Rabu, 14 Februari 2018

Kecoh bila delegasi Israel ke Kuala Lumpur

KISAH DELEGASI ISRAEL HADIRI WUF KENA SOUND DENGAN KAU!! 



Cakna negara konon bila Yahudi Israel datang negara ini untuk ke WUF je padahal. WUF atau nama panjangnya World Urban Forum adalah bawah kelolaan United Nation sendiri, Malaysia pula adalah hos untuk tahun ini.

Isu kehadiran Yahudi Israel memang tidak dinafikan apabila kehadiran delegasi mereka seramai 34 orang ke Malaysia. Lagipun sepanjang keberadaan mereka disini kesemua mereka dikawal selia oleh unit SB, malah setiap mereka juga perlu mematuhi 7 peraturan sepanjang berada di Malaysia.

Tapak expo dan semua disekitarnya adalah dibawah kelolaan United Nation, maknanya tiada halangan untuk sesiapa mengahdirinya, lagipun WUF ini adalah berkenaan dengan perbincangan tentang perbandaran di seluruh dunia, kalau Mahathir hadir pun ada kemungkinan akan diberi satu slot untuk dia bincangkan tentang Putrajaya.

Isu adalah apabila sesetangah kau yang terbaca tweet delegasi Israel ini sahaja di twitter, iyalah kalau kau pergi mereka mestinya kau pun gembira bila dapat cecah kaki dibumi para anbiya selain Mekah dan Madinah. 

Pelik dengan orang kita bila mana Wawasan 2020 semakin tiba, pemikiran masih di zaman kerajaan Chola, sekadar maju secara lahiriah. Dulu, Yossi Benayoun ketika bermain bersama Chelsea pun kena maki masa datang jelajah Asia ke Malaysia, sekarang delegasi WUF pula. 

Tapi pasukan kriket Israel dahulu yang diberi visa masuk ke Malaysia di zaman Mahathir kau sempat maki tak? Oh, lupa Facebook masih belum beranak ketika itu.