Langkau ke kandungan utama

KUALA KANGSAR : Fitnah Menjadi “Ulam-Ulaman” PAN Untuk Meraih Undi


Mengundi PAN adalah bersamaan maksud memberikan undi kepada sebuah parti DAP chauvanis yang amat kejam dan zalim serta perkauman disamping menindas kaum lain .

DAP sebagai "God Father"  kepada PAN akan terus menggunakan "Balacinya" PAN untuk memecah belahkan Melayu dalam pilihan raya.

Sudah menjadi adat dan resam semasa pilihanraya, pembangkang akan cuba membuat ceramah yang yang bersifat fitnah dan pembohongan untuk menipu rakyat bawahan. Pembangkang langsung tidak merasa berdosa akan tindakan yang mereka lakukan kepada rakyat.

PAN Dan DAP


Kenikmatan melakukan pembohongan itu seakan sudah tidak dapat diubah dan dibendung lagi. Kini dengan penuh bangga mereka lakukan. Apakah ini  corak kepimpinan yang diingini oleh rakyat?

PAN dengan penuh bangganya  melakukan fitnah dan pembohongan terhadap rakyat Kuala Kangsar terhadap  pemimpin Perak tanpa mempedulikan  dosa pahala secara tiada bersempadan mereka laungkan  kenyataan fitnah sebagai cara untuk mendapatkan undi.

Rakyat tentunya lebih matang sekarang dalam memilih pemimpin bukan hanya kerana parti akan tetapi  rakyat juga inginkan pemimpin yang mempunyai nilai-nilai murni yang menjadi amalan kehidupan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kuala Kangsar.

Ini pasti, kepimpinan yang baik budi dan akhlaknya akan menjamin satu pemerintahan yang terbaik dan boleh dijadikan teladan kepada rakyat. Sudah pastinya rakyat Kuala Kangsar akan memilih pemimpin seperti ini dan bukan memilih pemfitnah sebagai pemimpin mereka.

Timbalan Pengerusi PAN, Mohammad Nizar telah menuduh MB Zambry Abd Kadir kononnya telah memberi tanah kepada pihak tertentu. Tuduhan PAN itu dikecam oleh Zambry.

Menyifatkan Mohammad Nizar sebagai 'penipu bersiri', Zambry berkata bekas menteri besar Perak itu dilihat tanpa henti memfitnah dan membangkitkan isu tertentu walaupun telah diperjelaskan kerajaan sebelum ini.

"Saya amati perangai dia tidak habis-habis buat serangan. Bayangkan bulan Ramadan pun dia nak menipu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di sini.

Mengenai dakwaan kerajaan negeri memberikan tanah seluas 45,324 hektar kepada pihak tertentu, Zambry berkata perkara itu telahpun diperjelaskan sebelum ini termasuk pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak.

"Pembangkang ini telah kekeringan dan habis modal, sebab itu akan buat pembohongan," katanya.

Nizar menuduh kononnya kebiadapan Najib dan Zahid Hamidi merampas kerajaan Perak ini di bumi Kuala Kangsar, maka 'Allah jadikan pilihan raya kecil di sini'.

"Saya tidak terkejut dengan apa yang keluar dari kalam beliau (Nizar), kerana rupanya beliau belum pernah berubah dan belum cukup bertaubat dengan apa yang beliau alami sebelum ini.

"Saya syukur kerana beliau berkata demikian, mudah-mudahan taubat beliau segera diterima Allah swt," kata DS Ahmad Zahid.

Pemimpin PAN ini seharusnya sedar sewaktu pemerintahannya di Perak,  Nizar telah banyak membelakangkan  kepentingan bangsa Melayu dengan menidakkan hak-hak Melayu di Perak. Pemberiaan tanah-tanah sehingga 999 tahun kepada DAP adalah satu tamparan yang hebat kepada sejarah Perak.

Bukan itu sahaja, pengagihan kontrak semuanya telah membelakangkan hak-hak Melayu dalam negeri Perak. Sesungguhnya  rakyat Perak sedar dan menjadi sejarah hitam  bagi mereka.

Sudah pastinya  rakyat Perak tidak mahu lagi ditipu dengan kata-kata manis DAP dan PAN dalam mendapatkan sokongan rakyat.

PRK-P067 Kuala Kangsar  kini menjadi lapangan untuk rakyat Kuala Kangsar memberikan satu komitment yang tertinggi dalam memilih calon yang cukup layak untuk memimpin mereka dan calon yang mempunyai wawasan masa depan yang jelas dan terbaik.

Justeru itu, memilih calon Barisan Nasional itu adalah pilihan yang terbaik  dan adalah pilihan yang amat tepat.

Kesilapan memilih pemimpin  akan menjadi malapetaka yang  panjang sebagaimana telah berlaku terhadap orang Melayu Pulau Pinang.

Redzuan




Sent from Samsung tablet.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…