Jumaat, 27 Mei 2016

KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI MENGENAI PENIPUAN TERBARU WALL STREET JOURNAL

27 Mei 2016

1. Satu siasatan perlu dimulakan bagi mengetahui mengapa pihak Wall Street Journal mencampuri hal ehwal dalaman dan politik negara.

2. Dalam laporan palsu terkini mereka hari ini, pihak WSJ menuduh Perdana Menteri tidak disoal siasat oleh pihak penyiasat Malaysia, mendakwa bahawa siasatan yang telah membersihkan Perdana Menteri dari sebarang salah laku adalah "dijejaskan oleh tekanan politik dan kurangnya ketelusan".

3. Tetapi di dalam rekod awam, malah turut mendapat liputan media yang luas bahawa pada ketika itu, Perdana Menteri telah disoal siasat selama beberapa jam oleh pihak penyiasatan utama bagi kes ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 5 Disember 2015. Perdana Menteri telah memberikan kerjasama yang penuh dalam siasatan berkenaan, serta mengarahkan semua badan yang terlibat melakukan perkara yang sama.

4. Pihak WSJ bukan sahaja tidak mengendahkan fakta berkenaan, malah berbohong dan menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak disoal siasat. Ini menunjukkan agenda mereka yang berat sebelah, malah gaya laporan mereka juga begitu konsisten apabila melibatkan isu Malaysia. Mereka hanya bergantung kepada sumber yang tidak dinamakan serta 'calitan' oleh Tun Mahathir dan sekutu terbarunya di dalam DAP, termasuklah Tony Pua di dalam laporan terbaru mereka.

5. Penipuan yang tidak berasas ini, yang mana masih gagal untuk dibuktikan namun digunapakai oleh WSJ dalam laporan mereka sebagai satu fakta. Sama seperti beberapa laporan palsu yang dikeluarkan mereka mendakwa Perdana Menteri telah melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru.

6. Bidang kewartawanan seharusnya mengenai kebebasan melaporkan sesuatu berita  berdasarkan sumber dan fakta yang boleh disahkan. Namun, Pihak WSJ seolah sanggup dipergunakan sebagai penggerak kepada propaganda oleh pihak pembangkang, yang secara terbuka mengisytiharkan untuk menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI


Diterjemahkan oleh: KKMM



Sent from Samsung tablet.