Jumaat, 27 Mac 2015

Apa motif wanita ini membeli petrol dalam jumlah yang banyak?





Seorang wanita bertudung telah menimbulkan persoalan kepada pengguna kenderaan lain yang mahu mengisi bahan api petrol pagi ini di stesen petrol Caltex Batu Gajah Perak pada pam nombor 6 yang paling hujung.

Lagaknya agak takut-takut dan sentiasa terjengah-jengah ke arah kaunter takut diperhatikan oleh pihak stesen tersebut, beliau nampak kalut dan mahu cepat beredar.

Beliau mengisi ke dalam 3 tangki plastik dan mengisi ke dalam kereta sebelum meter mencecah RM 150 sebelum beredar.

Hairan juga kenapa pihak kaunter boleh meluluskan penjualan untuk sebuah kereta Proton saga biasa dengan jumlah RM150.00?

Seandainya pemandu itu membawa kereta Daimler 6.0, Ferrari atau Lamborghini tidaklah menjadi masalah kepada kaunter untuk meluluskan penjualan sejumlah itu.

Apakah pekerja stesen minyak Caltex di Batu Gajah itu mempunyai hubungan rapat dengan pembeli?

Persoalan seterusnya apakah tujuan pembelian tersebut?

Adakah untuk jualan runcit di kedai kampung?

Adakah untuk dikumpul dalam stor untuk dihantar ke Thailand, kerana harga petrol di negara itu masih lagi mahal berbanding dengan negara kita.

Di pekan Danok sememangnya tidak ada sebuah pun stesen minyak yang menjual bahan api petrol, diesel  dan NGV.

Oleh itu penduduk sebelah Thailand akan masuk ke sebelah Bukit Kayu Hitam untuk membeli bahan api dalam jumlah yang banyak di stesen BP, Shell dan Petronas untuk tujuan penggunaan dan jualan runcit di sebelah Danok.

Diharapkan pihak KPDNKK PERAK dapat menyiasat isu wanita bertudung ini yang yang membeli petrol dalam jumlah yang besar di Caltex Batu Gajah.

Khamis, 26 Mac 2015

Respon Kepada Video Aisyah Tajuddin Permain Perlaksanaan Hudud di Kelantan



Respon saya terhadap "VIDEO SEORANG WANITA" mengkritik dan memperlekehkan isu perlaksanaan hudud di Kelantan yang tersebar di media sosial:

Islam adalah agama yang menyeru kepada keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi. Saya setuju keprihatinan saudari soal ekonomi, kebajikan, pentadbiran, gejala sosial dan lain-lain. Namun, adakah ia mengharuskan saudari membuat sindiran bagi pihak yang inginkan hudud? Seperti mana saya tidak bersetuju sekiranya ada pihak menyindir saudari kerana menyuarakan perkara-perkara di atas, saya juga tidak bersetuju gaya sindiran saudari ke atas mereka yang inginkan perlaksanaan hudud. Maka, harapan mereka (hudud) dan harapan saudari (ekonomi, pentadbiran dan lain-lain) sewajarnya saling melengkapi.

Yang membezakan antara pendirian saudari dan pendirian Kerajaan Kelantan hanyalah isu "PRIORITY" / KEUTAMAAN. Apa yang saya faham dari "statement" saudari, saudari meletakkan keutamaan pada isu-isu ekonomi, gejala sosial, pentadiran dan lain-lain. Namun, adakah saudari yakin bahawa Kerajaan Kelantan mengenepikan hal-hal yang saudari sebutkan kerana semata-mata ingin melaksanakn hudud? Sememangnya Islam tidak meletakkan HUDUD sebagai perkara yang PALING UTAMA. Namun, adakah mengharuskan mana-mana pihak untuk meng"hentam" kerajaan Kelantan atas usaha mereka?

Dan pada masa yang sama, kerajaan Kelantan juga harus menerima teguran-teguran positif yang berkait rapat soal ekonomi, sosial dan lain-lain. Keprihatinan umat Islam seluruh negara perlu diambil kira kerana ia akan membantu mengimbangi kestabilan duniawi dan ukhrawi di Kelantan.

