Khamis, 21 Mei 2015

Krisis Najib vs Mahathir : Tangani isu secara berhemah.



Hari ini politik tanah air berhadapan dengan krisis hangat yang dicetuskan oleh mantan perdana menteri kita tak lain dan tak bukan Tun  Mahathir.

Tun pada mulanya mengkritik pentadbiran perdana menteri dan akhirnya menyerang secara peribadi terhadap perdana menteri, isteri dan keluarga.

Tun juga mempertikai akan kekayaan Najib sehingga menyentuh isu perkahwinan anak perempuan Najib baru-baru ini.

Paling panas ialah apabila Tun mempertikai tentang 1MDB dan isu pembelian tanah oleh Tabung Haji sehari sebelum tarikh pembuangan undi di PRK P44. Serangan tersebut dilakukan oleh blogger yang pro Tun Mahathir.

Serangan tentang isu Tabung Haji menyebabkan BN kalah dalam PRK tersebut, kempen pilihan raya kecil selama seminggu itu lebih lebur sekelip mata pada hari pembuangan undi. 

Isu pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji yang hanya disiarkan dalam blog picisan telah mendapat liputan besar oleh media arus perdana termasuk televisyen kerajaan dan swasta.

Teringat juga  apabila pembangkang mengedarkan risalah yang menunjukkan Tun Mahathir sedang tos gelas bersama dengan perdana menteri Jepun. 

Risalah itu mudah, mereka (pembangkang) meletakkan gambar dan menulis 

                 " INIKAH PEMIMPIN ISLAM YANG KITA KEHENDAKI?" 

Ayat itu tidak menuduh Tun Mahathir memegang gelas arak dan tidak menyatakan Tun minum arak. tetapi persepsi orang Melayu apabila melihat gambar tersebut maka dalam otak mereka terus melabelkan bahawa Tun memang minum arak. 

Padahal gambar tersebut adalah gambar di mana Tun bersama-sama pemimpin dunia sedang tos gelas air koktail atau air buah-buahan di satu sidang Apex di Bali. Gambar tersebut diambil daripada majalah Newsweek.  Ini berlaku dalam PRU 1995.

Krisis antara Mahathir dengan Najib menjadi lebih parah dengan wujudnya pengikut kedua-dua pihak saling menyerang antara satu sama lain terutama melalui media sosial. 

Sekiranya yang menyerang atau melondehkan kain itu datangnya dari pihak pembangkang, ia tidaklah dianggap sebagai barah. tetapi hari ini yang menjadi racun dan yang mencurahkan minyak adalah datangnya dari kalangan orang Umno dan Barisan Nasional sendiri.

Tak cukup dengan itu, tokok-tambah dalam media sosial, orang Umno sendiri  telah menganjurkan road show dan ianya terbukti telah berlaku di Perak minggu lepas di Hotel Tower Regency.

Tun Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 sehingga 2003 sudah tentu mempunyai pengikut yang besar jika di bandingkan dengan Najib yang baru sahaja masuk tahun ke enam sebagai perdana menteri.  

Generasi yang lahir pada tahun 70an dan 80an membesar dengan agenda Mahathir. 

Oleh itu kesetiaan dan kepercayaan terhadap Mahathir tidak mudah luntur. Lihatlah sendiri apabila ada suara-suara yang menyentuh keperibadian atau keluarga Mahathir, sepantas kilat isu tersebut dijawab  dengan pedas oleh mereka.

Tun Mahathir sangat disayangi oleh rakyat kerana jasanya membangunkan negara sehingga negara dikenali oleh dunia blok barat, lebih-lebih lagi negara-negara Islam 

Oleh itu sudah tentu Tun Mahathir  mempunyai pengikut dan penyokong setia dalam jumlah yang besar.

Mereka ini bukan semuanya ahli Umno tetapi mereka adalah rakyat pelbagai peringkat umur yang menjadi pengundi dan pembayar cukai. Oleh itu jangan main-main dengan Tun Mahathir yang amat berpengaruh.

Bercakap pula tentang solidarity 

Umno bukan pertama kali dilanda krisis, sejak awal penubuhan lagi pelbagai masalah telah membelenggu Umno namun dengan semangat solidariti Umno terus kekal memerintah hingga ke hari ini kerana kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh pengundi.

Krisis dalam Umno bermula apabila Dato Onn Jaafar keluar Umno dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) 1951 dan Parti Negara pada 1955. 

Sebelum itu pada tahun 1951 Umno berpecah dan tertubuhnya Parti Islam (PAS) selepas Ustaz Ahmad Fuad Hasan kalah kepada Tunku Abdul Rahman dalam perebutan jawatan Presiden Umno.

Krisis ketiga berlaku pada tahun 1969  antara Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir dan menyebabkan Tun Mahathir dipecat daripada Umno.

Krisis keempat melibatkan pemecatan Dato Harun Idris (1975) yang enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor selepas ditangkap atas kesalahan rasuah dan pecah amanah.

Tun Mahathir mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Hussain Onn pada tahun tahun 1981 dan enam tahun selepas itu  (1986) Tun berkrisis dengan Timbalannya iaitu Tun Musa Hitam sehingga memaksa Musa Hitam melepaskan jawatan.

Tahun 1987 krisis terus melanda Umno apabila Tunku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam menubuhkan team B untuk menentang Tun Mahathir dan Ghafar Baba dalam pemilihan Umno.

Ku Li dan Musa Hitam tewas kepada Tun Mahathir dan menyebabkan Ku Li membawa kes ke mahkamah dan akhirnya Umno dibatalkan pendaftarannya. 

Ku Li menubuhkan parti Semangat 46 dan membawa ramai penyokongnya seperti Dato Harun Idris. Musa Hitam dan ramai lagi dari Team B yang ternyata tidak senang dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno.

Semangat 46 bekerjasama dengan Pas dan Dap untuk menjatuhkan Umno namun ia tidak kekal lama 1996 S46 bubar dan ramai yang menyertai semula parti Umno, namun segelintir mereka yang ketegaq dan malu untuk berpatah balik terus menjadi hantu raya.

Paling kronik ialah apabila Anwar Ibrahim dipecat oleh Mahathir dan Majlis Tertinggi Umno atas salah laku seks dan salah guna kuasa. Umno berpecah sekali lagi dengan tertubuhnya Parti Keadilan yang diketuai oleh Wan Azizah. Anwar mengheret pengikutnya ke jalan raya untuk menumbangkan kerajaan secara revolusi.

Kesemua krisis yang dihadapi oleh Umno berjaya diatasi  dengan semangat solidariti. Majoriti ahli Umno berdiri teguh di belakang barisan kepimpinan parti.

Dalam soal 1MDB dan Tabung Haji, kita ahli Umno tidak perlu terkehadapan dalam membuat tohmahan.

Najib selaku perdana menteri dan bertanggung jawab menubuhkan 1MDB telah beberapa kali menjawab tuduhan dan tohmahan negatif dalam ucapannya, blognya dan melalui wawancara di televisyen. Tidak cukup dengan itu Najib menyerahkan kepada PAC dan Jabatan Audit Negara untuk membuat siasatan. 

PAC pula terdiri daripada ahli-ahli dari pelbagai  parti samada parti kerajaan dan parti pembangkang. Rakyat  harus memberi peluang kepada dua badan ini untuk membuat siasatan.  Tidak perlu lah untuk mana-mana ahli Umno membuat ulasan-ulasan yang melampau yang kita sendiri tidak faham.  Jangan dirujuk kepada media-media pembangkang yang lebih berminat kepada spekulasi negatif dan memburukkan kerajaan.

Kepada Ketua-Ketua Umno Bahagian seluruh negara elok lah membuat penerangan kepada pemimpin akar umbi Umno untuk memberi penerangan sejelas-jelasnya supaya mereka tidak terperangkap dalam krisis antara Presiden Umno dan  Tun Mahathir.

