Sabtu, 28 Mei 2016

SIAPA NAK PERCAYA RATU NAGA? BLOGGERS PRO TUN M MEMPERMAINKAN AL QURAN KERANAI KANTOI PASAL TANDATANGAN PALSU KONONNYA 1.2 JUTA ORANG SOKONG DEKLARASI TUN M-KIT SIANG.




1. Bila sudah kantoi, Ratu Naga terpaksa memperalatkan Al Quran (seperti gambar) sedangkan perbualannya (Syarul Ema Rena Abu Samah) atau Ratu Naga yang terlibat dalam pemalsuan 1.2 juta tanda tangan Deklarasi Mahathir-Kit Siang bersama dengan pengaturcara komputer bebas, Azharuddin Othman di aplikasi whatsapp menjadi viral hari ini.

2. Dalam paparan skrin yang dirakamkan, didedahkan arahan Ratu Naga agar Azharuddin tidak mengambil data dari kalangan mereka yang lahir dari tahun 1978 ke atas kerana hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja boleh menandatangani deklarasi teraebut.

3. Turut didedahkan, kenyataan Ratu Naga yang menyebut "yang betul sign hanya RM300k je sebenarnya," "so kita kena tulis kat borang tu sendiri."

4. Antara perbualan lain yang didedahkan adalah:
"200k orang mati ko bagi wey"
"Yang 700k tu dalam 300k tentera dan indon"
"Tapi make sure Sabah Sarawak tak ada sbb deklarasi rakyat tak p sana lagi"
"ingat mukhriz dh declare.. settle la... 300k tu blyk sgt"
"mukhriz dan tun terpaksa tipu"

5. Kenyataan Kamaruddin Jaafar, salah seorang anggota sekretariat bahawa tandatangan tersebut telah mencecah 500,000 juga nampaknya satu penipuan.

6. Sehingga kini, selain Kamaruddin yang memberi angka 500,000, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir dan Mukhriz masing-masing menyebut bahawa lebih sejuta tanda tangan telah dikumpul.

7. Ratu Naga berusaha menafikan mengenali Azharuddin melalui sumpah laknat, bagaimanapun dia tidak bersumpah menafikan penglibatannya di dalam penipuan ini. Dia juga tidak bersumpah bahawa rakaman paparan skrin perbualannya bersama Azharuddin adalah tidak benar. Ratu Naga juga tidak membuat sebarang kenyataan untuk membuat laporan polis, memfailkan saman fitnah atau tindakan undang-undang ke atas Azharuddin dan Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.


Sent from Samsung tablet.