Sabtu, 11 Jun 2016

PCM mahu saman Kerajaan Pulau Pinang dan Zenith-BUCG

GEORGE TOWN: Parti Cinta Malaysia (PCM) akan mengemukakan saman fitnah terhadap kerajaan Pulau Pinang dan sebuah syarikat yang telah diberi tiga projek lebuh raya oleh pentadbiran tempatan.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan berkata beliau perlu mengambil tindakan undang-undang setelah digelar penipu oleh kerajaan Pulau Pinang dan Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd.

Huan telah menjadi perhatian kerana mendedahkan penyelewengan yang didakwa semasa mengendalikan projek mega yang bernilai RM6.3 bilion termasuklah projek terowong dasar laut dan juga projek tiga lebuh raya.

Saya mempunyai sebab untuk menyaman kerajaan negeri dan Zenith-BUCG kerana kerajaan telah membuat andaian bahawa saya berbohong walaupun saya memetik sumber yang dikenali termasuk daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Saya bercakap bagi pihak orang ramai tetapi mereka pula menyuruh saya berhenti,” Huan berkata dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau mengulas berkenaan saman fitnah terhadap beliau dan pihak itu seperti yang diumumkan oleh Zenith-BUCG awal minggu ini.

Huan kecewa kerana Zenith-BUCG telah membuat keputusan mengugut untuk membuat tuntutan mahkamah terhadapnya dan Parti Cinta Malaysia (PCM) atas alasan remeh temeh daripada menjawab soalan-soalannya berkenaan perkembangan projek mega tersebut.

“Ia adalah hak saya sebagai ahli politik dan rakyat Pulau Pinang untuk bertanya tentang projek mega tersebut. Biar saya mengingatkan kerajaan Pulau Pinang bahawa berbilion dana awam dan tanah kerajaan (pembayaran kepada syarikat melalui pertukaran tanah) yang diberi.

“Biar juga saya mengingatkan anda bahawa ini bukan tanah bapa kamu, seperti yang dikatakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng. Saya risau kerana Jawatankuasa Kira-kira telah menangguhkan projek tersebut berkali-kali,” katanya.

Diterjemah oleh : KKMM

Sumber: http://www.nst.com.my/news/2016/06/150931/pcm-initiate-defamation-suit-against-penang-govt-zenith-bucg