Khamis, 30 April 2015

#PRK Permatangpauh: Jagalah dan hormati lah orang lain dalam masyarakat majmuk

Isu membantah salib di gereja Taman Medan sudah pun selesai, punca sebenar bantahan penduduk, kita tak tahu, cumanya ia berkaitan masalah antara penduduk dengan PBT. Mungkin banyak permintaan dan tuntutan penduduk tidak diberi perhatian oleh kerajaan tempatan. Maka meletup lah isu gereja.

YB. Dato Sri Idris Jala dalam temubual di tv1 baru-baru ini menyentuh perkara toleransi dan hormat. Jika semua bangsa dan agama mengamalkan sikap ini maka aman lah tanah air kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Pagi tadi rumah saya telah dikunjungi oleh seorang remaja yang mengedarkan risalah yang tidak sesuai dan tidak kena pada tempat.

Kalau diedarkan ke kawasan bukan melayu ia tidak menjadi masalah,  tetapi budak ini tidak sensitive,  tidak faham bahawa dia berada dalam kawasan perkampungan melayu.

Kepada jawatan kuasa Wat Phrakawi, Kulim Kedah tolong hentikan perbuatan mengedarkan risalah ini ke kawasan melayu.

Jangan sampai kena belasah oleh orang kampung baru nak serik.







Rabu, 29 April 2015

#PRKPermatangpauh: Rakyat Kajang Hadapi Masalah, Dimana Wan Azizah?
















Cukup-cukuplah!

PKR tidak layak menjadi pemerintah.

Sebuah sekolah agama SMKA Maahad Hamidiah hendak dirobohkan, oleh kerajaan Pakatan. 

Beranikah mereka merobohkan sebuah sekolah SRJKC atau SMJKC? untuk membina kondominium?

Bantahan projek kondo mewah 36 tingkat berhadapan Sekolah SMKA Maahad Hamidiah. 
Harapan moga ada jalan penyelesaian terbaik buat sekolah dan buka mengejar pembangunan high density seperti ini semata-mata.
Peramah Persatuan Bekas Pelajar insyaAllah akan main peranan kami membantu. Moga dipermudahlan dan ada tindakan padu nanti.
MPKJ akan kata ini tanah komersil. Kami setuju. Tetapi Tanah komersil juga ada syarat untuk jenis bangunan komersil yang boleh dibina.

Menurut RT MPKJ 2020, perlu rujuk Garis Panduan & Piawaian Negeri Selangor (GP&PNS).
Semakan GP&PNS mendapati Pangsapuri Perkhidmatan tidak mematuhi "Syarat Lokasi PELETAKAN" untuk kawasan Komersil.

OOi Wan Azizah! Apakah engkau bukan wakil rakyat Kajang?

Pas yang ingin mempertahankan Islam dan agama Islam pun sama bangang macam PKR....

https://www.facebook.com/maahadhamidiahkajang

Selasa, 28 April 2015

#PRKPermatangpauh : Guru KAFA bakal nikmati elaun RM1,500 hanya tinggal janji, APA PULA JANJI PKR DI P44?








BERITA SELANGOR




OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 29 NOV 2013

Guru-guru (Kelas Agama Fardhu Ain) KAFA di Selangor bakal menikmati kenaikan elaun baru dari RM1,300 kepada RM1,500 bermula pada tahun hadapan.

Exco Pendidikan , Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang) berkata, pelaksanaan kenaikan itu sebagai salah satu rancangan Kerajaan Negeri memastikan pendapatan guru KAFA di negeri itu melepasi garis kemiskinan di bawah RM1,500 sebulan seperti mana dinyatakan dalam Manifesto Pilihan Raya Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini.

“Memang dalam manifesto kita ada disebut menaikan elaun guru KAFA kepada RM1,500 dan ini sudah dalam proses,” kata Dr Halimah ketika ditemui Selangor Kini di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam.

Dr Halimah berkata, kajian yang dijalankan itu turut melibatkan penambahan masa berkerja guru KAFA dari tiga setengah jam pada masa ini kepada jangka masa yang lebih munasabah.

“Kaedah Kerajaan Selangor sekarang ini, dasar paras kemiskinan RM1,500 adalah kerja sehari tetapi guru KAFA buat masa sekarang kerja tiga setengah jam sehari.

“Jadi kita nak selaraskan supaya guru-guru KAFA layak dan adil kepada pekerja lain yang berkerja selama lapan jam sehari,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini elaun guru agama KAFA di Selangor hanyalah RM738.30 sebelum dinaikan kepada RM1,000 selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008.

Kerajaan Negeri pada Febuari lalu, sekali lagi menaikan elaun guru-guru KAFA kepada jumlah terkini RM1,300 sebulan.

-EZY

#PRKPermatangpauh: Heboh tentang Wan Azizah seorang pelajar terbaik di London


Sekeping gambar dari Ireland memaparkan nama Wan Azizah calon PRK P44 menjadi bahan parti pembangkang Pkr dan Pas untuk memuji Wan Azizah yang lebih baik daripada Datin Sri Rosmah Mansor.

Tidak dapat dinafikan, Wan Azizah adalah seorang pelajar pintar dalam bidang kedoktoran. Wan Azizah juga adalah anak seorang pegawai tinggi kerajaan iaitu Dato Dr Wan Ismail Wan Mahmood  yang bertanggung jawab dalam menjaga keselamatan negara di Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Wan Azizah dikatakan anak angkat Wan Ismail, namun Wan Azizah mengaku bahawa ibunya ialah isteri Wan Ismail iaitu Datin Mariah Haji Khamis.

Tambah Azizah ibunya adalah peranakan Cina sebelah datuk lelaki ayahnya.  (Namun Anwar   sering memanggil Azizah sebagai ikan sepat kering korea)

Wan Azizah lahir di Singapura. Tak tahu lah apa Wan Ismail buat di sana hingga dapat anak. (Wan Azizah)

Azizah mendapat pendidikan awal di St Nicholas Convent School Alor Setar, seterusnya  ke Kolej Tunku Kurshiah sebelum menyambung bidang perubatan di Royal College of Surgeons di Ireland dan mendapat anugerah emas dalam bidang obstetrics dan gynaecology

Kerana faktor keluarga bapa Azizah lah,  membuatkan Anwar mahu berkahwin dengan Azizah dengan harapan satu hari Anwar menjadi orang penting dalam kerajaan.

Wan Ibrahim tahu perangai buruk Anwar yang juga menjadi anggota sayap kanan di UM yang banyak menganjurkan demontrasi menentang penaklukan Rusia di beberapa negara luar.

Wan Ibrahim menolak pinangan Anwar kerana latar belakang rebeliannya yang sentiasa menentang dasar-dasar kerajaan.

Dengan bantuan Ahmad Awang (Pas) dan Harussani (Kadi Pulau Pinang) Anwar berjaya juga menikahi Wan Azizah dengan menggunakan wali hakim. Pernikahan itu diadakan pada 28 Feb 1980 dan kelahiran Nurul ialah pada 19 November 1980.

Selepas perkahwinan itu, Anwar berjaya melonjakkan dirinya dan berjaya mempengaruhi Tun Mahathir masuk ke dalam Umno secara jalan pintas.  ( Umno 1982 -1998)

Tahun 1982 jugalah Tun Mahathir memberi peluang kepada Anwar untuk bertanding di Permatang Pauh atas tiket BN dan berjaya menewaskan calon Pas.

Memanglah Azizah bijak zaman mudanya tetapi semakin tua semakin kurang lah bijaknya. Dalam Dewan Dun Selangor pun Azizah menjadi bahan ketawa oleh ahli-ahli dewan.

Jadi tidak perlu lah nak megah dengan kejayaan beliau dan membanding kan dengan Rosmah, kerana hari ini Rosmah ternyata lebih bijak daripada Azizah.


#PRKPermatangpauh: Sejarah Anwar dan Lesen Judi.


Anwar pernah hentak meja minta lesen empat ekor diluluskan di Sabah, kata Najib
Anwar hentak meja

Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernah menghentak meja dan membuang fail meminta kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata kejadian itu berlaku semasa Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah.

"(Beliau) nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan," katanya semasa berucap di Peti Undi Barisan Nasional di Simpang Empat Seberang Jaya di Permatang Pauh Rabu malam.

Yong dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.

Najib berkata beliau bangga dengan tindakan kerajaan Sabah yang berprinsip daripada Anwar kerana tidak meluluskan lesen itu.

"Sekarang dia menyebut-nyebut tentang masyarakat Madani tetapi dulu minta luluskan lesen judi," katanya.

Bernama melaporkan sebelum itu, pada satu majlis di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di sini, Najib mengumumkan sumbangan khas sebanyak RM100,000 bagi setiap masjid dan RM30,000 bagi setiap surau di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Beliau juga telah meminta umat Islam bersatu demi menegakkan syiar Islam dan perpaduan ummah.

Katanya tindakan itu amat perlu memandangkan ketika kini banyak pihak yang cuba mencabar Islam terutama melalui penganjuran forum terbuka.

"Dengan bersatu tidak bermakna kita hendak menggugat hak orang lain, tetapi kita perlu membuat orang merasa segan dan hormat kepada kita," katanya.

SUmber www.agendadaily.com

#PRKRompin: Pas usung orang yang ada kes pecah amanah ke dalam ceramah politik di Rompin

Dah jadi Ustaz Pas 


Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pembekal makanan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM30 juta tahun lepas.

Datuk Tan Han Kook, 59, dan Datuk Sarchu Sawal, 64 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dijadapan hakim, Rosbiahanin Arifin.

Sarchu pula sebagai CEO syarikat sama didakwa melakukan pecah amanah dana syarikat tersebut melalui 27 keping cek berjumlah RM16,963,825.

Kedua-dua kesalahan didakwa berlaku di Tingkat 2, Blok B Anjung Felda, Jalan Maktab, di sini, antara Ogos 2011 hingga Februari 2012.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum dua puluh tahun, dan sebatan, serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. (3 Ogos 2013)




HAZAYANI ZAKARIA | 26 April 2015.
ROMPIN: Bekas CEO Koperasi Permodalan Felda (KPF) Holding, Datuk Sarchu Sawal menyeru peneroka menyelamatkan Felda daripada terus dimusnahkan oleh BN.
Beliau berkata, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah merosakkan matlamat asal Felda untuk membantu golongan bumiputera.
Sebaliknya tegas beliau, Felda ketika ini mengalami kerugian teruk selepas Felda Global Ventures (FGV) di senaraikan dalam Bursa Malaysia.
"Kita harus selamatkan Felda. Saya ialah orang pertama bersama Datuk Zulkifli Wahab yang menentang penyenaraian FGV.
"Jadah apa FGV di senaraikan dalam Bursa Malaysia? Biasanya orang menyenaraikan syarikat sebab tak ada duit. Masa itu Felda ada RM4 bilion. Mana pergi RM4 bilion itu sekarang?
"Semasa saya ambil alih KPF sebahagian besar pendapatan daripada Felda Holding.
"Keuntungan syarikat disalurkan kepada peneroka sebagai penghormatan kepada peneroka yang memberi sumbangan kepada syarikat.

Ahad, 26 April 2015

#PRKRompin : Datuk Razali Ibrahim menyantuni pengundi



Berkempen dengan penuh berhema


Rompin, 25 April–Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim beramah mesra dengan para pengundi muda dan jentera UMNO ketika hadir dalam tinjauan mesra bersama warga Felda di Felda Keratong 9 di sini petang ini. – Foto : MediaUMNO

Rompin, 25 April–Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim beramah mesra dengan para pengundi muda dan jentera UMNO ketika hadir dalam tinjauan mesra bersama warga Felda di Felda Keratong 9 di sini petang ini. – Foto : MediaUMNO

#PRK Permatangpauh: Bantah GST ?







Mana Pas?


Mana Dap?


Ditaja oleh Tauke besar yang anti GST


Mana Kipas?


Banyak tu saja?


Ganggu pelanggan 


Apa hal pula kita lawan? Sepatutnya Kita Pertahankan P44


Memang layak pun kayuh basikal 


Wan Azizah ditaja oleh peniaga dan tauke besar Dap untuk menentang satu sistem percukaian yang ternyata lebih baik daripada sebelum ini. SST yg mengenakan cukai sehingga 10%. Kini dengan GST cukai turun kepada 6% dan menghapuskan ketirisan dan penipuan tauke besar yang banyak menipu pengguna dan kastam.


Wan Jijah menjadi hamba kepada penyangak yang tamak haloba menipu rakyat. Menjadi hamba dengan mengayuh basikal di #PRK Permatangpauh.


Sudahlah menyusahkan pengguna jalan raya dan mengganggu tok lebai yg sedang minum pagi di warung.

Jumaat, 24 April 2015

BN : Isu Calon Tua dan Calon Muda

Bulan April dan Mei tahun 2015 ialah bulan panas. Panas dengan isu GST, Panas dengan isu pertelagahan Tun Mahathir dan Dato Sri Najib.

Panas lagi apabila berlaku Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh. Tak kurang panas juga ialah meletup isu 5 sekawan yang dikatakan cuba menjatuhkan kepimpinan negara.

Kita mulakan dengan isu GST dahulu. Hari ini ialah hari ke 24 pelaksanaan GST, Dua hari pertama kita dapati ianya sangat kalut. Kalut kerana ramai pengguna tertipu dengan resit palsu atau resit haram.

Peniaga yang tidak berdaftar pun sibuk mengambil peluang mengenakan cas enam peratus, padahal mereka tidak pun berdaftar dengan kastam kerana jualan tahunan mereka tidak mencecah 500 ribu ringgit setahun.

Kebaikan GST semakin terasa dan rakyat semakin faham kenapa GST lebih baik daripada SST, pun begitu sesi penerangan wajar diteruskan  supaya pihak pelaksana dapat mengesan kelemahan dan lompong dan cacat cela dalam pelaksanaan agar ia dibaiki segera.

Masuk pula bab peperangan dingin antara Tun Mahathir dengan Dato Sri Najib Ini perkara normal dalam sesebuah negara.

Tun Mahathir seorang yang berjaya dengan cara beliau, kini masa Najib pula, Najib juga mempunyai cara dan gaya kepimpinan tersendiri.

Zaman Tun pun banyak juga masalahnya dan nasib baik  Tun melepaskan jawatan awal, jika tunggu juga sudah pasti BN kalah teruk.

Selepas Tun Pak Lah ambil alih tampuk pemerintahan, PRU 2004 Barisan Nasional sapu bersih hampir semua kerusi dan tinggal sedikit untuk Pas, Dap dan Pkr. Satu kejayaan yang menakjubkan buat Pak Lah.

Apa kan daya,  kehebatan Pak Lah tidak bertahan lama. Pak Lah akui beliau gagal mengekalkan kecemerlangan 2004 dan kalah 5 negeri pada pilihan raya umum tahun 2008.

Lantas demi rasa tanggung jawab Pak Lah melepaskan tugasnya kepada Najib pada 2009.

Najib lulus dalam pilihan raya 2013 dengan berjaya mengambil kembali negeri Kedah dan mengekalkan kemenangan tipis di Perak.

PRU 14 sudah hampir dan suara-suara anak muda sudah mula kedengaran supaya politik diremajakan. Beri ruang dan peluang kepada orang muda untuk menjadi calon.

Pada satu ketika Taipingmali menyokong  saranan anak muda dengan pertambahan kuota 40% calon PRU 14 ialah orang muda di bawah 40 tahun.

Orang muda bukan bermakna untuk pemuda sahaja tetapi juga kepada puteri.

Walau bagaimana pun, pemuda dilihat tidak sehebat puteri. Kini musim persidangan Umno cawangan, dan sebelah pemuda nampaknya sangat suram dan lesu.

Tidak lah sehebat pemuda pada tahun 80an dan 90an. Jika tahun 80an dan 90an persidangan pemuda bahagian dewan boleh sesak dan melimpah ruah hingga di luar dewan, kini di dewan yang sama jumlah amatlah menyedihkan. Ke mana pemuda menghilang?

Oleh itu Taipingmali menarik balik sokongan terhadap 40% calon PRU 14 diisi oleh orang muda. Apabila Najib meletakkan calon yang berusia di Rompin, baru umum sahaja sudah ada yang mempertikaikan tindakan Najib,

Di Permatang Pauh pula calonnya terlepas sempadan sedikit pun begitu boleh lagi di label kan sebagai orang muda kerana baru berusia 43 tahun.

Kepada KJ, Azwan Bro, Jamawi , Armand dan lain-lain lagi, anda perlu buktikan kehebatan pemuda seperti zaman Zahid Hamidi dahulu atau sebelum-sebelumnya. Apabila sudah kuat baru lah boleh menuntut lebih calon untuk pemuda.

Kepada puteri syabas dan tahniah!

Cukup lah untuk kali ini....kita tunggu pula siapa calon Pkr untuk Permatang Pauh sekejap lagi.



Tindakan Roboh Kuil : Kerajaan Selangor Tidak Sensitif Isu Kaum,

Khamis, 23 April 2015

Isu Salib di Taman Medan

Salah sebuah gereja lama di Taiping

Selangor merupakan sebuah negeri yang padat dengan jumlah penduduk pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai pegangan agama.

Secara amnya kita tahu, hanya tiga atau empat agama  sahaja sepertu Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Guru Nanak untuk kaum Sikh.

Agama Islam pula bila kita perhalusi terdapat beberapa mazhab, Melayu majoriti bermazhab Shafie, kaum India Muslim pula bermazhab Hanafi, Orang Melayu berpecah kepada Sunni dan Syiah. Syiah di Selangor dilihat lebih ekstrem dan ganas. Di Selangor juga ada kumpulan Islam yang mengamalkan beberapa tarikat yang difatwakan sebagai sesat dan terkeluar dari ajaran Islam, untuk info penuh boleh rujuk  pada Jakim.

Kristian pun sama, ada beberapa pecahannya seperti Khatolik, Protestants, Methodist dan yang ekstrem dan keras pembawaan mereka ialah Evangelist. Pecahan-pecahan Kristian pun banyak dan mereka ini lah yang banyak menggunakan rumah-rumah kedai sebagai tempat mereka mengembang kan ajaran mereka. 

Mereka seperti MLM. setiap ahli mempunyai KPI untuk menambah ahli, Kumpulan ini biasanya tidak kekal lama, sama seperti MLM, banyak yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan dan banyak juga yang tutup dan bungkus seperti juga MLM.

Taman Medan mempunyai sejarah tersendiri, Sebelum ini pernah tercetus satu perbalahan kaum namun ia berjaya ditamatkan dengan tindakan tegas pihak polis. Walau pun sudah lama berlalu namun rasa tak puas hati tetap ada di kalangan mereka.

Kini menjadi panas selepas beberapa penduduk membantah dan memaksa pihak gereja menurunkan salib, berita cepat disambut oleh orang-orang politik, masing-masing dengan pendapat tersendiri. Ramai yang mencemuh tindakan segelintir penduduk yang membantah pemasangan salib itu. 

Sampaikan orang Sabah dan Sarawak pun mula memberi pandangan mereka di laman sosial terutama facebook. 

Rata-rata yang memberi komen negatif mahu pun positif tidak berada di taman tersebut. Kita tidak tahu situasi sebenarnya. 

Hari ini abang kepada Ketua Polis Negara disoal siasat oleh pihak polis untuk mengetahui situasi sebenarnya. selepas ini mungkin pihak gereja pula akan dipanggil untuk diambil keterangan dan beberapa saksi lain juga akan dipanggil 

Tindakan polis amat lah betul, kita tak boleh membuat sebarang andaian dan sebagai tuduhan mengkritik penduduk mahu pun pihak geraja, kerana kita tak tahu cerita yang sebenarnya.

Jika kita rujuk pula portal-portal pro pembangkang ada yang mengaitkan pula isu kepala lembu yang dibawa oleh sekumpulan penduduk di hadapan SUK Selangor beberapa tahun lalu. Nampak jelas portal tersebut seolah cuba menghangatkan suasana atau cuba menyiram minyak ke dalam api yang sedang terbakar. Harap pihak polis dapat siasat penulisan portal tersebut, adakah ia berunsur hasutan.

Tadi dilihat juga beberapa akaun facebook sudah mula mencaci dan memburuk-burukkan abang Ketua Polis Negara yang dikatakan orang penting dalam demo menurunkan salib tersebut.

Ramai ahli politik Dap, Mic, Gerakan, Mca memberi pandangan yang keterlaluan dan melucukan, tak kurang juga artis yang cuba mencari populariti sampai meminta maaf kepada penganut Kristian dengan kejadian tersebut. 

PBT pula awal-awal menyatakan gereja tersebut tidak mendapat kelulusan dan beroperasi secara haram. Exco pula kata tak perlu permit untuk sebuah rumah ibadat. Begitu pula? 

Masih ingat beberapa tahun lalu sebuah rumah teres di Selangor yang membina kuil dalam kawasan rumah tetapi telah dirobohkan oleh PBT kerana dikatakan dibuat secara haram?  

Dari cerita di Selangor saya nak bawa cerita ke Taiping pula.

Di Taiping sebuah bandar lama dan tertua di Malaysia terdapat beberapa buah gereja yang usianya melebihi 100 tahun. Semuanya tersergam indah menghiasi landskap bandar Taiping yang menjadi tempat kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. 

Namun terdapat juga beberapa gereja-gereja kecil yang pelbagai nama menyewa bangunan kedai terutama di bandar Taiping dan pinggir bandar seperti Kamunting namun ia tidak langsung mengganggu penduduk taman-taman perumahan. 

Andai kata tiba-tiba muncul sebuah gereja atau rumah ibadat lain-lain ajaran di taman perumahan yang majoriti nya orang Melayu, apakah kemungkinan yang akan berlaku. Begitu juga lah jika perkampungan orang India, tiba-tiba muncul sebuah surau Syiah di tengah-tengah penduduk India dan buat bising siang malam dan sesak dengan kenderaan pengikut mereka. Sudah tentu akan menimbulkan kemarahan. 

Ini belum buka cerita rumah-rumah ibadat lain yang muncul secara kecil-kecil dan menjadi besar setelah mendapat campur tangan ahli politik.

Oleh sebab itu , masalah rumah ibadat tak kiralah surau atau Markas sekali pun tidak boleh didirikan sesuka hati. 

Di Malaysia ini kita banyak bertolak ansur, jika di negara lain seperti China, India dan lain-lain negara cuba buat atau bina sesuka hati. Tak payah pergi jauh lah....cuba ke Singapore.......cuba try test...




Isnin, 13 April 2015

Aktiviti jijik penghuni rumah kedai

Gambar-gambar ini telah tersebar kelmarin melalui Facebook. Jika diteliti ianya dirakam di Taiping daripada sebuah bangunan tinggi.

Ramai yang menyatakan ia adalah pekerja sebuah restoran yang terkenal dan mengkritik tentang tingkah laku dan tahap amalan kebersihan restoran tersebut.

Bagaimana pun lebih baik kita lihat dari sudut yang berbeza.

Pertama adakah mereka mencuri air daripada pemilik lain, kedua ialah, adakah tangki air tersebut menjadi tempat pembiakan nyamuk yang boleh membawa wabak denggi, ketiga ialah apakah tangki air tersebut juga digunakan untuk memasak makanan dan pembuatan air minuman.  Keempat ialah status mereka,  adakah pekerja sah atau PATI.

jika mereka adalah PATI sudah tertentu mereka tidak diberikan suntikan typhoid.

Harap pihak PBT dapat membuat siasatan



cuci baju dan mandi dari tangki air

kencing
pengotor

Jumaat, 10 April 2015

Jalan Stesen Taiping kembali meriah seperti tahun 70an









Taiping merupakan salah sebuah bandar lama yang tertua di Malaysia. Ia dibuka dengan rasminya oleh British pada tahun 1874, nama asal Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong atau lubang yang mengandungi banyak bijih.

British telah membangun kan Taiping secara terancang dan penuh tipu muslihat. Long Jaafar dan Ngah Ibrahim merupakan orang yang menjumpai bijih dan telah menjadi kaya-raya tetapi akhirnya jadi orang terbuang dan yang berkuasa ialah British dan sekutu Ngee Hin dan Hai San.

Jalan Stesen merupakan jalan yang terdapat bangunan lama seperti Pejabat Tanah, Hospital Taiping, Sekolah King Edward menengah dan rendah,  Sekolah King George menengah dan rendah,  Rumah Rehat Taiping dan yang utama ialah Stesen Keretapi yang pertama yang menghubungi Bandar Taiping dan Port Weld. Tujuan jalan keretapi ini ialah untuk mengangkut bijih timah dari Klian Pauh untuk dibawa balik ke England.

Tahun 60an, 70an dan awal 80an. Sepanjang Jalan Stesen ini meriah dengan gerai makanan dan buah-buahan. Pelanggannya ialah pelawat yang berkunjung ke  hospital,  penumpang kereta api ke Kuala Lumpur dan ke Butterworth.  Keretapi sangat popular ketika itu. Keretapi  ke Kuala Lumpur ialah 11 .00 pagi dan 11.00 malam, ke utara pula pada awal malam dan awal pagi.

Tahun 80an Majlis Perbandaran Taiping telah mengadakan operasi pembersihan dan semua warung dan gerai sepanjang jalan itu diharamkan beroperasi.  Majlis Perbandaran berjaya melakukannya.

Setiap kali musim durian, Jalan Stesen kembali menjadi tumpuan peniaga durian terutama dari Batu Kurau dan Bukit Gantang.

Pagi tadi semasa ke Hospital Taiping terpandang kiri dan kanan jalan, terdapat beberapa buah gerai kembali beroperasi tetapi tidak secara kekal. Paling hebat ialah gerai menjual buah-buahan. Tak tahu lah sejak bila gerai tersebut beroperasi di situ tetapi cara dan kesan-kesannya agak sudah lama, mungkin sewaktu sambutan Tahun Baru Cina.

Bila dilihat lori milik peniaga tersebut ternyata ia bukan orang tempatan tetapi dari Selangor dan Lori tersebut didaftarkan di Kelantan.  Hebat betul, mungkin mereka mendapat kelulusan sementara daripada Majlis Perbandaran Taiping.  begitu juga gerai-gerai yang lain.

Kemungkinan besar dalam tempoh sebulan dua lagi gerai-gerai ini semakin bertambah. Tahniah MPT.

Apa pun dengan kewujudan peniaga gerai ini,  diharapkan  akan dapat memeriahkan lagi bandar di masa akan datang, Taiping kini semakin sunyi sebelah malam. Manakala bandar satelit Kamunting menjadi lebih meriah dan hidup. Banyak gerai dan warung hidup dan kebanyakannya di kuasai oleh orang luar seperti Indonesia dan Thailand bertumpu di Kamunting.

Cuma kita berhati-hati dengan peniaga ini kerana mereka gemar menggunakan bahan-bahan terlarang dalam masakan mereka seperti ubat batuk dan jamu air mancur.  tambahan lagi ialah kebersihan gerai yang boleh dipertikaikan. Mereka juga tidak mendapat suntikan typhoid dari pihak berkuasa.

Pernah satu hari apabila Jabatan Imegresen membuat rondaan, pekerja-pekerja gerai ini lintang pukang lari kerana takut dicekup oleh penguat kuasa.

Untuk makluman juga. kita biasa melihat van Toyota Hiace yang sentiasa memecut laju di lebuh raya PLUS  dengan nombor pendaftaran Thailand. Menurut maklumat yang diperolehi. van tersebut bukan lagi membawa pelancong dari Thailand ke Kuala Lumpur atau  Singapore tetapi mengangkut pekerja-pekerja gerai ini untuk balik memperbaharui Pas Lawatan Terhad yang tamat setiap 3 bulan.

Sekian....