Soal aurat walaupun ianya merupakan isu peribadi, saya berpendapat, tidak wajar saudari permainkan (seperti mana diawal video). Hukum aurat sangat jelas. Aurat bukan perlu dijaga di Kelantan sahaja. Bahkan sebagai muslim dan muslimah kita wajib menutup aurat. Dan sikap kerajaan kelantan yang melaksanakan kempen menutup aurat itu satu usaha yang sangat mulia. Dan apa kaitannya isu "aurat" dan "hudud"?

Walaupun secara peribadinya saya masih gusar tentang, kaedah perlaksanaan hudud di Kelantan, namun sebagai muslim sudah tentu saya tertunggu-tunggu untuk melihat kebaikan yang akan terhasil dari perlaksanaannya, mudah-mudahan, insyaAllah. Sebenarnya, perlu difahami, KPI hudud bukanlah diukur pada "OUTCOME"nya semata-mata; yakni berapa ramai jumlah yang "dipotong" tangannya, sebaliknya ia bergantung kepada keberhasilannya; yakni suasana yang aman, tenteram, kurangnya jenayah, peningkatan kesedaran, hak-hak manusia terjaga serta tuntutan maqasid syariah terpelihara.

Jadi, mohon semua pihak membantu Kerajaan Kelantan utk merealiasasikan perlaksanaan hudud, bukan mengugut dan mengutuk. Semoga ia dapat menjadi contoh bagi negeri-negeri lain. Ini bukan soal "siapa cepat dia menang", ini soal kemaslahatan umum yang perlu dinilai secara holistik.

Kepada kerajaan pusat dan ahli-ahli parlimen muslim; walaupun ada kekangan perlembagaan dan sistem perundangan negara, jangan kita politikkan isu hudud kerana ia memberi imej yang buruk kepada AGAMA.

Mohon "COMMITTEE BEBAS" yang ditubuhkan tahun lalu utk berbincang soal perlaksanaan hudud di Malaysia, BERSUARA. Pandangan kalian dalam isu hudud ini harus diketengahkan supaya masyarakat awam faham dan tidak dipengaruhi oleh sebarang sentimen politik murahan. Jangan biarkan rakyat menghukum sewenang-wenangnya kerajaan mahupun pembangkang dakam isu perlaksanaan hudud dalam negara. Bantu rakyat untuk mendapat penjelasan yang tuntas.

Wallaahualam.

Dr. Fathul Bari Mat Jahya
29 Jamadilakhir 1436 bersamaan 20 Mac 2015

Jawatankuasa Teknikal Pusat Digesa Mendepani Isu Hudud

Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (ILMU), Dr Fathul Bari Mat Jahya menggesa agar pihak Jawatankuasa Teknikal Pusat berhubung pelaksanaan hukum Hudud atau undang-undang jenayah Syariah tampil memberi penjelasan secara terperinci mengenai pelaksanaan hukum tersebut dan bukannya hanya berdiam diri.

Menurutnya, ini penting dalam memastikan pihak yang tidak berkepentingan dan mempunyai kepakaran dalam perlembagaan serta undang-undang termasuk ahli politik tidak mempolitikkan isu tersebut sehingga memberikan gambaran salah mengenai pelaksanaannya.

Jelasnya, sebagai sebuah negara Islam, hudud merupakan hukum Allah yang perlu dipatuhi oleh seluruh umat Islam tetapi pelaksanaan hukum tersebut perlu diperincikan dengan lebih sistematik berdasarkan keadaan semasa dan sosioekonomi sesebuah negara.

“Saya mahu supaya perkara ini (hudud) diperjelaskan oleh ahli jawatankuasa teknikal bebas dan tidak dipolitikkan.

“Kalau ahli jawatankuasa ini tidak bercakap dan biarkan ahli politik yang bersuara, akhirnya ia akan berbalik kepada kepentingan politik pihak tertentu sahaja.

“Jadi, sama ada pihak tersebut adalah UMNO atau PAS, tolong diam semua!.

"Nak buat ikut prosedur dan jawatankuasa ini tolong bersuara untuk memberi penjelasan yang lebih tuntas dengan memanggil mereka yang pakar,” katanya kepada Malaysian Digest, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini yang menyatakan hukum hudud sukar untuk dilaksanakan di negara ini dan pihak yang membincangkan perkara tersebut disifatkan sebagai bodoh.

Mengulas mengenai perkara itu lagi, Fathul Bari yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, pandangan yang dilontarkan Nazri adalah berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini sebagai bekas pengamal undang-undang yang berpengalaman menguruskan isu-isu di Parlimen dan hal ehwal undang-undang.

Jelas Fathul Bari lagi, pandangan Nazri juga tidak memberi gambaran terhadap pendirian UMNO bahawa parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan di negeri tersebut.

Sebaliknya, Fathul Bari menyatakan apa yang perlu diberi perhatian sekarang adalah beberapa kekangan yang wujud berhubung pelaksanaan hukum itu yang mana ia perlu disemak dan diteliti semula oleh pakar-pakar perundangan perlembagaan.

“Walaupun hanya akan mengubah dua akta dalam perlembagaan, tetapi ia sebenarnya akan membawa kepada perubahan sistem secara keseluruhannya.

“Jadi, berdasarkan kekangan tersebut bukan bermaksud kita (UMNO) tidak mahu buat, tetapi kita bimbang sekiranya kekangan ini akan membuat masyarakat melihat kaedah pelaksanaan hukum hudud itu sebagai tidak adil.

“Hudud tiada masalah, kerana hukum hudud adalah hukum Allah yang terbaik. Cuma, kekangan yang ada dari sudut pelaksanaan dan persediaannya perlu diperkemaskan.

“Sekiranya keberhasilan untuk melaksanakan hukum hudud berjaya mendapat sokongan Ahli Parlimen tetapi tidak menampakkan keadilan, kestabilan dan keamanan dalam Islam, kita bimbang kelak memberi imej buruk kepada agama Islam,” jelasnya.

Susulan itu, Fathul Bari sekali lagi mengulangi pendiriannya agar ahli jawatankuasa teknikal bebas bersama-sama pakar dalam bidang berkaitan menjelaskan kembali mengenai hukum ini sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

“Termasuk merujuk dan menyemak semula surat yang pernah dihantar Tun Mahathir kepada Allahyarham Nik Aziz suatu ketika dahulu yang mana beliau merujuk kepada pandangan pakar perlembagaan, Professor Dr Ahmad Ibrahim.

“Mereka perlu buat analisa semula bagaimana ingin merungkai kekangan yang ada ini dan bagi peluang kepada rakyat untuk memahami secara mendalam sebelum (hudud) dilaksanakan,” katanya.

Isnin, 23 Mac 2015

Tahniah Pemuda UMNO Bahagian Taiping

Setiap kali banyak program dijalankan oleh KP umno bahagian taiping mendapat sambutan kalau tak percaya cuba tengok facebook setiausaha pemuda bahagian. Hampir setiap program KP ada gambar dari menyampaikan  sumbangan YBU hingga menonton bola big screen dan pelbagai program mendekati rakyat dan masyarakat.

Dan ini juga maklumat yang baru diterima

Laporan Keahlian baru Pemuda setakat 14/03/2015 @ 20.00

(BORANG KEAHLIAN BARU PEMUDA SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN PENGERUSI KDP PEMUDA BAHAGIAN)

Kempen #JomDaftarPemuda Perak
(14.02.2015 - 14.03.2015)

Gerik                    : 36 orang

Lenggong             : 307 orang

Larut                    : 142 orang

Parit Buntar         : 56 orang

Bagan Serai         : 48 orang

Bukit Gantang     : 240 orang

Taiping                : 0 orang

Padang Rengas    : 28 Orang

Sungai Siput        : 102 Orang

Tambun               : 229 Orang

Ipoh Timur          : 10 orang

Ipoh Barat          : 7 Orang

Batu Gajah         : 6 orang

Kuala Kangsar    : 120 Orang

Beruas                : 35 orang

Parit                   : 41 orang

Gopeng               : 33 orang

Kampar               : 98 Orang

Tapah                  : 36 orang

Pasir Salak          : 291 orang

Lumut                 : 150 Orang

Bagan Datoh       : 100 orang

Teluk Intan         : 138 orang

Tanjung Malim  : 29 orang

Jumlah 2,282 orang

Pemuda umno bahagian taiping telah mendahului bahagian bahagian lain dalam menarik minat pemuda dalam kempen jom daftar pemuda perak sebanyak 0 borang.

