Ahad, 12 Jun 2016

Mahathir Sudah Nyanyuk Lupa Sistem Pemerintahan Negara #PRKKualaKangsar #PRKSgBesar

DAP SANGAT BENCI KEPADA TUN MAHATHIR TETAPI BERJAYA MEMPERKUDA TUN PADA SAAT AKHIR 


Amat sedih bila mendengar Mukadimah ceramah Tun Mahathir yang hadir ke Sungai Besar untuk memberi sokongan kepada calon yang mendapat sokongan Dap. Hari ini Tun Mahathir hadir lagi ke Kuala Kangsar untuk berkempen bagi calon parti proksi Dap,

Dalam ceramah di Sungai Besar tak sampai 2 minit Mahathir sudah menyerang YAB Dato Seri Najib Razak dengan hujah yang bertentangan dengan sistem politik yang diamalkan di Malaysia.

Terlebih dahulu Mahathir meletakkan pendirian beliau, bahawa beliau hadir bukan atas tiket mana-mana parti politik, beliau hadir sebagai rakyat yang prihatin, rakyat yang bertanggung jawab terhadap keadaan dalam negara kita ini.

Berikut adalah apa yang disebut oleh beliau di Sg Besar

"Oleh kerana hari ini semua kita semua tertekan dengan kerajaan Najib Tun Razak maka kita kebelakangkan sedikit parti-parti kita, sebaliknya kita menjadi rakyat biasa yang ingin mengembalikan negara kita ini kepada negara demokrasi. negara yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk bersuara.untuk menukar pemimpin apabila didapati pemimpin sudah tidak sesuai.

"Ini bukan perkara baru, kita sudah berkali-kali menukar pemimpin. Tunku Abdul Rahman undur diri, Tun Razak meninggal, Tun Hussin meninggal,Saya juga mengundur diri, Pak Lah pun undur diri untuk beri tempat kepada Najib..

"Semua orang ini dipilih oleh rakyat secara demokrasi, dipilih oleh rakyat sebagai wakil mereka, tetapi apabila rakyat tidak lagi sokong mereka maka mereka mengundur diri.tetapi hari ini Najib berkata oleh kerana dia dipilih oleh rakyat maka dia tak boleh diturunkan, ini tidak secucuk dengan dasar demokrasi.

"Sebab itu saya berada di sini untuk menyokong calon PAN yang sudahpun buat deklarasi rakyat.untuk menyingkir kan Najib.".

Seterusnya selepas mukadimah Tun Mahathir terus menggunakan 1MDB sebagai modal beliau. Tentang 1MDB tak payah nak ulas lah sebab apa yang dikatakan oleh Tun adalah kelentong semata-mata.

Cuma nak cerita di sini ialah mengenai sejarah perdana menteri yang pertama hingga sekarang.

Tunku Abdul Rahman adalah perdana menteri yang pertama selama dua penggal sejak PRU yang pertama pada tahun 1955 sehingga beliau melepaskan jawatan pada tahun 1970 selepas berjaya mengembalikan dan memulihkan negara daripada kesan 13 Mei.

Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang berpunca daripada pembangkang menang tipis dan mendesak supaya pilihanraya diulang semula. Bagaimana pun sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan permintaan pembangkang ditolak dan terjadilah rusuhan kaum di Kuala Lumpur

Dap dan beberapa sekutunya mahu hak hak keistimewaan orang Melayu yang ditetapkan dalam Akta 153 dihapuskan .

Tun Mahathir ketika itu melihat situasi politik peluang terbaik untuk beliau mendesak Tunku meletakkan jawatan, Namun nasib tidak menyebelahi Mahathir apabila beliau yang dipecat dari Umno dan Mahathir balik ke Kedah dan meneruskan tugas beliau sebagai doktor di klinik milik nya.

Dalam Perhimpunan Agung Umno yang diadakan pada tahun 1971 Tunku dengan rasminya melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Mahathir dibawa masuk kembali ke dalam Umno oleh Dato Harun.

Tun Razak mengambil alih tugas Tunku Abdul Rahman sehingga lah beliau meninggal dunia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn pada tahun 1976

Ketika ini Mahathir berjawatan Timbalan Perdana Menteri melihat peluang yang besar untuknya menjadi perdana menteri

Pilihan Raya Umum Malaysia ke 5 pada 8 Julai 1978 merupakan pilihanraya pertama buat Tun Hussein sebagai Presiden Umno untuk kekal jawatan sebagai Perdana Menteri ketiga selepas Tunku dan Tun Razak.

Setelah beberapa tahun Tun Hussein menjadi orang nombor satu dan apabila kesihatan beliau kurang baik, boleh dikatakan setiap minggu Mahathir berjumpa Tun Hussien untuk bertanya "Bila nak letak jawatan?"

Akhirnya pada tahun 1981 atas alasan kesihatan Tun Hussein Onn terpaksa melepaskan jawatan kepada Mahathir dan sejak itu jawatan perdana menteri digenggam kukuh dan utuh oleh Mahahir sehinggalah beliau mengumumkan perletakkan jawatan dalam perhimpunan Umno 2002 dan  proses penyerahan kuasa kepada Tun Abdullah berlaku dalam bulan puasa 2003

Pak Lah menang besar pada PRU 2004 namum kumpulan Mahathir melancarkan serangan cyber untuk menjatuhkan Pak Lah dan akibatnya PRU 2008 BN kehilangan Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Mukhriz Mahathir menghantar surat kepada Pak Lah supaya meletakkan jawatan. Pak Lah akur dan 2009 menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Najib Razak.

Jadi jika dilihat balik sejarah Mahahir berjaya menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn dan Pak Lah.

Oleh itu usaha beliau seterusnya ialah menjatuhkan Najib, tetapi sayang seribu kali sayang usaha tersebut gagal.

Maka dendam kesumatnya sampai ke tahap maksimun. Hari ini Mahathir dicemuh oleh rakyat kecuali mereka yang berada dalam kelompok pembangkang seperti Dap dan PKR.