Rabu, 14 Februari 2018

AZMIN ALI PERLU JAWAB ISU TANAH PENEROKA RRHP2 DI IJOK SELANGOR

CYBERJAYA, 14 Feb – Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali agar menjelaskan isu penjualan tanah peneroka di Ijok kepada dua syarikat swasta di mana menurut beliau, terdapatnya beberapa perkara yang berlaku di luar kebiasaan berhubung isu pembelian tersebut.

Menurut Rahman, di zaman pemerintahan Tan Sri Khalid ibrahim, tanah yang dibeli oleh dua syarikat, iaitu Mujur Zaman dan LBCN Development sebenarnya telah pun dipulangkan kembali kepada kerajaan negeri ekoran dua syarikat tersebut telah melanggar beberapa perjanjian antaranya ialah tidak melaksanakan projek perumahan dan tidak membayar pampasan kepada peneroka selama 10 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan