Isnin, 29 Februari 2016

Tembelang sudah pecah

Muhyiddin mengakui bahawa dia secara diam-diam bertemu bekas AG, Gani Patail. Sebelum ini bekas Timbalan Ketua Cawangan Khas, Hamid Bador, mendedahkan, sama seperti apa yang Muhyiddin lakukan, bahawa Gani telah membincangkan perkara ini dengan dia. Kertas pertuduhan telah digubal pada Mei 2015, ini bermakna sebelum Pasukan Petugas Khas dibentuk lagi, sebelum siasatan dijalankan.
Akhirnya Muhyiddin Yasin Akui Kesalahan Jenayah Beliau
http://www.pru14.tv/2016/02/29/akhirnya-muhyiddin-yasin-akui-kesalahan-jenayah-beliau/

YAB DATO’ SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KE ARAB SAUDI 29 FEBRUARI - 3 MAC 2016

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi dari 29 Februari hingga 3 Mac 2016. YAB Perdana Menteri turut diiringi oleh YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan; dan dua orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Abdul Wahid Omar serta Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan.

YAB Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama mengenai Private Public Partnership di Forum Ekonomi Jeddah (JEF) pada 1 Mac 2016. JEF merupakan medan pertemuan bagi pemimpin-pemimpin, ahli-ahli ekonomi dan perniagaan dari serata dunia untuk mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai isu-isu global.

Semasa lawatan ke Arab Saudi ini, YAB Perdana Menteri dijadualkan untuk mengadap Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota Mohammad Bin Naif Al-Saud dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman Al-Saud. Majlis-majlis tersebut akan memberikan peluang kepada kedua-kedua pemimpin untuk membincangkan isu-isu hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa. YAB Perdana Menteri juga dijadualkan untuk melawat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini ditempatkan di Hafar Al Batin.

Lawatan kerja YAB Perdana Menteri ini akan menjadi penanda aras hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Arab Saudi. Ia akan menjadi pemangkin kepada usaha-usaha untuk meningkat dan mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara yang telah sedia terjalin. Malaysia dan Arab Saudi mempunyai hubungan yang akrab di antara kedua-dua buah negara khususnya dari aspek politik, ekonomi, pertahanan dan hal ehwal haji. Arab Saudi merupakan salah satu rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah. Jumlah dagangan dua hala bagi tahun 2015 adalah bernilai RM10.95 billion dengan import sebanyak RM7.53 billion dan eksport sebanyak RM3.42 billion.

Kementerian Luar Negeri
PUTRAJAYA
29 Februari 2016

Sabtu, 27 Februari 2016

KRONOLOGI MESYUARAT MT

1. Pada 26 Februari 2016, suatu usul berkaitan TS Muhyiddin dibentang dalam mesyuarat MKT yang memerlukan pertimbangan semua ahli MKT.

2. YAB Presiden dan YAB TPM (selaku Naib Presiden 1 UMNO) merasakan diri mereka masing-masing mempunyai kepentingan ke atas kedudukan Timbalan Presiden, maka memilih untuk meninggalkan mesyuarat.

3. Ini kerana jawatan Timbalan Presiden berada secara langsung di atas atau di bawah kedudukan YAB Presiden dan YAB TPM (selaku Naib Presiden 1 UMNO), di dalam parti.

4. Dalam keadaan ini, sesuai dengan peruntukan Perlembagaan UMNO (9.8.3.2), jika Presiden dan Timbalan Presiden tidak dapat mempengerusikan mesyuarat MKT, Naib Presiden secara langsungnya mendapat mandat sebagai pengerusi mesyuarat.

5. Ahli-ahli MKT sebulat suara, bersetuju supaya DS Hishammuddin sebagai Naib Presiden 3 UMNO (dalam ketiadaan Naib Presiden 2, DS Shafie Apdal) untuk mempengerusikan mesyuarat MKT buat sementara.

6. DSHH selaku pengerusi sementara mesyuarat MKT, telah meminta pandangan secara terbuka dan terus terang oleh ahli-ahli MKT yang hadir, untuk mengemukakan pendapat masing-masing.

7. Setelah perbincangan yang panjang dan sirius, serta mendengar pandangan setiap ahli MT, maka MKT sebulat suara  (konsensus) memutuskan untuk tidak menggantung keahlian TSMY. Sebaliknya, MKT bersetuju jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh TS Muhyiddin diggantung, sehingga pemilihan MKT UMNO yang seterusnya.

Jumaat, 26 Februari 2016

Muhyiddin digantung jawatannya


MESYUARAT Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara setuju gantung jawatan TS Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO,kata DS Tengku Adnan di PC.

KEPUTUSAN dibuat selepas bincang usul selama lebih 2 jam.Sebelum itu PM dan TPM diminta beredar dari mesyuarat.DS Hishamuddin pengerusi 



Sent from Samsung tablet.

Alkisah harga getah jatuh



PADANG BESAR, 7 Jan – Dakwaan bahawa harga getah di Malaysia lebih rendah daripada di Thailand adalah tidak benar sama sekali, kata Pengerusi
RISDA Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata harga getah di Malaysia masih lebih tinggi berbanding Thailand.

Katanya berdasarkan rekod Thai Rubber Association, harga getah sekerap di Thailand adalah 15 Baht iaitu bersamaan RM1.87 sedangkan di Malaysia adalah RM1.90 iaitu tiga sen lebih tinggi, sedangkan apa yang diviralkan adalah harga di Malaysia RM2.20 berbanding negara jiran itu pada harga RM4.50 sekilogram.

"Begitu juga dengan harga susu getah. Kita beli dengan harga RM3.50 sekilogram manakala di Thailand 28 Baht (RM3.39), bermakna harga mereka
(Thailand) lebih rendah 11 sen," katanya berhubung maklumat harga getah yang tidak benar disebarkan di media sosial.

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan RM88,000 wang zakat hasil keuntungan anak syarikat RISDA, Espek Plantation dan RISDA Baja kepada 216 penduduk dari kawasan Parlimen Padang Besar di perkarangan Masjid Jamek Beseri di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA Najib A. Samad, Ketua Pegawai Eksekutif ESPEK Plantation Sdn Bhd Fikri Ghani dan Pengarah RISDA Perlis Ramlie Tumin.

Zahidi yang juga Anggota Parlimen Padang Besar mengakui pendapatan ramai pekebun kecil terjejas oleh kejatuhan harga getah dan ditambah pula dengan penurunan harga minyak, justeru RISDA telah merangka pelbagai pelan serta program yang dapat membantu dalam hal ini.

"Kita juga akan minta supaya diwujudkan kad keluarga bagi mereka yang berpendapatan rendah dan miskin untuk digunakan semasa membeli barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah," katanya.

Katanya RISDA juga bercadang untuk bersama dengan persatuan pekebun kecil serta persatuan peladang dan nelayan bertemu dan berbincang dengan kerajaan untuk mencari jalan meringankan beban rakyat.



Sent from Samsung tablet.

Khamis, 25 Februari 2016

Ladang Sungai Rui Mampu Menjana Pendapatan Golongan Miskin:-


Ladang Sungai Rui, di Gerik yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian (SADC) Negeri Perak berperanan dalam membantu menjana pendapatan golongan berpendapatan rendah.

Demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir ketika ditemui di Gerik selepas melancarkan Pusat Rekreasi Agrotourism Sungai Rui pada Khamis.

“Ianya dibangunkan oleh SADC dalam usaha kita untuk memberikan ladang-ladang ini kepada rakyat yang dipilih dan menetap di kawasan Parlimen Gerik serta Lenggong dan mereka ini dikategorikan layak untuk menerima.

“Kita harap, dengan ladang yang dibangukan ini dapat ringin beban keluarga miskin,” katanya pada sesi sidang media.

Daripada keluasan sebenar ladang tersebut iaitu 923 hektar, pengusahaan tanaman getah dilakukan di atas keluasan 823 hektar.

“Kawasan ini difahamkan menerima taburan hujan yang banyak dan tanahnya hanya sesuai untuk tanaman getah jenis Timber Latex Clon (TLC),” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Mengenai, pelaksanaan pusat rekreasi yang dibuka, beliau menyambut baik usaha SADC Negeri Perak yang mana ia dilihat sebagai penyumbang kepada sumber pelancongan negeri berasaskan alam sekitar.

“Konsep agro tourism ini merupakan perkara sampingan selain daripada kawasan perladangan yang dibangunkan SADC dimana kita mengenalpasti kawasan ini yang berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan rekreasi.

“Mungkin satu hari nanti kawasan ini akan menjadi tumpuan masyarakat yang berdekatan seperti penduduk di Kedah, Baling, Pulau Pinang dan Gerik yang hendak rasa suasana sejuk dan kehijauan,”jelas Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Mengenai Artikel WSJ.



24 Februari 2016

1.     Dalam artikel terbarunya, Wall Street Journal (WSJ) sekali lagi mengesahkan agenda menentang Malaysia yang diperjuanGkannya. Jauh tersasar daripada standard kewartawanan lazim, WSJ terus dengan sengaja mengabaikan fakta sahih, sambil mendakwa laporannya berkaitan Malaysia tidak pernah dipersoalkan.
2.     Kerap kali ditegaskan, isu 1MDB dan derma kepada Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang kaitan. Hakikat derma itu diterima dari Arab Saudi telah disahkan oleh pelbagai pihak berkuasa. Peguam Negara merumuskan, siasatan menyeluruh yang dijalankan mendapati dana itu diperoleh dari Arab Saudi. Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan ia disalurkan oleh Arab Saudi. Beliau turut bersetuju dengan keputusan Peguam Negara Malaysia dan mengesahkan tiada salah laku di pihak Perdana Menteri Malaysia. Sebagai tambahan, Peguam Negara Switzerland turut mengesahkan Perdana Menteri bukan antara individu yang disiasat.
3.     WSJ memilih untuk tidak menghiraukan semua fakta ini, dan terus mengemukakan apa yang disebut sebagai bukti untuk menyokong tuduhan liar mereka –  semuanya berpunca daripada penentang Perdana Menteri menerusi Kempen Anti-Najib, yang hanya mengutamakan kepentingan politik mereka tanpa menghiraukan kesannya terhadap Malaysia.
4.  Rangkaian televisyen BBC di Britain dan akhbar The Telegraph turut menyiarkan artikel Lidah Pengarang yang menentang WSJ. Malah, wartawan veteran BBC, Korensponden Keselamatan bagi Asia Barat dan hos rancangan War on Terror rangkaian itu,  Frank Gardner, mengesahkan dengan sumber rapatnya di Arab Saudi bahawa derma sedemikian mendapat kelulusan pihak tertinggi Kerajaan. Menurutnya, penyaluran derma seperti itu adalah perkara biasa.

Siapa yang patut dipercayai? Wartawan WSJ - yang biasanya membuat liputan berita kewangan - atau pakar Asia Barat BBC apabila memperkatakan soal ketepatan maklumat dari Arab Saudi?

5.  Tuduhan berulang tidak berasas dan tanpa bukti ini bertujuan memburukkan Malaysia dan pembangunan ekonominya tetapi Kerajaan tidak akan berdiam diri. Perdana Menteri kekal dengan perancangannya untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan membantu rakyat. Perancangan ekonominya berjalan lancar.

ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN
PENGARAH KOMUNIKASI STRATEGIK BARISAN NASIONAL



Sent from Samsung tablet.

Isnin, 22 Februari 2016

Pertubuhan apa pulak ?



Assalamualaikum..
Perhatian kpd semua Ahli Grup dan penyokong GKCM dari Negeri :

1. Melaka
2. Kedah
3. P.Pinang
4. Wilayah
5. Perak
6. Johor Baharu
7. Terangganu
8. Selangor
9. Sabah

Diminta utk memberikan butiran diri seperti berikut :

Nama Penuh  :
Parlimen         :
Dun                  :
No phone        :

Ini adalah utk urusan Pentadbiran GKCM Negeri masing2..Sila PM terus kpd no dibawah..

019-612 4045 - mohd Raduan (Melaka)
019-480 6261 - Saheme (Kedah)
017-4691375 - Paksu Bagan (P.Pinang)
019-734 1828 - Ahmad (Wilayah)
019-515 2488  - Rahim Shah (Perak)
011-2871 7188 - Samudin (Johor Baharu)
019-912 2455 - Ayah Ngah (Terangganu)
012-273 0960 - Nizam (Selangor)
019-823 1946 - Haji Ishak (Sabah)

Trm ksh atas segala kerjasama yg diberikan
Harap Maklum


Sent from Samsung tablet.

Sabtu, 20 Februari 2016

Pelaburan RM400 juta Oleh Finisar Corporation Dialu-Alukan





Penambahan nilai pelaburan oleh kilang dari Amerika Syarikat iaitu Finisar Corporation yang melibatkan RM400 juta amat dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Perak.

Kilang pembuatan itu bertempat di Chemor, merupakan antara kilang gergasi terbesar di Malaysia dan Asia iaitu telah memulakan operasinya sejak tahun 2001.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Razak yang mengadakan dengan penemuan bersama Pengerusi Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finisar, Jerry S. Rawls semasa lawatan rasminya ketika ini ke California.

Sementara itu, perkara tersebut diulas oleh Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir ketika ditemui di Kampung Gajah, hari ini.

“CEO bertemu dengan saya beberapa bulan lalu untuk memperluaskan pelaburan Finisar, dan Finisar adalah gergasi yang besar di Malaysia dan Asia dan kita alu-alukan.

“Pertemuan Perdana Menteri ke California memberi keyakinaan kepada negeri Perak dan kita mengalu-alukan pelaburan Finisar di Perak,”katanya kepada pemberita.

Tambah Datuk Seri Diraja Dr Zambry, menerusi persefahaman antara Kerajaan Negeri dengan pihak Finisar, masyarakat tempatan diberikan keutamaan untuk bekerja.

“Finisar memberikan keutamaan kepada pekerja-pekerja tempatan dan sedikit dari luar dan itu persefahaman antara kita dengan mereka,” jelas beliau.

Setakat ini, Finisar sudah melabur AS$160 juta (RM666 juta) di Perak dan sumbangannya adalah yang terbesar dalam kalangan syarikat multinasional yang beroperasi di Perak dengan jumlah pekerja sedia ada seramai 7,000 pekerja.

Pelaburan Finisar juga menyumbang 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pembuatan Perak dan lima peratus daripada KDNK Perak.

Pelihara Status Tanah Rizab Melayu:- DSD Dr Zambry Abd Kadir







Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menasihatkan pemilik bagi tanah berstatus rizab Melayu supaya mengekalkan agar status tersebut dan tidak mudah untuk menukar tangan.

Meskipun tahu ada kekangan untuk membendung tindakan sedemikian, namun perkara tersebut sepatutnya tidak dipandang mudah.

"Kita mendengar dalam rizab Melayu dan ia tidak boleh memindah milik kepada yang bukan Melayu. Tapi mereka cari ruang dan kelemahan yang ada (dalam peruntukan) kaitan dengan tanah rizab Melayu.

Contoh umpamanya, mereka tubuhkan syarikat atas tanah rizab jadi tanah dimasukkan sebagai harta syarikat itu dan dia jual syarikat itu dan ia termasuk tanah rizab Melayu.

 "Ini salah satu loop hole yang mereka cari," katanya. Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Notis 5A di Dewan Besar Felcra Changkat Lada, Kg Gajah hari ini.

Majlis berkenaan melibatkan pemberian tapak-tapak tanah kepada 811 penerima yang bagi Parlimen Pasir Salak.

“Apa yang kita nak tekankan ini adalah usaha kerajaan untuk bantu rakyat bagi mereka bina rumah mereka. Selain daripada itu mereka ada program-program pembangunan tersusun RPT.

 “Kita mengharapkan rakyat yang terima tapak rumah ini supaya jaga dan janganlah belum tengok dah beralih tangan,” ujar beliau.

Difahamkan keluasan tanah yang diberikan kepada untuk setiap satunya adalah sebesar 5400 persegi dan ia guna diberikan kepada golongan generasi muda.

“ Kita juga memberikan penekanan kepada generasi muda dan RPT generasi kedua di Pasir Salak ini melibatkan 442 penerima dan ini merupakan jumlah yang besar.

“Saya harap mereka bina rumah mereka dan rumah yang dibina dijaga supaya tidak bertukar tangan,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Selasa, 16 Februari 2016

Kenapa Tun M Mesti Melatah Walhal Baru Mahu Di Siasat?

Kenyataan rasmi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam yang mendedahkan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, atas tuduhan memfitnah, nyata telah menimbulkan kegusaran Tun M.




Masakan tidak, beliau dengan pantas mengadakan sidang akhbar yang mempertikaikan, kenapa beliau harus disiasat sedangkan masih ramai lagi yang cuba mengandaikan sesuatu cerita terhadap Peguam Negara. Tegas beliau, itu adalah hak kebebasan bersuara dan sewajarnya pihak PDRM menyiasat mereka yang dituduh, bukan dirinya.




Sebelum ini, pihak polis memandang serius tulisan Tun M didalam blog peribadi milik beliau, chedet.cc, kerana dilaporkan mengandaikan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, tidak berani mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung laporan salah guna SRC International, 1MDB dan isu derma RM 2.6 bilion.



Hal inilah yang menyebabkan Tun M bakal disiasat kerana penulisannya boleh dianggap memfitnah individu yang menasihati Istana Negara dan kerajaan dalam bidang perundangan. Malah, status beliau sebagai seorang negarawan juga dibimbangi menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dan sekaligus menimbulkan perasaan kurang senang ramai pihak terhadap penulisannya.



Agak melucukan apabila Tun M dilihat begitu melatah dalam hal ini. Mungkin beliau terlupa atau terlepas pandang bahawa Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri sendiri tidak kisah disiasat oleh pihak PDRM, SPRM malah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sepanjang siasatan 1MDB dan isu derma RM 2.6 bilion keatas diri beliau.



Kenapa beliau perlu melatah andai beliau tidak melakukan sebarang kesalahan? Beliau sendiri yang mendakwa terdapat banyak perkara yang meragukan dalam pentadbiran sekarang. Jadi inilah peluang untuk beliau mengeluarkan segala bukti yang beliau ada untuk menyabitkan kesalahan keatas kerajaan seperti yang beliau dakwa sebelum ini.



Andai beliau berada di pihak yang benar, buktikan kebenaran beliau mengikut saluran undang-undang yang sedia ada. Bukan hanya sekadar berani melaungkan retorik dan menyemai kebencian dan perpecahan, tetapi hakikatnya beliau sendiri langsung tidak mempunyai bukti terhadap setiap dakwaan beliau.

http://www.pru14.tv/2016/02/16/kenapa-tun-mesti-melatah-walhal-baru-mahu-di-siasat/

Ditukar Dari KDN Zamihan Ugut Letak Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam





Zamihan suka mencabar. Sebelum ini cabar debat, tanpa syarat, bila-bila pun takpa, anytime anywhere la konon dan kalau kalah nak letak jawatan. Tapi bila ada orang nak berdebat, banyak pulak helahnya.

Sekarang dia mencabar dan mengugut lagi. Dia kata kalau tak dapat kekal jawatan di KDN, dia nak berenti.

Tuduh Salafi pengganas dan teroris. Tapi dia baru kena tukar department dah macam-macam komplen. Mencabar dan mengugut. Perangai siapa lagi ganas dan ala-ala teroris?

Tak taat langsung. Macam ni ke pegawai harapan agama, bangsa dan negara?

Tekan orang sedap, dia baru kena tukar department dah tertekan tension nak ugut berhenti.

Saya rasa berhenti dari perkhidmatan awam adalah langkah bijak yang Zamihan boleh lakukan. Ia akan memulihkan imej kerajaan yang selama ini dikotorkan oleh anda.

Walau bagaimanapun dari satu sudut lain, tindakan mencabar dan mengugut Menteri Zahid Hamidi "jika tidak dikekalkan di KDN akan berhenti dan sebagainya" adalah tindakan yang tidak wajar. Ia seperti memperlekehkan seorang Menteri dengan masalah peribadi anda.

Itu bukan kerja seorang menteri. Harap Zamihan dapat memahami kerja seorang menteri yang dibebani dengan pelbagai tugas. Tugas beliau bukan memudahkan kerja anda. Sebaliknya tugas andalah memudahkan kerja menteri.

Anda kerja untuk menteri, bukan menteri kerja untuk anda. Itulah tugas penjawat awam.

Dan jika perkhidmatan anda tidak diperlukan lagi, kenalah terima dengan hati terbuka. Dalam Malaysia bukan anda seorang sahaja yang pernah ditukar jabatan. Ramai lagi, tapi tidaklah kecoh seperti anda.

Kerajaan tidak perlukan tekanan negatif dari masyarakat. Saya kira jika Zamihan sayangkan nama baik kementerian dan kerajaan, adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan dalam kerajaan. Itulah yang terbaik.

Semoga Zamihan dapat menerima hakikat yang imej anda membebankan kerajaan.

UFB

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin  ditukar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa 24 jam.Katanya, surat pertukaran itu diterima hari ini dan merasakan pertukaran itu adalah berkaitan dengan isu kontroversi debat antara beliau dan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin."Ya betul, saya akan ditukarkan dan perlu lapor diri pada Khamis ini."Jakim sudah keluarkan surat kepada saya, arah bertukar 24 jam ke Jakim," katanya kepada Sinar Online hari ini.Zamihan kini bertugas di Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di Kementerian Dalam Negeri (KDN).Dalam pada itu, katanya lagi dia akan meminta pandangan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan pertukaran ini."Saya tak akan buat rayuan ini, ia ada kaitan plot nak tukarkan saya."Saya nak tanya Datuk Seri (Ahmad) Zahid  macam mana kalau dia masih perlukan saya di sini (KDN)...kalau tidak saya angkat kaki dari perkhidmatan awam," katanya.

PROTON UNVEILS NEW LOOK AND OFFERS NEW EXPERIENCE







SUBANG JAYA,



PROTON Holdings Berhad ("PROTON" or "the Company") today shared a new promise to its customers, coming into its new era after 30 years of learning, acquisition of technologies and contributing back to the nation's growth.



The Company is aware of the dwindling sales figures and smaller market share while it strives to do its best to improve market perception of the brand. In view of the situation, PROTON takes a bold step to retransform/rebrand as a step to break itself away from unfavourable market perception. The exercise will also see a fresher look given to its existing corporate logo and whole new experience to Proton customers.



"This year marks our 31st year in business, which means we are into our new decade. For the past 30 years, it is impossible that we had not learnt anything and today, PROTON takes this necessary step, to stride up to the plate if it wants to remain relevant to Malaysians," said Dato' Abdul Harith Abdullah, Chief Executive of PROTON.



"We are aware of the severity of where PROTON stands today and although we have improved ourselves in many small ways, we know very well that we cannot be complacent. And this initiative doesn't just involve a simple change of the logo. This time, I am making a promise that our focus is on our customers," Dato' Harith added.



"We have not been meeting customers' expectations in the way we deal with our customers and the Management of PROTON is working hard to go to the grounds to monitor what our employees are doing. Implementation is one thing, but without a good monitoring process, it may seem inconsistency in many of our outlets. We already have about 3.6 million Proton cars on the road and we must take care of these customers who have chosen to purchase our cars," Dato' Harith added further.



In meeting the demand of the over 3 million Proton cars owners, PROTON aims to beef up the poor quality of its after sales services, its notable key complaint from customers. By looking into this area, PROTON also aims to provide better experience to Proton owners by coming up with activities and engagement sessions with existing and potential customers. The Company's relationship with customers takes priority.



"Amongst the initiatives to improve our service include 7-day a week service at 50 of Proton’s service outlets nationwide to provide convenience to the customers who are unable to send their cars on a week day, Pick-up and Delivery services in busy areas of the Klang Valley which involve four (4) of its branches - Mutiara Damansara, Setapak, Bukit Maluri and Section 13, Petaling Jaya. This is done to encourage customers within the 5km radius of the service outlets to have their cars picked up and serviced by these outlets which are located in high traffic areas. This initiative has increased service throughput of these outlets and the Company is looking at three (3) more Klang Valley branches to implement this service soon.

Increasing number of courtesy cars, My Taxi Service programme, a dedicated Taxi day to assist taxi drivers to service their cars more efficiently with special package offered, 24-hour Proton Mobile Breakdwon Assist, 80-minute quick service bays and many others,” said Dato’Harith.



“In terms of engagements with customers, we have recently launched the 'It's In The Drive' campaign to encourage people to come and test drive our cars so that they can experience for themselves that PROTON has come a long way since its first car - from the smooth handling to the interior finishing and to the technology aspect of the cars that are installed with the latest safety features. We have also open up free safety inspection mobile services nearer to where customers are, to encourage them to check their cars before the long festive holidays recently," said Dato' Harith.



It's In The Drive campaign was launched on 23 January 2016 to allow people to feel and experience Proton cars especially those which have been acknowledged as the most affordable 5-Star ASEAN NCAP cars in Malaysia - Proton Iriz, Preve and Suprima S. While they test drive the cars, they can also stand a chance to win weekly prizes or the Suprima S as the grand prize.



It is also to showcase It's In The Design - the design quality that has been incorporated into Proton cars. The Proton Iriz had won the Best Industrial Design 2015 by the Intellectual Property Corporation and the Malaysia Good Design Mark Award 2014 by the Malaysia Design Council. The form, function and element of Proton cars have incorporated market demands and feedback from customers whilst it keeps itself up-to-date with engineering requirements.



It's In The Performance allows customers to feel the handling of the car, the engineering involves in the production of the car and convenient features like the electric power steering in the Proton Iriz which makes the car so easy to maneuver while ensuring the safety aspect of the driving experience as the steering feels heavy when the car is driven in an increased speed. Going downhill, the gear control becomes heavy so that the car is better controlled.



It's In The Safety encourages customers to appreciate safety features in Proton cars. Proton IRIZ is PROTON's most affordable and most well-equipped safety features product to date - with 6 airbags, electronic stability control (ESC), anti-lock braking system (ABS), electronic brake-force distribution (EBD), traction control, brake assist, hill hold assist to prevent the car from rolling backwards or onwards when stopping at uphill or downhill terrain, and a seat belt reminder (SBR) system. Impact Sensing Door Unlock which allows the doors of the car to unlock automatically to allow a quick exit or for the occupants to be rescued easily also exists in the latest cars. Not forgetting, the star of the car structure that would provide durability and toughness in the event of a collision - the Hot Press Forming (HPF) structure which PROTON is proud to own. As the only 6th country in the world to adopt this German technology and the only ASEAN country to invest in its production, the HPF structure helps make the body weight of the car at its optimum stability while keeping the occupants' cabin durable during impact. All these features are usually available in the higher-end cars of the premium or international brands that are priced more than RM100,000. This way, PROTON has made technology affordable to the market.



It's In The Quality, touching on all aspects of the business operations and products. In this area, PROTON enhances its domestic network with the rationalisation of dealers, discontinuing the services of non-performers and help strengthen and upgrade network that shows consistent progress. Enhancement in services also involves monitoring and quality checks on parts supplied by vendors as well as the service centres and the storekists. 30% of vendors are highly dependent on the success of PROTON, therefore, continuous improvement programmes are being carried out on how issues can be solved together. In this manner, PROTON is also transparent to announce any parts or service improvements of cars as what was done previously with the Exora Bold CFE radiator connector issue in 2014 and Inspira Drive Belt Pulley last year. PROTON does not conceal information that affects the safety of the cars and we have been taking in all customers’ complaints to study and verify issues that may arise from the long usage of cars.



"These are some of the initiatives and value added services which we have put in place to bring our customers closer to us and to improve the way we do things, as a preparation for the launch of the new Perdana. We cannot just sit and wait for people to support and buy our cars. As issues also surround many other global cars in the market, we learnt that we cannot just be complacent. Educating the public on how far we have gone and the good work we have done to our cars should at least be given due credit. With the promise of a fresher experience, we would like to get closer to customers and win back the hearts and minds of fellow Malaysians," ended Dato' Harith.



At the unveil of the new logo, PROTON also flagged off its 24-hour Proton Mobile Breakdown Assist Team as added initiative to provide customers even more after sales value. The team in the road assistance and troubleshooting vehicles will provide a 24 hours/7 days a week support across the nation. As an initial, there will be 24 Proton Mobile Breakdown Assist teams and by end of May an additional of 64 Proton Mobile Breakdown Assist teams will be set up. All these are put in place for the convenience of Proton customers. Those needing assistance or more information can call the toll-free line, 1800-888-398.

Ahad, 14 Februari 2016

KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) (PROGRAM REHIRING)


                                                                                                                                                                

1.   Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Program Rehiring akan dilaksanakan bermula pada 15 Februari 2016 hingga 31 Disember 2016.

2.   Program Rehiring adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan. Selain itu, Program ini turut dirangka untuk memenuhi permintaan majikan untuk mengisi keperluan pekerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam Negara bagi tujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa.