Hentam-menghentam dan melondehkan antara satu sama lain adalah sesuatu yang buruk dan memalukan kerana apa yang kita luahkan dalam media sosial akan dibaca oleh khalayak seluruh dunia. Tidak ada untungnya ibarat pepatah melayu,  kalah jadi abu, menang jadi arang.

Malam tadi Ketua Umno Bahagian Taiping Y.Bhg Dato Shalimin Ahmad Shafie telah pun membuat penerangan secara tertutup kepada semua Ketua Umno Cawangan dan pemimpin 4 peringkat tentang krisis yang dihadapi masa kini.

Shalimin juga mengajak ahli-ahli Umno untuk sama-sama ke RTC Gopeng Sabtu ini untuk mendengar sendiri penerangan yang akan dibuat oleh Najib bagi menjawab tuduhan-tuduhan yang dibuat terutama oleh mantan perdana menteri. 

Jumaat, 15 Mei 2015

Najib: 5 kriteria untuk diamalkan oleh pengamal media

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima kriteria penting yang perlu diamalkan oleh pengamal media termasuk penggerak media sosial dalam setiap laporan berita.

Berucap pada majlis 'Malam Media Perdana 2015′ di sini malam ini, Najib berkata kriteria itu meliputi sentiasa bersikap profesional, bertanggungjawab, memberi pandangan dan kritikan yang membina serta konstruktif.

"Kriteria yang ketiga adalah pengamal media mesti melaporkan sesuatu isu berdasarkan fakta yang sahih dan tepat, dan bukan berdasarkan andaian dan khabar angin walaupun mereka (pengamal media) berlumba-lumba untuk mengeluarkan berita, tetapi harus pastikan apa yang dilaporkan adalah fakta benar," katanya.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; menteri-menteri Kabinet dan pengarang kanan organisasi media tempatan serta pengamal media.

Najib berkata kriteria keempat ialah pengamal media perlu mengamalkan media sihat dengan menolak unsur-unsur fitnah, mengadu domba, berbaur perkauman atau menyentuh soal sensitif seperti agama.

"Walaupun kita berjaya dari segi menguruskan ekonomi negara tapi jangan lupa kita juga sebahagian daripada pembinaan negara…kalau kita sebut 'nation building', maka kita mesti pupuk nilai-nilai baik dan positif seperti nilai wasatiyyah atau kesederhanaan, saling menghormati antara satu sama lain serta bersemangat dan berprinsip 1Malaysia supaya kita mempunyai perasaan kebersamaan," katanya.

Selain itu, katanya setiap pengamal media harus mempraktikkan etika media kewartawanan berasaskan nilai murni sejagat dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan.

Najib turut mengingatkan pengamal media yang berhadapan dengan era perkembangan media sosial seperti 'Facebook', 'Instagram', 'Twitter' dan 'WhatsApp' supaya sentiasa peka dan membuat pelarasan tentang bagaimana untuk bertindak sekiranya terdapat sebarang isu yang tersebar.

"Kalau 40 tahun lalu kita boleh mempunyai masa yang lama berbanding hari ini seperti contoh sekiranya ada sesuatu isu kita masih boleh respons dalam masa 24 jam tetapi hari ini sekiranya sesuatu itu sudah tersebar lebih-lebih lagi di media sosial, masa respons bukan 24 jam tetapi dua jam atau mungkin 20 minit.

"Seperkara lagi, kalau dulu berita ditulis panjang lebar dalam bentuk portal berita dan sebagainya tetapi hari ini rakyat lebih suka berita yang ringkas, padat dan santai lebih-lebih lagi jika ia mempunyai kapsyen dan gambar yang menarik," katanya.

Malam Media Perdana 2015 dengan tema hitam-merah diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada pengamal media sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam bidang penyiaran, percetakan dan media digital yang sentiasa bertungkus-lumus memberi laporan terbaik kepada rakyat.

Najib berkata kerajaan sentiasa menganggap pihak media sebagai rakan kongsi untuk membangunkan negara ke arah merealisasikan impian sejagat untuk meletakkan Malaysia di mercu kejayaan.

Justeru, katanya media berperanan penting membentuk minda rakyat supaya mereka lebih faham akan sesuatu keputusan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan. – BERNAMA

Isnin, 11 Mei 2015

Tabung Haji sudah, 1MDB pun sudah, Sekarang dedahkan pula kisah IPT ini.

Puak-puak pembangkang sangat teruja dengan GST. Bermodalkan isu GST, Makcik Kipas mampu meraih kemenangan di P44   dan menutup cerita kes liwat.

Begitu juga dengan 1MDB, Nurul Izzah juga dalam usaha memenangkan Makcik Kipas di P44. beliau juga dengan panjang lebar mendedahkan 'skandal 1MDB' yang banyak di selewengkan oleh Najib dan Umno.

Hari ini taipingmali nak selak sikit tentang isu sebuah IPT supaya Nurul atau Rafizi mainkan isu ini.

Beranikah mereka?




rencana

ARKIB : 16/07/2014

Selamatkan Asia E Universiti - AeU daripada jatuh ke tangan lain!

Oleh Zaini Hassan


ASIA E UNIVERSITY (AeU), satu-satunya universiti Malaysia bertaraf antarabangsa.


Tahukah anda bahawa universiti itu menerima mandat penubuhan dari gabungan 32 buah negara yang merupakan ahli Asia Co-operation Dialogue (ACD)?


ACD adalah forum antara benua iaitu selain daripada perjumpaan setahun sekali, ia juga melaksanakan projek-projek tertentu.


AeU adalah salah satu daripadanya. Pada ACD Dialogue di Doha, Qatar 2006, ACD meluluskan penubuhan AeU yang akan diterajui Malaysia.


Untuk menjayakan projek ini, kerajaan Malaysia meminjam dana sebanyak RM100 juta terhadap penubuhan universiti itu serta penubuhan Asia e Learning Sdn. Bhd., syarikat swasta yang akan mengurus dan mentadbir universiti tersebut.


Kursus-kursus yang dilaksanakan adalah kursus ijazah, sarjana dan kedoktoran. Sistem pembelajarannya menggunakan sistem konvensional serta sistem pembelajaran internet.


Selain ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, AeU juga mengendalikan pusat pembelajaran di luar negara, antaranya di India.


Suatu perkara yang perlu dibanggakan adalah pengurusan dan pentadbiran universiti antarabangsa ini dilaksanakan oleh syarikat milik 100 peratus orang Melayu Islam iaitu ketiga-tiga pemilik saham syarikat adalah bumiputera.


Namun demikian, dokumen-dokumen yang saya terima menggambarkan terdapat desas-desus bahawa pemilikan saham syarikat akan bertukar tangan -- menjadikan syarikat itu bukan lagi milik Melayu sepenuhnya.


Tetapi perubahan drastik ini hanya boleh terlaksana sekiranya penjualan saham syarikat tersebut dibenarkan oleh kedua-dua kementerian yang menyelia syarikat Asia e Learning Sdn. Bhd. iaitu Kementerian Kewangan yang melabur wang di dalam AeU dan Kementerian Pendidikan, badan pelesenan AeU serta penyelia pentadbiran Lembaga Pengarah syarikat tersebut.


Apa yang lebih membimbangkan ada ura-ura bahawa pihak yang berminat memiliki saham syarikat adalah dari pihak yang ada kaitan dengan puak pembangkang di Malaysia!


Apakah kerajaan Malaysia serta kementerian-kementerian yang terlibat secara langsung dalam isu ini akan membenarkan syarikat milik 100 peratus Melayu Islam berpindah tangan kepada orang bukan Islam yang juga merupakan pembangkang?


Saya mempunyai detail mengenai hal ini. Tetapi tidak perlulah saya dedahkan di sini.


Kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak-pihak di atas untuk menyelesaikannya.


Keputusan penjualan saham adalah di tangan menteri-menteri berkenaan.


Maka harapan kita adalah menteri, serta pegawai-pegawai kementerian yang bertanggungjawab menjaga kepentingan agenda Melayu Islam dan menentukan hala tuju universiti ini menolak dan menghalang penjualan dan pemindahan saham tersebut.


