Rabu, 8 Jun 2016

Dap tolak debat dengan Gerakan dalam isu terowong #KEKALBN




EXCO Pulau Pinang Lim Hock Seng enggan menyahut cabaran Gerakan Pulau Pinang untuk mengadakan debat awam berkenaan terowong dasar laut.

Antara sebab yang diberikan ialah:

Sebab pertama: Semua persoalan berkenaan projek RM6.3 bilion telah pun dijawab dan tiada keperluan untuk berdebat.

Beliau berkata bahawa “Datuk Abd Rahman Dahlan telah bertanyakan soalan sebanyak tiga kali dan kami menjawab setiap soalan tersebut sepenuhnya dengan jelas sehingga beliau sudah tidak mempunyai soalan lagi,”

Sebenarnya, Dato’ Rahman Dahlan telah bertanyakan soalan sebanyak empat kali dan kebanyakan jawapan yang diberi kelihatan seperti putar belit dan tidak menjawab soalan. Lagipun pada kenyataan akhir beliau, ternyata Lim Hock Seng sendiri yang mengatakan bahawa beliau enggan memjawab apa-apa soalan lagi daripada Dato’ Rahman Dahlan selepas ini.

Sebab kedua: “Siapa kamu?”

Lim Hock Seng berkata:

“Saya tidak sombong tetapi siapakah Jason Loo? Saya tidak boleh melayan sebarang cabaran debat awam, sekurang-kurangnya cari orang yang sama taraf dengan saya,”

Baiklah, tidak mengapa jika itu yang kamu maksudkan tidak sombong walaupun Jason merupakan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang.

Sebab ketiga: “Boleh selalu menulis kepada saya”

“Jika Loo mahukan jawapan berkenaan terowong dasar laut tersebut, dia boleh menghantar soalan tersebut ke pejabatnya. Kami akan menjawab semua soalannya dan dia juga boleh membuat permohonan untuk melihat dokumen di bawah Akta Kebebasan Maklumat,” kata YB Lim.

Baiklah. Semua soalan boleh dihantar ke pejabatnya dan dia boleh minum kopi dan kautim bersama Lim dan yang lain.

Sebenarnya, Gerakan Penang dan ramai lagi telah banyak kali membuat permohonan dibawah Akta Kebebasan Maklumat tetapi Kerajaan Pulau Pinang enggan memberikan dokumen tersebut kepada mereka. Lagipun, YB Lim sendiri mengatakan bahawa mereka tidak akan mengubah dokumen Terowong Pulau Pinang tersebut pada Jumaat lepas.

Sebab kelima: “Beliau percaya bahawa semua persoalan daripada Gerakan Penang hanya sebahagian daripada taktik untuk melambatkan projek infrastruktur.”

Kami tidak berhak bertanyakan tentang tanah yang bernilai berbilion Ringgit sama ada diberi atau akan dihasilkan, yang menelan kos perbelanjaan hampir ratusan bilion hanya untuk “laporan dan penyelidikan”? Adakah anda bermaksud pertanyaan tersebut sama seperti “mensabotaj” seperti yang dikatakan oleh Lim Hock Seng pada Jumaat lepas?

Adakah itu bermaksud DAP sengaja mensabotaj banyak projek Kerajaan Pulau Pinang untuk berdekad lamanya?

Sebab keenam: “Beliau juga mendedahkan bahawa laporan terhadap projek tersebut telah dibuat dengan MACC”

Bukankah kamu semua telah menolak sebab ini apabila debat antara Lim Guan Eng dan Rahman Dahlan dibatalkan selepas PDRM dan MACC mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberhentikan debat tersebut?

Sekarang, kamu menggunakan sebab yang sama juga untuk menolak debat tersebut.

Diterjemah oleh : KKMM

Sumber:
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/penang-exco-says-no-to-gerakans-tunnel-project-debate-challenge