3.   Program Rehiring akan dilakukan secara atas talian dimana sepanjang tempoh tiga bulan pertama, ianya akan dinilai dari aspek keberkesanannya termasuk elemen nilai tambah yang wajar dikemaskini demi memastikan kelancaran pelaksanaan Program tersebut bagi tempoh seterusnya.

4.   Program Rehiring akan dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal supaya tidak berlaku kes-kes penipuan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada PATI. Bagi tujuan ini, Kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan Majikan untuk menyertai Program Rehiring serta akan memastikan mana-mana PATI yang tidak layak akan dihantar pulang ke Negara asal mengikut prosedur sedia ada bagi memastikan pengurangan lambakan PATI dalam Negara.

5.   Mana-mana Majikan yang didapati menggaji PATI tanpa berdaftar dibawah Program Rehiring akan dikenakan hukuman yang berat mengikut perundangan sedia ada melibatkan kesalahan menggaji PATI.

6.   Antara syarat-syarat utama Program Rehiring adalah PATI perlu mempunyai rekod kemasukan asal secara teratur ke Malaysia, mempunyai Majikan yang berkaitan serta bebas daripada sebarang rekod jenayah. Selain itu, pelaksanaan Program Rehiring adalah tertakluk kepada sektor yang dibenarkan sahaja serta tidak termasuk sektor luar dasar atau sektor yang dibekukan oleh Kerajaan.

7.   Permohonan bagi Program Rehiring oleh Majikan dan PATI boleh dilakukan secara atas talian melalui portal www.rehiring.imi.gov.my. Syarat-syarat terperinci Program turut boleh diperolehi di laman web yang sama.

8.   Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Rehiring boleh dirujuk kepada Bilik Gerakan JIM pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam melalui talian 03 - 8880 1555.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Putrajaya

13 Februari 2016

Kecoh apabila 1.5 juta Bangla akan masuk ke Malaysia secara sah


Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini telah mengumumkan bahawa sejumlah  1.5 juta tenaga kerja akan dibawa masuk dari Bangladesh.

Pengumuman tersebut telah menjadi topik hangat di kalangan rakyat Malaysia, ramai yang menentang cadangan yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Pada tahun 2014, jumlah tenaga kerja dari luar negara yang membanjiri seluruh negeri dianggarkan berjumlah 6.7 juta orang dan ianya dianggap masalah yang serius kepada negara.  Daripada jumlah tersebut hanya 2.1 juta sahaja yang berdaftar secara sah. Angka ini diberikan oleh Dato Seri Richard Riot Menteri Sumber Tenaga.

2.1 juta pekerja asing ini dikategorikan sebagai PATI atau pendatang tanpa izin dan bukan nya semua dari Bangladesh.

Walaupun Zahid bukan menteri sumber tenaga tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau berhak untuk mengumumkan sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dengan kerajaan Bangladesh ( G2G).

Malah ada yang menyatakan ahli keluarga Zahid terlibat dalam urusan membawa masuk pekerja asing khususnya dalam isu 1.5 juta ini. (Segalanya rundingan dan keputusan adalah dibuat bersama dan dirujuk kepada kementerian sumber tenaga)

Tadi dalam satu program bersama belia yang disiarkan dalam berita perdana jam 8,  Zahid mencabar pemuda-pemuda supaya menceburi semua bidang pekerjaan yang dikategorikan sebagai 3D (Difficult, Danger Dirty). Bagaimana pun ada pihak telah menuduh Zahid menghina pekerja kolar biru.

Kepada PATI  yang ditangkap termasuk dari Bangladesh, pihak kerajaan akan melaksankan program rehiring policy iaitu program pemutihan dengan tapisan yang ketat. Ini juga termasuk dalam program 1.5 juta pekerja Bangla.

Apa yang diusahakan oleh Zahid sebagai menteri KDN adalah satu usaha yang baik untuk membersih kan negara daripada kebanjiran pekerja haram yang akan mencecah 7 juta orang jika tidak dibendung.

Cumanya oleh kerana majoriti Bangla ada lah beragama Islam dan ia dilihat sebagai satu ancaman kepada sesetengah parti politik terutama Dap.

Dalam kempen pilihan raya umum 12 dan 13 pihak parti pembangkang pernah menuduh bahawa Umno telah membawa masuk 40 ribu pengundi Bangla untuk kemenangan Barisan Nasional.  Namun sehingga kini mereka tidak dapat menunjukkan bukti tuduhan mereka.

Cuma satu cadangan kepada pihak kementerian sumber manusia dan KDN ialah kesemua pekerja Bangla dan lain-lain jika berjaya dibuat pemutihan mereka hendaklah diberikan kursus kenegaraan supaya mereka lebih faham akan undang-undang negara dan faham akan sosio budaya masyarakat Malaysia.  Masih ingat JUS SOLI yang dikenakan kepada kaum Cina dan India yang ingin menetap dan menjadi warga negara Persekutuan Tanah Melayu?

DAN jika menjadi pekerja yang baik, setia dan patuh kepada undang-undang negara apa salahnya jika kerajaan memberi mereka taraf warga negara.

Kita sedih dengan rakyat British yang telah diberi syarat kewarga negaraan jus soli tetapi hari ini terang-terang menjadi penderhaka sehingga berani menubuhkan parti politik yang menentang kerajaan yang memberi kerakyatan kepada mereka.





Apa rasionalnya GKCM?



Tun Mahathir sekali lagi membuka lembaran baru dalam usaha menjatuhkan kepimpinan YAB Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini beliau dilantik sebagai Penaung kepada sekumpulan penyokong setianya yang dinamakan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM)yang menjadi kumpulan pendesak untuk menjatuhkan Najib Razak.

Muka-muka yang menjadi penggerak utama adalah muka-muka yang dok menyalak ke sana ke mari. Antara program mereka ialah Bicara Negara oleh Tun Mahathir di Hotel Tower Regency Ipoh pada 16 Mei 2105.

Program kedua ialah Dialog PM bersama NGO pada 5 Jun 2015 di PWTC yang telah dibatalkan atas nasihat polis. 

Kegagalan kedua-dua program tersebut telah membawa Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin ke satu lagi program iaitu sesi road show iaitu Ucapan Pra PAU di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru pada 7 Disember 2015.

Keghairahan Mahathir dalam usaha menjatuhkan Najib menjadi tawar awal tahun ini kerana beliau sedar akan kesilapannya bermain dengan isu dari maklumat yang salah iaitu isu 1MDB.

Akan tetapi setelah anaknya Dato Seri Mukhriz Mahathir digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah telah menaikkan kembali hasrat beliau untuk membunuh terus karier politik Najib.

Dalam sidang media hari ini, Tun memainkan isu The Rule Of Law sudah Suspend now The Rule Of Najib Is On.

Tun berhasrat kesemua ketua-ketua cawangan Umno seluruh negara menurunkan tanda tangan satu petisyen supaya satu siasatan RC dijalankan terhadap Najib.

Tun dalam sidang media juga terus berbohong kepada khalayak kononnya Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ditangkap dan di dera oleh polis kerana membuat laporan polis terhadap 1MDb.

Perkara yang sebenarnya ialah Khairudin membuat laporan polis pada 12 Disember 2014 di IPD Dang Wangi. Seperti biasa lah apabila seseorang membuat laporan polis beliau dikehendaki berjumpa dengan pegawai penyiasat untuk diambil butir-butir diri dan juga maklumat isi repot. Sudah tentu ia mengambil masa berjam-jam. Ia bukan lah satu deraan seperti yang didakwa oleh Mahathir.

Selepas itu Khairudin yang juga bekas orang muflis terbang keluar negara iaitu Switzerland, London, Singapura dan Hong Kong untuk membuat laporan mengenai penyelewengan 1MDB.

Sekembalinya beliau dari luar negara beliau barulah beliau ditahan oleh pihak polis pada 18 September 2015 pada jam 7.00 malam di rumahnya.

Khairudin sebenarnya ditahan dii bawah SOSMA, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 28 hari. Beliau pada mulanya ditangkap kerana disyaki bertindak untuk 'menjatuhkan kerajaan dengan memburukkan negara di luar negara.

Kita lihat sejauh mana kah GKCM ini akan bertindak?

GKCM juga difahamkan tidak mempunyai Presiden atau jawatan kuasa tetapi melantik Mahathir sebagai Penaung. Mana punya perlembagaan dan peraturan pertubuhan yang mereka rujuk? Tak pernah dibuat orang pun selama ini. Inilah yang menunjukkan kebodohan GKCM.

Semasa menyebut Gabungan pun sudah menunjukkan kejanggalannya kerana Tun Mahathir pun janggal untuk menyebut gabungan sehingga di perbetulkan oleh pengikutnya.

Awas Ketua-Ketua Cawangan Umno seluruh negara, jika ada mangkuk-mangkuk ini datang untuk minta turunkan tanda tangan petisyen sila perambat dengan penyapu atau batang cangkul.

Sabtu, 13 Februari 2016

Raifizi, Tony dan Chin Tong Macam `Paku Serpih’

INILAH yang dikatakan 'paku dulang, paku serpih, mengata orang, awak yang lebih'. Bila terkena batang hidung sendiri, tahu pula mendiamkan diri. Tetapi bila  masuk bab orang lain, tahu pula `menyalak’ biarpun orang yang dituding itu mengikut undang-undang.

Inilah yang terjadi apabila  Rafizi Ramli (PKR) serta  Tony Pua dan Liew Chin Tong dari DAP tidak pula mempersoalkan  dua perjanjian yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beberapa bulan yang lalu yang menjual tanah kepada syarikat Singapura.

Tetapi ketiga-tiga individu ini  menyelar 1MDB pula kerana menjual 24% daripada projek Bandar Malaysia kepada syarikat China. Itupun  dalam projek Bandar Malaysia berkenaan, 76% masih dimiliki Malaysia yang mana 57% daripadanya masih dimiliki Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor.

Pada Mei 2015, Pulau Pinang menjual 100% iaitu 20 ekar tanah negeri yang bernilai RM30 juta kepada Jabil Circuit Singapore Pte Ltd - sebuah syarikat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

Pada Julai 2015 pula, Pulau Pinang memberi pemilikan 49% daripada 6.8 ekar projek tanah negeri Pulau Pinang yang bernilai RM11.3 bilion kepada Temasek Holding dan EDIS yang dimiliki 100% kerajaan Singapura.

Kedua-dua projek yang mana 100% dan 49% itu kini dimiliki oleh syarikat Singapura, namun tidak dipanggil "jual negara" tetapi dianggap pelaburan asing?

Tetapi  apabila 24% daripada Bandar Malaysia yang dijual kepada syarikat China dianggap sebagai "jual negara" dan bukannya pelaburan asing, di mana silapnya

Namun hakikatnya buat Rafizi,  Tony dan Chin Tong: “Jangan kamu bertiga cuba `main wayang”.

Bukankah penjualan Bandar Malaysia telah dimeterai melalui tender terbuka antarabangsa yang diuruskan oleh pihak ketiga? Mengapa mahu dipersoalkan?

Tetapi apakah dua perjanjian jual tanah kepada syarikat Singapura itu dibuat menerusi tender terbuka?

Realitinya, hal jual tanah ini bukan pelik dalam pentadbiran DAP di Pulau Pinang kerana walaupun DAP hanya memerintah bermula  2008, keluasan tanah kerajaan negeri hanya tinggal 8% sahaja daripada keluasan keseluruhan.

Dalam masa lima tahun sahaja, Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan negeri kepada pemaju-pemaju yang mempunyai hubungan kroni atau Guan Eng sekeluarga ada kepentingan dalam syarikat-syarikat pemaju tersebut, pada kadar yang  tidak masuk akal murahnya.

Berikut  senarai tanah yang telah dijual kerajaan negeri Pulau Pinang semenjak tahun 2011 sehingga 2014 sahaja. Itu belum dikira  senarai tanah-tanah kerajaan negeri yang telah dijual dari tahun 2008 sehingga 2011:

2011 - seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 bilion.

2013 - seluas 110 ekar tanah di Gurne Drive telah dijual kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 juta. Kes ini unik kerana nilai RM6.3 bilion itu tidak melibatkan wang tunai.

2013 - 40 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada PE Land.

2014 - tanah seluas 245 ekar di Batu Kawan telah dijual kepada Aspen Vision di mana kepentingan Ivory Properties di dalam syarikat tersebut adalah 49%.

2014 - 30 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Paramount Group bernilai RM57 juta.

2014 - 470 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Eco World bernilai RM1.02 bilion.

2014 - 49% daripada 198 ekar tanah di Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah di Bayan Lepas terjual kepada Temasek Singapura tanpa membabitkan sebarang bayaran tunai

Kesemua jualan tersebut bernilai berbilion ringgit, tetapi jualan tanah dari tahun 2008 sehingga 2012, Pulau Pinang sekadar mencatatkan pertumbuhan sekitar 3,85% (sebanding dengan kadar bon Kerajaan Persekutuan) menerusi simpanan tunai Pulau Pinang dari RM1.02 bilion untuk sekadar mencapai RM1.192 bilion.

Persoalan kepada orang Melayu Pulau Pinang sendiri:

"Apakah dasar Guan Eng ini sebenarnya mencerminkan sikap orang Melayu yang hanya fikirkan ‘nak senang’ sahaja sehinggakan pesta jualan tanah secara besar-besaran oleh DAP di Pulau Pinang, langsung tidak membimbangkan mereka?"

SUSPEK UGUT GEGAR KL DAN LETUPKAN KEDIAMAN PM DITAHAN

Kuala Lumpur, 12 Februari - Pihak polis telah menahan seorang pemuda dari Parit Buntar, Perak, petang tadi berhubung status ancaman yang dibuat melalui akaun facebook miliknya.

Suspek telah memuatnaik satu status pada 4 Februari melalui akaun Aidil Radzi yang berbunyi "Saya akan gegarkan Kuala Lumpur dan kediaman YAB Perdana Menteri Malaysia dengan letupan bom pada hari sabtu minggu ini kerana najib menyusahkan rakyat".

Pihak polis telah melakukan serbuan di rumah suspek serta merampas peralatan yang digunakan semasa memuatnaik status tersebut.

Suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 130G Kanun Keseksaan.

Rabu, 10 Februari 2016

Luahan hati Saiful Bukhari mengenai kes saman terhadap Anwar

KENYATAAN AKHBAR SAIFUL BUKHARI AZLAN. 10HB FEB 2016

SETAHUN BERLALU

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini genap setahun perbicaraan kes saya berakhir.

Izinkan saya ulas beberapa perkara.

Dalam masa setahun ini, saya ambil maklum dengan gerakan/kempen oleh keluarga, penyokong dan pihak-pihak tertentu untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara. Namun saya mengambil pendekatan untuk tidak memberi reaksi, saya biarkan sahaja.

Saman fitnah dan tuntutan sebanyak RM50 juta yang difailkan beberapa tahun lalu pun saya hentikan. Selain dari faktor kos guaman, saya mengambil kira dari segi faktor kemanusiaan. Kerana pada hemat saya, sudah cukup buat saya apabila aduan saya telah diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan dan beliau pun telah dijatuhi hukuman. Saya mahu terus ke hadapan, tutup buku.

Namun, hari demi hari, saya lihat mereka ini semakin keterlaluan. Mereka bebas mengelirukan dan melakukan penipuan terhadap fakta kes saya.

Antara penipuan dan 'spin' yang mereka lakukan adalah seperti "Tuduhan Palsu", "Tahanan Politik", perbicaraan berat sebelah, tidak dapat membela diri dan sebagainya.

Penipuan yang dilakukan ini bukan sahaja pada rakyat Malaysia, malah pada dunia. Amat malang lagi, tanpa rasa bersalah atau malu, penipuan ini disalurkan pada Negara-Kerajaan di luar negara, Individu-Individu Berpengaruh, Badan-Badan Dunia sehingga ada mereka mempercayainya dan mengambil beberapa tindakan seperti memberi "Derma Jutaan Dollar" untuk kempen pembebasan AI, juga tekanan pada Kerajaan untuk membebaskan beliau.

Justeru, ingin saya nasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan, hentikanlah penipuan ini. Cukup-cukuplah berdusta. Dari tahun 1998 hingga kini, tak habis-habis lagi. Jika tidak takut pada manusia, takut lah pada Allah SWT. Kasihanilah pada mereka yang kamu tipu itu.

Pada pihak-pihak diluar yang mempercayai, terutama pada Negara-Negara dan Badan-Badan Antarabangsa, ingin saya maklumkan disini bahawa beliau bukan "Tahanan Politik", sebaliknya adalah "Tahanan JENAYAH". Tidak ada kena juga mengena dengan penindasan Demokrasi. Juga, hentikanlah memberi dana dan sokongan, kerana ia dusta belaka.

Beliau telah didakwa atas kesalahan jenayah, dibicara dan di adili oleh sejumlah 9 orang Hakim ( 1- Mahkamah Tinggi, 3 - Rayuan, 5 - Persekutuan) ,  di mana perbicaraan telah mengambil masa yang lama, lebih kurang 7 tahun.

Saya juga ambil maklum bahawa rata-rata mereka ini beri tekanan dari sudut "Human Rights". Namun bagaimana pula dengan saya? Saya adalah pengadu dan mangsa dalam kes ini. Adakah saya ini bukan "human"/manusia sehingga dinafikan hak sebagai mangsa secara total oleh Badan-Badan "Human Rights"?

Pada hemat saya, agaknya realiti dunia sekarang sudah terbalik. Manusia akan membela individu yang berkepentingan kepada mereka, berkuasa, berpengaruh,  berduit kaya raya.

Dan bukannya org kecil seperti saya ini,  tak kaya, tak ada kuasa, tidak ada kepentingan. Adakah ini yang ingin dibudayakan?

Apapun syukur selama ini saya ada Allah SWT. Dialah tempat saya berdoa, bergantung dan memohon bantuan.

8 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu adalah aduan saya sepertimana dalam laporan polis mengenai perlakuan Anwar Ibrahim terhadap saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu. Tidak sesekali saya berasa kesal.

Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, setahun sudah berlalu. Semoga sihat dan tenang disana. Gunakanlah tempoh muhasabah ini sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun bagi hambanya yang benar-benar insaf. Sebagai bekas majikan, saya doakan yang terbaik.

Terus kehadapan, istiqamah dan sabar.

SAIFUL BUKHARI AZLAN
10hb FEB 2016

Selasa, 9 Februari 2016

BANGGANYA MEREKA BUAT KERJA










RAFIZI TIDAK PERLU DILAYAN ISTIMEWA

KENYATAAN MEDIA

DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID

YB Pandan, Rafizi Ramli tidak mempunyai sebarang imuniti atau keistimewaan dalam konteks undang-undang. Apatah lagi kes yang melibatkan beliau dibawah Akta bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), sehingga kini masih belum selesai.

2. Tindakan beliau yang mengkritik Peguam Negara dan Pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 membuka pelbagai persoalan mengenainya dan menunjukkan seolah-olah beliau takut dan terdesak sehingga beliau mahu melancarkan kempen di media sosial. Beliau adalah seorang Ahli Parlimen dan beliau boleh membahaskan Pindaan ini sekiranya di bawa ke Parlimen nanti.

3. Beliau juga dengan sengaja menyatakan bahawa pindaan ini adalah penindasan kepada wartawan dan kebebasan media supaya beliau mendapat sokongan daripada pihak media berhubung dengan perkara ini. Saya berharap pihak media tidak terjerat dengan permainan beliau yang sering kali menggunakan media khususnya media alternatif sebagai kuda tunggangan untuk mencari publisiti murahan.

4.  Kes yang tertangguh itu telah menyebabkan pemimpin kanan PKR tersebut semakin angkuh dengan berbagai tohmahan yang lain. Tindakan beliau mendapatkan pelbagai maklumat peribadi, khususnya daripada institusi kewangan, adalah melanggar undang-undang. Beliau sering kali dilihat mencari publisiti politik dengan membuat pelbagai pendedahan yang mengelirukan rakyat itu juga harus di siasat mengenai punca dah kesahihan maklumat-maklumat yang diperolehinya.

5. Ketika perbahasan di Parlimen, beliau juga menyatakan bahawa beliau mendapat maklumat yang bocor berhubung pembelian aset kerajaan. Keadaan ini jelas bahawa beliau sendiri telah mengakui secara tidak langsung dan adalah wajar untuk disiasat dan diambil tindakan dengan kadar segera.

6. Kes BAFIA yang melibatkan YB Pandan telah berlarutan hampir empat tahun sepatutnya kes itu perlu diputuskan segera kerana perlu menjadi penanda aras kepada sektor kewangan negara. Isu ini bukan hanya melibatkan kepentingan individu tetapi boleh mengugat ekonomi dan keselamatan negara. Sekiranya kes tersebut masih ditangguh pihak luar akan beranggapan undang-undang melibatkan perbankan negara adalah longgar.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kebocoran maklumat berlaku sehinggakan mengancam keselamatan negara. Pendedahan kepada umum bukan satu tindakan yang baik sebaliknya mereka yang mempunyai maklumat perlu membawa isu tersebut kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut. Rakyat perlu melihat isu ini secara matang dan tidak mudah terjerat dengan agenda pembangkang.

DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

8 FEBRUARI 2016

Ahad, 7 Februari 2016

BERI RUANG UNTUK HAIWAN BERGERAK BEBAS

Sedih dengan kematian seekor harimau yang cuba melintas lebuh raya di Lebuh Raya Pantai Timur 2 baru baru ini harus membuka mata semua pihak. 

Sudah banyak kejadian haiwan eksotik yang mati dilanggar sama ada di lebuh raya atau jalan-jalan biasa seluruh negara.  Antara haiwan yang pernah dilaporkan dalam media ialah harimau  akar, harimau dahan, tapir dan paling kerap ialah babi hutan.

Oleh itu pihak yang bertanggung jawab terutama Lembaga Lebuh Raya Malaysia perlulah mengikut contoh negara-negara lain yang membina laluan untuk haiwan menyeberang yang dikenali sebagai eco bridge.








RAFIZI OH RAFIZI



Ahli Parlimen Pandan dengan kerasnya mengkritik pengurusan Tabung Haji dan meluahkan kerisauannya terhadap pengurusan TH. Rupa-rupanya beliau sendiri memiliki simpanan dengan angka yang besar. Patut lah dia risau.

Cuma kasihan dengan rakyat yang percaya dengan kata-kata beliau telah bertindak untuk membatalkan hasrat untuk menunaikan haji tahun ini dan mengeluarkan semua wang simpanan dalam tabung haji.

Inilah yang dikatakan dalam peribahasa melayu, mendengar guruh dilangit, air  dalam tempayan dicurahkan.... sekarang siapa yang rugi......Hanya Rafizi yang untung...lain semua rugi

Rafizi sendiri telah mengakui dalam akuan bersumpah ...lihat di bawah..


HEBAT LAH RAFIZI ! BELIAU YAKIN DAN PERCAYA KEPADA SISTEM PENGURUSAN TABUNG HAJI DAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

Wanita UMNO Bidas Tuduhan Isu MB Kedah Sebab Tamak Jawatan

Pergerakan Wanita UMNO hari ini membidas kenyataan bekas ketuanya yang menyifatkan kemelut politik yang melanda Kedah akibat ketamakan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap jawatan Menteri Besar Kedah.

Bendaharinya, Datuk Azita mempertikai niat sebenar Tan Sri Rafidah Aziz mengeluarkan kenyataan demikian sedangkan perkara pertukaran MB khususnya di Kedah telah berlaku beberapa kali termasuk ketika UMNO dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri (bapa Datuk Seri Mukhriz) di mana ketika itu, Tan Sri Rafidah adalah Ketua Wanita UMNO ketika itu.

“Adakah ketika proses pertukaran MB Kedah sebelum ini tidak akibat ketamakan pemimpin UMNO pada jawatan nombor satu ketika itu.

“Sejarah 1996 membuktikan bahawa Tan Sri Osman Aroff dipecat semasa pentadbiran Dr Mahathir yang dibuat walaupun tidak mendapat persetujuan wakil rakyat Kedah waktu itu.

“Seramai wakil rakyat Kedah sebenarnya sudah menurunkan tandatangan mempertahankan Tan Sri Osman Arof sebagai menteri besar ketika itu, namun Tun Mahathir tetap menggantikan Osman dengan pengikut setianya, Tan Sri Sanusi Junid,” ujarnya yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Pekan.

Tambahnya, apa yang penting ketika ini ialah bukan mencari salah sesiapa selepas kemelut ini selesai sebaliknya UMNO Kedah khususnya dan UMNO umumnya harus kembali segera bersatu.

“Kekuatan UMNO selalunya dijana menerusi kesetiaan kepada parti dan ketuanya”, ujar beliau.

Dalam masa yang sama tegasnya UMNO harus segera mengenal pasti pemimpin pelapis dalam kalangan orang muda dalam UMNO Kedah untuk ‘ditarik’ ke dalam kepemimpinan beliau supaya UMNO Kedah kekal dilihat relevan dan mampu menyaingi pembangkang.

“Bagilah peluang kepada Ahmad Bashah meneruskan kepemimpinan dan tradisi membela rakyat”, katanya. –MediaUMNO

Amanat hadi: "suatu imbasan"

"Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekalian.

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku."

Inilah teks apa yang dikenali sebagai Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Hadi awang yang ketika itu berusia 34 tahun.  Ucapan tersebut membawa implikasi yang besar kepada pentaksub tegar parti atas nama islam itu. Masakan tidak, mereka secara mengkhinzir buta mengkafirkan umno. Maka ada masjid yang tidak menerima imam dari dari kalangan umno maka sembahyang 2 imam terjadi. Ada penyokong pas membubarkan perkahwinan dengan orang umno. Kawasan kubur tidak boleh bercampur dengan orang umno. Malah dalam beberapa perkara, darah seagama dan seislam juga dibenarkan tumpah. Benarlah menurut seorang pemimpin dan kolumnis pas yang menyatakan bahawa pas di terengganu dan kelantan adalah berbeza dari pas kedah. Kerana di kedah mereka boleh membuang parti ke belakang dalam solat, gotong-royong dan dalam kehidupan seharian. Berbeza dengan pas di terengganu dan kelantan, mereka membawa pas dalam segenap kehidupan mereka. Maka beberapa perkara ektream berlaku oleh kerana mereka terpengaruh dengan amanat hadi.

Antara yang dikongsikan ialah :-

Kes 1(tanam isteri di tepi rumah)
* moktar ismail(58 tahun ketika pendedahan) mengaku menanam jenazah isterinya di pinggir kediaman beliau di banggol katong. Arwah isterinya azizah abdullah yang meninggal pada tahun 1990. Beliau telah menggali lubang kubur jenazah isteri beliau dalam jarak kurang 3 meter dari rumah beliau. Kubur untuk jenazah islam pula hanya suku kilometer dari rumah beliau. Tetapi oleh kerana tidak mahu berkongsi kubur dengan orang umno, beliau menyempurnakan jenazah isteri beliau di sebelah rumah. Dalam nada kesal, beliau juga mendedahkan bahawa isterinya tidak dibenarkan bergaul dengan ahli umno yang kebanyakkan adalah keluarga suami arwahyarhamah sendiri.

Kes 2( diminta cerai isteri kerana sertai umno)
* che rokeman bin musa(39 tahun ketika pendedahan) didesak oleh bapa mertuanya sendiri untuk menceraikan isteri beliau selepas beliau sertai umno pada tahun 2008. Bapa kepada 7 anak tersebut di kamoung bukit merah, padang pulut mendakwa setiap kali didesak menceraikan isteri beliau, iaterinya yang tersepit pasti akan menangis. Bagaimanapun dia bersyukur rumah tangga mereka masih kekal hingga ke saat pendedahan tersebut dibuat.
  
   Pada tanggal 18 november 1985, berlaku peristiwa memali yang mengorbankan beberapa pengikut pas dan juga beberapa anggota keselamatan. Semuanya kerana amanat hadi awang. Hadi awang menghalalkan darah termasuk umno kerana mereka mengamalkan penjajahan penjajah. Persoalannya ialah,

1) morsi ketika memerintah mesir masih menggunakan perlembagaan penjajah, kenapa tidak menghalalkan darah orang mesir?

2) turki ketika ini diperintah oleh erdogan masih menggunakan undang-undang penjajah. Apakah halal darah mereka ditumpahkan?

3) indonesia yang mempunyai bilangan umat islam di dunia masih berpegang kepada panca sila, apakah halal darah mereka?

  Untuk lebih jelas, saya mengingatkan anda semua pada tarikh 18 januari 2003
, hadi awang menyampaikan amanat perdana pemangku presiden "pilihan raya ke-11: formula kemenangan". Ucapan sepanjang 13 muka surat tersebut disampaikan oleh hadi awang sebagai pemangku presiden selepas presiden pas arwahyarham datuk fadhil nor meninggal dunia pada 23 jun 2002 akibat sakit jantung. Apa yang diucapkan oleh hadi awang? Ucapan beliau ketika itu adalah juga mb terengganu selepas bergabung dengan dap dan anwar ibrahim.
Di muka surat ke-10 ucapan beliau......

"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Nampaknya pada tahun 1981 perlembagaan negara adalah perlembagaan penjajah dan kafir....tiba-tiba pada tahun 2003 ianya sudah 18 januari 2003 perlembagaan itu sudah islam. Semudah itu. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam. Seterusnya penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda. Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam sudah diganti negara kebajikan.

  Di akhir perenggan sebenarnya saya berhasrat untuk melamoirkan fakta dan nama beberapa pemimpin lagenda pas yang menyerang beberap mufti kerana mufti-mufti menentang amanat hadi. Tetapi oleh kerana ada beberapa orang di kalangan mereka telah meninggal dunia dan ada juga sudah memihak kepada parti amanah, maka saya tidak menukilkan perkara tersebut. Atas dasar saya menghormati mereka yang telah meninggal dunia.
-osman jalani-

Sabtu, 6 Februari 2016

RAFIZI ADA SIMPANAN RM 464.732.32 DI TABUNG HAJI PADA USIA 37 TAHUN.


Rafizi Ramli dakwa Tabung Haji (TH) bayar dividen kerana nak tutup kritikan sedangkan trend pembayaran dividen dan bonus TH adalah antara Januari dan Mac setiap tahun. Kritikan terhadap TH yang dinyatakan olehnya sebelum ini adalah rizab negatif. Bagaimana sebuah organisasi yang dituduh mempunyai rizab negatif mampu membayar 8% dividen dan bonus?

Apa yang menarik sekali adalah setakat Disember 2014, Rafizi Ramli mempunyai simpanan RM 464,732.32 (RM0.464 juta) di TH. Bagaimana pada usia 37 tahun ketika itu (beliau lahir pada 14/9/1977) beliau mampu menabung sebanyak itu? Ada sesiapa mampu beri penjelasan?

RUPANYA MUKHRIZ PERNAH DESAK PAK LAH UNDUR DIRI DARI JAWATAN PERDANA MENTERI


12 Mac 2008, empat hari setelah Negara dikejutkan dengan keputusan Pilihan raya Umum ke 12, Ahli Parlimen Jerlun YB Dato’ Mukhriz Mahathir telah menghantar sepucuk surat peribadi meminta PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan semua jawatan termasuk Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia.

Surat ini telah di salin kepada Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Wira Mohd. Ali Rustam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO dan Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung UMNO.



Perutusan saya bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Muar Sempena Tahun Baru Cina 2016

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Tahun Baru Cina kepada Rakyat Malaysia khususnya kepada kaum Cina.

Marilah kita berusaha untuk menyemai,memupuk dan mempertahankan semangat murni dan kerjasama antara kaum kerana saya yakin,inilah yang akan menjadi tunggak kekuatan kita serta menjadi teladan di mata dunia.

Semua warga Malaysia,tanpa mengira latar belakang kaum dan agama punya tempat dalam negara yang kita kongsi bersama ini.

Walaupun pelbagai rintangan dan ujian yang kita lalui,cahaya kebaikan,kejujuran dan tatasusila yang dianjurkan sambutan ini pasti akan dapat mengatasi segalanya.Justeru itu,marilah kita bersama-sama meraikan perayaan ini sebagai rakyat Malaysia, dan insaf bahawa kita berkongsi lebih banyak persamaan.

Jadikan hari cuti untuk kita saling kunjung mengunjungi.Bersama kita berganding bahu dan melangkah maju ke hadapan dengan satu matlamat tanpa mengira Bangsa dan Agama untuk pewaris kita

Berhati-hati di jalanraya semasa musim perayaan ini
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2016. Gong Xi Fa Cai

Ikhlas dari
Dato' Razali Bin Hj Ibrahim
bersama Saf Kepimpinan UMNO Bahagian Muar
Layari di : http://youtu.be/BZpFFXbqHJs

Rabu, 3 Februari 2016

Macam Anwar Ibrahim dah! Dulu Anwar balun Mahathir sebaik saja digugurkan dari jawatan TPM



Selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Sebagai seorang wakil rakyat di Dun Ayer Hitam, Mukhriz menegaskan untuk tidak berhenti dari bersuara dan memperjuangkan nasib rakyat.

“Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih berada di situ (presiden parti), Umno akan semakin lemah sehingga hari ini


“Skandal demi skandal, saya rasa ini sudah terlampau bagi kita. Malah kita juga tidak boleh lagi rasa bangga bila ke luar negara,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, krisis Menteri Besar Kedah menemui jalan penamat apabila Mukhriz mengumumkan beliau berundur dari jawatan tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz umum lepas jawatan MB Kedah]

Pengunduran ini dibuat secara rasmi menerusi sidang media sama pagi tadi.

Mukhriz yang masih kekal sebagai Pengerusi Umno Kedah buat masa ini bagaimanapun enggan mendedahkan langkah seterusnya yang akan dilaksanakan, sebaliknya meminta rakyat tunggu dan lihat.

Tambah Muhkriz lagi, walaupun Umno mempunyai keahlian lebih tiga juta orang namun, dakwanya sesebuah parti tidak relevan hanya dengan jumlah keahlian sekiranya mereka tidak diberi ruang untuk bersuara.

“Tapi baru-baru ini kita lihat di Perhimpunan Agung Umno, hanya seorang pemimpin yang dibenarkan bercakap iaitu presiden," katanya.

“Malah ada sedikit amalan kebudak-budakkan apabila dalam mukadimah pun tidak boleh sebut nama tetamu yang hadir termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Sampai macam itu sekali disekat.

“Semua perbahasan pun tidak diberi secara langsung seperti mana yang dilakukan sebelum ini. Makcik-makcik yang datang dari seluruh negara yang duduk di luar begitu komited kepada parti, hampa kerana tidak mendengar perbahasan itu secara langsung,” katanya.

Pas Dan Tabung Haji


Pertemuan Dua Hala PAS dan Tabung Haji.

Kunjungan ke Tabung Haji oleh PAS Pusat hari ini berlangsung dengan baik. Menerajui budaya politik matang dan sejahtera, PAS hadir untuk mendapatkan maklumat langsung dari pihak Tabung Haji sebelum memutuskan sikap disamping turut mengemukakan pandangan serta penambahbaikan kepada pihak Tabung Haji selepas pelbagai isu kontroversi melibatkan Tabung Haji tercetus.
PAS turut bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sesuatu isu yang berkait rapat dengan kepentingan dan kebajikan umat Islam berdasarkan maklumat yg benar dan tepat.

Alhamdulillah, pertemuan dan perbincangan dua hala selama lebih dua jam ini sangat bermanafaat dan pihak PAS sungguh menghargai kesediaan Tabung Haji menerima kunjungan kami dan memberi penjelasan kepada rombongan. 

Tinggi harapan PAS agar institusi ini benar - benar dikendalikan secara profesional dan telus sekaligus menjaga kepentingan seluruh pendeposit yang terdiri daripada ummat Islam.

Secara keseluruhannya penjelasan pihak Tabung Haji telah kami dengar dengan teliti dan insyaallah kami mengharapkan Tabung Haji dapat memberi penjelasan yang baik dan telus kepada seluruh rakyat selepas ini bagi merungkai polemik dan isu yang sedang menyelubungi Tabung Haji dewasa ini. 

Justeru besar juga harapan umum kepada Institusi terbesar dan terpenting bagi umat Islam di Malaysia ini bebas dari perkara yang merosakkan reputasi dan prestasinya.

Bagi pihak PAS kita akan terus mengikuti dengan dekat segala isu yang berbangkit dan akan sentiasa mengadakan pertemuan bagi mendapatkan gambaran sebenar setiap isu yang berbangkit selaras dengan gagasan politik matang dan sejahtera.

Pertemuan hari ini menemukan dua pihak. Mewakili PAS terdiri daripada saya selaku Timbalan Presiden PAS, Ketua Penerangan PAS Pusat Yb Ustaz Nasruddin Hassan, Yb Dato' Dr Khairudin at Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ahli Jawatan kuasa PAS Pusat Prof Zainal Abidin Kidam, Dr Rosni Adam Timbalan Ketua Dewan Muslimah PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad Pegawai Khas Presiden PAS dan Nurul Islam Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sementara pihak Tabung Haji terdiri daripada Pengerusi Tabung Haji Dato Sri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah Urusan Tabung Haji Tan Sri Ismee Haji Ismail, Dato Johan Abdullah Timbalan Pengarah Urusan, Dato Rozaida Omar Ketua Pegawai Kewangan TH dan beberapa orang pegawai kanan Tabung Haji yang lain.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
TIMBALAN PRESIDEN PAS
02 Februari 2015

Selasa, 2 Februari 2016

Penyediaan Infrastuktur Cabaran Bagi Projek Rumah Kos Rendah:- DSD Dr Zambry Abd Kadir







Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengakui bahawa cabaran yang dihadapi dalam projek pembinaan rumah kos rendah adalah

dengan menyediakan infrastrukrtur.

"Kaedah menyediakan kawasan kecil untuk membuat kawasan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah, kos infrastruktur jadi kekakangan yang

cukup besar.

"Kos untuk sediakan tapak berkenaan melibatkan jutaan ringgit,yang itu sebabnya mengapa pemaju terpaksa menjual pada harga yang tinggi salah

satu masalah utama, kos infra bagi kawasan berkenaan,"katanya.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Pelancaran Suria@ Meru di Ipoh mengulas perkara itu selepas membuat kenyataan tentang pemilikan rumah

mampu milik.

Dalam menangani cabaran tersebut, Datuk Seri Diraja Dr Zambry mengakui akan kelemahan terhadap pendekatan yang digunakan oleh kerajaan negeri sebelum ini meskipun ia turut melibatkan kerjasama dengan pihak pemaju.

