Sabtu, 6 Mei 2017

Dr Mahathir kencing Clare, Clare kencing Dr Mahathir.


Minggu lalu Malaysia Today mendedahkan cerita panas Mahathir enggan membayar Clare editor Sarawak Report sejumlah 20 hingga 30 juta ringgit.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa Mahathir mempunyai hubungan rapat dengan editor Sarawak Report (SR) yang banyak menyerang YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.

Hubungan rapat yang sebagaimana?

Nak kata hubungan suami isteri , tidak mungkin, hubungan sebagai kekasih pun tidak mungkin, jadi untuk apa pembayaran wang 30 juta? Nak kata tuntutan harta sepencarian pun tak mungkin...jadi apa?

Kita tengok balik siapa SR

SR telah lama wujud dan bertujuan ialah untuk menjatuhkan  Tan Seri Pehin Tuan Yang Terutama Taib Mahmud sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak.

SR menggunakan beberapa orang penulis tempatan Sarawak untuk menyerang pentadbiran kerajaan Sarawak pada PRN 2011.  Usaha SR menemui kegagalannya di mana Taib Mahmood menepati unjuran kemenangan 35 kerusi dengan tepat.

Selepas gagal di Sarawak, SR beralih arah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 13 juga menemui kegagalan.

SR telah ditubuhkan pada 12 Februari 2010 di Kota London. Ia merupakan medium portal internet dalam bahasa Inggeris, Melayu, Iban dan Mandarin.  SR juga menggunakan radio internet dengan nama Radio Free Sarawak.

Usaha memisahkan Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan bukan lah baru. Ia wujud selepas Singapura ditendang keluar daripada Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman kerana Lee Kuan Yew mendesak Tunku meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Lee menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Apabila Singapura, Sabah dan Sarawak yang merdeka dari British bersetuju untuk menyertai Persekutuan Tanah Melayu  pada tahun 1963 maka tertubuhlah sebuah kerajaan yang bernama Malaysia.

Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.

Selepas Singapura terkeluar dan Malaysia maka wujudlah satu gerakan untuk membentuk negara 3S iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura. Kesemua gerakan tersebut menemui kegagalan dan selepas Komunis menandatangani perjanjian meletakkan senjata di Hatyai Thailand gerakan dimulakan secara baru dan tertubuhlah SR.

SR juga menyerang Ketua Menteri Sabah Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dengan tuduhan perompak hasil bumi Sabah iaitu kayu balak. Sabah dikatakan deposit tetap untuk BN menjadi sasaran mereka namun kali kedua SR gagal.

Selepas YAB Dato Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Pak Lah,  SR mensasarkan kepada keluarga Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dan anak nya Riza Aziz dan Red Granite Pictures.

Paling hebat hingga kini ialah serangan terhadap 1mdb. 

Ketika ini lah Mahathir masuk daun untuk bersekongkol dengan Sarawak Report bagi menjatuhkan Najib. Mahathir yang pada mulanya bersikap okay dengan Najib akhirnya buat U-Turn untuk menyerang Najib seperti kejayaannya menjatuhkan Pak Lah pada PRU 2008.

Pak Lah yang mencipta kejayaan menang besar dalam PRU 2004 musnah kerana propaganda yang berjaya dimainkan oleh Mahathir.

Dalam isu 1mdb pemain-pemain dan penulis maya yang berlindung dibawah Mahathir telah membuat kajian dan rujukan mengenai tuduhan yang dibuat oleh SR, dan akhirnya didapati segala tuduhan adalah sama sekali tidak benar. 

Apabila beberapa orang penulis politik yang setia kepada Mahathir satu ketika dahulu berundur dan tidak lagi mempercayai beliau maka mereka dituduh sebagai pemakan dedak yang diberikan oleh Najib.

Mahathir terus mengumpul tentera maya nya untuk menyerang Najib tanpa rasa menyesal. Tun seharusnya sedar bahawa SR telah gagal dalam misi dan visi mereka di Borneo tetapi masih nak mempercayainya. Akibatnya Mahathir sendiri yang kena getah. 

Ramai rakan-rakan politik yang setia kepada Mahathir juga turut mengundur kan diri dengan alasan kesihatan. 

Maka hari ini muncul lah hero-hero baru yang baru tumbuh bulu dan juga mereka yang tua nyanyuk muflis wang dan muflis politik untuk berada di belakang beliau. 

Maka serangan terhadap Najib dan 1mdb kekurangan peluru. Mahathir sendiri telah mengakui beliau kekurangan bukti untuk menuduh Najib.  Mungkin Mahathir marah kepada editor SR kerana gagal memberi bukti-bukti yang kukuh untuk menjatuhkan Najib maka cerita RM20 ke RM30 juta  terjawab.