Sekali gus langkah itu akan melindungi hak orang Melayu daripada jatuh lagi ke tangan orang lain.


Jangan biarkan Melayu terus melayu di bumi sendiri.


Sebagai aktivis wakaf (waqafer) menerusi Wakaf Korporat, saya merasakan inilah masanya aset-aset milik Islam Melayu di negara ini perlu diselamatkan.


Itulah juga antara tujuan wakaf korporat diwujudkan -- yang antara penerajunya juga ialah seorang bertaraf menteri Kabinet.


Jika tiada mana-mana wakafer (aktivis atau penggerak wakaf) yang mampu memilikinya, di mana pula perginya fungsi Ekuinas?


Ekuinas sepatutnya bertindak menyelamatkan syarikat-syarikat bumiputera daripada jatuh ke tangan lain.


Seperti yang pernah saya ingatkan sebelum-sebelum ini "jika semasa kita berkuasa ini, gunakanlah sebaik-baiknya kuasa yang ada. Jika tidak, maka tunggulah sahaja hari pembalasannya kelak".


Pada masa itu "menangis sehingga keluar air mata darah sekali pun, sudah tidak berguna".


Ingat lagi pemindahan aset Taiping Consolidated kepada YTL? Apa sudah jadi kepada Jalan Bukit Bintang dan Sentul sekarang? Itu hanyalah contoh kecil daripada banyak lagi.


Ingatlah, kealpaan hari ini akan mengakibatkan impak yang cukup besar kepada generasi Melayu akan datang. Ia boleh menyebabkan agenda Melayu terus terkubur.


Jika bukan kita yang ambil kisah siapa lagi?


Oleh itu, Selamatkanlah AeU!



Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140716/re_03/Selamatkan-Asia-E-Universiti---AeU-daripada-jatuh-ke-tangan-lain#ixzz3ZmmTrSWK
© Utusan Melayu (M) Bhd













Ahad, 10 Mei 2015

Bantah Tabung Haji Pulak!

Tabung Memali Apa Cerita
Berapa Banyak Pelaburan Hangpa
Hanya Di Permatang Pauh
Duit Kohilal RM45 Juta Hilang Kemana?
Lori Ke Sorga
Mana Hilang Tabung Jihad?


Ini Pasma agaknya, paling syok poster bertulis "TH BUKAN TABUNG UMNO"

Nak tanya kepada mereka!

Adakah Pas atau Pas menubuhkan Tabung Haji untuk ahli Pas?

Yang kita tahu, agen haji Pas banyak bawa jemaah naik di Thailand, ramai juga yang kena tipu dengan agen mereka dan akhirnya menyorok sampai habis bulan haji, baru mereka balik dan berlagak sebagai haji mabrur.

Ramai juga agen umrah milik mereka yang menipu pelanggan, ada yang pergi tetapi tak ada tiket balik, bila terkandas, Umno juga yang hantar kapal terbang bawa balik. Tahun lepas ramai rakyat Perak di tinggi di Mekah.

Siapa yang selamatkan mereka YB Dato Aziz juga.

Jumaat, 8 Mei 2015

DATO AHMAD MASLAN MENTERI TAK FAHAM GST CUBA KELIRU RAKYAT???????


Terdengar bual bicara mengenai GST yang dipaneliskan oleh Timb Menteri Kewangan, Dato Ahmad Maslan yang dikaitkan dengan tidak cerdik di media maya. Saya agak sukar mempercayai mainan media ini kerana CGPA menyatakan beliau memperoleh 3.78, manakala "grading" kecerdikan pada kiraan CGPA ialah 3.5 ke atas.

Sebagai Timbalan Menteri yang terlibat secara langsung dengan GST, sepatutnya dia lebih faham dan mampu memberi faham kepada orang awam. Apabila saya sendiri mendengar penerangan yang disampaikan oleh beliau, seolah-oleh mengesahkan apa yang di"viral" dalam media maya.

Katanya, apabila GST dikenakan, harga barang pengguna akan turun kerana GST hanya 6% berbanding dengan struktur cukai lama SST sebanyak 10%. Ya, dari segi angka memang 6% lebih rendah dari 10%.

Di sini saya melihat Ahmad Maslan kurang CGPAnya. SST dikenakan 10% pada harga import atau harga pelepasan dari kilang? Sedangkan pengguna kena membayar GST pada harga akhir setelah ditambah keuntungan perniagaan dipelbagai peringkat.

SST

Contoh pengiraan SST dari kilang/pengimport sehingga kepada pengguna. Katakan harga import/pelepasan dari kilang RM100 + SST 10% = kos barang menjadi RM110.

Andaikan pengimport mengambil untung 10% + pemborong 10% + peruncit 30%. Maka harga pengguna akan menjadi (kos RM100 + SST RM10) + (RM11 10%pengimport) + (RM 12. 10/= 10% pemborong ) + (RM39.93/= 30% peruncit) = RM173.03

Harga pengguna termasuk SST adalah RM173.03

GST

GST adalah cukai ke atas barang dan perkhidmatan sebanyak 6% yang perlu dibayar mengikut harga akhir sebelum sampai kepada pengguna. (GST dibayar mengikut peringkat transaksi perniagaan)

Contoh harga import/pelepasan dari kilang RM100 + GST 6% = RM106. Katakan kadar keuntungan yang sama seperti SST di atas di mana pengimport 10% + pemborong 10% + peruncit 30%,
maka harga pengguna akhir akan menjadi berdasarkan kiraan di bawah.

Harga kos RM106 + (10% pengimport RM10.60 + GST RM6.70) + (10% pemborong RM16.15 + GST RM8.37) + (30% peruncit RM44.35 + GST RM11.53)= RM200.07.

Harga pengguna termasuk GST adalah RM200.07

(Nota pengiraan ini dianggap GST dikira sebagai kos oleh peniaga disemua peringkat transaksi perniagaan dengan tidak ditolak rebate 6% yang boleh dituntut semula oleh peniaga)

Bandingkan harga pengguna untuk barang yang sama dengan kadar keuntungan yang sama oleh peniaga di peringkat import + pembong + peruncit pada harga kos RM100.

SST = (Kos + keuntungan peniaga + SST) HARGA RAKYAT RM173.03

GST = (Kos + keuntungan peniaga + GST) = HARGA RAKYAT RM200.07

Bagaimana Ahmad Maslan boleh mengatakan pelaksanaan GST menjadikan harga barang lebih murah? Kalau UMNO/BN dan menteri yang memiliki CGPA 3.5 ke atas sepatutnya memulakan GST dengan kadar 0% ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Setelah dibuat kajian mendalam, maka GST secara satu persatu dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan mewah yang digunakan oleh rakyat yang berpendapatan tinggi.

Kerajaan yang cekap sewajibnya menjana pendapatan untuk meringankan Rakyat, bukannya membebankan rakyat dengan salah urus pihak kerajaan selama ini. Dasar UMNO/BN dilihat membebankan rakyat untuk "menghadiahkan" kekayaan percuma buat pemimpin mereka.

Fikir-fikirkanlah,

* Catatan selepas Subuh, berasaskan ilmu semasa bertugas di Jabatan Kastam

Terus Beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Jumaat 1 Mei 2015
14 Rejab 1436

NOTA LUTUT

RAZMAN MEMANG PAKAR DALAM PERCUKAIAN SEBAB DIA ADALAH BEKAS KASTAM YANG BERJAYA MENJADI HARTAWAN DALAM TEMPOH YANG SINGKAT. TAK PERCAYA PERGI KE LENGGONG.

HARTANAH DI KLANG PUN TAK KURANG HEBATNYA.

DENGAN KEJAYAAN INILAH  BELIAU  BERJAYA MENJADI PESURUHJAYA PAS PERAK.

CUMA HAIRAN KENAPA DIA BERHENTI DARI KASTAM DALAM USIA YANG MUDA. NASIB BAIK TAK JATUH BANGUNAN SPRM

Jarum sudah cucuk, lepas ni gerombolan Pas akan kuasai LTH



Lembaga Tabung Haji (LTH) Perlu Dipisahkan Dari Politik dan Orang Politik

Berhubung isu terkini mengenai pelaburan penuh kontroversi LTH dengan membeli hartanah 1MDB yang masih di dalam penyiasatan, ianya adalah disebabkan oleh penglibatan orang politik di dalam pentadbiran tertinggi LTH itu sendiri.

Hal ini amat berkait rapat dengan kedudukan YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang merupakan ahli parlimen UMNO sebagai pengerusinya. Pelantikan orang politik sebagai Pengerusi LTH hanya menimbulkan situasi 'conflict of interest' di dalam pentadbiran dan hala tuju LTH itu sendiri. 

Malah, kewujudan orang politik sebagai pengerusi LTH akan hanya menimbulkan kesangsian dan keraguan para pencarum terhadap tatakelola Institusi berkenaan.

Adalah tidak wajar bagi sesebuah institusi kewangan Islam yang memegang amanah para jemaah haji dari seluruh negara dipengerusikan oleh orang politik yang dilantik, di mana beliau akan dilihat sebagai mewakili kepentingan parti yang diwakilinya berbanding kepentingan para pencarum. 

LTH sepatutnya dipengerusikan oleh tokoh-tokoh korporat berjiwa Islamik bebas politik yang telah terbukti kemampuannya dan mempunyai rekod yang diperakui oleh semua pihak.

Hal ini akan lebih membawa keluwesan di dalam tatatkelola institusi berkenaan, sekaligus menepati aspirasi pentadbiran dan tatekelola Islami selaras dengan kedudukannya sebagai sebuah institusi kewangan Islam.

Seorang ulama Islam klasik, Ibn Taimiyah (mati 1328M) pernah menyentuh mengenai isu tatakelola ini di dalam karyanya berkaitan politik yang berjudul 'al-Siasah al-Syar'iyyah'. Di dalam buku tersebut, Ibn Taimiyah mengingatkan para penguasa agar tidak melantik seseorang ke jawatan yang melibatkan kepentingan awam dan kepentingan kaum Muslimin berdasarkan favoritism, samada kerana hubungan kekeluargaan, sahabat handai, saudara mara, dari sesama kumpulan ataupun fahaman politik. 

Pelantikan secara favoritism serta mengenepikan orang lain yang lebih layak sedemikian menurut Ibn Taimiyah adalah pengkhianatan terhadap Allah, Rasul dan kaum Muslimin. Hal tersebut telah disebutkan oleh Saidina Omar dan juga oleh Rasulullah SAW sendiri.


Ulama terkenal, dan bapa sosiologi Islam dari Afrika Utara, Ibn Khaldun (mati 1406M) di dalam magnum Opus beliau, 'al-Mukaddimah' juga ada menyentuh berkaitan keruntuhan sesuatu tamadun ialah apabila golongan pemerintah sibuk berniaga dan mencampuri urusan perniagaan dengan menggunakan jawatannya. 

Pihak politik, terutamanya pihak pemerintah sepatutnya tidak mencampuri urusan perniagaan yang sepatutnya menjadi ruang kepada pasaran dan masyarakat. Penglibatan aktor politik hanya akan menimbulkan suasana conflict of interest dan menyumbang kepada bad governance ataupun tatakelola yang buruk.

Hal ini amat signifikan dengan apa yang berlaku kepada LTH. Isunya bukan kerana faktor YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai individu, isunya ialah sistem tatakelola LTH sebagai pemegang amanah kepada caruman umat Islam seMalaysia. 

LTH sepatutnya menjadi sebuah Institusi bebas politik di dalam pentadbiran dan pengurusannya. LTH tidak patut dipengerusikan oleh mana-mana individu politik, apatah lagi dari pihak pemerintah.

Berdasarkan kesedaran ini, situasi panik para pencarum dek kebocoran dokumen transaksi yang penuh kontroversi dan juga kenyataan flip flop oleh pengerusi LTH perlulah di selesaikan secepat mungkin demi mengelakkan keresahan dan kepanikan berterusan para pencarum Tabung Haji dari seluruh Malaysia. 

Pihak yang bertanggung jawab terlibat di dalam urusan tersebut perlu disiasat dengan telus dan jika mereka mempunyai integriti, mereka hendaklah meletakkan jawatan jika benar berlakunya transaksi kontroversial dan penuh risiko berkait 1MDB yang sedang disiasat sekarang ini. 

Pengerusi LTH juga perlu digantikan serta merta dengan individu bebas politik demi memulihkan keyakinan para pencarum sebelum majoriti pencarum membuat keputusan drastik secara kolektif yang kelak akan menjejaskan Institusi kewangan Islam tertua di negara ini.

Dr Maszlee Malik
Presiden
Academic Staff Association (ASA)
Universiti Islam

Kemandulan politik dn Politik Murahan Pemuda Umno Malaysia



1.Pemuda umno malaysia telah mengeluarkan 1 penyataan berkaitan kemusykilan mereka ttg urusan jual beli hartanah 1 mdb Tabung Haji properties.

Dlm penyataan tersebut PPUM telah pertikaikan :

A.proses penilaian yg singkat

B.cara bagaiman transaksi tersebut

C.kos hartanah 1 mdb

D.pembeli sepatutnys iaitu pelaburan hartanah bhd

E.bagaimana 1 mdb akan gunakan hasil jualan tersebut

F.konflik kepentingan lembaga pengarah 1 mdb ialah juga ceo th props

G.konflik pegawai kanan TH dlm transsaksi ini.

H.persetujuan th props membayar kpd 1 mdb secara penuh 100 % kerana faktor diskaun yg diberikan 1 mdb

I.apakah th props pernah membeli tanah dgn byr 100 % spt ini serta merta.

J.asas penilaian penal pelaburan th props

K.laporan risiko tunjukan pelaburan ini berisiko tinggi

L.adakah harga hartanah yg dilabur oleh th props di kwsn hartanah 1 mdb yg dibeli ini sama dgn harga hartanah di sekitar kwsn tersebut ?

M.th props digunakan utk bailout 1 mdb

2.13 soalan yg dikemukakan PPUM tersebut tdk lah susah atau rumit utk dijwp ,malah kebanyakan jwpn tersebut boleh dijwb secara common sense oleh sesiapa shj .

Kita melihat 13 soalan tersebut dibuat dgn mala fide done in bad faith berniat jahat kerana jika benar PPUM risaukan perkara yg disebutkan tersebut ,PPUM boleh shj.,

A.berjumpa pm utk dptkan penjelasan.

B.berjumpa dgn 1mdb dn th props utk dptkan penjelasan.

PPUM tdk perlu membuat sensasi politik murahan kontroversi picisan utk mencipta persepsi yg tdk diperlukan umno.

Agak jelas , kedunguan politilk PPUM yg terserlah kerana sbg sebuah sayap parti yg kanan ,

PPUM sewajarnya memberikan fakta yg membuktikan tindakan pelaburan TH props utk hartanah 1 MDB telah merugikan negara dn tabung hani dn mencabul kepentingan tagung haji ataupun penyelewengan kuasa yg sbbkan pendeposit tabung haji kehilangan deposit mereka dn juga dividen tahunan mereka.

3.kita melihat propaganda murahan picisan PPUM ini hnys sekadar utk menutup kelemahan PPUM sendiri yg ternyata gagal di 2 pru iaitu pru 12 2008 dn pru 13 2013 dn 4 prk utk menarik org muda kearah menyokong umno bn.

Kita juga tdk menolak kemungkinan PPUM mahu mengalihkan serangan keatas mereka berkaitan beberapa isu yg menunjukan kelemahan kepimpinan pemuda itu sendiri dlm waktu sejak 2008 lagi.

4.media soasial sejak 2008 telah terbukti lebih memuji pergerakan puteri umno malaysia drpd pergerakan pemuda umno malaysia sendiri ,dn kebanyakan pertikaian dn persoalan kpd PPUM tdk pernah dijwb dgn realistik , dn imej pemuda umno sgt amat tercalar dn tercemar dgn pimpinan pemuda sejak 2008 lagi.

PPUM seharusnya memperbetulkan diri sendiri yg amat kotor dn tercemar dn perkara ini adalah luahan drpd ahli pemuda sendiri dimedia sosial secara terang dn penolakan umum keatas kepimpinan pemuda umno malaysia sejak 2008.

5.PPUM harus sedar bahawa kepimpinan PPUM telah mendatangkan penghinaan dn malu besar kpd pemuda umno seluruh negara kerana akibat drpd kemandulan politik ala zumba stokin pink yg tdk mampu menarik sokongan org muda malaysia utk menyokong PPUM.

TMX

Suara Khairy ?

Khairy Jamaluddin

1 jam · 

Kenyataan Akhbar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.

Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi TH yang melalui proses penilaian yang wajar disetiap peringkat.

PPUM tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.

Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.

Disini PPUM memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan juga TH dalam beberapa perkara:

Soalan kepada MOF

1) Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?

2) Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah ini kepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah dikalangan mesyarakat Bumiputera?

3) 1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?

Soalan kepada TH

1) Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transaksi ini?

2) Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100% daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli (SPA) dimeterai? Sekiranya tidak, bilakah pembayaran penuh untuk tanah ini akan diselesaikan? Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100% bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini? 

3) Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini? Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi? Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah yang dibuat di kawasan berhampiran dibeli pada harga yang lebih redah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?

PPUM menggesa agar soalan-soalan diatas dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengundang kemarahan rakyat.

Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. PPUM amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB. 

Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima.

8 Mei, 2015

Kenyataan Rasmi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.

Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi TH yang melalui proses penilaian yang wajar disetiap peringkat.

PPUM tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.

Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.

Disini PPUM memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan juga TH dalam beberapa perkara:

Soalan kepada MOF

1) Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?

2) Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah inikepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah dikalangan mesyarakat Bumiputera?

3) 1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?

Soalan kepada TH

1) Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transkaksi ini?

2) Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini, sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100% daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli dimeterai? Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100% bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini?

3) Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini? Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi? Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah terkini yang dibuat di kawasan berhampiran dibuat pada harga yang lebih redah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?

PPUM menggesa agar soalan-soalan diatas dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengudang kemarahan rakyat.

Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. PPUM amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima.

Jamawi Jaafar
8 Mei, 2015

Kata makcik kipas selepas menang

Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, di atas kurnia-Nya, memberi kemenangan kepada calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Kecil P.44 Permatang Pauh yang berlangsung hari ini, 7 Mei 2015.

Kemenangan hari ini adalah bukti bahawa rakyat, khususnya pengundi-pengundi di Permatang Pauh, mahukan sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.

Kemenangan ini, bukan hanya kemenangan KEADILAN sahaja. Tetapi ianya adalah kemenangan rakyat, yang menentang kezaliman Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar Ibrahim dan ianya merupakan suatu referendum rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan terhadap rasuah dan salahguna kuasa.

Dalam Pilihan Raya Kecil ini, kita menyaksikan peningkatan undi kepada KEADILAN sekitar 4 hingga 5 peratus daripada kalangan masyarakat Melayu, khususnya anak-anak muda.

Ternyata pemenjaraan bermotifkan politik oleh Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar, menzahirkan simpati yang tinggi dan ianya adalah bukti bahawa beliau masih relevan kepada rakyat.

Menerusi Pilihan Raya Kecil ini menterjemahkan manifestasi kepada kekecewaan rakyat terhadap kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dipenuhi dengan pelbagai ketirisan, kemewahan pemimpin dan pelbagai skandal, terutamanya skandal 1MDB, yang terkini terpaksa menggunakan dana dari Tabung Haji.

Pilihan Raya Kecil ini adalah pencetus dan pemberi inspirasi kepada sebuah gerakan rakyat yang lebih besar untuk menuntut suatu perubahan yang total, bagi mengembalikan negara ke landasan yang betul.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh kepimpinan serta pendukung Pakatan Rakyat, daripada KEADILAN, PAS dan DAP yang sejak awal-awal lagi bertungkus lumus membantu kita memenangi pilihan raya ini.

Walaupun saya, Saudara Anwar dan KEADILAN difitnah menerusi media arus perdana setiap hari, walaupun mereka berusaha sedaya upaya memburukkan prestasi saya di Kajang, walaupun mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memecah belahkan kesatuan kita dengan pelbagai isu, namun ternyata segala tohmahan mereka tidak berkesan.

Terima kasih kepada pegawai SPR dan polis yang bertugas untuk memastikan Pilihan Raya Kecil ini berjalan lancar.

Bagi pihak KEADILAN, insya Allah segala isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat sepanjang Pilihan Raya Kecil ini, akan kami tangani seberapa segera. Untuk itu juga kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah membuat pengumuman untuk membantu kita di Permatang Pauh ini.

Terima kasih rakyat Permatang Pauh yang sudi menerima Kak Wan untuk kembali berbakti. Reformasi! Hidup Rakyat!

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden KEADILAN

Rabu, 6 Mei 2015

Wan Azizah sengaja menfitnah janji BN di PRK Teluk Intan



Tuduhan Wan Azizah ternyata fitnah dan tidak benar sama sekali iaitu tuduhan mengenai janji BN  dalam PRK Teluk Intan

1. Wan Azizah menuduh BN berbohong tentang pembinaan sebuah universiti di Teluk Intan.

Jawapannya ialah sebuah cawangan UPSI sedang  dalam pembinaan di kawasn Kolej Vokasional  dan akan siap dalam tempoh 3 tahun.

TELUK INTAN 14 Jun - Kerajaan akan membina sebuah kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini yang boleh menempatkan 1,000 orang guru bagi menjalani latihan dalam bidang vokasional dan teknikal.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pembinaan universiti perguruan tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga ke empat tahun. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140614/dn_35/Kampus-cawangan-UPSI-bakal-dibuka-di-Teluk-Intan#ixzz3ZJ5MSfd7 © Utusan Melayu (M) Bhd 


2. Internet Jalur lebar yang laju juga hanya tinggal janji dan tidak dilaksanakan oleh BN di Teluk Intan.

Jawapannya ialah internet sudah pun meningkat kelajuannya daripada 1MBPS kepada 2 MBPS. Semua kabel sudah pun dinaik taraf dan kabel optik menggantikan kabel tembaga.

3. Zon WIFI  percuma juga dikatakan  tinggal janji.

Untuk ini Wan Azizah ternyata tidak pernah berkunjung ke Teluk Intan, Internet percuma sememangnya banyak di bangunkan terutama dalam projek Kampung tanpa wayar. Semuanya disediakan secara percuma. Ini termasuklah pusat internet 1 Malaysia


Begitu juga dengan Jam Menara Condong juga mendapat pengiktirafan oleh UNESCO dan dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri semasa Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Kebangsaan tahun 2015 yang lalu.


Rumah mampu milik juga telah pun dimulakan dan sedang dalam pembinaan dan akan ada lagi rumah mampu milik akan dibina.

TELUK INTAN - Sebanyak 30,000 unit rumah mampu milik bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina secara berperingkat di Perak dalam usaha memberikan kehidupan lebih selesa kepada rakyat.
Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis berkata, projek itu akan dilaksanakan di setiap daerah dan bandar utama di negeri ini antaranya di Ipoh, Taiping, Slim River, Tanjung Malim dan Teluk Intan.
"Kita masih di peringkat awal perancangan dan kita jangka projek ini dapat disiapkan dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PR1MA Teluk Intan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Menara Condong di sini, hari ini.
Jamaluddin berkata rumah itu bakal dijual kepada pemohon yang layak dengan harga antara RM100,000 dan RM150,000 seunit bergantung kepada keluasan dan lokasi rumah.
Beliau berkata projek itu menawarkan beberapa skim yang sesuai kepada mereka yang layak antaranya skim sewa beli bagi membolehkan rakyat di negeri ini memiliki rumah sendiri.
"Ada skim untuk yang berpendapatan bawah RM2,000 atau RM3,000 sebulan dan saya percaya projek ini mampu memenuhi kehendak golongan berpendapatan sederhana," katanya.
Katanya kerajaan komited untuk membina rumah yang harganya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran meskipun kos bahan binaan semakin meningkat.
Perbadanan PR1MA Malaysia ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk melaksanakan program yang menyeluruh dan meluas bagi membina rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana yang tinggal dikawasan bandar di negara ini. - Bernama

Tebatan banjir juga dalam proses pembinaan di persisiran Sungai Perak dan akan juga membina flat gate di setiap laluan air keluar daripada longkang besar ke sungai.


TELUK INTAN 1 Jun - Bagi Anggota Parlimen Teluk Intan yang baharu Datuk Mah Siew Keong, antara projek utama yang akan dibangunkannya ialah meneruskan projek tebatan banjir yang tertangguh selepas kekalahannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Projek bernilai RM100 juta yang dirancang untuk dibangunkan dalam lima fasa, hanya mampu dibangunkan sebanyak dua fasa dengan kos RM30 juta, sebelum Mah, yang merupakan anggota Parlimen Teluk Intan sejak Pilihan Raya Umum 1999, kalah pada PRU 2008.
Pembinaan kedua-dua fasa itu telah mampu mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan bandar dan kampung di Teluk Intan sebanyak 80 hingga 90 peratus.
Pihaknya juga akan menyusun semula pelaksanaan janji-janji yang dibuat dalam manifesto parti yang dilancarkan Isnin lepas, kata Mah yang ditemui pemberita selepas berjumpa pengundi di Pasar Besar di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas pemilihannya sebagai Anggota Parlimen Teluk Intan.
Beliau berkata segala perancangan pembangunan itu memerlukan masa, tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20140601/po_08/Mah-sambung-projek-tebatan-banjir-yang-tertangguh-di-Teluk-Intan#ixzz3ZLVaqOqK © Utusan Melayu (M) Bhd 

Selasa, 5 Mei 2015

Kecelakan maut di DUKE siri II

Air Bag tidak akan berfungsi sekiranya tali keledar tidak di pasang
Anak kecil juga perlu tali keledar
Jangan malu pakai
Tidak memakai tali keledar denda RM300.00 


Kelmarin dah tulis, hari ini ada lagi yang hendak dikongsi bersama.


Apabila seorang pegawai kerajaan daripada JPJ membuat kenyataan mengenai KPI mereka untuk mengutip kematian daripada 10 ribu kepada 5 ribu orang setahun, khalayak mentertawakan beliau.


Diketawakan oleh kita sebab dia sebut, " tahun ini kita nak 5 ribu rakyat mati di Jalan raya"


Untuk mengurang kan kemalangan maut, kerajaan cuba menguat kuasakan beberapa perkara.


Antara nya ialah nombor plet, cermin gelap, lampu strobe dan yang lain pula ialah pemasangan kamera AES.


Bagaimana pun ia mendapat kritikan hebat daripada rakyat.


Kita kata, apa kena mengena plet fancy, cermin gelap, rim kangkang dengan kematian di jalan raya.


Ramai yang bantah dan ada yang sanggup merosakkan dan menjatuhkan kamera AES kononnya menyusahkan rakyat.


Lebuh raya bertol kini menjadi trek racing. Tak percaya tengok sendiri di plaza tol Jalan Duta, LDP dan lain-lain rumah toll.


Sebaik saja menjelaskan toll sama ada tunai atau kad, mereka memecut kereta selaju-laju yang mampu, ada yang sampai hampir sliding tayar belakang bagi kereta-kereta RWD yang sporty.


Banyak kemalangan maut berlaku di lebuh raya terutama di Lembah Kelang. Beberapa bulan lagi kita didedahkan sebuah kereta sport buatan Italy berharga lebih sejuta ringgit melanggar tiang jejantas dan pemandu maut. Jika kita ingat kembali memang banyak kemalangan maut yang mengerikan.


Kereta masa kini juga dilengkapi dengan satu sistem 'cut off' yang menghadkan kelajuannya, tetapi kebijaksanaan mereka berjaya mengubah suai sistem ECU kenderaan mereka sehingga mencapai kelajuan yang amat tinggi.


Jika kereta zaman 80an dahulu, untuk meningkat kan kuasa, segala ubah suai dibuat secara manual, kini hanya ke bijak IT sahaja kereta biasa boleh berubah menjadi kereta lumba.


Namun mereka bukan berlumba di track days di litar Sepang tetapi di jalan raya dan lebuh raya yang dikongsi oleh semua orang.


Kini heboh tentang kelab FMC Myvi yang dilabelkan sebagai pembunuh.


Anak mangsa yang ibu bapa meninggal dunia pun sudah pandai minta menteri KDN untuk tangkap pembunuh bapanya.


Senang untuk menyalahkan orang lain, membunuh macam mana tu?


Adakah ahli kumpulan FMC menahan dan menarik keluar pemandu Pajero Sport dan membelasah sampai mati? Adakah pemandu Pajero itu ditembak oleh FMC.


Apa yang berlaku ialah kesalahan tidak memakai tali keledar. Itu lah punca utama kematian.


Tali keledar sangat penting berbanding dengan airbags. Hari ini kerusi pemandu dan penumpang ada lampu yang akan menyala dan berbunyi apabila penumpang dan pemandu tidak buckled up tali keledar, pun begitu ramai juga yang mengubah suai suisnya supaya tanda amaran dimatikan, kononnya sakit telinga.


cukup dan berhenti di sini dahulu.

Isnin, 4 Mei 2015

#PRKPERMATANGPAUH : MELAYU KENA BERSATU DALAM UMNO-BN , BUKAN PAS, BUKAN PKR DAN DAP


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  menggesa masyarakat Melayu supaya bersatu atau berisiko kehilangan sebuah kerajaan yang menjaga kepentingan bangsa itu.

"Sekarang kita berpecah dan ia boleh menyebabkan kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika itu berlaku, saya takut ia akan menamatkan perjuangan Umno yang menjaga kepentingan bangsa Melayu," katanya ketika berucap pada pertemuan Gerakan Melayu Bersatu Demi Islam di Kelab Sultan Sulaiman di sini pada hari Ahad.

Beliau berkata, jika pembangkang menang, kerajaan akan diterajui oleh DAP, parti yang tidak mempunyai kepentingan terhadap bangsa Melayu di hati mereka.

Bagaimanapun, beliau menambah, rakyat perlu memberi kritikan terhadap kerajaan bagi menghalang daripada berlaku penyelewengan.

"Saya telah berada di sini sejak sekian lama dan melihat banyak perkara, jadi bila saya mengkritik, saya ada alasan sendiri.

"Jika saya perdana menteri yang mencuri dan mengambil rasuah, jangan membuta tuli menyokong saya, nasihatlah saya," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata, rakyat perlu memastikan pemimpin negara tidak melakukan sesuatu tindakan yang salah.

"Kita bertuah kerana dapat hidup dalam sebuah negara yang terlepas daripada peperangan dan bencana besar seperti gempa bumi dan gunung berapi.

"Oleh itu, marilah kita bekerjasama untuk mengekalkan apa yang kita ada dan bukannya berpecah," kata Tun.

Kecelakaan di DUKE penuh sensasi dan emosi

















Awal pagi Sabtu 2 Mei 2015 pada jam 1.05 pagi,  satu kejadian kemalangan jalan raya di lebuh raya DUKE telah meragut 3 nyawa sekeluarga.

Kejadian yang melibatkan 2 buah kereta Perodua Myvi dan sebuah Pajero Sport cukup menyentuh hati rakyat kerana melibatkan kematian seorang bayi dan mangsa meninggalkan 2 anak yang menjadi yatim piatu.

Andai kata ia hanya melibatkan satu nyawa sahaja dan tidak melibatkan kematian bayi comel, maka kejadian itu boleh dikategorikan sebagai kemalangan maut biasa.

Namun dengan adanya media sosial khalayak semua menyalahkan ahli kelab Familia Myvi yang dikatakan berlumba di lebuh raya tersebut.

Jika dilihat pada gambar-gambar aktiviti kelab tersebut mereka tidak lah ganas, kelab tersebut lebih kepada merapatkan siratul rahim antara ahli-ahli dengan pelbagai aktiviti yang sihat.


Berikut adalah matlamat penubuhan kelab tersebut yang diambil daripada blog mereka yang suku siap.
Familia Myvi Club Adalah Sebuah Kelab Yang Menghimpunkan Peminat-peminat Kereta Jenis Myvi Tidak Kira Myvi Baru Atau Lama Di Seluruh Malaysia. Kelab Ini Di Tubuhkan Sekitar Pertengahan Tahun 2014. Kami Suka Enjoy, Kami Suka Berkonvoi, Kami Suka Lakukan Aktiviti, Kami Suka Layan Corner Genting Dan Banyak Lagi. Kami Tidak Mengongkong Ahli Kelab, Kami Tidak Berpuak2, Dan Kami Juga Tidak Suka Berhasad Dengki. Kalau Anda Tercari2 Kelab Kereta Myvi Yang Sesuai, Inilah Kelabnya. Salam Kenal Dari Kami Familia Myvi Club. :)

DUKE  merupakan sebuah lebuh raya bertol yang sangat penting bagi menghubungkan lebuh raya utara selatan dengan lebuh raya pantai timur.  Lebuh raya ini tersebut dapat menjimatkan masa berbanding MRR2 yang sentiasa sesak.

Lebuh raya 3 dan 4 lorong ini mula digunakan secara rasmi pada 9 Januari 2009 dan jumlah pengguna dianggarkan 120 ribu kenderaan sehari.



Memandu di lebuh raya  ini cukup menyeronokkan, adakalanya rasa seperti berada dalam trek lumba Monte Carlo, dan kebanyakan kenderaan yang baru-baru yang menggunakan kenderaan ini akan memecut laju melebihi had yang dibenarkan.

Mengikut lakaran kejadian dalam sebuah akhbar menunjukkan dua  buah Myvi telah bergesel dengan Pajero yang menukar laluan dari kiri ke kanan, ia menyebabkan Pajero masuk semula ke sebelah kiri dan dilanggar oleh sebuah lagi Myvi.


Pelanggaran kedua menyebabkan Pajero terbalik dan 3 beranak tercampak keluar.  Persoalannya kenapa ketiga-tiga mangsa yang berada dalam Pajero tercampak keluar?

Jawapan mudah ialah mereka tidak mengenakan tali keledar, seandainya mereka memakai tali keledar nescaya mereka tidak akan tercampak keluar.

Bila melihat CCTV dari rumah tol, jelas menunjukkan Myvi dan Pajero Sport dipandu laju.

Paling pelik ialah bagaimana kereta Myvy yang hanya  panjang 3.7 meter dan berat 950 kg mampu menterbalikkan Pajero Sport 4WD yang panjangnya 4.7 meter dan berat melebihi 2000kg?

Sudah tentu Pajero tersebut juga dipandu laju melebihi had yang dibenarkan

Oleh itu, janganlah menyalahkan satu pihak sahaja




Ahad, 3 Mei 2015

#PRKPermatangpauh : Bantah GST dan PKR 17 tahun gagal membangunkan Permatang Pauh

Demo bantah GST pada 1 Mei 2015 di Kuala Lumpur ternyata gagal menarik penyokong Bershit 1.0 dan Bershit 2.0 untuk bantahan menolak cukai baru GST.

Kelmarin Sabtu,  bersembang dengan seorang Ustaz Pas


Ustaz     : "Ramai tak demo di KL semaian?"

Tm         :  " Adalah 15 ribu maksimum, tetapi ada  kata 500 ribu."

Dengar perkataan 15 ribu dan 500 ribu Ustaz Pas tersenyum senang hati sambil menyambung kenyataannya.

Ustaz      : " Eloklah kerajaan tarik balik GST dan balik macam asal, dulu mana ada cukai"

Tm          : " Betul kah dulu tak ada cukai?"

Ustaz       : " Betul lah dulu beli ikan, beli sayur, beli barang kat supermaket mana ada caj GST".

Tm           : " Ustaz, dalam setahun berapa ribu ustaz bayar cukai pendapatan?"

Ustaz       : " Tak pernah kena pun"

Tm           : " Ustaz tak bayar cukai pendapatan itu kira untung lah, saya ini tiap-tiap tahun kena bayar"

Ustaz        : " Banyak ka?"

Tm            : " Beribu juga lah tiap-tiap tahun"

Tm            : "Gst ini bagus ustaz, dulu cukai jualan sampai 5% hingga10% saja

Tm            : " Cukai perkhidmatan pula 6%,

Tm             : "Sekarang cukai 10% dan 6%  dibundarkan menjadi satu angka sahaja iaitu 6%."



Itu lah mukadimahnya dan selepas itu Tm pun mulakan sekolah kan ustaz tu sikit.

" GST ini bagusllah ustaz, sebab dengan adanya GST, peniaga-peniaga tak boleh lagi nak menipu LHDN dan Kastam. Dulu sebelum GST, tiap-tiap tahun depa kat perniagaan mereka tak untung banyak, jadi depa declare pendapatan mereka sikit, sebab itu lah cukai pendapatan hasil perniagaan mereka kecil, kami yang makan gaji ini tak boleh tipu, tiap-tiap bulan salinan gaji dah dihantar kepada LHDN oleh majikan. "

"Peniaga pula tak ada hantar  penyata hasil pendapatan atau jualan mereka setiap bulan, depa tipu pun  kuat, siap saja berang, nak keluar pintu kilang pun depa dah tipu kastam dengan merendahkan nilai produk depa, bila dah keluar masuk stor yang dikuasai oleh kroni depa. lepas tu barang yang cukai 10% tadi dijual berkali ganda harganya. "

" Ustaz dulu cukai kereta mewah Anwar penaik jadi 300% sebab nak ambil balik duit tauke-tauke atau ahli perniagaan yang dok menipu kastam dan LHDN. Walaupun setiap tahun declare cukai ciput tetapi depa mampu beli kereta mercedes, bmw dan lain-lain, jadi Anwar Ibrahim ketika itu menaikkan cukai import menjadi 300%. Sama lah juga caj pasport antara bangsa. dulu harga RM60.00 untuk 5 tahun dinaikkan menjadi RM300 untuk 5 tahun.  Sebab peniaga ini suka melancong, bayar cukai tak mahu lebih-lebih."


" Yang dok pi buat demo itu buat apa, bukan ada faedah pun, peniaga senyum lah bila tengok kita buat demo, kalau sistem cukai GST dihapuskan yang untuk ialah peniaga sebab mereka boleh manipute cukai ikut suka hati depa macam sebelum ini.  "

" Cuba ustaz pergi kedai tayar, sekarang harga tayar campur cukai 6% lebih murah daripada harga sebelum ini. sebab dulu cukainya 10%. Kilang tayar tak macam kilang tempatan yang kuat tipu, "

"Anwar Ibrahim pun setuju dengan GST, dia pernah kata, kalau menang kita laksanakan GST sebab sistem GST dapat menghapus kan ketirisan.

"Rafizi Ramli pun dalam ceramah dulu menghuraikan panjang lebar tentang kebaikan GST tetapi bila kerajaan nak buat maka parti pembangkang akan buat U-Turn dan kondem balik sistem cukai GST."

TM bertanya lagi soalan tambahan kepada ustaz tersebut , " Ustaz! Siapa yang dok penaik harga yang sebenarnya? "  Jawab ustaz mudah sahaja " Kerajaan lah"

TM pun menjawab dengan panjang lebar ;

" Yang penaik harga ialah kepala samseng jaga kawasan, bila cukup masa dan tempoh edah depa akan arahkan peniaga menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, sesiapa yang engkar akan terima akibat dan kesan keingkaran, kerajaan boleh mengawal sahaja dan bertindak jika ada laporan.

" Ustaz tahu tak fasal harga satay naik? Bila dia geleng kepala TM pun tambah sikit lagi isu satay naik harga di pekan T*******.

" Dulu ada seorang peniaga yang otai dah, jual satay pada harga lama tetapi seorang lagi ambil keputusan menaikkan harga dengan alasan harga petrol dan diesel meningkat. Bila peniaga otai ini enggan menaikkan harga, peniaga yang seorang lagi hantar samseng ugut otai itu supaya menaikkan harga, tetapi kerana otai itu pun orang hebat dia pun enggan tunjuk kepala kepada samseng tadi sampai ke sudah. Itu baru melayu yang berniaga kecil-kecil, bayangkan jika perniagaan besar-besar yang melibatkan jutaan ringgit.

Ustaz itu pun angguk-angguk kepala tanda faham dan kemudian aku pun beredar dan bersalam dengan beliau, moga-moga ustaz itu faham akan faedah GST.

#PRK Permatangpauh: Nak tahu tentang 1MDB tanyalah kepada Nurul Izzah



1MDB–Questions that need ANSWERS
by dinobeano
May 3, 2015
Phnom Penh by The Mekong
MY COMMENT: 
I do not know when our Auditor-General Tan Sri Ambrin Buang is going to complete his report on Ambrin1MDB. It is must a difficult exercise since 1MDB is full of tricks since pretty smart executives are managing it. Or.Is it? I think it is not a major task. Neither is it a complicated exercise. The Sarawak Report, Guna's article (below) and other sources on the Internet should provide enough information to guide Ambrin Buang in his work. The why the silence from him. Are we as taxpayers not entitled to receive some form of progress report?
If the Auditor-General is serious about bringing closure to this case so that follow-up action can be initiated to bring those responsible for any wrongdoing to face the full brunt of the law. He should also know that he must give his audit of 1MDB top priority. I would like to believe that the Auditor-General's report (at least in draft in form) is ready but it is being "vetted" by the Prime Minister's Department and hence the silence and the delay.--Din Merican

Taipingmali komen pulak !
Di atas adalah dipetik dari blogger "Din Merican" yang diterima melalui email. 

Senang saja, kalau nak tahu lebih-lebih, pergi lah rujuk kepada Nurul Izzah a/p Anwar Ibrahim. 

Dalam ceramah dia pada 1 Mei 2015 di Kubang Semang, Nurul bercerita panjang lebar hampir ke penamat waktu ceramah jam 12.00 malam.

Tanya dan soal siasat kenyataan Nurul dan rujuk kepada SPRM .

Apa Susah-susah nak buat Suruhanjaya di raja. 

Sabtu, 2 Mei 2015

Kad telefon prabayar : SKMM vs KDRM

PETALING JAYA: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak sependapat berhubung isu penetapan harga isian semula telefon prabayar.

SKMM dalam kenyataan memaklumkan harga isian semula prabayar tetap akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), seperti yang dilaksanakan selepas 1 April.

Sebagai contoh, isian semula berharga RM10 akan djual dengan harga RM10.60 termasuk enam peratus GST.

Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dalam masa dua hari dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei, seperti yang diminta.

"Masalah untuk kembali kepada kadar pra-GST adalah kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang berjumlah kira-kira 30,000," katanya.

Halim berkata, ia juga melibatkan kos yang besar bagi pihak pembekal perkhidmatan dan ejen-ejen pihak ketiga selain stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara.

Kenyataan SKMM itu dikeluarkan selepas Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad dalam satu sidang media sebelum itu yang dilaporkan mengumumkan harga kad isian semua telefon prabayar kembali kepada harga asal seperti sebelum pelaksanaan GST, mulai 1 Mei

Jumaat, 1 Mei 2015

#PRKPermatangpauh: Pemuda Pas Marang tertelan biji nangka bila Pemuda Pas Penang buat U-Turn



KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MARANG (DPPKM)

MENYOKONG PENUH KEPUTUSAN DAN PENDIRIAN DPPN PULAU PINANG

1. Berikutan dengan keenganan AMK Pulau Pinang membuat permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang pada 26 februari 2015 yang lalu.


2. DPPKM sepenuhnya menyokong pendirian tersebut dibuat berdasarkan desakan dangkal dan tidak berakhlak oleh Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang. Kenyataan yang dilihat tidak matang dan mempamerkan akhlak yang tidak terdidik dengan nilai-nilai budi pekerti yang mulia ianya juga kenyataan diluar kewarasan seorang anak muda yang sepatutnya mempunyai fikiran yang rasional dan tidak emosional.

3. Tuduhan dan tohmahan yang sangat menyimpang ini sepatutnya ditujukan kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat sendiri untuk dijawab. Pendirian yang sangat jelas oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkenaan kenyataan tersebut sepatutnya sudah difahami dengan sebenarnya oleh AMKPP.

4. DPPKM turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh Ketua AMK yang dipimpin oleh saudara Nik Nazmi Nik Ahmad yang tidak berupaya untuk memberi kefahaman kepada AMKPP dalam isu ini.

5. Kami anak muda Marang akan sentiasa berdiri teguh menunjangi kepimpinan ulama yang dikemudikan oleh Dato' Seri Presiden dalam menegakkan cita-cita untuk mendaulatkan Islam diatas muka bumi ini.

Terus Beristiqamah

Sulaiman Bin Sulong
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang
26 April 2015

NOTA LUTUT

Terus Beristiqamah tahi kucing!!!!!! 

#PRKPermatangpauh: Kerana harta dunia Pas sanggup gadaikan perjuangan Islam







Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

19 hrs ·


Harapan PAS Pusat

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah membuat keputusan yang tepat membantu jentera Pakatan Rakyat untuk memastikan UMNO-BN terus tewas di Permatang Pauh.


Semua sayap di semua peringkat kawasan perlu sentiasa bersikap tegas dalam prinsip, dan pada masa yang sama bersikap anjal dalam setiap tindakan tanpa menjejaskan perjalanan organisasi parti yang telah dibentuk sekian lama dengan mengamalkan konsep wala’ pada keputusan parti dan jemaah (taat pada perkara yang tidak dipersetujui).

Hanya mereka yang berjiwa besar dapat mengamal dan menghayati konsep wala’ sepenuhnya – dan tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang atas kejayaan mengekalkan semangat ini di saat yang sukar.

Tindakan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang akur dengan keputusan parti merupakan pukulan maut kepada UMNO-BN dan medianya yang sememangnya mengharapkan isu ini bakal berlanjutan sehingga hari pengundian.

Untuk meningkatkan keharmonian Pakatan Rakyat, PAS Pusat mendoakan agar AMK Pulau Pinang juga boleh berlapang dada dan berfikiran matang untuk sekurang-kurangnya menarik balik kenyataan mengkritik serta campurtangan terhadap masalah dalaman PAS.


PAS Pusat juga mengharapkan agar pimpinan tertinggi PKR diberi kekuatan untuk mengambil sesuatu tindakan dalam isu ini untuk menjernihkan lagi suasana sebagaimana yang telah dilakukan oleh para pimpinan PAS demi kejayaan bersama di Permatang Pauh.
Diharap semua pihak di dalam Pakatan Rakyat dapat mengambil pengajaran bersama dan tindakan pembetulan susulan daripada episod ini – agar kerjasama di dalam Pakatan Rakyat dapat dieratkan dengan memperkukuhkan sikap saling menghormati dasar parti masing-masing - bagi menghadapi UMNO-BN yang semakin rakus dan zalim menekan rakyat.


Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang. Selamat berkhidmat di PRK Permatang Pauh untuk menghantar isyarat kepada UMNO-BN bahawa rakyat menolak GST. Bersama kita doakan kejayaan PAS di Rompin dan PKR di Permatang Pauh demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat.


Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
29 April 2015


NOTA LUTUT
MAKA BENAR LAH KATA MAT SABUN " AKU RELA DUDUK SEMEJA MAKAN BABI DENGAN GUANG ENG DARIPADA MAKAN AYAM DENGAN NAJIB"



‪#‎Solidariti4UstYusni‬