Sabtu, 9 April 2016

DULU TOLAK CAMPUR TANGAN ASING, KINI TERIMA CAMPUR TANGAN ASING UNTUK GULING NAJIB

Dalam gimik yang agak ironi, mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed telah dilaporkan meminta bantuan antarabangsa untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.

The Australian hari ini menyatakan ianya adalah "pusingan U yang luarbiasa bagi seorang nationalis berusia 91 tahun yang terkenal", yang pernah dikenali sebagai seorang pemimpin yang tegas menolak campur tangan antarabangsa sepanjang pemerintahannya.

"Kebiasaannya, saya tidak gemarkan campur tangan antarabangsa berkenaan urusan-urusan negara, namun disebabkan saluran untuk kami mencapai jalan penyelesaian telah ditutup keseluruhannya (sama ada di dalam parti ataupun melalui undang-undang zalim yang digunakan untuk menakut-nakutkan pengkritik)," katanya.

Beliau ditemuramah oleh majalah mingguan Australian Daily iaitu The Weekend Australian di pejabatnya di Putrajaya.

Mahathir juga menyatakan bahawa beliau hanya mempunyai sedikit keyakinan bahawa Najib pasti akan turun sekiranya tiada tekanan daripada pihak luar.

"Oleh itu, kami terpaksa membenarkan campur tangan pihak luar di dalam urusan negara kita"

Bekas veteran dan ketua parti UMNO tersebut juga mengkritik sikap kerajaan Australia yang berdiam diri dalam isu tersebut.

"Kerajaan Australia seolah-olah dilihat seperti tidak mahu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Malaysia," beliau dilaporkan berkata.

Diterjemah oleh : KKMM

Sumber : mkini