Khamis, 9 Jun 2016

Parti PAN boleh tukar nama jadi PANDAP atau DAPPAN #PAN

Nama Parti Amanah  Negara sememangnya cantik kerana ia mengambil sifat Nabi Muhammad SAW. Tetapi malangnya sifat sifat amanah yang dicanangkan oleh mereka tidak wujud.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah mendedahkan siapa mereka sebenarnya. Parti Amanah sebenarnya adalah balaci Dap. Buktinya sudah cukup kuat untuk menyatakan bahawa mereka adalah kelahiran doktrin untuk memecahkan parti PAS dan menarik sokongan Melayu kepada Dap. Sekali gus ia juga akan menyebabkan PKR juga akan terkubur dengan sendirinya.

Sejak hari Ahad lalu, hari penamaan calon, Dap dilihat lebih terkehadapan berbanding ahli-ahli Parti Amanah sendiri. Hingga ke hari ke lima kempen di dua kawasan parlimen jelas, terang lagi bersuluh bahawa Dap lah perancang dan penggerak kempen PAN. 

Ceramah dibuat bermula jam 7.30 malam sedangkan ketika itu orang sedang berbuka puasa dan waktu untuk solat Maghrib dan kemudiannya solat Isya dan Terawih.  Malam tadi seorang remaja melayu sudah hilang sabar dan terus menyerang pentas ceramah mereka dan menyebabkan beberapa wakil rakyat Dap tergamam dan terkejut dengan reaksi pemuda tersebut.

Lebih biadap lagi Nga Kor Ming dalam facebooknya telah menuduh dan mengaitkan nama Umno dan lebih celaka lagi apabila menukar nama Umno menjadi Umngok.

Oklah lah kita pun boleh gabungkan Pan dan Dap sebagai DAPPAN atau PANDAP atau pun PANDAPBENGONG.

SETUJU?