Jumaat, 10 Jun 2016

Rafizi ini sememangnya mental dan tidak waras #KEKALBN #PRKKUALAKANGSAR




Dalam kempen PRK Kuala Kangsar jelas menunjukkan dia putus wayar pada saraf otak kiri dan kanan.

Antara isi kempennya ialah dia mahu pengundi memilih  Dr Termizi sahaja bukannya Pas yang tidak boleh buat apapun kerana Pas berseorangan dan hanya berkawan dengan parti Kita yang tidak ada ahli.

Rafizi lupa bahawa Pkr juga parti yang hanya bergantung kepada Pas untuk menang dalam PRK dan PRU sejak penubuhan parti itu pada tahun 1999. Tanpa Pas sudah lama PKR mampus.

Sedar lah sikit wahai Rafizi yang muka tak tahu malu menghina Pas sedemikian rupa. Nampaknya sah PRU 14 Pkr dan Rafizi akan berkubur begitu sahaja tanpa batu nisan.

Satu lagi yang melucukan ialah  Rafizi cuba mengajar Dr Termizi untuk bersikap kurang ajar dalam dewan rakyat dan mengikut telunjuknya. Paling buruk nak suruh Termizi baling bom nuklear kepada Najib.

Dalam ceramah malam tadi Rafizi bangkitkan isu kapal terbang dengan kira-kira bodohnya. Katanya sewa jet 1jam ialah RM 60 000 dan jika 2 bulan jumlah sewaan RM 86 juta.  Dengan 86 juta ia boleh tanggung 86 orang pelajar untuk buat ijazah pertama diluar negara selama 3 tahun.

Rafizi juga mengutuk kapal terbang yang dibeli oleh kerajaan, katanya baru beli setuhun sudah rosak dan tak boleh terbang. Pada hal kapal terbang tersebut menjalani servis berkala. Bengan sungguh lah sotong !

Dia ingat macam zaman dia pergi belajar dulu kut, seorang kos 1 juta selama 3 tahun.

Rafizi juga mahu PRK ini sebagai referendum kepada Najib dan Rosmah supaya jangan makan rasuah, curi kiri kanan dan belakang.

Menang PRK ini adalah Referendum ini penting untuk rakyat, Pkr, Dap dan Pan menawan Putrajaya dan bahas belanjawan dan akhirnya ambil Najib letak dalam trak dan bubuh dalam penjara Sungai Buloh.

Oleh itu kata Rafizi hanya Dr Termizi mampu berbuat demikan dan Pas tak akan boleh buat apa-apa dalam dewan .

Hebat sungguh lah jika pembangkang jadi kerajaan. Bar Kaunsel tutup, mahkamah pun tutup sebab tidak ada lagi perbicaraan dalam mahkamah. Pan dan Pkr akan jadikan Malaysia sebagai negara Republik dan sistem kuku besi, di mana semua musuh mereka akan dihumban ke dalam penjara tanpa bicara. Ini lah yang diwar-warkan mereka sejak sekian lama.

Seterusnya isu 1MDB. kata Rafizi semua hutang 1MDB yang berjumlah RM 20 bilion hutang pokok dibayar menggunakan wang rakyat.

Bayar hutang selama 25 tahun dan faedah hutang sahaja berjumlah RM28 bilion. Jadi selama 20 hingga 25 tahun wang rakyat yang dicuri oleh 1MDB ialah RM78 bilion wang rakyat yang diambil.

Tiap-tiap tahun kerajaan bayar RM3.3 bilion dan rakyat yang bayar hutang. Jika kita tak bayar hutang kita boleh buat 2 buah universiti tiap-tiap tahun. Dalam 20 tahun kita akan ada 40 buah universiti. Oleh itu semua rakyat Malaysia boleh masuk universiti dengan pendidikan percuma. Tak perlu pinjam PTPTN.

Wah hebat betul politiking Rafizi. Bermakna kalau PKR memerintah mereka akan buat syarikat pelaburan seperti DEIG dan pinjam duit berbilion dari bank dalam dan luar negeri tetapi yang akan bayar hutang ialah rakyat bukannya syarikat seperti 1MDB,

Nampak? Rafizi sudah bagi gambaran awal apa yang mereka akan buat jika jadi kerajaan, Kita semua maklum bahawa 1MDB adalah syarikat dan sudah semestinya syarikat lah yang membayar hutang, Bukannya rakyat seperti yang disuarakan oleh Rafizi.

Nak tanya Rafizi sikit, Unisel tu berapa buah yang kerajaan Selangor buat? Sebab duit peninggalan Tan Sri Khalid Ibrahin pada 2014 ialah RM3.35 bilion. Berapa buah Unisel di tambah cawangannya? Adakah 100 peratus pelajar Unisel tidak dikenakan sebarang yuran pengajian dan sewa atau caj asrama? Harap Rafizi kaki kelentong boleh jawab.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan