhkan sebagai wadah dan wasilah untuk umat Islam menzahirkan cita-cita tersebut dalam bentuk yang nyata. Oleh itu, tidak ada alasan kenapa umat Islam tidak boleh merealisasikan cita¬cita tersebut dalam sebuah negara yang berbagai kaum dan agama ini apatah lagi bagi bilangan orang Islam yang majoriti. Umat Islam mempunyai ruang yang seluas-luasnya untuk melibatkan diri dalam parti PAS. Mereka boleh membantu Islam dengan membantu PAS. PAS adalah parti Islam, matlamatnya Islam, pendokongnya orang Is¬lam dan asas perjuangan.

Isnin, 23 Februari 2015

Rakaman Suara Cubaan Mat Sabu Menjatuhkan Hadi Awang- Part 1

Selepas kubur Ibrahim Libya dan Mat Indera kini kubur Nik Aziz menjadi tumpuan



Selepas seminggu kematian Nik Aziz, kuburnya menjadi tumpuan penyokong dan ahli Pas seluruh negara. Begitu lah hebatnya kesetiaan dan penghormatan yang diberikan kepada arwah. Satu sikap yang harus dipuji kepada orang Pas atau pun mereka yang kini berada dalam Pasma.

Dahulu dalam kes Memali yang berlaku pada 19 November 1985, kubur Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya juga menjadi tumpuan pengikut Pas seluruh negara. Kubur tersebut dilabelkan sebagai kubur syuhada yang mati syahid  dan kuburnya sentiasa berbau harum dan wangi sepanjang masa.

Begitu juga dengan kubur Mat Indera yang dijatuhkan hukuman gantung oleh kerajaan British di Taiping kerana menyerang dan membunuh 21 orang di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 jugs menjadi tumpuan ahli Pas seluruh negara.

Ianya kerana Mat Indera dikatakan sebagai pejuang Islam oleh Mat Sabu dan mempunyai karamah, Menurut calon Pas untuk Adun Selama Akmar Kamarudin menyatakan kubur Mat Indera sentiasa berbau harum dan wangi.

Kubur harum dan wangi menjadi akronim Pas yang berjaya menipu pengikutnya. Ustaz Omar Khalid orang kanan Nik Aziz mengakui beliau lah yang menyiram air mawar dan bau-bauan agar menjadi tumpuan pengikut mereka. Begitu juga dengan kubur Mat Indera, Akmar Kamarudin juga membohongi pengikutnya kononnya sentiasa harum.

Tuhan maka kaya, akhirnya pembohongan kubur Ibrahim Libya yang dikatakan syahid hanya wangi kerana siraman air mawar setiap hari oleh Omar Khalid,  manakala kubur Mat Indera hanya rekaan Akmar Kamarudin yang juga merupakan menantu kepada Hadi Awang.

Setelah pembohongan Mat Sabu dan Akmar dibongkar kini kubur Mat Indera menjadi sepi dan papan tanda yang dibuat oleh Pas Kawasan Batu Wilayah Persekutuan pun sudah tiada. Mat Sabu dan Akmar sehingga ke hari ini malu besar dan tidak lagi mahu membicarakan perjuangan dan kubur tersebut..

Hari ini genap 65 tahun peristiwa serangan Mat Indera dan komunis terhadap balai polis tersebut




Selasa, 17 Februari 2015

G. Palanivel perlu berundur daripada Mic secara terhormat



Kemelut parti politik MIC semakin parah. Ini berikutan tindakan Presidennya Datuk Seri G. Palanivel  semakin menunjuk sifat bongkak dan keras kepala.

Kelmarin beliau sepatutnya hadir untuk berbincang dengan  Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak tetapi enggan hadir dengan alasan isteri sakit.

Tindakan beliau menghantar wakilnya adalah satu tindakan berbentuk penghinaan kepada Najib yang menjadi Pengerusi BN.

Sebelum menjadi Presiden Mic beliau sanggup mengejar kemana sahaja perdana menteri berada, termasuklah zaman Pak Lah lagi.  Sewaktu kerusi Parlimen Hulu Selangot kosong berikutan kematian MP dari parti PKR, Palanivel awal-awal cuba melobi untuk menjadi calon.

2013 sewaktu musim pemilihan parti Mic sekali lagi beliau sanggup mengejar Najib ke sana sini untuk minta pertolongan bagi mengadakan rundingan damai bagi mengekalkan beliau sebagai presiden parti

Hujung bulan Januari lepas Datuk M. Saravanan dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan tanpa merujuk keputusan MT parti.  G. Palanivel seakan-akan Anwar Ibrahim semasa dalam Umno yang kerap memecat sesiapa sahaja yang cuba melawan beliau tanpa merujuk badan disiplin atau majlis tertinggi.

Datuk M. Saravanan dilucutkan jawatannya kerana beliau lantang bersuara, begitu juga dengan Datuk S. Sothianathan dari Negeri Sembilan turut menjadi mangsa pemecatan oleh Palanivel.

Tak cukup dengan  2 nama besar Mic yang dipecat, Palanivel juga memecat bekas setiausaha agung parti yang beliau pilih dan lantik pada 2013 iaitu Ramanan.

Paling melucukan ialah selain tidak hadir pertemuan dengan Perdana Menteri, Palanivel engkar arahan ROS dan mengugut untuk mengheret pendaftar pertubuhan ke mahkamah. Tidak kah itu sesuatu yang melucukan.

Datuk Seri Palanivel Govindasamy atau lebih dikenali sebagai G. Palanivel' atau 'Palani' adalah seorang ahli politik dan Presiden Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen Barisan Nasional di Malaysia. Beliau kini memegang jawatan Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 16 Mei 2013.

