Selasa, 22 November 2016

Selepas Gagal Bersih 5,  Mahathir Berhimpun Pula Desak Maria Chin Dibebaskan"


Selepas berjuang membebaskan seorang banduan liwat dengan memakai lencana Free Anwar, kini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjuang pula membebaskan seorang pejuang LGBT, Maria Chin.

Maria Chin adalah penganjur program Seksualiti Merdeka pada November 2011 di Central Market, Kuala Lumpur. Dalam program Seksualiti Merdeka itu penganjur mengiktiraf peranan gay, lesbian dan LGBT. Dalam program yang sama di luar negara, diadakan perarakan bogel untuk meraikan Seksualiti Merdeka.

Semalam di Dataran Merdeka, Mahathir yang sudah berusia 91 tahun  berhimpun mendesak Maria Chin Abdullah, penganjur Seksualti Merdeka itu dibebaskan.

Maria Chin ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa memaklumkan bahawa Maria akan ditahan maksimum selama 28 hari mengikut akta berkenaan.

Maria yang sebelum ini disiasat berhubung sumbangan dana asing Open Society Foundation (OSF) ditahan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atau cubaan menggugat demokrasi berparlimen.

Berbalik kepada tindakan Dr Mahathir, jika dulu beliau terus menerus memberitahu kepada rakyat supaya tidak terlibat dalam demonstrasi jalanan menentang kerajaan.

Mahathir juga meminta jika tidak berpuas hati tukar kerajaan dalam pilihan raya dan menggelar mereka yang terlibat dalam Bersih 3 seperti keldai.

Dr Mahathir kini sanggup bersekongkol, sebati, sedarah dengan pembangkang untuk menjatuhkan Dato Sri Najib.

Sanggup dah kerjasama dengan peliwat dan penganjur seks bebas.

Dr Mahathir bekerjasama dengan Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohamad Sabu, semua kumpulan manusia yang amat tidak disukai oleh Dr Mahathir dulu.

Orang ramai berkumpul di kawasan pancuran air di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada kira-kira pukul 8 malam dan bersurai tiga jam kemudian.

Ketika dulu semasa Anwar disumbat di dalam penjara, Dr Mahathir sedikit pun tidak menunjukkan rasa simpati malahan berwajah tenang biarpun terpaksa memecat bekas Timbalannya.

Lain pula halnya emosi beliau dengan Maria, dalam ucapannya malam tadi, beliau melahirkan rasa sedih apabila mendapat maklumat bahawa Maria sudah ditahan.

Ada pihak mengatakan bahawa Dr Mahathir benar-benar sudah berubah dan keluar dari kepompong seorang negarawan yang berada dalam dirinya kepada seorang penentang kerajaan paling besar dan sanggup membela penjenayah dan penentang kerajaan.

Kalau dahulu, berapa ramai sudah disumbat Dr Mahathir ke dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama bertahun-tahun tetapi langsung tidak diberikan simpati oleh beliau malahan diperbaharui tempoh tahanan pada setiap dua tahun.

Jelaslah sudah, pada masa dulu Dr Mahathir mahu mengekalkan kuasanya, tapi pada masa kini beliau berasa tidak senang melihat orang lain berkuasa dan banyak berjasa kepada rakyat.

Apa sahaja mahu dibuat Mahathir untuk capai matlamat peribadi dan kroni dia. Rakyat kena tolak perjuangan peribadi Mahathir ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB144, Isnin
22 November 2016



Sent from Samsung tablet.