Rabu, 8 Jun 2016

Nizar Jamaluddin tak serik buat fitnah dan dosa #KEKALBN #PRKKUALAKANGSAR

Pengundi Kuala Kangsar perlu menolak  (PAN) bagi “mengajar” mereka berikutan keceluparan pemimpinnya yang tidak menjaga sensitiviti pihak lain yang baru sahaja kehilangan salah seorang ahli keluarga.

Bagi Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah, penting untuk seorang pemimpin menjaga peradaban dalam mengeluarkan kata-kata apatah lagi jika ia mampu mengguris hati mana-mana pihak.

WhatsApp-Image-20160601 (4)“Kenyataan Nizar (Datuk Seri Nizar Jamaluddin) jelas menggambarkan beliau seorang pemimpin yang bercakap ikut sedap mulut dan seorang pemimpin yang tidak matang berpolitik. Kenyataan ini juga jelas beliau seorang yang sentiasa mengeluarkan kenyataan kontrovesi bagi menarik perhatian pada diri dan partinya.

“Dalam minggu ini sudah beberapa kali beliau mengeluarkan kenyataan kontrovesi begini, pada saya PAN sudah tahu mereka kehilangan pengaruh dan kerana itu kenyataan sebegini bagi menarik perhatian rakyat kepada PAN.

“Bagi mengajar keceluparan mulut mereka, rakyat Kuala Kangsar mesti menolak parti seumpama ini kerana mereka tidak cerdik memimpin,” katanya kepada BNBBC portal.my pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Bekas Menteri Besar Perak, Nizar yang menyatakan nahas helikopter mengorbankan ahli parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il bulan lalu bagi memberi laluan kepada PRK sebenarnya petunjuk Allah ‘mengajar’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Nizar turut menyifatkan BN sebagai tidak ‘reti bahasa’ apabila terdesak mencalonkan balu allahyarham, Datin Mastura Mohd. Yazid yang masih bersedih lagi.

Kononnya langkah BN itu sebagai tidak menghormati budaya dan melanggar tertib kerana tempoh edah wanita tersebut belum habis, sekali gus ‘membantai’ UMNO yang enggan memilih ramai lagi calon lain berkelayakan

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali turut membidas keceluparan Nizar.

Katanya, Nizar sememangnya tidak layak menjadi pemimpin berikutan kebodohan yang ditunjukkan kepada semua penduduk di Kuala Kangsar.

“Satu kenyataan yang jelas menunjukkan kebodihan Nizar, dia lupa kah segala yang terjadi adalah kehendak ALLAH jua. Kita mesti terima takdir, qada dan qadar dengan bersangka baik pada ALLAH.

“Segala yang terjadi pada dunia ini adalah pengajaran pada semua dan ada hikmahnya. Jadi adalah jelas kata-kata Nizar tunjukkan dia tak faham apa yang ALLAH hidangkan untuk insan semua.

“Saya cadangkan elok lah Nizar guna sebaik nya bulan Ramadhan Al-Mubarak ini untuk belajar dengan mana-mana orang alim tentang perkara ni, jangan lah buat kenyataan yang menyerlahkan kebodohan sendiri, silap-silap boleh jadi satu dosa pulak,”