Beliau pernah 4 kali memenangi kerusi parlimen Hulu Selangor sebelum tewas pada tahun 2008. Semasa kematian ahli parlimen Pkr, beliau awal-awal lagi menaikkan banner untuk melobi kerusi tersebut namun P. Kamalanathan menjadi pilihan.

Parti Mic memerlukan kepimpinan orang muda, Palani adalah seangkatan dan sekutu Samy Vellu dan ternyata sudah ditolak oleh golongan muda. Palani sepatutnya sudah bersara dari politik sejak kekalahannya di Hulu Selangor pada 2008 lagi.

Palani wajar akur kehendak ROS yang mahukan Mic mengadakan pemilihan semula jawatan dalam Jawatan kuasa Kerja Pusat (CWC) dan tiga jawatan naib presiden.

Kepentingan politik parti adalah lebih penting daripada politik diri sendiri dan beliau harus tutup mulut, akur dengan nasihat Najib, akur dengan arahan ROS dan kepentingan kaum India.  

Bala akan menimpa Selangor jika KIDEX tidak dibuat

Kelmarin Azmin telah membatalkan projek Lebuh raya Kinrara-Damansara sepanjang 14.9km. Menurut Azmin pembatalan itu adalah kerana Kidex gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Begitu mudah buat Azmin membatalkannya dengan alasan gagal mematuhi syarat, tetapi projek Datum Jelatek yang terang-terangan mendapat bantahan penduduk TETAP AKAN DILAKSANAKAN

Dahulu apabila kerajaan membina NKVE puak-puak haram jadah pembangkang juga yang membantah projek tersebut tetapi kini mereka juga yang menggunakannya. Tak cukup dengan itu habis tanah di kiri kanan NKVE dijadikan projek perumahan. Ini lah perangai firaun puak-puak pembangkang.

Membatalkan projek Kidex bererti Lembah Kelang akan terus mengalami kesesakan jalan raya kerana hasil kajian dan unjuran menyatakan pada tahun 2018 dianggarkan 11 ribu lori pengangkut akan menggunakan Kidex setiap hari sebagai laluan alternatif bagi mereka yang hari  ini menggunakan LDP dan Lebuh raya Persekutuan.



Hebat banduan bernama Anwar

Anwar hari ini muncul dalam satu perbicaraan di mahkamah Jalan Duta. Kemunculannya menimbulkan persoalan media dan orang awam.

Anwar muncul sebagai orang awam, bukan sebagai banduan. Apakah SOP Jabatan Penjara yang berada dalam KDN sudah berubah?

Harap dapat penjelasan daripada pihak berkenaan.

Gambar di bawah menunjukan banduan berpakaian suit mungkin Brioni dan memegang Iphone (pix facebook)


SEGAK BERGAYA SEORANG BANDUAN 

Isnin, 16 Februari 2015

Isu lempar bungkusan mengandungi daging babi di Masjid Telaga Air Selesai

BERKASUT DALAM RUANGAN SOLAT

SELESAI DENGAN WANG
BUTTERWORTH 7 Feb - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, di sini. 
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan memberitahu Bernama lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek kepada polis.Sementara itu, Setiausaha Masjid Telaga Air Ahmad Taufiq Saedon berkata lelaki itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal. 
"Ketika kejadian lelaki itu membaling bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu," katanya. 
Imam Dua Masjid Telaga Air Mohd Asri Harun pula berkata kejadian dilempar bungkusan berisi daging babi awal pagi ini bukan pertama kali berlaku. 
Beliau berkata dalam beberapa kejadian sebelum ini, pihaknya telah membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan individu yang terbabit. 
"Kami turut membuat majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk memohon doa dengan harapan perkara itu tidak lagi berulang. Perbuatan seumpama itu juga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang datang untuk bersolat malah ada yang berasa was-was," katanya.

Tahniah Pas dan Dap kerana berjaya menyelesai dan berdamai, janji fulus masyuk! DAP MASUK KAWASAN SOLAT BERKASUT PUN TAK APA......sebab tu lah Dap berani baling daging babi.
Ini cerita 2011

Obama pun buka kasut ini Dap biadap


Obama pun buka kasut


Sabtu, 14 Februari 2015

PAS lawan PASMA, sudah sampai tahap pecah kepala

Kontroversi antara Pas dan Pasma mula mencapai tahap Cipan dan Gaban. Beberapa hari lalu satu bantahan telah dibuat oleh Pas Pahang menentang kewujudan Pasma. Berikutan itu beberapa nama pemimpin Pasma yang dikenal pasti sebagai orang kuat Pas telah menerima hadiah istimewa.

Menurut laporan ada pemimpin yang di belasah atau dipukul. Tak cukup dengan itu kereta milik pemimpin Pasma juga dibakar.

Hebat sungguh krisis Pas hari ini.

Kalau diikutkan tidak ada apa masalahnya dengan Pasma. Mereka hanya NGO bawah Pas sama seperti Jim. Ikram dan lain-lain NGO dibawah seliaan dan pemantauan  Pas.

Kehadiran Pasma akan menambahkan kemeriahan Pas cuma ada segelintir umat Pas yang menentang Pasma. Agaknya jika mereka yang menentang Pasma rasa kecewa sebab mereka tidak dijemput menyertainya.

Golongan Pasma kini dipanggil sebagai JEBON.

Tak rasa pelik kah?

Pasma dikuasai oleh beberapa tokoh hebat seperti jurutera, doktor perubatan, doktor falsafah dan pelbagai lagi tokoh-tokoh hebat.

Ini kereta salah seorang orang kuat Pasma yang menerima tamparan hebat sehingga sanggup membakar kereta mewah milik individu tersebut