"Baru-baru ini kita bincang melalui Yayasan Bina Upaya (YBU), kita mulakan dengan kawasan yang kecil kita dapat sediakan dua tiga ekar,...Kos infrastruktur akan ditanggung kerajaan dan kita gunakan wang daripada kumpulan amanah (untuk tanggung kos infrastruktur).

"Kita sudah buatnya di Segari, dan ianya memang ideal," katanya kepada pemberita.

PROTON TO INCREASE ITS CAR PRICES FOR ALL ITS MODELS · Effective 15 February 2016







SUBANG JAYA, 1 February 2016 – Further to the announcement made by PROTON Holdings Bhd (‘PROTON’ or ‘the Company’) in early December 2015, the Company will be undertaking an exercise which will involve a price increase across all Proton cars. This exercise will see a marginal increase of RM312 to a maximum of RM2,021 depending on model variants, effective 15 February 2016.

This increase is in line with the impact of the fallen Ringgit as many raw materials are purchased in foreign currency. The weaker ringgit affects the Company’s operation cost and the entire eco-system chain.

To cushion the impact which has been affecting the Company’s bottom line since August 2015, PROTON has put more efforts in reducing operational costs and rationalising operations where necessary. Despite these efforts, the depreciation of ringgit continues to put pressure on PROTON and affects the industry as a whole.

Customers who wish to purchase new cars are advised to visit any PROTON showrooms nationwide to take advantage of the current CNY promotion. Interest rate of 2.8% for all Proton cars and a special graduate scheme with monthly instalments from RM258 a month await new car buyers. There is also a rebate of up to RM6,200 on selected 2015 cars and 30% discount on merchandise. Apart from that, under the Loyalty Reward, a rebate of up to RM3,000 is offered to all existing Proton owners who wish to replace or buy another Proton vehicle and this promotion is valid from now until 31 March 2016. PROTON is also offering free 30-point inspection to Proton owners at all PROTON authorised service centres in line with the CNY safety promotion.

The full list of revised prices will be disclosed further in PROTON website when the new price takes effect.

AG SWITZERLAND: NAJIB BUKAN SUSPEK DALAM SIASATAN 1MDB




Jurucakap OAG, Andre Marty memberitahu Nikkei Asian Review bahawa dalam prosiding jenayah yang berterusan OAG, Najib bukan salah seorang daripada pegawai awam yang disyaki.

‎ Sementara itu, dalam satu kenyataan, 1MDB berkata ia tidak dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa asing berhubung siasatan terhadap urusan firma itu.

1MDB berkata, ia terus komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana kuasa yang sah dan penyiasatan, tertakluk kepada nasihat daripada pihak berkuasa yang berkaitan dalam negara, dan mengikut protokol antarabangsa yang mengawal perkara itu'

‎Timbalan Menteri Aziz Kaprawi berkata, AS$61 juta telah digunakan untuk pilihan raya umum ke13.

Najib telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kegunaan peribadi.

Apandi berkata Malaysia akan membantu siasatan Switzerland walaupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kurang senang terhadap pihak berkuasa Switzerland yang membuat kenyataan terbuka berhubung kerjasama dalam siasatan mengenai 1MDB.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/329024

Isnin, 1 Februari 2016

HUDUD Cak lempong Pas

Semalam muka depan sinar harian antaranya ialah berita berkenaan seorang adun pas pro amanah mengeluarkan kenyataan mengenai isu hudud. Saya secara jujur tak membeli akhbar berkenaan. 


Tetapi dari risikan dan maklumat yang datang dari atas langit, ianya adalah dari perbincangan dari forum yang dianjurkan oleh suatu pihak membincangkan tentang akta 355 dan hudud di malaysia bertempat di Tanjong banquet. Forum tersebut di pengerusikan oleh Prof madya datuk Dr Mohamad agus Yusoff. 

Memang gempar kalau dia jadi pengerusi. Forum ini turut disertai oleh presiden parti amanah negeri Kelantan che ibrahim Mohamad, ketua Exco agama angkatan muda keadilan, wan ji wan Yusoff dan pakar undang-undang dap iaitu Prof Dr Abdul Aziz bari.amat pelik, kenapa tiada wakil pas yang hadir kerana bukan sahaja pas menjuarai dan memperguna isu hudud bahkan juga menjadikan peluru untuk menghentam UMNO/bn menerusi isu ini. 

Malah sebuah buku tulisan tuan guru Haron din juga menyalahkan UMNO walaupun jelas sekali kenyataan beliau dlm buku berkenaan setaraf kenyataan DAP. Buku tersebut kata-kata aluan ditulis oleh seseorang dengan nama syeik Nuruddin. 

Saya mahu sahaja menulis surat kepada tuan guru Haron din untuk memperbetul hujah beliau. Kalau surat tersebut ditulis itu bukan kali pertama. Sebelum ini juga ditulis tetapi tidak dibalas dalam beberapa isu. 

Sementelahan ayah saya adalah rakan seguru tuan guru Haron din di sebuah kampung di utara yang mana moyang saya ketika itu adalah penghulu kampung berkenaan. Maka mengapa kenyataan mantan Exco kanan pas Kelantan ini membuatkan pas umpama kena 'rebiah' telinga.


Dalam pendedahannya, husam Musa yang juga sahabat nizar Jamaluddin itu telah mengeluarkan perkataan yang merujuk kepada pas. Kononnya pas hanya memperguna hudud demi survivor politik dan bukannya kerana Allah. Atau ayat yang lebih sederhana ialah 'hanya mainan politik'. Husam menambah, isu tersebut telah 'memampuskan' pakatan rakyat. Husam mengingat kan satu tarikh iaitu 18 mac 2015. 

Pada tarikh tersebut seorang menteri persekutuan telah hadir ke pejabat kerajaan negeri Kelantan untuk memaklumkan bahawa usul hudud boleh di bawa ke parlimen. Usaha tersebut perlu dilakukan dengan segera. Setakat ini, apa yang kita faham kerajaan pusat tidak pernah menentang hudud, sebaliknya mungkin pas sendiri. 


Menurut husam Musa, agenda tersebut dirancang oleh dua orang pemimpin pas negeri iaitu datuk Mohd amar nik Abdullah dan datuk takiyuddin Hassan. Kedua-dua pemimpin ini pada perkiraan penulis sangat mesra kerajaan pusat. Contohnya datuk takiyuddin membelah arus memuji pengubahsuaian belanjawan pm Najib manakala timbalan mb pas pula mengamalkan dasar mesra negeri-pusat. 

Semasa banjir besarndi Kelantan, beliau mempertahan kerajaan pusat tidak isytihar darurat walaupun penyokong pas sendiri yang membuat tuduhan pusat sengaja tidak isytihar darurat. Menurut husam lagi, beliau sendiri telah berjumpa dengan presiden Hadi awang di rumah presiden pas terbabit sambil memberi keyakinan bahawa usul tersebut boleh di bentangkan di parlimen pada April 2015. 

Apa yang dikesalkan oleh beliau ialah usul hudud tidak dibawa ke parlimen oleh parti pas dan perkara tersebut senyap sahaja sehingga saat ini. Ini mendorong beliau untuk menuduh pas hanya mempermaikan isu hudud demi kepentingan politik kepartian. Beliau mendesak pemimpin pas menjelaskan kepada rakyat, mengapa hudud belum dibentang di parlimen. 

Penulis amat bersetuju dengan kenyataan husam ini. Pas perlu segera jelas kepada rakyat dan bukan hidup dalam penafian dan menyalahkan UMNO sahaja. Padahal UMNO sudah membina jalan dan 89 ahli parlimen UMNO diberi jaminan oleh pm Najib sebulat suara akan menyokong hudud di Kelantan. 

Berbeza dengan pkr mengalahkan seorang adun Kelantan dari parti itu supaya tidak hadir ke sidang dun Kelantan semasa pengundian di jalankan. Tetapi adun pkr tersebut hadir dan mengundi menyokong hudud walaupun pkr Pusat 'merah muka sampai kaki' marah kepada beliau. 

Mungkin ini penggal terakhir beliau seperti apa yang berlaku kepada mantan ahli parlimen pkr balik pulau yusmadi Yusof yang disingkir kan kerana memuji pembentangan belanjawan pm Najib. Dalam sidang media selepas itu, husam Musa berpendapat 'mungkin' pas Kelantan lebur pada pru-14 nanti.

Timbalan mb Kelantan, yb datuk nik Mohd amar dalam reaksi balas beliau menyatakan kenyataan husam Musa tidak berasas dan bodoh. Tetapi beliau tidak menjawab isu pokok iaitu kenapa hudud tidak di bentangkan di parlimen walaupun mendapat sokongan 'lampu hijau' kerajaan pusat yang kononnya zalim itu? Menambah perisa ialah ketua pemuda pas negeri Kelantan saudara Ahmad fadli merangkap ketua penerangan pemuda pas Malaysia memberi kenyataan yang lebih radikal. 

Beliau mendesak yb husam Musa yang memberi cabaran kepada pas soal hudud supaya meletakkan jawatan beliau sebagai seorang adun pas di samping meletakkan juga jawapan sebagai yang dipertua pas kubang kerian. 

Ketua pemuda pas negeri Kelantan tersebut juga menambah, husam Musa tidak lagi sesuai dalam arus perdana politik pas. Tetapi persamaan beliau dengan timbalan menteri besar Kelantan ialah tidak menyelesaikan teka-teki berkenaan rang undang-undang hudud di parlimen. Tetapi kena faham, parti amanah juga tidak akan menyokong hudud kerana terikat dan sememangnya pemimpin mereka sejak dari pas lagi adalah anti hudud. 


Penjelasan ustaz kazim mungkin ada asasnya. Seperti hari raya kita disajikan dengan lagu raya, begitu juga pas melagukan hudud menjelang pilihan raya.

-Osman jalani-