Rabu, 23 November 2016

Rang Undang Undang Akta 355

Petang ini di dewan rakyat telah mula berbahas tentang RUU 355. MP Sepang, Batu,Subang dan beberapa orang yang lain mempertikai mengenai taklimat yang dibuat oleh TPM di Dewan Taklimat Parlimen Malaysia pada 5.00 petang kelmarin.

Mereka pertikai kerana MP bukan Islam tidak dijemput untuk hadir ke taklimat tersebut. Parit Buntar pula mencadangkan dibentuk satu komiti yang melibat semua ahli parlimen tanpa mengira kaum dan agama. Parit Buntar nampak jelas tidak bersetuju dengan taklimat petang kelmarin

Perjumpaan dan taklimat khas untuk semua ahli parlimen Islam tidak perlu dipertikaikan oleh Sepang, Batu, Subang dan Parit Buntar.

Pkr dan Dap juga selama ini sememangnya kerap mengadakan taklimat sebelum berbahas di dewan. Jika tidak masakan isu isu yang dibahaskan sama irama , sama lirik dan sama intonasi. Yang tidak nampak synchronize ialah ahli ahli Pas yang lebih bersifat individual atau sdn bhd.

Alhamdullillah dewan telah meluluskan RUU 355 untuk dibahaskan esok.

RUU 355 sememangnya perlu dipinda kerana ia sudah ketinggalan dari segi hukuman. Hukuman mahkamah syariah tidak berubah sejak 1984.

Akta RUU355 sebenarnya amat pendek dan amat mudah. Bukan Islam tidak perlu gusar dan gundah gulana.  RUU 355 bukanlah undang-undang hudud yang melibatkan pesalah dihukum mati atau dipotong tangan.

Pindaan RUU355 lebih kepada memperkasa akan mahkamah syariah. Adalah tidak adil seorang hakim yang senior dan hampir pencen tetapi menjatuhkan hukuman penjara maksima 3 tahun atau denda RM5000 . Sedangkan Majistret di mahkamah rendah Gred 41 boleh menjatuhkan hukuman dan denda yang lebih tinggi daripada mahkamah syariah.

Oleh itu wajarlah RUU355 diangkat agar sesuai dengan masa dan ketika pada abad ke 21. Hari ini apabila hukuman denda dikenakan ia tidak menggerunkan pesalah syariah.

Pada tahun 1965 RUU 355 denda dan hukumannya sangat ringan iaitu denda maksima ialah RM1000 dan penjara maksima ialah 6 bulan sahaja.

Selepas pindaan dibuat pada tahun 1984 ada sedikit peningkatan. Kini kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000 atau 6 kali sebatan syar'ie. Pesalah Syariah senyum sahaja apabila membayar denda.

Harap RUU 355 ini mendapat persetujuan semua MP beragama Islam tanpa mengira parti.