Beribu ribu tahniah di ucapkan.

Rabu, 11 Mac 2015

Penjualan Dadah Di Kamunting

Penjualan dadah di sekitar daerah Taiping dan kawasan berhampiran sangat sukar dibendung. Polis juga sudah banyak kali menangkap penagih, penjual malah pernah beberapa kali menyerbu tempat-tempat memproses najis dadah.  Masalah penjualan dadah bukan baru, sejak tahun 70an lagi sudah ramai pengedar dadah yang menamatkan riwayat mereka di tali gantung. Pun begitu sehingga hari ini masalah ini sukar dibendung.

Satu ketika dahulu akhbar pernah membongkar kan kisah kegiatan pengedaran dadah yang begitu licik di Kuala Sepetang dan ia sangat mengejutkan warga tempatan.

Di Kamunting pengedaran dadah menggunakan kereta dan motosikal dan penjualan berlaku begitu pantas. Di Kampung Expo yang mempunyai banyak lorong dan jalan-jalan kecil menjadi pilihan pengedar dan pembeli untuk membuat pertukaran barang.

Sudah banyak kali tangkapan dan serbuan dibuat tetapi masih lagi berlaku, kelmarin Selasa pada jam 6.30 petang Taipingmali berjaya merakam aktiviti mereka menggunakan kamera kecil yang dipasang pada kereta. 

Ia berlaku di Lorong Sekolah 3 Kampung Expo, pengedar ialah seorang lelaki India dan pembeli ialah seorang penagih Melayu yang datangnya dari Kampung Jana. Bagaimana pun penagih berjaya menghilang kan diri di lorong-lorong Kg Jana Sambungan. Berikut ialah beberapa gambar aktiviti pengedaran dadah.










Khamis, 5 Mac 2015

Jahatnya Puak-Puak Ini!

Pemeritahan Negara akan kita turunkan  dengan aman tanpa merosakkan harta benda awam kerana harta benda adalah milik kita bersama.

Perbahasan Elizabeth Wong :

1. Beliau memulakan ucapan dengan menyatakan pemimpin yang menerajui kita pada hari ini jelas tidak menunjukkan beliau berjiwa rakyat. Sebagai contoh P.M. boleh main golf waktu banjir melanda di sebahagian utara dan pantai timur negara.

2. Seterusnya, ada NGO telah mendedahkan nilai handbag Datin Seri Rosmah yang digelar sebagai rambut besar hampir Rm100, 000 lebih.

3. Kemudian, Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat telah masuk ke Negeri Kelantan untuk membantu mangsa banjir dengan membina perumahan. Dimana Najib ketika itu. Tuan Puan boleh berfikir sendiri dimana beliau ketika itu.

4. Selain itu, beliau juga mengajak rakyat untuk menentang kezaliman UMNO Barisan Nasional dan terakhir beliau juga turut mengajak rakyat untuk turun 7 Mac 2015 ini bagi menentang kezaliman serta menunjukkan rasa solidariti terhadap Anwar Ibrahim.

Perbahasan Fahmi Fazil :

1. Beliau menyatakan, beliau kali pertama memberi ucapan, sebelum ini saya bekerja sebagai setiausaha kepada ahli Parlimen Pantai Y.B. NURUL IZZAH.

2. Seterusnya, beliau mengajak hadirin supaya menentang kezaliman UMNO Barisan Nasional.

3. Selain itu, beliau mendengar dan melihat setiap perbicaraan yang dipertahankan oleh Y.B. Sivarasa sewaktu berhujah dalam mahkamah sedikit pun tidak diambil kisah oleh pihak hakim. Beliau berada di dalam mahkamah sebagai penyampai keadaan dalam mahkamah kepada rakan di luar mahkamah.

4. Terakhir, beliau menyeru kepada hadirin supaya mengajak kawan-kawan untuk turun ke SOGO 7 Mac 2015 ini bagi menunjukkan rasa solidariti terhadap Anwar Ibrahim.

Perbahasan Y.B. Sivarasa Rasiah :

1. Beliau menyatakan satu cara untuk keluarkan Anwar Ibrahim adalah dengan menumbangkan Kerajaan barisan nasional.

2. Seterusnya, kes Anwar Ibrahim jelas direka-reka oleh  pihak kerajaan. Ini  adalah konspirasi politik.

3. Kemudian, Institusi kehakiman dipengaruhi oleh politik. Masalah ini kita tidak boleh selesai di peringkat mahkamah.

4. Selain itu, UMNO takut dengan Anwar Ibrahim dengan meletakkan beliau ke dalam penjara. Kalau Anwar Ibrahim terus bebas UMNO akan hancur.

5. Tujuan utama Pakatan Rakyat adalah ingin tumbangkan UMNO Barisan Nasional.

6. Anwar Ibrahim adalah Satu Simbol, Satu ILHAM kepada kita untuk meneruskan perjuangan rakyat.

7. Institusi Kehakiman sudah tidak boleh dipercayai kerana campur tangan politik. Kemudian kita cuba beralih kepada institusi raja dengan menghantar petisyen kepada taunku Agong.

Perbahasan Y.B. Rafizi Ramli :

1. Beliau menyatakan dalam Al Quran ada ayat yang menyatakan kalau menuduh seseorang berzina kena bawa 4 orang saksi.

2. Mana perginya ISMA? PERKASA? NGO? UMNO? yang kononnya mempertahankan AGAMA. Kenapa berdiam diri seribu bahasa berkenaan KEBENARAN.

3. Seterusnya, tuan puan dengar tv3 dan media arus kerajaan yang lain berkenaan Anwar Ibrahim tidak bersumpah. Saya nak jelaskan bersumpah jelas bukan dalam perundangan Islam. Sumpah ini perlukan syarat-syarat. Jenis manusia yang suka bersumpah ini jenis manusia yang LAHANAT. Sumpah ini dikaitkan dengan Saiful Bukhari yang takut sampai bersumpah di depan kaabah.

4. Kemudian, orang UMNO sibuk dok tanya kenapa Anwar tak bawa saksi ALIBI. Saya nak beritahu dalam sistem Perundangan Islam dan Perundangan Sivil mana-mana negara sekalipun. Orang yang menuduh kena datangkan saksi bukan tertuduh yang perlu bawa saksi. Pihak berkuasa yang menuduh adalah kerajaan, polis dan sebagainya. Tidak ada satu bukti pun yang di bawa oleh pihak pendakwaraya berkenaan saiful bukhari berada dalam kondo. Yang ditunjukkan bukti rakaman sisi tv saiful bukhari dan anwar ibrahim masuk dan keluar lif. Tunjukkanlah saiful berada dalam kondo bukan keluar masuk lif.

5. Selain itu, yang dibuktikan dalam mahkamah adalah DNA bukan Air Mani sebab iti DNA boleh ditanam.

6. Beliau juga menyatakan Ringgit Malaysia makin jatuh. Ahad baru ini Najib dan Rosmah bagi hadiah kepada kita iaitu Minyak Mahal sedangkan harga minyak mentah tidak berubah.

7. Terakhir beliau menyatakan bahawa Jolo seorang budak duduk luar negara kawan kepada rosmah dan najib terlibat dalam Isu 1MDB. Beliau Jolo tiap-tiap malam berjoli dengan duit 1MDB tersebut.

Hebat noooo depa ni............

Ahad, 1 Mac 2015

Daftar Paksa GST Mulai Esok Denda RM15,000 Kepada Syarikat Yang Masih Be...

Kenyataan DS Rosmah Diputarbelit: Ahmad Maslan

YB Datuk Ahmad Maslan menjawab fitnah pembangkang terhadap Datin Seri Rosmah Mansor

Penjelasan GST

Penduduk setempat yang hadir
melimpah sehingga ke luar dewan

Penduduk Kpg Teratai Tambahan menerima geran tanah


Sidang Media


Bertempat di Sekolah Agama Rakyat Larut Tin Taiping Perak, Umno Bahagian Bukit Gantang mengadakan satu majlis penerangan GST, Bajet dan Isu Semasa yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Ahmad Maslan.

Selesai majlis penerangan,  satu sidang media diadakan. Taipingmali telah mengemukakan satu soalan kepada Ahmad Maslan mengenai isu hangat iaitu isu caj rambut Datin Seri Rosmah Mansor.

Datin Seri Rosmah Mansor menyentuh isu caj rambut dalam ucapan pada satu majlis penerangan GST anjuran Bakti dan Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Ahmad Maslan sendiri di Bangunan Sri Hasmah Petaling Jaya pada 23 Februari lalu.

Tulisan berunsur fitnah boleh dibaca dalam portal Malaysiakini, Malaysian Insider dan lain-lain media sosial pembangkang. 

"Saya ada di majlis itu apabila DS Rosmah menyebut 'nak buat rambut pun mereka cuba caj 1200, mahalnya', bukan bermaksud beliau membuat rambut dengan kos 1200 dan Rosmah minta supaya perkara ini diambil perhatian dalam home services charges yang kurang diberi tumpuan dan perhatian oleh kerajaan" ujar Ahmad Maslan.

"Apakah yang dimaksudkan tentang home services charges

"Ia seperti perkhidmatan pemasang paip, pendawaian elektrik, tukang jahit,  fisioterapi dan lain-lain. Perkara ini nampaknya terlepas pandang dan tidak  kelihatan, jadi harganya tidak dikawal dan mereka meletakkan caj sembarangan dan keterlaluan.

"Apa yang disebut oleh Rosmah adalah perkara baik untuk di bincangkan oleh pihak tertentu dan pengetahuan orang ramai. bahawa ada sekumpulan peniaga yang sengaja meletakkan harga tanpa kawalan". Tambah Ahmad Maslan.

"Isu fitnah terhadap Rosmah menjelaskan bahawa sikap pembangkang yang suka memutar belit fakta, kenyataan yang baik pun diputar menjadi tak baik"

Datuk Ahmad Maslan dalam rangka lawatan penerangan ke 14 negeri dan ini adalah negeri Perak adalah negeri ke 10 dan selepas ini ialah beliau akan ke Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dan selesai sebelum 1 April 2015 dan penjelasan dan penerangan akan diteruskan kerana ianya perlu sentiasa sehingga rakyat faham.

Menurut Ahmad Maslan ada tiga sebab kenapa GST (Goods and Services Tax)  tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang,  

"Sebab pertama ialah  kerana cukai hari ini iaitu SST ( Sales and Services Tax) sekarang lebih tinggi berbanding GST.

"Contohnya  cukai 5 peratus cukai SST kesannya akan menjadi 8 peratus terhadap barangan makanan yang telah diproses,  caj cukai 8 peratus itu ialah  SST tetapi GST cuma 6 peratus sahaja, 

"Barangan yang dikenakan SST seperti pakaian, perabut, barangan elektrik rumah kereta 10 peratus apabila sampai kepada pengguna akan menjadi 15 peratus, akan tetapi selepas GST cukai jadi 6 peratus dan termasuk juga cas perkhidmatan 6 peratus hari ini akan kekal 6 peratus sebagai GST.

"Alasan kedua kerana GST mempunyai input tax credit system, maksudnya pembekal, pengeluar pemborong boleh tuntut balik GST yang dikenakan pada barang-barang yang mereka punyai, 

" Dengan kata lain, GST bukan lah kos kepada mereka SST adalah kos kepada mereka oleh itu mereka pindahkan kos itu kepada pengguna. 

"GST bukan kos itu sebab tidak boleh dipindahkan kepada pengguna jadi dengan sendirinya kos kan jadi lebih rendah daripada kos SST dengan sebab kaedah tuntut balik input tax credit system itu dengan cara online 14 hari dan manual 28 hari. 

"Sebab ke 3 ialah banyak barang yang di kecualikan GST seperti barang makanan asas, makanan binatang, sayur-sayuran, minuman, ubat-ubatan dan oleh kerana sifar GST maka jangan jadikan alasan untuk menaikkan harga barang.