Sabtu, 11 Jun 2016

Perlukah PAN ditubuhkan di Malaysia ?

PAN merupakan serpihan Pas yang telah diluluskan pendaftarannya 8 bulan yang lalu iaitu pada 16 September 2015 dan ia beralamat di Wisma Amanah Negara Unit 73-1 Tingkat 1, Jalan Seri Utama 1, Sri Utama Off Jalan Ipoh Kuala Lumpur.

PAN menyertai blok pembangkang bersama Pkr dan Dap selepas 2 minggu diluluskan oleh ROS.
Parti baru ini kemungkinan besar adalah parti pelbagai kaum sama seperti Pkr dan Dap.

Sama ada benar atau tidak kita tunggu dan lihat penyertaan ahli-ahlinya  dalam tahun ini.

Andainya benar PAN boleh terima semua kaum, satu persoalan besar bermain di fikiran kita ialah kenapa perlu ada parti yang ketiga selepas Dap dan Pkr?

Seandainya keahliannya hanya untuk Melayu Islam seperti Pas maka ia merupakan parti rasis. dan sesungguhnya Dap dan Pkr yang kita sedia maklum adalah parti yang menolak parti rasis.

Apakah Pkr dan Dap akan menolak PAN?